Tawaran Pelbagai Menu Menarik Di Bufet Ramadan Hotel Impiana Ipoh


Tawaran Pelbagai Menu Menarik Di Bufet Ramadan Hotel Impiana Ipoh | Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Setiap tahun banyak lokasi menyediakan bufet Ramadan di sekitar Ipoh. Salah satu hotel popular yang menawarkan menu bufet Ramadan yang menarik adalah Hotel Impiana Ipoh. Sejujurnya memang agak pening nak pilih menu apa, sebabnya memang banyak sangat pilihan juadah.
Tapi dalam banyak-banyak menu Sha pilih untuk makan sajian kegemaran Sha iaitu Ikan Patin Masak Tempoyak. Jadi mestilah Sha perlu makan dengan nasi putih dipadankan pula dengan ikan pekasam, memang melayulah seorang Shalimar.


Tawaran Pelbagai Menu Menarik Di Bufet Ramadan Hotel Impiana Ipoh

Bufet "Iftar Impiana" kembali lagi memeriahkan bulan puasa tahun ini dengan menampilkan konsep dari pelbagai pilihan tradisional hingga ke antarabangsa. Sentuhan bufet ramadan dari Eksekutif Chef Nizam Abdul Rahim dan pasukan beliau di Impiana Ipoh bakal mempamerkan pelbagai juadah istimewa yang pastinya menepati citarasa orang ramai.
Mana tidaknya kalau pelbagai menu disediakan. Memang tak risaulah kalau anak tak makan nasi, mereka ada pasta, roti, kuih dan sup.


Pilihan Juadah Berbuka Puasa Di Hotel Impiana Ipoh PerakSebelum datang ke Hotel Impiana Sha belum tetapkan nak makan apa sebabnya nak tengok dulu apa yang menarik. Bila masuk sahaja di The Coffee House Sha agak pening kerana pilihan terlalu banyak dan hampir terlepas pandang sesetengah bahagian. Bila sudah pusing semua bahagian, maka barulah ada pilihan di hati.

Kambing panggang antara sajian wajib dengan sos perapan dan sos buatan sendiri istimewa untuk pengunjung. Memang beratur panjanglah sikit dekat bahagian sini. Daging kambing dia memang lembut sangat dan juicy. Sha kongsi sepinggan dengan suami sahaja sebab nak makan menu lain lagi


Jika  korang nak tahu pilihan Sha adalah masakan Melayu dan wajib ambil iaitu Ikan Patin Masak Tempoyak. Juadah ini ada di bahagian luar dan dalam deretan kawah yang ada. Hidangan dalam kawah mereka ada Patin Tempoyak Sungai Perak, Ayam Masak Lemak Cili Api,Rendang Tok Impiana, Gulai Kawah Daging Tetel dan bubur lambuk

Jom kita tengok pula apa yang ada di kaunter utama yang pasti menjadi tumpuan utama orang ramai.

Di kaunter utama juadah Hotel Impiana pastinya meriah dengan lauk-pauk menyelerakan. Nasib baik Sha dah pilih menu utama Sha, jadi suami Sha yang banyak pilih lauk di sini

Antara juadah yang ada adalah : Tempe goreng kunyit, sayur, Stir Fried Beef With Thai Basil, Peratal Kambing, Lala masam manis, ayam kapitan, fried fish, telur dadar, baked cheesy mixed mushroom in creamy sauce dan kacang bendi ala nyonya


Tidak lupa juga kepada peminat makanan laut, kerana Hotel Impiana juga menghidangkan makanan laut segar dengan hirisan lemon. Bahagian best untuk yang suka makan ulam juga ada, kaunter ulam diletakkan bersebelahan dengan pelbagai sambal termasuk budu. Fuhhh..

Ulam ada, sambal ada tak lengkap jika tak ambil ikan kering. Korang jangan risau ikan kering ada, ikan pekasam pun ada. Dipadankan pula dengan kerabu memang mantap


Di kaunter lain pula korang bolehlah jalan-jalan ambil shawarma, rendang, lemang, serunding pun ada. Memang tak muat perut nak sumbat semua kat sini. Yang suka makan sushi, sushi pun ada korang jangan risau yang penting korang pusing dulu satu round baru pilih

Jom kita tengok apa yang ada di bahagian luar pula.


Selain kambing bakar, inilah yang korang akan dapat. Ada makanan jenis bakar-bakar dan goreng-goreng seperti mee goreng, kuew teow goreng, Pizza Impiana dan satey


Tidak lupa juga kuih-muih seperti ketayap, cendawan goreng dan mutabak juga ada memang panas-panas buat di situ terus

Fuhh penat jalan
Pemanis Mulut Di Bufet Ramadan Hotel Impiana IpohTidak sah selepas makan makanan pilihan utama kita mesti nak makan sesuatu yang manis atau kudap-kudap kan? Rambang mata sangat tapi yang paling Sha suka adalah strawberi "chocolate mountain", coklat dia sedap sangat.

Selain itu terdapat beberapa jenis kerepek dan kacang, buah-buahan, kek, kuih, rojak buah, pengat pisang, pau, tauhu begedil dan ais krim


Pilihan air juga banyak, memang meriah betul. Air sejuk sahaja ada 8 jenis, tapi pilihan mestilah air panas. Kebetulan meja pun sebelah kaunter air nescafe dan teh tarik, memang itulah pilihan Sha. Sebelum balik Sha pekena air kopi pula



Tambah lagi sikit, bufet di sini juga ada menyediakan air cendol dan juga Air Batu Campur. Campuran pula memang banyak, boleh letak sendiri. Pasti lega tekak yang memang dahaga seharian berpuasa

Bufet Ramadan Yang Selesa Di Ipoh
Boleh dikatakan berbuka puasa di Bufet Ramadan Hotel Impiana memang selesa dan sesuai untuk pasangan dan juga yang berkeluarga. Pihak Impiana akan uruskan untuk kita mengikut bilangan orang yang akan hadir



Sumbangan Bubur Lambuk Setiap Jumaat Sepanjang Bulan Puasa

Pihak pengurusan Hotel Impiana Ipoh dengan berbesar hati menyediakan sumbangan bubur lambuk selama 4 kali berturut kepada orang ramai. Pengedaran bubur adalah secara pandu lalu ini diadkan pada setiap hari Jumaat bermula pukul 4 petang yang bertarikh 24, 31 Mac dan 7, 14 April 2023.
Jadi bagi warga ipoh yang teringin merasa bubur lambuk Hotel Impiana ini bolehlah berkunjung ke sini nanti.


Harga Bufet Ramadan Hotel Impiana Tahun 2023Akhir sekali mestilah korang nak tahu harga bufet Ramadan Hotel Impiana tahun 2023. Di sini Sha kongsikan dengan korang.
Harga bufet biasa adalah RM118+ untuk dewasa, RM98+ untuk warga emas manakala kanak-kanak RM78+. Untuk tempahan awal baucer yang dibuka sehinga 31 Mac. Tawaran istimewa untuk tempahan awal baucer iftar ramadan berharga RM95+ seorang dan RM999 untuk 1 booklet (10 baucer). 


Iftar TapaoSelain bufet iftar, Impiana Hotel Ipoh turut mengadakan promosi Iftar Tapao iaitu satu set pek pada harga yang sangat berpatutan iaitu RM19.90+ sahaja. Terdapat pilihan set briyani, set ikan patin tamoyak, set nasi minyak dan set gulai kawah untuk dinikmati oleh penduduk Ipoh. Jumlah tambahan RM2.00+ untuk setiap air minuman berkarbonat.
Korang juga boleh membuat tempahan di talian 05 255 5555. Untuk pengetahuan korang juga Set iftar Tapao ini juga boleh ditempah melalui aplikasi Grabfood & Foodpanda.
Tempahan acara iftar peribadi juga disediakan untuk kumpulan yang besar iaitu 100 orang ke atas dengan tawaran serendah RM78+ seorang.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi Hotel Impiana di talian  +605 255 5555


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shalimaryusof.com/2023/03/bufet-ramadan-di-hotel-impiana-ipoh-perak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menu Berbuka Puasa Hari Pertama Ramadan Di Hotel Sentral

Menu Berbuka Puasa Hari Pertama Ramadan Di Hotel Sentral

papar berkaitan - pada 24/3/2023 - jumlah : 354 hits
Menu Berbuka Puasa Hari Pertama Ramadan di Hotel Sentral Alhamdulillah selesai hari Pertama semalam Lupa pulak entri tahunan adalah share menu Berbuka Puasa setiap hari pada Ramadan Haha Mana tahu ada yang blur blur nak masak apa for berbuk...
Premiere Hotel Bufet Ramadan Santai Santai Ramadan

