Insiden Pesawat Langgar Kereta Dua Pengawal Trafik Udara Digantung Kerja



Dua pengawal trafik udara yang bertugas ketika berlakunya kemalangan yang meragut nyawa di landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang pada 18 Mac lepas telah digantung kerja sehingga penyiasatan selesai, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Kedua-dua pengawal trafik udara yang berpengalaman itu masing-masing bertugas untuk syif kedua dan ketiga pada hari kejadian, kata beliau.

Loading...
"Tindakan mereka, buku log dan semua perkara yang berlaku di dalam Bilik Kawalan Trafik Udara (ATC) akan disiasat secara dalaman oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM),” katanya pada sidang media mengenai laporan awal kejadian oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB), di Putrajaya hari ini.

Dalam kejadian pada 3.20 pagi itu, Mohd Ruzaimi Iskandar Ahmad Razali, 39, pemandu kenderaan yang digunakan untuk mengawal selia kerja-kerja penyelenggaraan di landasan itu cedera parah selepas ia terlibat dalam kemalangan dengan sebuah pesawat persendirian. Beliau meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada 6.45 petang 19 Mac.

Menurut laporan itu kata Loke, pada hari kejadian, pengawal trafik udara yang bertugas (syif dua), telah membenarkan sebuah kenderaan memasuki kawasan pinggir Landasan 15 pada 12.50 pagi untuk kerja-kerja penyelenggaraan lampu.


Selepas itu pada 1 pagi, kata Loke dua kenderaan terdiri daripada kenderaan pengiring lalu melepasi mangsa dan kenderaan penyelenggaraan yang membawa tiga pekerja kontrak yang hendak melakukan kerja mengecat garisan laluan tengah landasan, yang telah dibenarkan oleh pengawal trafik udara untuk memasuki landasan melalui kawasan pinggir Landasan 15 untuk melakukan kerja-kerja mengecat itu.

Pada 2.15 pagi pengawal itu menerima permintaan daripada kenderaan penyelenggaraan lampu untuk mengosongkan landasan.

"Berdasarkan perhubungan di sat-sat akhir itu, pengawal trafik udara (syif dua) telah merekodkan dalam buku log di menara kawalan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan di landasan itu telah disiapkan dan kesemua kenderaan telah mengosongkan landasan walaupun masih ada dua kenderaan lain berada di landasan pada masa itu untuk melakukan kerja-kerja mengecat," kata beliau.

Menurut laporan itu, kata beliau, para pekerja kontrak bagi kerja-kerja pengecatan itu mula melakukan kerja mengecat garisan tengah landasan bermula dari kawasan pinggir Landasan 15 ke arah kawasan pinggir Landasan 33.

Ketika kenderaan itu bergerak menuju ke garisan tengah, ia pada mulanya diikuti kenderaan mangsa tetapi atas sebab-sebab yang tidak diketahui, kenderaan mangsa telah tertinggal di belakang dan tidak bergerak dianggarkan sejauh kira-kira 30 meter, katanya.

Menurut laporan itu, kata Loke, pengawal trafik udara bertugas (syif dua) telah menyerahkan tugas pada 3 pagi kepada seorang lagi pengawal trafik udara (syif tiga) dengan maklumat bahawa tiada lagi kerja sedang dilaksanakan di landasan, dicatat di dalam buku log.

Loke berkata pesawat persendirian itu yang membawa 12 orang dari Jaipur, India, telah diberi kebenaran untuk mendarat selepas pengawal trafik udara (syif tiga) berpuas hati bahawa landasan telah kosong.

Loke berkata pekerja kontrak ternampak lampu pesawat yang hendak mendarat itu apabila ia sudah menghampiri landasan dan mereka segera menaiki kenderaan untuk keluar dari landasan.

"Ketika membuat satu pusingan 180 darjah, pemandunya menyedari bahawa kenderaan pengiring (yang dinaiki mangsa) masih tidak bergerak di landasan pada kedudukan sama sebelum itu.

“Berdasarkan keterangan saksi mata, mereka telah mengelipngelipkan lampu kereta beberapa kali untuk menarik perhatian kenderaan pengiring itu.

"Tiada tindak balas yang dapat diperhatikan daripada kenderaan pengiring itu dan memandangkan pesawat itu sudah semakin menghamipiri mereka, pemandu kenderaan kontraktor itu telah memandu kenderaannya untuk meninggalkan landasan," kata beliau.

Berdasarkan maklumat daripada rakaman suara dalam kokpit (CVR), laporan itu berkata krew pesawat ada berteriak "kita telah melanggar sesuatu" dan mereka tidak pula mengatakan apa yang telah terjadi kepada pesawat itu.

Selepas memeriksa pesawat itu, baru diketahui bahagian hujung sayap pesawat telah rosak teruk dan terdapat sekeping logam terjulur keluar yang merupakan bahagian bumbung kenderaan mangsa, kata Loke.

Ditanya sama ada mangsa tertidur ketika itu, Loke berkata kerusi pemandu kenderaan itu direbahkan ke belakang tetapi para penyiasat belum membuat sebarang kesimpulan.

Ditanya sama ada lampu isyarat pada kenderaan pengiring itu dinyalakan semasa kejadian, beliau berkata pakar-pakar masih menganalisis rakaman CCTV mengenai kejadian itu.


"Disebabkan (rakaman itu) sangat kabur, kita tidak dapat menentukan sama ada ia dinyalakan atau sama ada ia dipasang kerana seluruh bumbung kenderaan sudah tiada," katanya.

Untuk mengelak kejadian serupa berulang pada masa depan, Loke berkata AAIB akan menjalankan siasatan lanjut mengenai pelaksanaan sistem hanya seorang pengawal trafik udara bertugas dalam satu-satu syif selepas tengah malam hingga 6.30 pagi.

Loke berkata siasatan juga akan dilakukan terhadap prosedur operasi standard (SOP) mengenai perhubungan antara menara kawalan dan kenderaan penyelenggaraan menggunakan walkie talkie berbanding menggunakan komunikasi radio berfrekuensi sangat tinggi (VHF).

Beliau berkata satu siasatan mendalam akan dijalankan terhadap SOP untuk kenderaan yang beroperasi di landasan terutama mengenai peralatan khusus yang diperlukan dalam kenderaan itu.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/04/insiden-pesawat-langgar-kereta-dua.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tayar Kereta Pecah Langgar Batu Besar Di Lebuhraya Plus

Tayar Kereta Pecah Langgar Batu Besar Di Lebuhraya Plus

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 934 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar semua Baiklah untuk entri kali ini aku nak cerita tentang satu kejadian yang sememangnya tidak dingini yang berlaku terhadap aku dan keluarga ketika dalam perjalanan dari Kajang Selangor ke Kuli...
Allahuakbar Dua Wanita Ma Ut Terse Pit Selepas Kereta Terbabit Dalam Kema Langan Nger I

Allahuakbar Dua Wanita Ma Ut Terse Pit Selepas Kereta Terbabit Dalam Kema Langan Nger I

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 343 hits
Allahuakbar Dua Wanita Ma ut Terse pit Selepas Kereta Terbabit Dalam Kema langan Nger i Dua wanita apabila m aut tersepit selepas kereta dinaiki terbabit kemal angan di Jalan Mersing Jemaluang Kampung Gajah Mati Mersing 9 30 malam tadi Ketu...
Bpkn Nilai Tarif Batas Atas Dan Bawah Tiket Pesawat Langgar Hak Konsumen

Bpkn Nilai Tarif Batas Atas Dan Bawah Tiket Pesawat Langgar Hak Konsumen

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 212 hits
BPKN menilai kebijakan tarif batas bawah dan batas atas untuk tiket pesawat telah melanggar hak konsumen Hal itu seperti yang diatur dalam UU Nomor 8 Tahun 1999 tentang Perlindungan Konsumen Rizal menjelaskan seharusnya pemerintah menetapka...
Pengawal Dipukul Lan Pet Pet Mohon Hukuman Ditambah

Pengawal Dipukul Lan Pet Pet Mohon Hukuman Ditambah

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 285 hits
Pelawak Lan Pet Pet didenda RM2000 kerana mencederakan pengawal keselamatan SEREMBAN Pengawal keselamatan Yahya Manap 68 yang dicederakan pelawak Lan Pet Pet atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad telah menghantar permohonan kepada Timbalan Pend...
Hiburan Pelawak Terkenal Belasah Pengawal Keselamatan Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Hiburan Pelawak Terkenal Belasah Pengawal Keselamatan Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 287 hits
Susulan viral video seorang pelawak terkenal yang bertindak di luar kawalan membelasah dan menendang seorang pengawal keselamatan dalam kejadian pertengkaran di Taman Acacia Nilai pihak polis difahamkan telah menahan artis itu untuk siasata...
Hiburan Trauma Dipukul Pengawal Keselamatan Mahu Saman Pelawak

Hiburan Trauma Dipukul Pengawal Keselamatan Mahu Saman Pelawak

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 302 hits
Trauma dengan kejadian yang menimpanya sehingga cedera teruk pengawal keselamatan Yahya Manap atau lebih dikenali sebagai Pak Ya mungkin akan menyaman pelawak terkenal yang membelasahnya Sehingga hari ini badan saya masih berasa sakit dan p...
Hiburan Pengawal Keselamatan Sedih Disepak Dan Ditumbuk Pelawak Terkenal

Hiburan Pengawal Keselamatan Sedih Disepak Dan Ditumbuk Pelawak Terkenal

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 309 hits
Semalam viral video seorang pelawak terkenal menumbuk seorang pengawal keselamatan warga emas sehingga cedera di bahagian muka pinggang dan lutut Lelaki berusia 70 tahun itu yang dikenali sebagai Yahya Manap mengakui sedih dibelasah teruk t...
Pengawal Keselamatan Yang Dipukul Buka Mulut Luah Rasa Sedih Dan Pesanan Dia Pasti Buat Pelawak Terkenal Ini Terdiam

Pengawal Keselamatan Yang Dipukul Buka Mulut Luah Rasa Sedih Dan Pesanan Dia Pasti Buat Pelawak Terkenal Ini Terdiam

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 417 hits
Yahya 70 yang juga pengawal keselamatan di taman perumahan berkenaan menyifatkan perbuatan artis lelaki berusia 49 tahun itu sebagai hadiah menyambut ulang tahun kelahirannya semalam Pengawal Keselamatan Yang Dipukul Buka Mulut Luah Rasa Se...
Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


7 Jenis Rezeki Yang Ramai Nak Tahu

Persediaan Bila Banjir

30 Tanda Tanda Hati Kotor

Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap