Kekalkan Fungsi Usus Yang Baik Setiap Hari Dengan Minuman Susu Kultur Fernleaf Probiotik


Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Asas badan yang kuat bergantung kepada sistem penghadaman yang baik. Fungsi usus yang terutamanya menjalankan tugas seperti penghadaman, penyerapan nutrien dan perkumuhan, boleh memberi kesan kepada kesihatan dan kesejahteraan kita secara keseluruhan. Walau bagaimanapun, pelbagai faktor seperti tabiat pemakanan yang tidak baik, tekanan, gaya hidup tidak sihat, ubat-ubatan dan penuaan boleh mengganggu fungsi usus kita



Ini boleh mengakibatkan bakteria usus menjadi tidak seimbang, dan mengakibatkan terlalu banyak bakteria berbahaya atau tidak baik mula membiak. Jika tidak diberi perhatian sewajarnya, ini boleh menyebabkan masalah pencernaan termasuk cirit-birit, sembelit, perubahan dalam tabiat usus dan banyak lagi . Oleh itu, perlindungan bagi mengekalkan persekitaran usus sentiasa berada dalam keadaan yang sihat adalah penting untuk memastikan sistem pertahanan badan kita berfungsi dengan baik



Diperkenalkan sejak tahun 1982 bagi rakyat Malaysia, susu Fernleaf dari Fonterra yang penuh dengan kebaikan tenusu dari New Zealand kini memperkenalkan cara yang berpatutan dan menyeronokkan untuk membantu menambah bakteria baik untuk usus! Minuman Susu Kultur Fernleaf Probiotik+ adalah satu-satunya minuman susu kultur di Malaysia yang mengandungi gabungan tiga (3) jenis probiotik yang dikaji secara saintifik, iaitu Lactobacillus rhamnosus HN001 (DR20), Bifidobacterium animalis subsp. lactis (BB-12), dan Lactobacillus acidophilus LA-5



Pengambilan tiga jenis probiotik yang telah dikaji secara saintifik ini sebagai sebahagian daripada diet seimbang harian dengan gabungan gaya hidup aktif boleh membantu mengekalkan fungsi usus yang baik bagi menyokong sistem pertahanan badan. 


Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), probiotik ialah mikroorganisma  hidup yang memberi manfaat kesihatan kepada hos apabila diambil dalam jumlah yang mencukupi. Juga dikenali sebagai "bakteria baik", probiotik membantu menghalang pembiakan bakteria yang tidak baik untuk menangkis kesan negatif berkaitan kesihatan yang disebabkan olehnya , sambil menambah bakteria baik, bagi meningkatkan sistem pertahanan badan. Oleh sebab itu, pengekalan bakteria usus yang seimbang harus dipastikan setiap hari untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan yang baik



Liew Yen Lee, Penolong Pengurus Pemakanan Fonterra Brands (Malaysia) Sdn Bhd, menjelaskan kepentingan adanya  probiotik dalam diet harian seseorang: “70% daripada imuniti badan tertumpu di dalam usus kita, yang sentiasa terdedah kepada ‘musuh’ luaran seperti bakteria, virus dan bahan asing yang lain. Oleh itu, ia adalah sangat penting untuk kita memiliki persekitaran usus yang baik demi menyokong sistem pertahanan badan yang kuat, yang perlu bersedia untuk mengelakkan sebarang jangkitan."
Liew Yen Lee, Penolong Pengurus Pemakanan Fonterra Brands (Malaysia) Sdn Bhd

“Apabila kita jatuh sakit, bakteria yang tidak baik mengambil peluang untuk membiak dalam badan kita. Pengambilan probiotik secara kerap membantu meningkatkan fungsi usus dan memastikan bakteria yang baik dalam usus kita berada di tahap yang sihat supaya badan dapat mewujudkan semula keseimbangan semula jadi dan memastikan sistem pertahanan badan berfungsi dengan normal, ” sambung Liew

Dalam usaha menyokong fungsi usus yang sihat bagi pengguna Malaysia, pasukan Penyelidikan dan Pembangunan Fonterra bekerjasama dengan pakar probiotik terkemuka daripada Chr. Hansen untuk menghasilkan Minuman Susu Kultur Probiotik+ Fernleaf. Puan Megawati Suzari, Pengarah Pembangunan Produk Baharu, Hal Ehwal Saintifik & Kawal Selia, Fonterra Brands (Malaysia) Sdn. Bhd. menjelaskan “Kebaikan daripada tiga jenis probiotik yang digunakan dalam minuman susu kultur ini disokong oleh sains, dan telah dikaji dengan teliti dalam banyak kajian saintifik, menjadikannya sesuai untuk semua peringkat umur. Sebagai jenama keluarga, Fonterra berusaha untuk menyokong fungsi usus bagi orang dewasa dan kanak-kanak. Apabila usus anda berfungsi dengan baik, ia bukan sahaja membantu mengekalkan sistem pertahanan badan yang baik, tetapi juga menggalakkan pergerakan usus yang teratur dan penghadaman serta penyerapan nutrien yang berkesan." 
Puan Megawati Suzari, Pengarah Pembangunan Produk Baharu, Hal Ehwal Saintifik & Kawal Selia, Fonterra Brands (Malaysia) Sdn. Bhd.

“Itulah sebabnya Minuman Susu Kultur Probiotik+ Fernleaf, dengan tiga jenis probiotik ini menawarkan cara yang mudah dan berpatutan untuk membantu menambah bakteria yang baik dalam usus. Penyokongan sistem pertahanan badan adalah sangat penting terutamanya dengan peningkatan pelbagai penyakit, dengan yang terkini seperti COVID-19. Walaupun kita telah melangkah ke fasa endemik dan COVID-19 tidak lagi mengancam nyawa berkat daripada kemajuan dalam teknologi perubatan, kami berharap rakyat Malaysia akan terus memantau kesihatan mereka kerana kesihatan yang baik membantu kita menikmati kualiti hidup yang lebih baik,” kata Megawati

Minuman Susu Kultur Fernleaf Probiotik+ kini boleh didapati di 99 Speed Mart dan AEON di Semenanjung Malaysia pada harga runcit yang disyorkan iaitu RM4.35









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahamahu.com/2023/02/kekalkan-fungsi-usus-yang-baik-dengan-minuman-susu-kultur-fernleaf-probiotik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fernleaf Probiotik Minuman Susu Bantu Menambah Bakteria Baik Untuk Usus

Fernleaf Probiotik Minuman Susu Bantu Menambah Bakteria Baik Untuk Usus

papar berkaitan - pada 22/2/2023 - jumlah : 169 hits
hai assalammualaikumFernleaf Probiotik Minuman Susu Bantu Menambah Bakteria Baik Untuk Usus Asas badan yang kuat bergantung kepada sistem penghadaman yang baik Fungsi usus yang terutamanya menjalankan tugas seperti penghadaman penyerapan nu...
Amalkan Doa Ini Setiap Hari Kalau Nak Anak Cerdik Lembut Hati Baik Tingkah Laku

Amalkan Doa Ini Setiap Hari Kalau Nak Anak Cerdik Lembut Hati Baik Tingkah Laku

papar berkaitan - pada 3/3/2023 - jumlah : 231 hits
Setiap ibu bapa mengimpikan untuk mendapat anak yang soleh dan solehah Anak yang cerdik lembut hati dan mendengar kata ibu bapanya Kebanyakan ibu bapa sentiasa mahu memberikan didikan dan ajaran yang terbaik untuk anak mereka Bagi yang bera...
Fernleaf Memperluas Rangkaian Produk Untuk Menyokong Fungsi Usus

Fernleaf Memperluas Rangkaian Produk Untuk Menyokong Fungsi Usus

papar berkaitan - pada 17/2/2023 - jumlah : 177 hits
Kekalkan fungsi usus yang baik setiap hari dengan cara yang berpatutan dan menyeronokkanAsas badan yang kuat bergantung kepada sistem penghadaman yang baik Fungsi usus yang terutamanya menjalankan tugas seperti penghadaman penyerapan nutrie...
Cerita Enzy Storia Idap Autoimun Langka Sempat Pincang Dan Minum 12 Butir Obat Setiap Hari

Cerita Enzy Storia Idap Autoimun Langka Sempat Pincang Dan Minum 12 Butir Obat Setiap Hari

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 80 hits
Di balik keceriaannya Enzy punya perjuangan yang tak main main saat masih SMA Titik terendah itulah yang membuat Enzy menjadi sosok kuat seperti sekarang ini
Saya Dipukul Majikan Malaysia Setiap Hari Dakwa Bekas Amah Indonesia

Saya Dipukul Majikan Malaysia Setiap Hari Dakwa Bekas Amah Indonesia

papar berkaitan - pada 3/3/2023 - jumlah : 102 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Sebelah telinga mengalami kecacatan empat gigi hilang dan parut di bibir atas antara peringatan buat Meriance Kabu terhadap pengalamannya bekerja di Malaysia selama lapan bulan Pengalaman pahit yang didakwa dilalu...
Terbaharu Dari Coolblog Minuman Magical Unicool Membuat Hari Anda Lebih Ceria

Terbaharu Dari Coolblog Minuman Magical Unicool Membuat Hari Anda Lebih Ceria

papar berkaitan - pada 28/2/2023 - jumlah : 211 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Siapa sini peminat minuman Coolblog Mesti ramai termasuklah diri yang bertanya ini juga Sekarang ini Coolblog ada mengeluarkan...
Penyebab Keputihan Setiap Hari Dan Cara Penanganannya

Penyebab Keputihan Setiap Hari Dan Cara Penanganannya

papar berkaitan - pada 24/2/2023 - jumlah : 140 hits
Selain menstruasi setiap wanita pasti akan mengalami yang namanya keputihan Keputihan adalah cairan yang berwarna putih keruh yang keluar dari organ intim wanita Kondisi ini terbilang wajar dan biasanya kehadiran keputihan menandakan bahwa ...
Punya Bebal Anak 7 Setiap Hari Makan Di Kedai Lepas Tu Kata Menu Rahmah Mahal

Punya Bebal Anak 7 Setiap Hari Makan Di Kedai Lepas Tu Kata Menu Rahmah Mahal

papar berkaitan - pada 24/2/2023 - jumlah : 186 hits
Bapa anak 7 cakap Menu Rahmah mahal netizen persoal kenapa nak makan setiap hari di kedaiMAISARAH AISYABiasanya Menu Rahmah ini adalah buat golongan B4o yang tidak berkemampuan namun jika setiap hari makan kedai maka jangan salahkan inisiat...
Bekal Hari Ini 22022023 Lauk Sambal Sardin Telur Dadar

Bekal Hari Ini 22022023 Lauk Sambal Sardin Telur Dadar

papar berkaitan - pada 22/2/2023 - jumlah : 148 hits
Assalamualaikum Stok sardine memang sentiasa ada kat rumah tak beli la yang tin besar beli tin kecik je itupun harga dah 4 hengget ko giler la makin tinggi harga so malam tadi SA masak la sambal sardin sardin ni memang all time favorite cum...
Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Absolute Power Corrupts Absolutely

Mesyuarat Negara Negara Asean Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Kuantum

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

Pas Quashing Of Zafrul S Affidavit Raises Concerns About Govt S Integrity



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Bella Astillah Feat Didi Astillah Bermanja Manja Chord

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur

Moto Distracto Steady Garage Customizes The New Honda Motocompacto

Udon Noodle Soup

Beli Hadiah Untuk Ibu Tanpa Rasa Terbeban Siap Dapat Diskaun Boleh Bayar Kemudian Guna Je Aplikasi Best Ni