Berjaya Kumpul Sehingga Rm4000 Setahun Ini Teknik Menabung Paling Efektif Dan Berkesan
Menabung adalah satu amalan menyimpan sebahagian wang untuk kegunaan di masa depan. Sebenarnya, banyak teknik menabung dengan cara mudah dan boleh dipraktikkan bagi anda yang liat menyimpan wang.
Pengguna Facebook, Wan Nor Adilah kongsi cara-cara menabung wang dengan bijak dan dalam tempoh setahun dia berjaya memperolehi Rm4,074. Jom, ikuti cara ini dan boleh travel hujung tahun nanti.
Perlu bertekad, tak nak usik
Tu diaaa.. Sikit2 lama2 jadi bukit.. Ummi start 01 jan-31Disember 2018 kumpul duit ni... Tahun 2017 tak berjaya sebab bulan 5 ummi ambik.. Tahun 2018 bertekad tak nak usik.. Disamping ummi main kutu duit.. Simpan la juga sikit2...
Menabung untuk masa depan....ummi ni bukan kerja makan gaji.. Tiap2 bulan ummi main kutu.. Kalo tak niaga kek duit tak masuk.. Jadi ade peluang simpan la duit.. Sekarang ni keluar rumah pun semua guna duit.. Alhamdulillah dah masuk bank.. Ummi siap buat buku tanda2..
Rm1---ummi simpan rm1setiap hari.. Setahun ummi genapkan rm400
Rm5---yg ni ummi simpan setiap minggu 2 keping total ummi genapkan 108 keping jadi rm540
Rm10---yg rm10 pula ummi simpan 2 keping setiap minggu dapat 110 keping total rm1100
Rm20---yg ni ummi simpan 2 keping setiap bulan jadi rm500 25 keping
Rm50---ummi simpan setiap bulan genap.. Feb,april, jun, ogos,oktober,disember total rm300
Rm100---yg ni pula setiap bulan ganjil.. Jun, mac, mei, julai, september, november.. Total rm600
Duit syiling kalo ada ummi masuk tabung..
Alhamdulillah duit kertas rm3440 dan duit syilling rm634.total semua rm4074.... Insyaallah sambung lagi 2019..semoga ummi bertekad macam tahun lepas jangan buat separuh jalan..
Catatan kewangan setiap bulan
Sumber: Wan Nor Adilah via ohbulan © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.blogmazeer.com/2019/01/berjaya-kumpul-sehingga-rm4000-setahun.html