Taugeh Goreng Kicap Yang Sedap




Assalamualaikum semua follower Azie Kitchen yang dikasihi. Semoga hari ini adalah lebih baik dari semalam buat kita semua. Hari ini saya nak kongsi petikan kuliah tajuk Checklist Akhlak bab muflis Ustaz Syed Mohd Norhisyam oleh dimulakan dengan mengingatkan bahawa matawang untuk urusniaga di akhirat ialah dosa dan pahala.
Tak ada lagi Malaysian Ringgit, USD atau harta benda. Istilah di dunia, Muflis ialah orang yang tidak berduit dan tiada harta tapi menpunyai liabiliti hutang yang tak boleh dibayar. Muflis di dunia, kita masih boleh balik kampung, berniaga kecil kecilan kalau ada saudara mara boleh bantu bagi modal. Kalau muflis di akhirat, siapa yang nak bantu inject pahala pada kita. Masing masing nak lepaskan diri.
Sabda Baginda Rasulullah: Tahukah kalian siapakah yang disebut dengan orang yang muflis?. Para sahabat menjawab: Orang yang muflis menurut kami wahai Rasulullah, adalah orang yang tidak mempunyai dirham dan dinar serta harta benda. 
Baginda bersabda: Seorang muflis daripada kalangan umatku ialah seorang yang datang pada hari Kiamat dengan pahala solat, puasa dan zakat, namun (pada masa yang sama) dia juga membawa dosa mencela orang ini, menuduh orang itu, memakan harta orang ini, menumpahkan darah orang itu dan memukul orang ini (dan seumpamanya), lalu diberikan kepada orang ini sebahagian daripada pahala-pahala kebaikannya dan diberikan kepada orang itu pula sebahagian pahalanya, hinggalah akhirnya habis pahalanya namun belum lagi terbayar dosa-dosa yang tertanggung atasnya, lalu diambil dosa-dosa mereka tadi dan diletakkan ke atasnya hingga akhirnya dia dihumban ke dalam neraka (kerana banyak dosa). [HR Tirmizi 2342]. 
Kalau hayati apa yang Rasulullah kata sangat menggerunkan. Kena bayar pada mangsa dengan pahala. Bila pahala habis untuk diberi, lalu diambil dosa mangsa dan diberi kepada kita. Modal pahala di akhirat bukan sekadar 3 pahala sahaja juga termasuk amalan soleh yang lain.
Ada 2 kategori dosa. Dosa dengan Allah dan dosa dengan manusia. Contoh dosa dengan Allah seperti meninggalkan solat, tak bayar zakat, riba, tak puasa, tak tutup aurat dan banyak lagi.
Dalam hadis di atas, apabila ditelek 5 dosa yang menjadi liabiliti adalah berkait rapat dengan manusia yang boleh menyebabkan muflis. Jadi hati hati semua. Jangan memaki hamun, jangan menfitnah, jangan ambil hak orang, tanah orang walaupun sejengkal atau buat dosa dengan manusia.
Bagaimana mengelak dari muflis. Ada 2 pilihan sahaja. Pertama, tidak melaku dosa pada manusia dan sekiranya telah melakukannya, memohon maaf dan redha. Biar bersusah payah dan malu di dunia. Dosa maki hamun hanya terhapus dengan mohon maaf pada orang yang dimaki hamun. Kalau hutang kena usaha bayar atau kena minta halal.
Kena hisab diri kita sekarang. Ada ke staff atau pekerja yang kita maki hamun. Kalau dengan boss, kawan kawan atau pemimpin kita maki hamun tapi di belakang mereka. Ada lagi ke, hutang dengan manusia yang kita belum bayar. Ada ke gaji pekerja yang tak dibayar. Ada ke samseng yang pukul orang. Di hari akhirat, semua ini tidak dapat disembunyi lagi. OK sekarang kita masuk pula bab masakan. 
Hahahaha percaya tak Kalau katakan saya tak pernah makan taugeh Goreng Kicap. Kalau taugeh, biasanya arwah Bonda hanya memasak masak lemak putih taugeh. Tauhu lagi lah tak kenal kerana di tempat saya memang tak ada tauhu pada masa tu.

Jadi ini adalah antara resipi yang awal. awal saya belajar dari kakak ipar. Masa beliau datang rumah kami di Wangsa Maju, dia tolong masakkkan. Masih ingat lagi, berulang kali saya masuk ke dapur buka kuali meratah taugeh goreng yang sangat rangup dan sedap.
Cara saya kalau nak taugeh rangup, saya memang akan akan masukkan air dan kacau goreng sekejap sahaja. Terus tutup api. Jadi taugeh lebih sedap. Lebihkan kicap jika mahu lebih berkuah. Lagi sedap kalau menggunakan udang putih yang kecil kecil tu. 
Jom layan resipi yang saya gunakan dan cara penyediaannya di bawah ini. Saya ada menyediakan video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….

Taugeh Goreng KicapOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 mangkuk taugeh1 mangkuk daun kucai4-5 ekor udang1 keping tauhu - goreng1 biji cili merah - hirisKicap lemak manisGaramSedikit serbuk pati ayam - opsyenal¼ cawan minyak
Bahan hiris:2 biji bawang merah2 biji bawang putih
Cara cara:Panaskan minyak dan tumis bawang hiris sehingga kekuningan dan naik bau. Masukkan udang dan kacau rata.




Masukkan tauhu, daun kucai, garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
Masukkan taugeh dan kicap secukupnya. Akhir sekali, masukkan cili merah. Kacau rata dan tutup api supaya taugeh kekal rangup.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2021/09/taugeh-goreng-kicap-yang-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Daging Goreng Kicap Sedap

Resepi Daging Goreng Kicap Sedap

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 282 hits
Resepi daging goreng kicap sedap Daging goreng kicap antara masakan ringkas kegemaran CN Ada banyak versi daging goreng kicap Kalau versi malas adalah seperti resepi di bawah iaitu daging goreng kicap malas Jika ingin mencuba versi masak ki...
Buat Macam Ni Nak Bagi Ayam Goreng Berempah Sedap Rangup

Buat Macam Ni Nak Bagi Ayam Goreng Berempah Sedap Rangup

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 204 hits
Siapa yang tak suka ayam goreng kan Semua orang suka ayam goreng Tapi macam mana nak buat ayam goreng yang sedap Melalui perkongsian daripada saudari Rohana Mat Ramli dia menggunakan resipi ini untuk meniaga nasi bajet ayam goreng berempah ...
Nak Tempe Goreng Berlada Sedap Rasa Dan Berkali Tambah Ini Tipnya

Nak Tempe Goreng Berlada Sedap Rasa Dan Berkali Tambah Ini Tipnya

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 251 hits
Malam ni menunya ringkas tapi menyelerakan Rindu pula dengan tempe goreng berlada Makan dengan nasi panas panas boleh bertambah makan Nak hasilkan tempe goreng berlada yang sedap semasa menumis lada boleh masukkan juga daun limau purut atau...
Kue Teow Goreng Sedap Di Hari Kemerdekaan

Kue Teow Goreng Sedap Di Hari Kemerdekaan

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 281 hits
Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke64 buat semua rakyat Malaysia walaupun di mana anda berada Kita kena hayati erti kemerdekaan supaya kita lebih menghargai pengorbanan mereka yang telah berusaha membebaskan Malaysia dari kuasa penja...
Ayam Goreng Berlada Cili Api Tumis Serai Sedap

Ayam Goreng Berlada Cili Api Tumis Serai Sedap

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 329 hits
Dengar dengar hotel di Port Dickson fully booked Entah ye entah tidak Laju eh masing masing buat kerja bercuti dengan kadar segera Lepas umumkan fasa II berdesup semua orang book hotel agaknya Hidup kembali Port Dickson dengan ramai orang F...
Kena Cuba Resipi Cendawan Tiram Goreng Cili Padi Sedap Mengaum

Kena Cuba Resipi Cendawan Tiram Goreng Cili Padi Sedap Mengaum

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 358 hits
Belum ada idea nak masak apa untuk makan tengahari Cubalah masak Cendawan Tiram Goreng Cili Padi perkongsian resipi oleh saudari SuiSan Aliezsha ni Cendawan tiram adalah salah satu cendawan yang sedap dimasak pelbagai jenis hidangan Ada yan...
Resipi Siakap Sambal Kicap Pedas Thai Sedap Sangat Macam Menu Di Restoran

Resipi Siakap Sambal Kicap Pedas Thai Sedap Sangat Macam Menu Di Restoran

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 249 hits
Sedap lain macam menu Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai ni Setiap hari min pasti ramai yang tengah tercari cari resipi yang mudah dan sedap untuk dijadikan hidangan buat keluarga Jadi hari ni RASA nak kongsi resipi perkongsian saudari Liz...
Buat Sendiri Kuih Peria Sedap Lembut Begini Cara Caranya

Buat Sendiri Kuih Peria Sedap Lembut Begini Cara Caranya

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 560 hits
Suka makan Kuih ni memang punya peminatnya yang tersendiri Ramai yang beranggapan kuih ni susah nak buat Tapi sebenarnya mudah je Jom cuba resipi perkongsian saudari Aida Syuhada ni Nampak mudah dan tidak renyah Nanti anda boleh cuba Sesuai...
Mau Menu Sedap Khas Nusantara Seafood Atau Jepang Langsung Po Saja Di Chill N Crab

Mau Menu Sedap Khas Nusantara Seafood Atau Jepang Langsung Po Saja Di Chill N Crab

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 254 hits
Baru bisa dinikmati di Kawasan Jakarta jangan sampai ketinggalan mencicipi berbagai menu sedapnya Langsung cari di ManisdanSedap com dan klik Order Sekarang
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat