Kerajaan Perlu Tunda Projek Mewah Salur Kewangan Teruskan Subsidi Rakyat Getaran 22 06 2022


 

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa menunda terlebih dahulu pelaksanaan projek besar dan menggunakan peruntukan pembinaan itu untuk meneruskan pemberian subsidi ayam, telur ayam serta minyak masak botol kepada rakyat, tegas Persekutuan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA).
Presidennya, Profesor Datuk Dr N Marimuthu berkata, menerusi langkah tersebut, kewangan itu dapat digunakan untuk memastikan bekalan barangan dalam negara cukup dan harga tidak melambung naik.
Dr N Marimuthu“Keputusan (pemansuhan subsidi) ini, tidak memanfaatkan sebab tidak masuk akal. Sebab dua tahun rakyat sudah susah. Mereka baru hendak mula menguruskan kehidupan mereka secara terperinci, tiba-tiba kerajaan buat keputusan.
“Kerajaan boleh tunda projek mewah dan menyalurkan subsidi ini kepada kehidupan kita seharian. Sekurang-kurangnya untuk memastikan rakyat hidup dengan selesa untuk sementara.
“Kerajaan tidak patut lepas tangan sebab kita pilih kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat, bukan untuk menyusahkan rakyat,” katanya ketika dihubungi Getaran hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan sebagai berkata, berkuat kuasa 1 Julai ini, kerajaan tidak akan meneruskan subsidi kepada penternak ayam.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pula berkata, subsidi minyak masak kemasan botol dua, tiga dan lima kilogram (kg) dimansuhkan bermula Julai.
Tindakan itu diambil bagi memastikan bekalan bahan makanan dalam pasaran lebih stabil dalam jangka masa panjang, sekali gus menstabilkan harga barangan.
N Marimuthu berkata kerajaan perlu ada perancangan dalam isu sekuriti makanan dan tidak boleh membuat keputusan begitu sahaja secara huru-hara dan menyusahkan rakyat. - Gambar oleh Syeda ImranDalam pada itu, Marimuthu menambah, kerajaan sudah menunjukkan kegagalannya untuk mengadakan perancangan jangka masa panjang dalam isu seperti sekuriti makanan.
“Kamu (kerajaan) hendak mengimport dari luar, importlah. Tetapi kamu perlu ada perancangan, kamu tidak boleh membuat keputusan begitu sahaja secara huru-hara dan menyusahkan rakyat,” katanya.
Sebaliknya, tambah beliau, negara memerlukan dasar pertanian mapan, namun apa dilihat, tanah pertanian kira-kira seluas 800,000 hektar di Malaysia didakwa terbiar.
Menurut beliau, kerajaan perlu menolong dan menyokong semua perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pertanian, tetapi perkara itu tidak berlaku.
“Mereka (PKS pertanian) terpaksa pergi kepada orang tengah dan membuat pinjaman serta ini memberi kesusahan kepada diri mereka sendiri.
“Jadi, semua dasar dan polisi dibuat kerajaan tidak betul serta tidak tepat, tetapi mereka hendak menyalahkan pengguna buat apa?,” soalnya.
Nadzim Johan - Gambar oleh Azim Abd RahmanKetua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan pula berkata, langkah kerajaan memansuhkan subsidi pastinya akan memberi kesan kepada pengguna yang terpaksa berdepan peningkatan harga barang.
Sehubungan itu, kata beliau, kerajaan perlu mengkaji semula mekanisme terbaik bagi pemberian subsidi agar ia dapat memberi manfaat sebaiknya kepada rakyat memerlukan.
Beliau berpandangan, sistem pengagihan subsidi bahan api dilaksanakan ketika ini perlu ditambah baik agar dapat dimanfaatkan sepenuhnya kepada golongan berkenaan.
“Contohnya, anda pakai minyak kereta, itu disubsidi pihak kerajaan. Dan subsidi itu untuk orang pakai motor tidak banyak mana kan? Kalau orang pakai Rolls Royce, Mercedes dan BMW itu banyaklah pakai subsidi.
“Subsidi setiap tahun berjumlah puluhan bilion. Sampai ada satu masa ada sampai RM30 bilion. Kenapa tidak potong itu juga?,” soalnya yang mencadangkan kerajaan memilih mekanisme pengagihan subsidi secara bersasar.
Bagi Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Ampang, Ayob Abd Majid, golongan penjaja sedia terkesan  dengan bebanan kos sara hidup, susulan penularan pandemik COVID-19 selama lebih dua tahun sebelum ini.
Jelasnya, baru sahaja golongan penjaja terbabit mahu menarik sedikit nafas lega ketika ini, kerajaan pula mengumumkan pemansuhan subsidi barangan keperluan yang dilihat akan lebih merumitkan dan tidak menyelesaikan masalah golongan tersebut.
Ayob menggesa kerajaan meneruskan pemberian subsidi tersebut dan mencari kaedah terbaik untuk mengagihkannya kepada golongan peniaga kecil secara lebih bersasar. - Gambar oleh Azim Abd Rahman“Ramai peniaga terkesan dengan kenaikan harga ayam dan barangan sebelum ini dan sekarang pula pada 1 Julai sudah mula subsidi ditarik balik. Jadi langkah tersebut amat menjejaskan kami peniaga kecil dan rakyat berpendapatan rendah (B40).
“Saya rasa bukan sahaja B40, malah banyak golongan akan terjejas selepas ia berkuat kuasa, termasuk peniaga apabila tidak boleh menaikkan harga makanan mereka jual. Ini kerana pelanggan akan mengadu, lari dan tidak membeli jika kita menaikkan harga makanan,” katanya.
Ayob berkata, kerajaan perlu meneruskan pemberian subsidi tersebut dan mencari kaedah terbaik untuk mengagihkannya kepada golongan peniaga kecil secara lebih bersasar.
“Kerajaan mungkin ada alasan tertentu dari segi ekonomi, tetapi kena ada satu garis panduan bagaimana untuk membantu peniaga kecil mendapatkan subsidi tersebut,” katanya.
Sementara itu, Penasihat Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffrey Ng berkata, pihaknya akan terus memainkan peranan dalam memberi input kepada kerajaan bagi mencari mekanisme terbaik untuk membantu rakyat.
Jelasnya, sesi dialog akan dijalankan untuk mencari kaedah terbaik dalam mengurus sistem apungan tersebut supaya rakyat Malaysia tidak tertekan dengan pemansuhan subsidi terbabit. 


Artikel oleh: Getaran
KERAJAAN PERLU TUNDA PROJEK MEWAH, SALUR KEWANGAN TERUSKAN SUBSIDI RAKYAT

https://www.getaran.my/artikel/semasa/25787/kerajaan-perlu-tunda-projek-mewah-salur-kewangan-teruskan-subsidi-rakyat


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/06/kerajaan-perlu-tunda-projek-mewah-salur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Dah Bagi Subsidi Kepada Rakyat Hampir Rm80 Bilion Tahun Ini Menteri Kewangan

Kerajaan Dah Bagi Subsidi Kepada Rakyat Hampir Rm80 Bilion Tahun Ini Menteri Kewangan

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 278 hits
Jumlah keseluruhan subsidi dijangka menghampiri RM80 bilion bagi 2022 yang merupakan jumlah subsidi terbesar dalam sejarah kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Dalam Laporan Kewangan Rakyat Ke 100 yang dikeluarka...
Kerajaan Komited Kawal Kos Sara Hidup Rakyat Peruntukan Subsidi Ditambah Kata Menteri

Kerajaan Komited Kawal Kos Sara Hidup Rakyat Peruntukan Subsidi Ditambah Kata Menteri

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 339 hits
Kerajaan komited kawal kos sara hidup rakyat peruntukan subsidi ditambah kata menteri Dikemas kini 46 minit yang lalu Diter
Bekas Senator Dipanggil Polis Sebab Upload Video Ulas Isu Subsidi Minta Rakyat Bangkit Tolak Kerajaan Di Pru15

Bekas Senator Dipanggil Polis Sebab Upload Video Ulas Isu Subsidi Minta Rakyat Bangkit Tolak Kerajaan Di Pru15

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 384 hits
The Reporter23 Jun lalu bekas ahli Dewan Negara Siti Aishah Shaik Ismail memuat naik video mengenai isu subsidi di TikTok di mana dia meminta rakyat bangkit dan menolak kerajaan hari ini pada Pilihan Raya Umum Ke 15 Kenyataan itu dimuat nai...
Pulak Kerajaan Nak Hapus Subsidi Minyak Masak

Pulak Kerajaan Nak Hapus Subsidi Minyak Masak

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 255 hits
By JUN 21 2022 Subsidi minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram akan dimansuhkan bermula 1 Julai ini kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi Alexander menjelaskan keputusan itu...
Perarakan Rakyat Marah Dengan Kerajaan Cap Ayam Harga Barang Naik

Perarakan Rakyat Marah Dengan Kerajaan Cap Ayam Harga Barang Naik

papar berkaitan - pada 26/6/2022 - jumlah : 261 hits
Jun 26 2022 RAKYAT SEMAKIN TERTEKAN DENGAN KEGAGAKAN KERAJAAN MENGAWAL HARGA BARANG YANG SEMAKIN MEMBIMBANGKAN
Baju Pm Mewah Terpisah Realiti Hidup Rakyat Susah Fahmi Fadzil

Baju Pm Mewah Terpisah Realiti Hidup Rakyat Susah Fahmi Fadzil

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 250 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jun 26 2022 1 53 PMAhli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil membangkitkan selera Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memakai pakaian mahal pada masa ramai rakyat Malaysia biasa bergelut untuk memenuhi keperluan h...
Cara Mudah Isi Petrol Budi Madani Ron95 Guna Aplikasi Setel

Govt Takes Easy Way Out With Petrol Subsidy For All M Sians

After Jalur Gemilang It S Kuih Nyonya S Turn To Be Weaponised As Object Of Immigrant Hegemony

Kerajaan Tidak Hadkan Pembelian Ron95 Kepada Sekali Sehari

Pelakon Sathiya Selamat Jalani Pembedahan Potong Kaki

Apabila Kena Tipu Con Sultan

Talentcorp Perkukuh Tenaga Kerja Masa Depan Sarawak Dengan Geran Padanan Rm1 Juta

Kuih Muih Keripik Nangka Dan Keripik Apel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anugerah Makanan Minuman Tidak Pernah Habis Mia Boat Noodle Di Aeropod

Hari Gaji Datang Sekejap Pergi Pun Sekejap

Tl19 Travelog Kelantan

Confessions Of A Drained Mom When Your Cup Is Empty

Gubahan Bunga Istimewa Dari Chenille Stem

A Legend Reimagined Seven Honda Cb750s That Redefined An Icon