Tayar Kereta Pecah Langgar Batu Besar Di Lebuhraya Plus




Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar semua? Baiklah untuk entri kali ini aku nak cerita tentang satu kejadian yang sememangnya tidak dingini yang berlaku terhadap aku dan keluarga ketika dalam perjalanan dari Kajang, Selangor ke Kulim, Kedah

Hari sabtu, malam ahad, aku dan keluarga pulang ke Kulim, Kedah setelah beberapa hari mereka datang ke Lembah Klang untuk mengambil adik aku yang telah selesai pengajian di UiTM Dengkil. Disebabkan aku juga bercuti, jadi aku turut ikut mereka pulang ke Kulim, Kedah. Kami sekeluarga tinggal di rumah maksu aku di Kajang, Selangor. Selain keluarga aku, makcik aku yang tinggal di kampung juga turut ikut keluarga aku dari Kulim dan datang ke Kajang

Perjalanan pulang pada mulanya lancar sahaja, melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS). Bertolak pada jam 11.30 malam. Ayah aku memandu kereta, seperti biasa. Kemudian, pada jam 1.00 pagi, kami sekeluarga singgah di RTC Perak, di Simpang Pulai. Setelah selesai makan dan merehatkan diri sebentar, kami teruskan perjalanan ke Kulim

Beberapa kilometer daripada RTC Perak, kereta yang dipandu ayah aku terlanggar batu besar yang berada di tengah-tengah lebuhraya. Tayar di bahagian kanan yang melanggar batu tersebut. Kemudian, tayar tu pancit, kemudian dengan berhati-hati ayah aku mengawal kereta ke tepi lebuhraya. Setelah diperiksa, tayar itu terbelah di satu bahagian dan menyebabkannya pancit. Jadi, kenalah tukar dengan tayar simpanan, tapi ada masalah nak tukar sendiri sebab kenderaan lalu lalang sangatlah laju


Suasana di kawasan tempat kereta di tepi lebuhraya

APA YANG PERLU ANDA BUAT KETIKA KERETA ANDA ROSAK DI LEBUHRAYA?
Disebabkan ketika itu kenderaan yang lalu lalang sangatlah laju!! Termasuklah bas dan lori ya, semuanya sangat laju, jadi kami keluar daripada kereta dan terus ke sebelah penghadang yang berada di tepi lebuhraya tersebut. Lampu kecemasan dibuka supaya kenderaan lalu lalang dapat lihat

Seterusnya, kami menelefon PLUSLINE 1800 88 0000, tetapi sebelum itu aku mencari papan tanda kecil yang menunjukkan kilometer berapa anda berada. Setelah membuat panggilan, pihak PLUS akan bertanya beberapa soalan penting termasuklah kilometer anda berada, nombor kenderaan anda, masalah yang berlaku serta berapa jam diambil untuk pihak Peronda Plus datang ke tempat anda

30 minit! Itulah masa yang diberitahu oleh pihak PLUS yang akan diambil untuk Peronda PLUS datang ke tempat kami


Alhamdulillah, mereka tiba pada masa yang dijanjikan. Sebelum itu, pihak PLUS ada menghantar mesej berunsur peringatan kepada kami agar tidak melayan mana-mana orang yg kononnya nk datang membantu. Ye lah, sebab ada banyak kes ditipu, disamun dan sebagainya


Lampu yang sangat cerah

Kenderaan Peronda PLUS sangatlah cerah lampunya. Kemudian mereka membantu menukar tayar simpanan yang berada di bawah kereta. Mungkin ada yang akan kata, kenapa tak tukar sendiri? Senang je kan? Tetapi sebenarnya sangat bahaya kerana tayar itu disebelah kanan, iaitu dibahagian kenderaan lain lalu lalang. Jadi, bantuan pihak PLUS Peronda sangatlah penting

Akhirnya selesai juga pada jam 3.30 pagi. Pada mulanya ayah aku membuat anggaran jam 3 pagi sudah sampai di Kulim malangnya ada sesuatu yang berlaku. Kemudian, dengan berbekalkan tayar simpanan yang saiznya kecil, kami teruskan perjalanan ke Kulim, Kedah



Sememangnya Peronda PLUS sangatlah membantu dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kami sampai di Kulim, Kedah pada jam 5.00 pagi dan adik aku yang kecil terpaksa ponteng kelas pada hari ahad kerana mengantuk ya amat



Keesokkan harinya, kami ke bengkel tayar dan menukar tayar simpanan itu ke tayar sebenar. Saiz sebenar. Alhamdulillah, semuanya selesai juga



Salah satu pengalaman yang tidak dijangkakan. Batu besar di tengah lebuhraya, di waktu malam, dan tiada tiang lampu. Nasib baik ayah aku bijak mengawal kenderaan dan alhamdulillah ketika itu kelajuan kereta tidaklah melampau-lampau. Dengan muatan di dalam kereta ketika itu sangatlah penuh sebab semua barang-barang adik aku dibawa pulang

Alhamdulillah, tiadalah kejadian yang lebih teruk berlaku. Terima kasih diucapkan kepada pihak Peronda PLUS kerana membantu. Semoga tiada lagi batu besar di lebuhraya yang mengganggu kenderaan lain selepas ini

Sekian



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aerillhassan.blogspot.com/2019/04/tayar-kereta-pecah-langgar-batu-besar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Silap Besar La Block Myvi Wanita Tekad Langgar Kereta Halang Laluannya

Silap Besar La Block Myvi Wanita Tekad Langgar Kereta Halang Laluannya

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 333 hits
Sudah kerap diberi peringatan agar jangan sesekali meletakkan kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya sehingga menghalang laluan kenderaan lain Dalam video viral baru baru ini yang dirakam di depan sebuah pusat beli belah di lokasi yang t...
Tayar Kereta Pecah Ketika Memandu

Tayar Kereta Pecah Ketika Memandu

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 722 hits
Tayar kereta pecah secara tiba tiba ketika memandu Ketahui panduan cara buka tayar kereta untuk tukarkan dengan tayar gantian Pastikan periksa tekanan angin tayar kereta kerana tekanan angin tayar yang tepat sangat penting untuk kelancaran ...
Viral Rakaman Tayar Lori Tercabut Dan Terkena Penunggang Motosikal Di Lebuhraya

Viral Rakaman Tayar Lori Tercabut Dan Terkena Penunggang Motosikal Di Lebuhraya

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 1105 hits
MALANG tidak berbau buat seorang penunggang motosikal apabila terkena tayar treler yang tercabut di Batu 3 Jalan Seremban Port Dickson semalam Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sembilan Superintendan Ibrahim Mohd Abdul...
Tayar Pecah Dia Tolak Motor 10 Km Dengan Anaknya Di Depan

Tayar Pecah Dia Tolak Motor 10 Km Dengan Anaknya Di Depan

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 408 hits
Hampir 10 kilometer si bapa menolak motosikalnya yang mengalami tayar pecah bersama dengan anaknya di Jambatan Pulau Pinang Datangnya dari Perak ke Pulau Pinang untuk mencari pekerjaan agar mendapat rezeki yang halal bagi menanggung lapan o...
Dua Beradik Maut Kereta Dinaiki Langgar Lori

Dua Beradik Maut Kereta Dinaiki Langgar Lori

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 337 hits
MUHAMAD TARMIZE MOHD NOR 02 April 2019 10 13 PM GERIK Dua beradik lelaki maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebuah lori di Kilomet
Insiden Pesawat Langgar Kereta Dua Pengawal Trafik Udara Digantung Kerja

Insiden Pesawat Langgar Kereta Dua Pengawal Trafik Udara Digantung Kerja

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 361 hits
Dua pengawal trafik udara yang bertugas ketika berlakunya kemalangan yang meragut nyawa di landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang pada 18 Mac lepas telah digantung kerja sehingga penyiasatan selesai kata Menteri Pengangk...
Cara Menjaga Tayar Kereta

Cara Menjaga Tayar Kereta

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 1126 hits
Walaupun membeli tayar kereta baru adalah satu keperluan untuk kepentingan keselamatan jalan raya seseorang pemilik kereta sebenarnya boleh memanjangkan jangka hayat tayar dan menjimatkan duit dengan mengikuti beberapa tip mudah ini 1 Penja...
Dunia Gereja Besar Perancis Terbakar

Dunia Gereja Besar Perancis Terbakar

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 343 hits
Gereja Besar di Perancis yang dikatakan dibangunkan sejak Zaman Pertengahan hangus terbakar malam tadi dan seorang anggotan bomba juga dilaporkan cedera Namun pihak bomba berjaya menyelamatkan beberapa bahan bersejarah termasuk Crown of Tho...
Ecrl Kejayaan Besar Mahathir

Ecrl Kejayaan Besar Mahathir

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 291 hits
Foto oleh Astro AwaniKUALA LUMPUR Perjanjian baharu projek Laluan Rel Pantai Timur merupakan kejayaan besar bagi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan membezakan negara itu daripada negara lain yang berurusan dengan kuasa besar Asia b...
Deputy Minister Defends Jalur Gemilang Badge Amid Criticism

Last Day Bekerja Di Bulan Ramadhan

Bergambar Dengan Dekorasi Meriah Raya Jalinan Tradisi Di Kl East Mall

Dr Mahathir Urges Compassion For Cancer Stricken Jamal Yunos Says Past Grievances Should Be Set Aside

Lokasi Kami Di Sini Segera Daftar Sebagai Agent Mobile Stokis

Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri

Pelancaran Vending Machine Itik Ke Ayam X Chef Dato Fazley Yaakob

Ayat Al Quran Mengubat Hati


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Turning Clutter Into Cash How An Estate Sale Can Be Your Best Financial Decision This Year

Gempa Di Myanmar 144 Terbunuh 732 Cedera Dalam Gempa Bumi 7 7 Magnitud

Lari Jangan Jalan 2 Terbaru Dari Brooks White Mountaineering X Reebok

Scam Kononnya Pmx Sediakan Pelaburan Ia Adalah Palsu Dan Fitnah Tak Pasti Jang

Zamri Vinoth Akan Terus Lawan Demi Kebenaran 13 Peguam Hadir Wakili Saya

Lina Nak Dengar Sangat Suara Abah Anak Oku Ini Cuba Berkomunikasi Dengan Ayahnya Bikin Sebak