Premiere Hotel Bufet Ramadan Santai Santai Ramadan

papar berkaitan - pada 18/3/2023 - jumlah : 226 hits
Bufet Ramadan 2023 di Hotel Premiere Klang Hotel Premiere Klangadalah sebuah hotel yang mempunyai 250 bilik dan suite termasuk 4 Kelab Eksekutif Terletak di sebuah Bandar moden di Bandar Bukit Tinggi ia terletak di berhampiran dengan pusat ...
Berbuka Puasa 1 Ramadan Dengan Bufet Ramadan Jelajah Selera Bersama Sentral Di Hotel Sentral Jb

Berbuka Puasa 1 Ramadan Dengan Bufet Ramadan Jelajah Selera Bersama Sentral Di Hotel Sentral Jb

papar berkaitan - pada 25/3/2023 - jumlah : 395 hits
Berbuka Puasa 1 Ramadan dengan Bufet Ramadan Jelajah Selera Bersama Sentral di Hotel Sentral JB Ini cerita dua hari lepas di mana aku berbuka puasa hari pertama Ramadan bersama sama dengan adik suaminya Dan kawan kawan aku kat sini Hotel Se...
Lokasi Bufet Ramadan Sekitar Ipoh Perak Tahun 2023

Lokasi Bufet Ramadan Sekitar Ipoh Perak Tahun 2023

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 476 hits
Lokasi Bufet Ramadan Sekitar Ipoh Perak tahun 2023 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Sudah menjadi rutin Sha apabila tiba bulan mulia bulan Ramadan suka untuk Sha berkongsi lokasi lokasi yang menawarkan pakej bufet Ramadan di sekita...
Bufet Kembara Ramadan Di Swiss Garden Hotel Residence Genting Highlands Bawah Dari Rm100

Bufet Kembara Ramadan Di Swiss Garden Hotel Residence Genting Highlands Bawah Dari Rm100

papar berkaitan - pada 15/3/2023 - jumlah : 318 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Alhamdulillah kurang dari 10 hari lagi kita nak sambut bulan mulia Bulan Ramadan tidak akan lengkap tanpa iftar atau lebih dik...
Menu Berbuka 4 Ramadan Nasi Beriani Gam Ori

Menu Berbuka 4 Ramadan Nasi Beriani Gam Ori

papar berkaitan - pada 27/3/2023 - jumlah : 303 hits
Menu Berbuka 4 Ramadan bertukar kepada menu ayam pula Tapi bukan masak sendiri beli je Kita mana pandai masak nasi beriani Setakat nak makan berdua je baik beli je terus senang Saya order nasi beriani gam ori kegemaran delivery by foodpanda...
Menu Ramadan Hari Ke 2 Sup Kentang Ikan Siakap Goreng Kunyit Dan Rojak Asma

Menu Ramadan Hari Ke 2 Sup Kentang Ikan Siakap Goreng Kunyit Dan Rojak Asma

papar berkaitan - pada 26/3/2023 - jumlah : 317 hits
Menu ramadan hari ke 2 hanya menu simple mengisi perut Hujan turun amat lebat menyebabkan kami tak dapat pergi bazaar ramadan Maka kita masak apa yang ada dan ada buah tangan extra dari En suami yang balik dari kerja Apa menu tambahannya Me...
Menu Ramadan Hari Ke 5 Berbuka Puasa Dengan Apam Balik

Menu Ramadan Hari Ke 5 Berbuka Puasa Dengan Apam Balik

papar berkaitan - pada 28/3/2023 - jumlah : 293 hits
Menu Ramadan Hari Ke 5 Berbuka Puasa Dengan Apam Balik Yeayy Alhamdulillah Dari sebelum puasa sampailah dah masuk hari ke 4 ramadan baru dapat makan apam balik istimewa iaitu apam balik gebu gebas inti kacang dan jagung Nak apam balik kena ...
Menu Sahur Buka Puasa 2 Ramadan

Menu Sahur Buka Puasa 2 Ramadan

papar berkaitan - pada 26/3/2023 - jumlah : 416 hits
Menu Sahur Buka Puasa 2 Ramadan Alhamdulillah tahniah Abang Ilham Abang Syamil berjaya menghabiskan puasa 1 Ramadan tanpa drama Nak drama apanya The post appeared first on
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever