Tazkirah Manusia Terlalu Cintakan Harta
Assalamualaikum,
Manusia dan Harta Tidak Dapat Dipisahkan
Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Bin Asyikhir yang maksudnya begini.
Ada seorang sahabat bertemu dengan Nabi Muhammad S.A.W.
Pada waktu itu, Nabi sedang membaca surau At Takathur yang bermaksud :
"Kamu telah dilalaikan oleh perbuatan berlumba lumba untuk mendapat dengan sebanyak banyaknya iaitu harta benda, anak pinak, pangkat dan pengaruh."
Nabi kata, "Manusia ini suka dengan harta......"
Kita akan selalu rasa bangga dengan apa yang kita ada.
Kita rasa macam ini kereta saya.
Ini rumah saya.
Ini isteri saya.
Ini anak saya.
Ini bisnes saya.
Kita rasa 'bangga' dengan apa yang kita ada. Kita terasa macam 'Ini harta aku.. Ini harta aku.....'
Kemudian, Nabi tanya kepada sahabat itu.
"Apa sebenarnya harta kamu ni?"
Kalau kita kata kita ada makanan, makanan itu habis.
Kalau kita kata kita ada pakaian, pakaian itu akan lusuh.
Kalau kita kata kita ada harta, harta itu akan habis.
Kalau kita mati nanti, semua harta itu bukan milik kita lagi. Tapi ia akan jadi milik orang lain.
Atau.....
'Harta itu jika disedekahkan, ia akan kekal menjadi hak milik kita di sana nanti'.
Ini yang cuba Nabi beritahu sahabat dan kita semua mengenai harta yang kekal menjadi milik kita.
Harta yang kekal dengan kita adalah harta yang kita sedekahkan. Ia akan ikut kita sehingga ke akhirat kelak.
Sebaliknya, harta yang kita puja puja di dunia ini, jika kita tidak guna ke arah kebaikan. Ia sekadar menjadi harta di dunia sahaja.
Pengajaran :
1. Allah beri kita banyak rezeki, gunakan rezeki yang diberikan itu ke arah kebaikan.
2. Allah kurniakan kita ana, didik anak itu supaya ia boleh menjadi pendinding kita dari apa neraka di akhirat kelak.
3. Gunakan harta yang Allah beri sebaik mungkin untuk kita 'menebus' akhirat kita nanti.
4. Bersyukur dengan harta yang kita ada. Bukan terlalu berbangga dengan harta itu. Kerana setiap harta itu sebenarnya milik Allah jua.
5. Kurangkan rasa 'Ananiyah' dalam diri. Iaitu rasa penting dalam diri sendiri. Sebaliknya, sentiasa ada rasa bagaimana aku boleh beri manfaat kepada orang lain melalui nikmat yang Allah berikan kepada aku.
Sama sama kita gunakan Ramadhan ini sebaik mungkin untuk kita melipat gandakan usaha kita mencari Redha Allah.
Mohd Firdaus Mat Saad Motivating And Inspiring Others
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mariafirdaus.com.my/2019/05/tazkirah-manusia-terlalu-cintakan-harta.html