Dividen Asb 2024 5 75 Sen Seunit Tertinggi Dalam Lima Tahun


Dividen ASB 2024 5.75 sen seunit, tertinggi dalam lima tahun. Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan 5.75 sen seunit kepada pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.
Dividen ASB 2024 5.75 Sen Seunit Jumlah itu terdiri daripada pengagihan pendapatan sebanyak 5.50 sen seunit dan bonus 0.25 sen seunit. Pembayaran dividen ASB sebanyak 5.75 sen seunit adalah ketara lebih tinggi berbanding 5.25 sen seunit yang telah dibayar pada 2023, dan menjadikan jumlah dividen yang diagihkan kepada pemegang unit ASB sejak penubuhannya kepada RM196.5 bilion.
Jumlah keseluruhan pengagihan pendapatan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 itu sebanyak RM10.1 bilion dan akan memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.
Tertinggi Dalam Lima Tahun Pengerusi Kumpulan PNB, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda, berkata pihaknya berbesar hati kerana ASB mampu memberikan agihan dividennya yang paling kukuh sepanjang tempoh lima tahun.

“Ini meneruskan rekod prestasi kukuh Dana Harga Tetap ASNB berbanding portfolio rujukan mereka, sejajar dengan matlamat PNB untuk mengukuh kedudukan kewangan rakyat, merentas generasi,” katanya dalam satu kenyataan.
ASB terus memberikan pulangan yang mampan, mengatasi pulangan pasaran serta penanda arasnya iaitu kadar Deposit Tetap 12 bulan Maybank.
BILANGAN AKAUN ASB MENINGKAT 2.4 PERATUS KEPADA 11.1 JUTA AKAUN, MENCERMINKAN KEYAKINAN BERTERUSAN TERHADAP ASB SEBAGAI INSTRUMEN SIMPANAN DAN PELABURAN PENTING BAGI GOLONGAN BUMIPUTERA DALAM PERANCANGAN KEWANGAN MEREKA.
Prestasi ASB yang lebih baik itu adalah didorong oleh impak positif daripada strategi kepelbagaian aset PNB serta faktor pasaran ekuiti awam Malaysia yang kukuh, yang mendapat manfaat daripada pertumbuhan ekonomi Malaysia yang teguh dan pengukuhan ringgit.
“Walaupun di tengah-tengah ketegangan geopolitik dan perdagangan global yang berterusan, persekitaran makroekonomi Malaysia kekal positif, disokong oleh permintaan domestik yang teguh, kadar faedah yang stabil dan peningkatan pelaburan asing disebabkan tindak balas kukuh pelabur terhadap inisiatif MADANI kerajaan, termasuk pelancaran Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan program Pengaktifan dan Reformasi Badan Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP),” kata Raja Arshad.
Pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus untuk ASB adalah berdasarkan baki bulanan minimum purata yang dipegang sepanjang tahun kewangan dana itu.
Unit yang dilaburkan semula daripada pengagihan pendapatan akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Januari 2025. Transaksi untuk ASB di cawangan dan ejen ASNB, termasuk semua saluran dalam talian dan perbankan internet, akan digantung sementara dari 28 hingga 31 Disember 2024.
Pemegang unit boleh meneruskan transaksi di semua saluran dalam talian dan perbankan internet bermula 1 Januari 2025, dan di mana-mana cawangan dan ejen ASNB bermula 2 Januari 2025.
Sumber: Berita Harian Online Sinar Harian 
Baca artikel lain juga: Cara Mudah ‘Transfer Online’ Duit Ke Akaun ASB, Senang Je, Dah Tak Payah Ke Bank!
Dividen ASB 2024, Kenaikan Pasaran Saham Jadi Petanda Baik
 
 
 
 
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
 
 
 
The post Dividen ASB 2024 5.75 Sen Seunit, Tertinggi Dalam Lima Tahun appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/dividen-asb-2024-5-75-sen-seunit-tertinggi-dalam-lima-tahun/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tarikh Pengumuman Dividen Asb 2024 2025 Semakan

Tarikh Pengumuman Dividen Asb 2024 2025 Semakan

papar berkaitan - pada 17/12/2024 - jumlah : 641 hits
TERKINI PENANGGUHAN URUSNIAGA ASB BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2024 PENGUMUMAN DIVIDEN Amanah Saham Nasional Berhad akan mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 tid...
Dividen Asb 2024 Kenaikan Pasaran Saham Jadi Petanda Baik

Dividen Asb 2024 Kenaikan Pasaran Saham Jadi Petanda Baik

papar berkaitan - pada 12/12/2024 - jumlah : 268 hits
Tahun kewangan 2024 dilihat memberi harapan besar kepada pelabur ASB apabila prestasi pasaran saham global dan domestik menunjukkan perkembangan positif Dengan kenaikan dalam indeks utama seperti Nasdaq S P 500 Nikkei 225 Hang Seng serta Bu...
Banjir Tahun 2024 Dungun Terengganu

Banjir Tahun 2024 Dungun Terengganu

papar berkaitan - pada 12/12/2024 - jumlah : 190 hits
AssalamualaikumBanjir Tahun 2024 Dungun Terengganu Dah lama tak update blog Nak bercerita tetapi terlalu banyak urusan dan ujian yang datang silih berganti Tapi tak sedap pulak ayat bila aku cakap ujian yang datang Sepatutnya teguran manja ...
Hiking Bukit Kepayang Penutup Tahun 2024

Hiking Bukit Kepayang Penutup Tahun 2024

papar berkaitan - pada 31/12/2024 - jumlah : 186 hits
Lepas terus sepi kejap dari aktitivti hiking Encik suami dah mula sibuk Sabtu pun kena kerja Ahad pun kadang terselit juga kerjanya Dalam sibuk tu dapat lah juga cuti sehari selepas cuti Hari Krismas tu Alang alang dah cuti kita pun ambil k...
Destinasi Percutian Akhir Tahun 2024

Destinasi Percutian Akhir Tahun 2024

papar berkaitan - pada 18/12/2024 - jumlah : 299 hits
Cuti sekolah akhir tahun sudah hampir tiba tetapi korang belum sempat membuat perancangan awal Jangan risau Apa kata kali ini kita fokuskan percutian akhir tahun 2024 anda di dalam Malaysia sahaja Dengan pelbagai pilihan destinasi menarik k...
Rakyat Malaysia Makin Minat Mempelajari Ai Generatif Pada Tahun 2024

Rakyat Malaysia Makin Minat Mempelajari Ai Generatif Pada Tahun 2024

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 158 hits
Coursera salah satu platform pembelajaran dalam talian terbesar di dunia melaporkan kenaikan luar biasa dalam minat rakyat Malaysia terhadap kursus AI generatif pada tahun 2024 Dengan lebih 862 000 pengguna berdaftar Malaysia menyaksikan ke...
Ubat Kurus Merajai Tahun 2024 Bloomberg Xinhua

Ubat Kurus Merajai Tahun 2024 Bloomberg Xinhua

papar berkaitan - pada 27/12/2024 - jumlah : 168 hits
NEW YORK 26 Dis Dalam sekelip mata ramai orang mula menggunakan ubat ubatan GLP 1 seperti Ozempic Wegovy Mounjaro dan Zepbound yang meraih pendapatan bilion untuk syarikat farmaseutikal Persaingan sengit untuk merebut bahagian pasar pun ber...
Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

papar berkaitan - pada 28/12/2024 - jumlah : 325 hits
Assalammualaikum Dunia Hari ni ade game catur kat sekolah enjoyed the game Rayyan Sampai awal laaa Kat sekolahSusun aturPiala Guru BesarCaptured No stress and just make moments and memories Jangan serius yerMy Rayyan Close upDah nak habis t...
10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

papar berkaitan - pada 23/12/2024 - jumlah : 245 hits
KL Singapore adalah laluan Penerbangan ke 4 paling busy tahun ini laluan ke Singapore betol busy sebab no 8 no 9 pun pi Singapore Laluan Syarikat Penerbangan Antarabangsa Tersibuk bagi tahun 2024 ialah Hong Kong ke Taipei dengan 6 8 juta te...
Firearms Possession And Regulations In Malaysia Public Safety Must Remain A Priority

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Setia Alam Shooter Opens Fire On Janitor After Request To Relocate His Belongings

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Developer Avoids Jail Over Rm9 5mil Illicit Payment In Mara Inc S Aussie Property Deal

Sains Pembungkusan Terbiodegradasi Perspektif Dari Rantaian Bekalan Mampan

Curi Beg Tangan Jenama Produk Kecantikan Pasangan Kekasih Dipenjara 44 Hari


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Selepas Beratur 30 Minit Di Damascus Bukit Bintang

Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Top Marketing Strategies For Buzz

Larian Hari Wilayah Persekutuan 2025

Tapak Niaga Berhawa Dingin Rm13 Sehari Di Expo Raya Galaxy Mall Ampang Anjuran Ppim Ehailing Fm 11 02 2025

10 Gambaran Teknologi Masa Hadapan Oleh Orang Di Era Dulu Kala