Tarikan Menarik Di Atv Kg Jkin Extreme Park Bukit Putus Negeri Sembilan


Sudah terang lagikan bersuluh, bila tiba musim perayaan termasuklah hari Pilihan Raya semua pelusuk jalan akan sesak teruk. Mana mana pun sesak daaa...Sebelum memulakan perjalanan, baiklah kita tengok dulu waze dulu. 
Nampak gaya jalan tak sesak. Sesak atau tidak, saya bercadang nak ajak encik suami singgah ATV Kg Jkin Extreme Park Bukit Putus. Kononnya nak singgah mengopi sebentar lah. Minum petang, alang-alang balik kampung waktu petang. 
Masuk je simpang ke Bukit Putus, beberapa minit kemudian sampailah kami di ATV Kg Jkin Extreme Park Bukit Putus Seremban - Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Bukit Putus ni jalan lama yang yang selekoh dia tersangatlah extreme. 

Sejak ada jalan baru, jalan bukit putus lama semakin dilupakan. Dari keadaan jalan, nampak sangat jarang digunakan. Jalan Bukit Putus ni ada banyak kisah misteri. Yang tahu je tahu. Kalau malam-malam lalu sini memang seram. Setakat ni kami berani lalu siang je kalau laluan utama sesak. 

Kami sampai di ATV Kg Jkin Extreme Park cuma ada 2 buah kenderaan je. Kedengaran muzik yang kuat. Entah lagu apa dipasang tak tahu lah. Tak ada pengunjung lansung!. Yang ada cuma pekerja di situ je

Terjengah jengah kami memanjangkan leher tengok di mana lokasi Dapor Pompuan Chantek yang dikatakan oleh KakRet. Terus encik suami tanyakan pada pekerja di kaunter. Dapor Perempuan Chantek di belakang kaunter je pintu masuknya. Tapi dah tutup pukul 3:00 petang katanya. Kami sampai dah pukul 5 petang! Aiyooo...Tak ada rezeki kamilah mengopi di Dapor Perempuan Chantek

Lain kalilah ye. Bukan jauh mana, nanti-nanti boleh pergi. Tapi kadang yang dekat tu lah paling lambat nak sampai. Kann..

ATV Kg Jkin priceAlang-alang dah sampai tak kan nak balik dengan kecewa. Kita bergambar lah dulu. Tanya pada kaunter sekali lagi. Kalau nak bergambar di setiap hotspot kena bayar RM5 seorang. Okay, nak! Harga boleh bawa bincang dan berbaloi lah kot.

Kalau nak naik ATV harga lain lah. Dah datang petang macam kurang sesuai pula nak ber ATV. Masuk celah hutan pula tu kan. Risauuu..

Gambar di bawah, pandangan luar tepi Dapor Perempuan Chantek. Tiada penyelerengaraan berlaku disini, maka pokok pokok hidup meninggi diri tanpa dicantas. Kalau kemas bersih mesti cantik ambil gambar disini. 

Kami tak masuk pintu depan Dapor Perempuan Chantek. Ikut dari tepi sebelah kiri dalam gambar di atas. Memandangkan tak ada orang, ambil lah gambar juga. Buat penyeri cerita


Seronok juga kalau dapat mengopi sambil mata layan suasana kehijauan ni. Ada banner digantungkan dimana bermulanya sejarah pembukaan Kg Jkin Extreme park. Saya baru tahu kewujudannya sebelum COVID melanda lagi. Tapi tak pergi pergi pun. Kalau pergi awal-awal dulu pasti lagi menarik sebab semuanya serba baru


Dah ambil gambar Dapor Perempuan Chantek, kita pun sakanlah bergambar. Dengan tak ada seorang umat manusia pun di situ kecuali pekerja di kaunter dan beberapa orang pekerja yang lain, kami buat ini extreme park macam kami yang punya

Ikut suka nak posing lama mana tanpa rasa segan. Segan tu nipis lah sikit tak setebal bilamana ramai orang. Puas lah ambil gambar. Tapi lama lama jadi macam kurang selesa sebab kebahangan cuaca

Cuaca selepas hujan kan dia macam terasa bahang macam tu. Jadi tak lama sangat kami bergambar di situ. Cukup syarat je lah

Hotspot pertama, tarikan menarik di ATV Kg Jkin Extreme Park. Tempat wajib bergambar katanya lah. Buatlah gaya acah-acah bawa motor sambil tersenyum.  

Sebelah hotspot di atas, ada tangga tanpa plastform hujungnya. Tak berani sampai ke penghujung. Kita gayat wak! Sejak bila gayat tak tahu lah. Naik gunung Datuk bergambar atas sekali tu tak gayat pula. Entah apa apa lah


Selepas turun dari tangga ni, saya naik pula tangga papan warna warni ni. Rasa kurang yakin nak melalui tangga ni. Macam kurang stabil je. Tapi berjaya juga melaluinya sampai ke atas


Naik tangga, kita masuk pula sampan petak ni. Nampak rupa macam sampan dengan lukisan bendera Negeri Sembilan. Masuklah kita posing dalam ni ala ala naik sampai. Gigil juga kepala lutut bila kena naik atas ni. Goyang goyang platformnya pun


Dah naik sampan, naik kapal pula. Sebelah perahu di atas ni. Ambil juga berkeping keping gambar disini. 

Perasan tak platform ada pintu atas dalam gambar kapal atas ni. Inilah dia pintu ni. Tinggi ye kalau jengah bawah tu walaupun dipenuhi semak samun. Kena berhati hati kalau bergambar di sini. Risau kalau leka terjatuh ke bawah.

Belum habis gayat ambil gambar di pintu ni, sebelah tu ada lagi dasyat gayat dia. Tangga menuju kemana tak tahu. Tangga tiada penghujung. Setakat ni je mampu naik. Lebih dari tu saya tak berani. Sejenis gayat tak boleh bawa berunding dah! Safety first


Berdekatan dengan tangga ni ada hotspot berbentuk love ni. Bolehlah posing buat mini love ke, big love ke dan macam-macam bentuk love. 

Teringin nak naik buaian extreme acah-acah di Bali tapi nak naik ni kena ada pekerja yang uruskan dan pantau. Seorang pekerja pun tak kelihatan. Kita pendamkan saja hajat tu. Ambil gambar je lah buat kenangan. Baru nak berangan naik extreme swing sambil nyanyi buai laju-laju. Cakap je, buatnya tidak


Dilarang naik tanpa kebenaran. Jangan pandai pandai nanti berlaku sebarang kecederaan sila tanggung sendiri


Kecewa tak dapat naik buaian extreme, marilah kita beredar. Sebelum tu, ambil gambar sekali lagi bangku yang cantik diperbuat daripada kayu ni dengan kemasan syelek. Kalau jual mahal ni


Bersebelahan bangku di atas, ada buaian juga. Buaian biasa-biasa. Tak dapat naik buaian extreme, kita naik buaian ni pun bolehlah. Boleh dikatakan kukuh untuk orang dewasa naik. 


Jika ada peluang buat aktiviti flying fox zipline ni pun best juga. Lain kali lah ye


Dah puas hati bergambar, jomlah pulang! Sebenarnya banyak lagi tarikan menarik di ATV Kg Jkin Extreme Park Bukit Putus Seremban ni. Banyak lagi hotspot menarik untuk ambil gambar. Selain makan makan di Dapor Perempuan Chantek, boleh juga menginap di Kg Jkin Resort dalam hutan Bukit Putus ni. 
Tak nampak pula resort dia. Masa bergambar di platform atas tu nampak juga laluan bertar di bawah. Laluan ATV sebelum melalui laluan yang lebih mencabar. Menarik tu memang menarik aktiviti di ATV Kg Jkin Extreme Park ni. Cuma kalau buat penyelenggaraan berkala tu lagi bagus lah. Sayang tempat yang menarik ni kalau tak dijaga betul.

Barulah indah khabar indah rupa. Nak ambil gambar pun nampak lebih menarik. Kalau cuaca elok, lighting on point mesti lagi menarik gambar. Effortless nak edit gambar pun. Ini gambar cuaca mendung selepas hujan dia jadi kelam pula. Hentam sajalah labuuu...

Kalau suka buat aktiviti lasak bolehlah ke ATV Kg Jkin Extreme Park. Pastikan pakai baju cerah untuk lebih menonjol dalam gambar. Silap pula saya pakai baju ikut warna tema hutan. Dah nampak tenggelam dalam gambar. 

Lagi satu pakai yang cerah biar tak hurung dek nyamuk. Kalau pakai baju hitam, nyamuk pun mengikut nanti

Lokasi ATV Kg Jkin Extreme Park361, Jalan Bukit Putus lama Seremban - Kuala Pilah,70400 Seremban, Negeri Sembilan
Buka : 9:00 pagi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2022/11/atv-kg-jkin-extreme-park.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kejadian Di Renal Park Kuala Klawang Jelebu Negeri Sembilan

Kejadian Di Renal Park Kuala Klawang Jelebu Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 217 hits
Kali terakhir aku berkhemah pada tahun 2014 di Teratak Riverview Tanjung Malim Perak di Selepas tu khemah tu hanya berkhemah dalam bilik tidur dak Adik Tarikh 29 hingga 30 Oktober 2022Tempat Renal Park Kuala Klawang Jelebu Negeri SembilanTe...
Gta Candidate Opposes Negeri Sembilan Mb S Pd Nomination

Gta Candidate Opposes Negeri Sembilan Mb S Pd Nomination

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 200 hits
GE15 Gerakan Tanah Air candidate Ahmad Idham Ahmad Nadzri has lodged a report with the Election Commission against his Pakatan Harapan opponent Aminuddin Harun Ahmad Idham a candidate for the Port Dickson parliamentary seat claimed that Ami...
Kj Must Be Bn S Negeri Sembilan Mb Candidate Says Puad

Kj Must Be Bn S Negeri Sembilan Mb Candidate Says Puad

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 184 hits
Khairy Jamaluddin made way for Umno deputy president Mohamad Hasan in Rembau but lost the contest for the Sungai Buloh seat by less than 3 000 votes on Saturday PETALING JAYA Defeated Umno candidate Khairy Jamaluddin must contest for a stat...
Negeri Sembilan Presents Rm550 Million Budget

Negeri Sembilan Presents Rm550 Million Budget

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 148 hits
Negeri Sembilan s 2023 budget covers social development agriculture infrastructure spirituality administration and tourism SEREMBAN The Negeri Sembilan government presented its 2023 budget amounting to RM550 million with an estimated revenu...
Bn Kembali Dominasi Negeri Sembilan

Bn Kembali Dominasi Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 149 hits
Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan melakar kejutan apabila menang di Rembau dengan majoriti 19 897 undi walaupun bertanding buat kali pertama untuk kerusi Parlimen PETALING JAYA Barisan Nasional kembali menjadi dominan di Negeri Sembilan a...
Minum Petang Di Restoran O T Mohamed Di Persada Cattleya Seremban Negeri Sembilan

Minum Petang Di Restoran O T Mohamed Di Persada Cattleya Seremban Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 248 hits
Restoran O T MohamedRestoran O T MohamedRestoran O T Mohamed ni restoran mamak Peminat mamak dimana saja anda berapa pasti akan cari restoran mamak gak kalau nak makan Restoran O T Mohamed yang aku terjah ni terletak di Jalan Cattleya 1 Per...
Pasca Pru15 Rakyat Resah Mahu Kerajaan Negeri Pahang Dibentuk Segera

Pasca Pru15 Rakyat Resah Mahu Kerajaan Negeri Pahang Dibentuk Segera

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 201 hits
Dewan Undangan Negeri Pahang masih dalam keadaan tergantung ketika ini selepas tiada gabungan parti politik berjaya meraih majoriti mudah dalam Pilihan Raya Umum ke 15 Ketika rundingan masih dijalankan rata rata pengundi dan rakyat Pahang
Tuan Ibrahim Wan Rosdy Mula Bincang Pembentukan Kerajaan Negeri Pahang

Tuan Ibrahim Wan Rosdy Mula Bincang Pembentukan Kerajaan Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 345 hits
KUANTAN Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Barisan Nasional Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berhubung pembentukan Kerajaan Negeri Pahang Perkara itu disahkan oleh Pengerusi...
Bn Pahang Hampir Pasti Dapat Kekalkan Kerajaan Negeri Lapan Adun Ph Sokong

Bn Pahang Hampir Pasti Dapat Kekalkan Kerajaan Negeri Lapan Adun Ph Sokong

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 199 hits
KUANTAN Barisan Nasional Pahang hampir pasti mengekalkan kerajaan negeri apabila lapan Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Harapan menyatakan sokongan untuk menubuhkan kerajaan negeri Menurut sumber DAP perkara itu sudah diputuskan pimpinan ...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya