Tart Nanas Pencuci Mulut Yang Sering Dihidang Ketika Krismas
Tart Nanas, Pencuci Mulut Yang Sering Dihidang Ketika Krismas | Sebut sahaja tart nanas, pasti terasa di tekak kuihnya yang rapuh dan gebu. Bentuknya juga menarik dengan warna yang terang menjadikan kuih tart nanas antara hidangan pencuci mulut yang sering dihidang ketika sambutan Krismas. Hah jangan terkejut, tart nanas kini bukan sahaja kuih raya yang dapat dijumpai ketika Hari Raya Aidilfitri sahaja, malah ketika sambutan Krismas juga anda boleh jumpa tart nanas yang sedap dan gebu ini.
Tart Nanas, Pencuci Mulut Yang Sering Dihidang Ketika Krismas
Tart nanas adalah sejenis kuih yang diperbuat menggunakan bahan-bahan seperti mentega, tepung gandum, kuning telur dan gula. Di dalamnya mempunyai inti jem nanas yang boleh dibuat sendiri menggunakan buah nanas segar dan diparut, kemudian dimasak bersama gula sehingga pekat. Atau anda boleh sahaja beli inti jem nanas yang banyak dipasaran.
Cara membentuk tart nanas juga bukan lah sukar, ada pelbagai bentuk boleh dibuat. Asalkan rasanya & intinya tetap sama, sudah tentu akan menjadi pilihan pencuci mulut untuk tetamu yang datang. Musim pendemik ni bukan lah alasan untuk tidak membuat tart nanas. Anda tak perlu beratur panjang untuk membeli bahan-bahan membuat tart nanas, hanya gunakan servis grocery delivery sahaja.
Resepi Tart Nanas
Bentuk tart nanas paling CN suka, sangat senang untuk dibuat.
Hokay, disini CN kongsikan resepi membuat tart nanas. Untuk inti, beli sahaja ye. Agak leceh nak buat sendiri nanti. Jadikan hidup anda lebih mudah gituw.
Bahan-bahan Membuat Tart Nanas
Bahan untuk tart:>> 125 g butter, premium butter lagi bagus. Lebih sedap
>> 1 sudu besar gula kastor>> 1 biji kuning telur>> 1 sudu besar minyak sapi>> 1 3/4 cawan tepung gandum>> 1/4 cawan tepung jagung>> 1 sudu besar tepung kastard>> 1/2 sudu kecil garam halus (jika guna unsalted butter)
Bahan untuk hiasan:>> 1 biji kuning telur>> 1 sudu air>> setitik pewarna kuning
Ada pelbagai bentuk tart nanas yang boleh dicuba
Cara-cara Membuat Tart Nanas
Cara-cara untuk bahan hiasan:>> Kacau sebati kuning telur, air dan pewarna kunig. Sapu di atas tart
Cara-cara untuk tart:>> Pukul mentega (dikeluarkan pada suhu bilik) bersama gula sehingga putih dan berkrim
>> Masukkan kuning telur, minyak sapi dan garam. Kacau sehingga sebati
>> Ayak ketiga-tiga jenis tepung. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan seketika
>> Jika doh masih agak keras, uli doh bersama soft butter sedikit demi sedikit sehingga doh menjadi senang untuk ditetap
>> Masukkan doh ke dalam acuan tart, tekan dan gulung bersama inti nanas yang digentel kecil membujur. Susun di atas loyang yang dilapik dengan baking paper atau digriskan dengan butter
>> Sapukan atas tart gulung dengan bahan hiasan.
>> Anda juga boleh buat bentuk tart nanas ala Singapore iaitu bulat comel. Hanya ambil sendikit doh, leperkan dan kemudian letak sedikit inti. Bulatkan dan letak di atas loyang. >> Sapukan sedikit kuning telur di atas tart nanas tersebut dan boleh dibakar.
>> Panaskan oven pada suhu 175 darjah celsium, masukkan kuih dan bakar selama 20-25 minit bergantung kepada jenis oven masing-masing.
Tara! Siap sudah tart nanas yang pasti akan menjadi pilihan pencuci mulut untuk tetamu yang datang! Selamat mencuba.
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.cekgunorazimah.com/2020/12/resepi-tart-nanas.html