Sultan Selangor Tegur Ahli Politik Tunggang Agama



KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan semua ahli politik supaya tidak mengambil kesempatan mempolitikkan setiap isu melibatkan agama Islam sehingga ia menjadi modal persengketaan politik yang tidak berkesudahan.
Selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI), baginda menegaskan, agama adalah isu yang boleh menjadi sensitif kepada umat Islam, sekali gus perlu mengelak daripada tuduh-menuduh antara satu sama lain atas isu agama yang pada asasnya boleh diselesaikan secara bersama.

Turut menjelaskan bahawa teguran baginda tidak dimaksudkan kepada mana-mana pihak, Sultan Selangor bertitah, umat Islam sedia maklum bahawa isu-isu agama sering dipolitikkan sejak beberapa dekad yang lalu, malah semakin serius sejak kebelakangan ini.
"Akibatnya berlaku permusuhan, salah faham serta kekeliruan dalam kalangan umat Islam. Cukup-cukuplah kita bersengketa atas sebab agama. Telah tiba masanya umat Islam semua bersatu demi kekuatan umat Islam," titah baginda dalam satu kenyataan selepas Mesyuarat MKI kali Ke-71, hari ini,
Terdahulu, Sultan Selangor disembah maklum bahawa Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-undang Islam yang ditubuhkan atas titah baginda pada mesyuarat MKI ke-70 pada 28 Ogos 2023, sedang meneliti persoalan yang berbangkit.

Jumaat lalu, Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 16 daripada 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 adalah terbatal dan tidak sah.
Sultan Sharafuddin bertitah, baginda maklum pelbagai pihak, terutama ahli-ahli politik, pengamal undang-undang, ahli akademik dan rakyat biasa telah membuat pelbagai ulasan dan tafsiran terhadap keputusan kes Mahkamah Persekutuan itu.
"Terdapat ulasan yang memberi penjelasan sebenar tentang kesan kepada keputusan kes tersebut. Namun demikian terdapat juga ulasan berdasarkan kepada polemik kepentingan pihak-pihak tertentu sehingga menimbulkan pelbagai kekeliruan kepada umat Islam di negara ini.
"Malah ada yang telah menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut sebagai detik Black Friday kepada undang-undang jenayah syariah Islam di negara ini. Beta tidak berhasrat untuk turut sama terlibat dalam polemik tersebut," titah baginda.
Sultan Selangor juga meminta semua pihak, terutama umat Islam agar bertenang dan tidak menimbulkan sebarang kekecohan sementara menantikan cadangan dari Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-Undang Islam berkait isu berkenaan.
"Apabila umat Islam kuat dan bersatu-padu, masyarakat bukan Islam akan menghormati umat Islam. Di samping itu pentadbiran agama Islam di negara ini perlulah bebas daripada pengaruh politik kepartian dan amalan mempolitikkan setiap urusan agama," titah baginda lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, baginda berharap amalan melantik menteri agama dari kalangan bukan ahli politik yang dilaksanakan sekarang dapat diteruskan demi memastikan isu-isu berkaitan hal ehwal agama Islam tidak dijadikan sebagai bahan politik.
"Tumpuan sepenuhnya dapat diberikan oleh menteri agama dalam menyelesaikan pelbagai isu yang melibatkan umat Islam. Beta menyarankan juga kelayakan akademik berasaskan ijazah pendidikan Islam perlu dijadikan sebagai kriteria utama dalam melantik seorang menteri agama," titah baginda - BH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2024/02/sultan-selangor-tegur-ahli-politik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Agama Siasat Pendedahan Mawla Tunggang Nasab Nabi Muhammad

Menteri Agama Siasat Pendedahan Mawla Tunggang Nasab Nabi Muhammad

papar berkaitan - pada 22/2/2024 - jumlah : 363 hits
SITI NUR ZAWANIJabatan Perdana Menteri akan menyiasat pendedahan dibuat sebuah akhbar tempatan mengenai lelaki dikenali dalam kalangan pengikutnya sebagai Mawla Muhammad Amin yang menunggang nasab suci Nabi Muhammad Menterinya Datuk Dr Mohd...
Jangan Cari Makan Di Malaysia Dengan Tunggang Agama Di Sini Dah Banyak

Jangan Cari Makan Di Malaysia Dengan Tunggang Agama Di Sini Dah Banyak

papar berkaitan - pada 22/2/2024 - jumlah : 255 hits
Roh Madani beraksi Habib dan ahlul bait palsu dah tak boleh cari makan First bila tengok Zamrul bekap habib palsu ni i dah turned off da Bila tengok Asma Harun raikan dia terus red flag Macam isu Ebit Lew dan Yusof Azmi la Mat Tanjak time t...
Isu Pemansuhan Pencen Ahli Politik Akan Dibincangkan

Isu Pemansuhan Pencen Ahli Politik Akan Dibincangkan

papar berkaitan - pada 4/2/2024 - jumlah : 245 hits
Isu berkaitan pemansuhan pencen bagi ahli politik akan dibincang di peringkat Kabinet terlebih dahulu dan dibawa ke Parlimen sebelum sebarang keputusan dilaksana Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebagai satu tanggungjawab mo...
Satira Berunsur Politik Jangan Sampai Hina Bangsa Dan Agama

Satira Berunsur Politik Jangan Sampai Hina Bangsa Dan Agama

papar berkaitan - pada 16/2/2024 - jumlah : 228 hits
Zulkarnain Zakaria Beberapa tahun lalu saya ada buat satu cerita satira kemudian saya pos di sini Tapi 10 minit kemudian saya padam posting tersebut Padam dengan rasa bersalah yang amat sangat Walaupun posting sinikal dan satira lucu itu te...
Bukan Sahaja Ketua Agama Ini Fungsi Ydp Agong Dalam Politik Negara Yang Rakyat Patut Tahu

Bukan Sahaja Ketua Agama Ini Fungsi Ydp Agong Dalam Politik Negara Yang Rakyat Patut Tahu

papar berkaitan - pada 16/2/2024 - jumlah : 271 hits
Seperti yang kita semua sedia maklum negara kita pernah bergolak dengan isu politik yang hampir menjejaskan ekonomi negara Situasinya sehingga Tun Mahathir diangkat semula sebagai Perdana Menteri Interim selepas meletakkan jawatan sebagai P...
Mesyuarat Majlis Bagi Agama Islam Selangor

Mesyuarat Majlis Bagi Agama Islam Selangor

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 284 hits
Menjunjung kasih atas kesudian DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj mencemar duli mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke 7...
Alamak Kembar Lah

What Happens In Vegas Must See Motorcycles From The 2025 Aimexpo

The Leadership Versatility Index Unlocking The Power Of Adaptive Leadership

Antara Punca Masalah Kesihatan Makanan Yang Tidak Halalan Toiyibban

Cafe Aesthetic Warunk Koffie By Wood Steel

Yeay Dah Beli Tiket Flight Dah

Sawan Demam Punca Jenis Tanda Tanda Awal

Petua Buat Kuih Talam Berlauk Sedap Ikut Cara Ni Paling Simple


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39


10 Individu Terkaya Di Malaysia

Atikah Suhaime Dipuji Rendah Diri Walaupun Kaya Beli Barang Bayi Online Je

The Commitment To Excellence What Makes Canadian Cigarettes A Premium Choice

10 Pelanggan Pasar Raya Disembur Minyak Cili

Ppim Selar Rayer Dakwa Obses Campuri Hal Ehwal Islam

Ministers Made 236 Overseas Trips In 2024 Cost Rm44m Parliament Told