Azeem Fahmi Adakah Terlalu Awal Untuk Diangkat


Sekarang ni agak kecoh dengan atlet pecut muda berusia 15 tahun ini. Apa taknya catatan masa yang dilakukan dalam kejohanan Olahraga Majlis Sukan-sukan Malaysia (MSSM) ke 61 di Johor minggu lalu merupakan catatan berkelas dunia bagi atlet seusianya. Catatan 10.63 saat dalam acara 100 meter berada dalam kelompok terbaik dunia manakala catatan 21.24 saat merupakan catatan terbaik dunia pada tahun ini untuk kelas usianya. Ia pasti membuatkan ramai pemerhati sukan memberikan pendapat masing-masing tentang kemampuan Azeem ini.
Ligakampung.com agak kagum dengan catatan masa yang dilakukan oleh Azeem. Cuma persoalannya adakah Azeem sudah bersedia untuk menjadi atlet pecut ? Ia bukan tugas yang mudah kerana pengorbanan usia remaja perlu dilakukan jika beliau ingin menjadi pelari pecut berkelas dunia. Perlu diingatkan catatan masa yang hebat ini belum menjamin prestasi beliau akan terus berkekalan sebegini.
Sukan lari pecut ini agak berisiko untuk hilang sebegitu sahaja sekiranya tiada keinginan kuat dan sanggup berkorban. Kita agak risau situasi yang melanda Badrol Hisyam, Khairul Hafiz yang kini agak terumbang ambing. Meskipun Khairul Hafiz berjaya merangkul pingat emas 100 meter di Sukan SEA 2017 namun selepas itu prestasinya merudum dimana beliau gagal memecahkan tembok 10.30 saat selepas itu. Malahan rekod 200 meternya juga telah dipecahkan oleh Russel Alexander Nasir tatkala tiada tanda-tanda untuk beliau bangkit kembali dalam masa terdekat ini. Mungkin kecederaan adalah puncanya tetapi harapan penyokong sukan olahraga Malaysia amat besar dan sudah pasti emas 2017 itu hampir terlepas dari gengaman pada Sukan SEA 2019 di Manila ini. Apatah lagi pelari Indonesia, Lalu Zohri semakin konsisten dengan catatan masa yang lebih baik sudah pasti peluang semakin tipis.
Adakah Azeem patut diketengahkan dalam Sukan SEA ? Pada pendapat Ligakampung.com, adalah terlalu awal untuk acara pecut 100 meter. Ini kerana dalam acara 100 meter tekanan lebih tinggi. Mungkin beliau perlu diberikan peluang beraksi dalam acara 4x 100 meter bagi memberikan suasana pertandingan di Sukan SEA. Mungkin 2 tahun lagi beliau sudah mula matang dan peluang boleh diberikan tapi adakah beliau sudah bersedia kini?
Itu antara aspek yang perlu dititikberatkan terutama oleh Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) . Perbincangan perlu dilakukan dengan Azeem dan keluarga. Adakah beliau sudah bersedia untuk pergi lebih jauh berbanding sekarang ni yang berlatih di Sekolah Sukan Gunung Rapat, Perak itu? Bersediakah beliau untuk beraksi di luar yang pastinya menampilkan saingan yang lebih sengit berbanding berhadapan pelari tempatan. Ini perlu diperhalusi dengan lebih teliti oleh pihak berkaitan kerana ia adalah mengenai masa depan atlet muda ini.
Kita tak mau nanti potensi Azeem akan tersekat setakat ini sahaja kerana tiada jaminan masa depannya di kemudian hari. Perlu ada bantuan dari agensi berkaitan dalam mengembangkan bakat pelari ini. Pihak media pula tidak perlu terlalu mengagungkan beliau kerana tekanan juga boleh membantutkan kemampuan seseorang atlet itu sendiri. Semoga Azeem mampu maju jaya dan pergi lebih jauh lagi. Kita mengharapkan beliau mampu untuk menjadi pelari yang mampu mencatatkan masa di bawah 10 saat selepas ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ligakampung.com/blog/azeem-fahmi-adakah-terlalu-awal-untuk-diangkat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muda Muda Rambut Dah Beruban Inilah 4 Sebab Uban Tumbuh Terlalu Awal

Muda Muda Rambut Dah Beruban Inilah 4 Sebab Uban Tumbuh Terlalu Awal

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 326 hits
Rambut merupakan salah satu aset penggayaan yang penting buat seseorang yang mementingkan penampilan diri Pasti ada diantara kita yang gemar memakai topi kerana malas untuk menyikat rambut Namun ada juga generasi pada masa kini yang suka me...
Azeem Fahmi Cipta Rekod Dalam Acara 200m Pula

