Tarik Subsidi Beri Bantuan Ciput Tak Selesai Masalah Rakyat


 
Tarik subsidi, beri bantuan ‘ciput’ tak selesai masalah rakyatPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: June 24, 2022
SharePenarikan kawalan harga ke atas ayam bulat dan telur serta minyak masak botol mulai 1 Julai ini serta pengumuman tambahan RM100 Bantuan Keluarga Malaysia bersifat ‘gula gula’ yang diumumkan oleh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak akan mengubah penderitan hidup rakyat marhaen.
Senator Dewan Negara, Fadhlina Sidek berkata, kesan kenaikan harga akibat produk dari ayam dan telur yang tiada lagi harga siling akan lebih parah daripada nilai tambahan bantuan RM100.
“Saya mengikuti polemik isu kenaikan harga barang dan pengumuman kerajaan berkaitan penarikan subsidi terkait dengan keperluan asasi rakyat.
“Setakat pengumuman oleh PM Malaysia, tiada apa yang progresif dan benar-benar menyelesaikan isu penderitaan rakyat melainkan tawaran yang masih bersifat “gula-gula” yang manisnya sekadar untuk membuatkan rakyat melupakan isu sebenar buat seketika.
“Hakikatnya, peningkatan kos sara hidup dan penyelarasan subsidi ini telah berlangsung sekian lama, berbaur antara derita jerih payah rakyat menempuh kehidupan sukar setiap hari dengan aksi pemimpin negara yang gemar membuat adegan drama yang melelahkan rakyat.
“Hari ini kerajaan umum penarikan subsidi, esok muncul sebagai hero umum insentif baru untuk rakyat. Semua drama ini ditonjolkan sebenarnya untuk menutup sisi tidak kompeten kerajaan yang semakin bejat mengurus tata kelola negara,” kata Fadhlina dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, isu penarikan subsidi dan peningkatan harga barang serta kos sara hidup ini telah memberikan kesan langsung kepada komuniti miskin dan fakir serta kanak-kanak sejak sekian lama.
Kesan kemiskinan, kata Fadhlina menyebabkan mulnutrisi dan bantut di kalangan kanak-kanak sangat serius. Iaitu 1:5 di kalangan kanak-kanak didapati di bawah kategori bantut.
Manakala isu malnutrisi juga semakin meningkat apatah lagi dengan impak pandemik serta kenaikan harga barangan yang memberikan kesan langsung kepada “hidangan” yang akan disediakan oleh setiap keluarga miskin dari dapur masing-masing.
“Impak kenaikan barang dan penarikan subsidi ini telah memperlihatkan kesan yang menghimpit sekumpulan golongan rentan dalam masyarakat, khususnya kanak-kanak yang terlibat dengan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT).
“Saya cukup bimbang sekiranya impak kenaikan harga serta penarikan subsidi akan memberikan kesan kepada kos pengusaha kantin sekolah dan akhirnya program RMT tidak dapat diteruskan untuk membela kanak-kanak miskin yang berhadapan dengan isu malnutrisi,” katanya.
Bagi Fadhlina, kebejatan mekanisme kerajaan mengurus dan menangani isu kos sara hidup dan penarikan subsidi memperlihatkan kegagalan total pemerintah.
Oleh itu, beliau tidka terkejut sekiranya pilihan yang tersisa di pihak rakyat adalah melakukan demonstrasi jalanan bagi mendesak penurunan harga barang.
“Kerajaan seolah-olah hilang kawalan, tidak kompeten dan sangat lemah menyelesaikan isu yang menjerut kehidupan rakyat saban hari.
“Jadi apa pilihan yang kita ada? Mobilisasi rakyat dan lawan,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/06/tarik-subsidi-beri-bantuan-ciput-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Komited Kawal Kos Sara Hidup Rakyat Peruntukan Subsidi Ditambah Kata Menteri

Kerajaan Komited Kawal Kos Sara Hidup Rakyat Peruntukan Subsidi Ditambah Kata Menteri

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 266 hits
Kerajaan komited kawal kos sara hidup rakyat peruntukan subsidi ditambah kata menteri Dikemas kini 46 minit yang lalu Diter
Kerajaan Perlu Tunda Projek Mewah Salur Kewangan Teruskan Subsidi Rakyat Getaran 22 06 2022

Kerajaan Perlu Tunda Projek Mewah Salur Kewangan Teruskan Subsidi Rakyat Getaran 22 06 2022

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 170 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan digesa menunda terlebih dahulu pelaksanaan projek besar dan menggunakan peruntukan pembinaan itu untuk meneruskan pemberian subsidi ayam telur ayam serta minyak masak botol kepada rakyat tegas Persekutuan Persatuan Per...
Bekas Senator Dipanggil Polis Sebab Upload Video Ulas Isu Subsidi Minta Rakyat Bangkit Tolak Kerajaan Di Pru15

Bekas Senator Dipanggil Polis Sebab Upload Video Ulas Isu Subsidi Minta Rakyat Bangkit Tolak Kerajaan Di Pru15

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 333 hits
The Reporter23 Jun lalu bekas ahli Dewan Negara Siti Aishah Shaik Ismail memuat naik video mengenai isu subsidi di TikTok di mana dia meminta rakyat bangkit dan menolak kerajaan hari ini pada Pilihan Raya Umum Ke 15 Kenyataan itu dimuat nai...
Walimatulurus Perdana Bantuan Perkahwinan Rakyat Terengganu

Walimatulurus Perdana Bantuan Perkahwinan Rakyat Terengganu

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 188 hits
Adakah anda atau pasangan anda merupakan rakyat Terengganu yang sedang mencari bantuan perkahwinan Terengganu Dalam Islam proses perkahwinan antara seorang lelaki dan wanita sebenarnya amat mudah iaitu melalui perkahwinan Namun sepanjang se...
Awani Ringkas Kerajaan Diminta Tangani Masalah Rakyat Dengan Pantas

Awani Ringkas Kerajaan Diminta Tangani Masalah Rakyat Dengan Pantas

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 162 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini S...
Kerajaan Dah Bagi Subsidi Kepada Rakyat Hampir Rm80 Bilion Tahun Ini Menteri Kewangan

Kerajaan Dah Bagi Subsidi Kepada Rakyat Hampir Rm80 Bilion Tahun Ini Menteri Kewangan

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 220 hits
Jumlah keseluruhan subsidi dijangka menghampiri RM80 bilion bagi 2022 yang merupakan jumlah subsidi terbesar dalam sejarah kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Dalam Laporan Kewangan Rakyat Ke 100 yang dikeluarka...
Petua Halau Semut Dalam Gula Hanya Letak 1 Bahan Dapur Ini Selesai Masalah

Petua Halau Semut Dalam Gula Hanya Letak 1 Bahan Dapur Ini Selesai Masalah

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 153 hits
Kadang geram je bila tengok bekas gula dimasuki semut Sedangkan bekas dah cukup rapat dan ketat Kadang kadang pek gula yang baru dibeli dan belum dibuka pun boleh dimasuki semut Ada sesetengah individu semata mata nak mengelak gula dihurung...
Ph Anjur Flashmob Jika Kerajaan Tidak Tarik Mansuh Subsidi

Ph Anjur Flashmob Jika Kerajaan Tidak Tarik Mansuh Subsidi

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 164 hits
PH anjur flashmob jika kerajaan tidak tarik mansuh subsidiPosted By on June 28 2022Pakatan Harapan mendesak kerajaan BN PN untuk menarik kembali pemansuhan subsidi minyak masak botol dan kawalan harga siling telur sebagaimana yang dilakukan...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Saka Bapak Kau

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Daging Goreng Belengas

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Apabila Musuh Mengerumuni Umat Islam Seperti Hidangan

Pesakit Diabetes Mengalami Masalah Mati Pucuk

Transformasi Bank Btpn Kini Berubah Nama Menjadi Smbc Indonesia

Pengalaman Mencicipi Hidangan Kuliner Khas Georgia Yang Menggugah Selera