Ramai Pesan Kek Krismas Terbaik Dari Kedai Kek Terkenal Di Valley Klang Kl
Orang perempuan ni dia ada satu perangai tau. Perangai yang tiba-tiba craving nak makan itu ini. Selagi tak dapat selagi tu la terbayang-bayang dalam kepala otak. Kejap nak makan ayam goreng la, kejap nak aiskrim, haa nanti teringin nak kek pula..psss mengata kat diri sendiri sebenarnya hahaha..hari-hari craving nak makan macam-macam tau.
Lately, dekat laman sosial zaza suka tengok baker-baker share hasil diorang buat kek. Macam-macam bentuk dan deco kreatif bila diorang hasilkan kek sampaikan zaza pun naik meleleh tengok. Zaza paling suka makan kek berperisa coklat dan vanilla. Nak buat sendiri memang tak reti langsung. So kalau dah teringin tu memang beli kat kedai je terus.
Ada beberapa kedai kek yang terkenal dan selalu jadi pilihan ramai terutama buat yang tinggal dekat KL dan Klang Valley. Ini zaza list kan beberapa kedai kek yang boleh korang kunjungi. Manalah tahu jika ada rakan pembaca zaza ni nak buat sebarang majlis atau nak beli kek sempena krismas kan, boleh la servey-servey dekat kedai yang zaza list kan ni.
1. Gula CakeryKedai kek Gula Cakery ini terletak di Shah Alam, Selangor. Terdapat banyak jenis kek boleh didapati dekat sini. Pilih saja rasa yang anda suka. Antara yang menarik seperti Pistachio Cake, Bisscoff Mud Pie, Chocolate Caramel Pie, Hersheys Chocolate Cheesecake dan banyak lagi.
Alamat : Gula Cakery, 11, Jln Anggerik Aranda BG 31/BG, 40460 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi : 12.00 tengah hari - 8.00 malam( Dibuka dari hari Selasa - Ahad / Tutup : Isnin )
No Contact : 03-5131 4604
1. Cake Jalan TiungKedai kek dengan suasana yang indah. Dekat sini boleh lepak-lepak sekali. Selain mencuba pelbagai jenis kek, di kedai ini juga turut menghidangkan pelbagai menu lain. Sambil-sambil makan kek tu bolehlah memesan dessert dan cookies yang ada. Harga yang ditawarkan juga berpatutan
Alamat: Cake Jalan Tiung, 31, Jalan Tengku Ampuan Zabedah J 9/J, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.
Waktu Operasi: 12.00 tengah hari - 7.00 malam( Dibuka : Rabu - Ahad / Tutup : Isnin dan Selasa )
No Contact : 012-878 7258
3. Twelve Slices CafeKalau datang ke KL boleh singgah menikmati kek di Twelve Slices Cafe ini. Menyajikan aneka kek yang sedap dan pemandangan yang indah. Anda boleh cuba kek Pandan Gula Melaka, Rainbow Mille Crepe Cake dan Russion Medovic Honey Cake. Selain kek, Twelve Slices Cafe turut menghidangkan beberapa makanan lain. Kalau rasa lapar boleh cuba Nasi Lemak Ayam Berempah dengan Sambal Power atau Ciabatta Chicken Teriyaki
Alamat : G-10, Seasons Garden Residence, Jalan 26/26, Seksyen 10 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi : 1.00 tengah hari - 10.00 malam(Dibuka pada setiap hari)
No. Contact : 011 1020 3731
4. Erni & TinaTerletak di Alam Damai, KL. Kedai kek ini menyediakan kek premium buatan sendiri. Teringin nak makan buah rasberry? Boleh cuba kek Rasberry Romance. Boleh juga menikmati The Belgian Chocolate Cake buat pengemar kek coklat. Disini juga turut ada menu lain yang cukup mengiurkan. Sambil makan kek, anda boleh memesan Spicy Tomyam Pasta, Lemongrass Grilled Chicken dengan Couscous Salad dan beberapa lagi
Alamat: 43, Jln 9/142 Alam Damai, G-05, Maxim Residence, Kuala Lumpur.
Waktu Operasi:
12.00 tengah hari - 8.30 malam (Waktu dibuka dari Rabu hingga Isnin / Tutup : setiap Selasa )
No. Contact : 03 8958 9909
5. Big Tree Bakery
Terus rasa craving bila tengok kek dekat Big Tree Bakery ni. Apa pelbagai jenis kek dan pastri yang cukup menyelerakan. Anda boleh cuba Pavlova dan Brownie Cheescake ( gabungan brownie dan cheescake ) disamping menikmati minuman coffee hot yang isitmewa. Hidangan lain yang boleh dicuba seperti Belgian Waffles dengan Ice-Cream /Bananas dan Charcoal Bomboloni.
Alamat: Big Tree Bakery, 32G, Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Waktu Operasi:
11.00 pagi sehingga 7.00 malam( Waktu dibuka setiap hari Selasa - Ahad / Tutup : Isnin )
No. Contact : 03 2202 2868
Kepada anda yang berdekatan kawasan Valley Klang dan KL dan ingin menikmati kek di kedai ini tetapi malas nak keluar, boleh la order online. Sambil-sambil order kek boleh lah juga pesan makanan lain untuk dinikmati bersama kek tu kan. Caranya dengan menggunakan servis 'online food delivery' dari Foodpanda. Macam-macam jenis makanan ada
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.zazaiman.com/2020/12/ramai-pesan-kek-krismas-terbaik-dari.html