Azeem Fahmi Cipta Rekod Dalam Acara 200m Pula

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 310 hits
Azeem Fahmi Cipta Rekod Dalam Acara 200m PulaSebelum ini Azeem cipta rekod dalam acara 100m dan lompat jauh Atlet 15 tahun yang tular kerana mencipta rekod peribadi dalam acara 100m sebelum ini sekali lagi menarik perhatian ramai Muhammad A...
Resmikan Operasi Pasar Awal Ramadan Mentan Mau Harga Telur Rp 23 000 Per Kg

Resmikan Operasi Pasar Awal Ramadan Mentan Mau Harga Telur Rp 23 000 Per Kg

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 296 hits
Menteri Pertanian Andi Amran Sulaiman berharap sepanjang Ramadan dan jelang Lebaran harga telur ayam ras tetap stabil di kisaran Rp 23 000 per kilogram Menurutnya harga yang telah disepakati bersama minimal Rp 20 000 per kilogram di tingkat...
Freeport Mulai Bangun Infrastruktur Fisik Smelter Gresik Awal 2020

Freeport Mulai Bangun Infrastruktur Fisik Smelter Gresik Awal 2020

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 164 hits
Terkait porsi pendanaan proyek lanjut Riza tentu akan dibicarakan dengan PT Inalum sebagai pemegang 51 persen saham Menurut dia sebelum divestasi pendanaan pembangunan smelter ditanggung Freeport
Terlalu Tegas Dengan Anak Anak Jadi Keras Hati Ini Realitinya Ibu Bapa Kena Faham

Terlalu Tegas Dengan Anak Anak Jadi Keras Hati Ini Realitinya Ibu Bapa Kena Faham

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 388 hits
Betullah orang kata kerap marah jerit jerit pada anak kesannya anak susah dah nak dengar cakap kita Memang nampak anak takut tapi anak pendam senyap senyap hingga buat mereka keras hati Sebab tu tak boleh tegas sangat Paling mudah kita jadi...
4923 Pengguna Perlu Merancang Awal Perbelanjaan Utusan Malaysia 4 5 19

4923 Pengguna Perlu Merancang Awal Perbelanjaan Utusan Malaysia 4 5 19

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 373 hits
KUALA LUMPUR 4 Mei Hanya tinggal beberapa hari lagi menjelangnya bulan Ramadan dan pengguna dinasihat agar merancang perbelanjaan masing masing bagi mengelak berlakunya ketirisan kewangan semasa tempoh perayaan Hari Raya Aidilfitri Ketua ak...
Kemenag Awal Ramadhan 1440 Hijriyah Jatuh Pada Hari Senin 6 Mei 2019

Kemenag Awal Ramadhan 1440 Hijriyah Jatuh Pada Hari Senin 6 Mei 2019

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 422 hits
Kementerian Agama mengumumkan bahwa awal Ramadhan 1440 Hijriah jatuh pada Senin 6 Mei 2019 Dengan demikian awal ibadah puasa dimulai pada Senin besok Dengan dua hal posisi hilal dan mendengar kesaksian rukyat seluruh peserta sidang dengan s...
Tafsir Ayat Puasa Ternyata Puasa Awal Islam Beratnya Seperti Ini

Tafsir Ayat Puasa Ternyata Puasa Awal Islam Beratnya Seperti Ini

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 366 hits
Ternyata puasa awal Islam beratnya seperti ini Ini menandakan kita harus bersyukur dengan puasa yang kita jalani saat ini Posting ditampilkan lebih awal di
Jangan Biasakan Isteri Terlalu Berdikari Tak Dibelai Hatinya Dengan Kasih Sayang

Jangan Biasakan Isteri Terlalu Berdikari Tak Dibelai Hatinya Dengan Kasih Sayang

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 438 hits
Suami yang tak usaha cepat pujuk isteri yang merajuk sebab membayangkan isteri itu berdikari dan nanti akan sejuk sendiri Awas Sila hadam nasihat penting dari Puan Marlia Ramli ini Sebab suami yang sebegini mewarisi sifat papa kedana tak ad...
I Eulogised Augustine Paul But Almost Lost My Christmas Lunch

Siti Kasim Exposes 3 Political Stooges Who Make Non Muslims Look At Islam In Bad Light

Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api

Apa Ada Kat Air Papan Johor

Trump Release All Gaza Hostages By Saturday Or Hell Will Break Out

Khutbah Jumat Kemajuan Teknologi Dan Harga Yang Harus Dibayar

Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Firearms Possession And Regulations In Malaysia Public Safety Must Remain A Priority


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Tebatan Banjir Rm 7 Bilion Batal

Kegunaan Cuka Sebagai Ejen Pembersih

Aku Bukan Untukmu Anggi Marito

Upiak Donat Pisang Chord

Naim Daniel Syaitan Pun Pening Chord

Windmill Pink Market Melaka Lokasi Dan Waktu Operasi