Tarif Elektrik Tidak Dinaikkan



PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju untuk tidak menaikkan tarif elektrik kepada semua pengguna domestik berikutan pelarasan tarif elektrik di Semenanjung melalui mekanisme Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT).
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata pada masa sama ia juga membabitkan pengguna bukan domestik dalam kategori tarif voltan rendah terdiri perniagaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Restoran, kedai runcit, bakeri, bengkel kecil dan yang seumpamanya juga tidak akan mengalami sebarang kenaikan tarif elektrik.
"Dalam hal ini kerajaan memperuntukkan RM8.74 bilion subsidi kepada kategori pengguna ini.
"Keputusan ini dibuat berikutan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara pada 13 Disember lalu yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan keesokannya.
"Bagi memastikan harga barangan makanan dan produk pertanian tidak mengalami sebarang kenaikan, pengguna seperti petani, penternak dan pekebun yang termasuk dalam kategori pertanian spesifik (tarif H) turut tidak akan mengalami kenaikan tarif elektrik.
"Kerajaan memperuntukkan tambahan RM90 juta subsidi kepada kategori pengguna ini. Justeru, lebih sembilan juta pengguna elektrik yang melebihi 90 peratus daripada keseluruhan pengguna di Semenanjung tidak akan terkesan dengan kenaikan kos bahan api untuk penjanaan elektrik," katanya pada sidang media mengumumkan pelarasan tarif elektrik di Semenanjung bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2023.
Beliau berkata, walau bagaimanapun pengguna bervoltan sederhana (MV) dan tinggi (HV) kalangan industri, termasuk perbadanan multinasional (MNC) akan dikenakan surcaj pada kadar 20 sen/kWj.
"Ini bermakna kerajaan masih lagi menampung subsidi sebanyak RM1.93 bilion supaya peningkatan surcaj ini tidak dilepaskan keseluruhannya secara mendadak," katanya.
Nazmi berkata, secara keseluruhannya kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM10.76 bilion subsidi bagi memastikan perkara itu dapat dilaksanakan.
"Kos subsidi yang sepatutnya diberikan oleh kerajaan untuk mengekalkan tarif elektrik sedia ada adalah sebanyak RM14.91 bilion.
"Namun, dengan pelaksanaan subsidi secara bersasar ini peruntukan tambahan RM4.16 bilion yang sepatutnya dikeluarkan oleh kerajaan untuk menampung subsidi elektrik ini dapat dibelanjakan untuk tujuan bantuan kepada rakyat dalam bentuk yang lain," katanya.
Beliau berkata, krisis tenaga di peringkat global memberikan tekanan yang belum pernah berlaku kepada industri tenaga elektrik disebabkan harga bahan api yang sangat tinggi.
"Ini menyebabkan peningkatan mendadak kos penjanaan elektrik dan pelarasan tarif elektrik melalui mekanisme ICPT berada pada kadar yang sangat tinggi iaitu sebanyak RM7 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun lalu dan RM16.16 bilion bagi tempoh Julai hingga Disember ini.
"Berdasarkan kepada kos penjanaan yang sangat tinggi ini, semua pengguna elektrik di Semenanjung sepatutnya dikenakan surcaj sebanyak 27 sen/kWj bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2023 yang akan menyebabkan peningkatan kos sara hidup sekiranya dilepaskan kepada pengguna sepenuhnya.
"Sekiranya keseluruhan kos ICPT ditampung melalui subsidi, kerajaan pula perlu menyediakan peruntukan yang sangat besar dan membebankan," katanya.
Selain itu, beliau berkata kerajaan mengiktiraf dan menghargai peranan yang dimainkan oleh syarikat multinasional serta perniagaan bersaiz besar dalam pembangunan ekonomi dan pemulihan negara.
"Pada masa sama kita mempercayai kebolehan negara untuk berganjak daripada persaingan kos rendah kepada persaingan nilai tambahan.
"Justeru, pihak kementerian yakin pendekatan ini bersesuaian dengan keadaan ekonomi hari ini. Kementerian juga komited dengan perancangan peralihan kepada penggunaan tenaga mampan sambil mengimbangi sekuriti tenaga, kebolehcapaian tenaga serta kelestarian alam sekitar - BH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/12/tarif-elektrik-tidak-dinaikkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Beri Jaminan Tarif Elektrik Tidak Akan Dinaikkan Kerana Ia Akan Membebankan Rakyat

Pm Beri Jaminan Tarif Elektrik Tidak Akan Dinaikkan Kerana Ia Akan Membebankan Rakyat

papar berkaitan - pada 14/12/2022 - jumlah : 126 hits
PM beri jaminan tarif elektrik tidak akan dinaikkan kerana ia akan membebankan rakyatPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menaikkan tarif elektrik walaupun jumlah keseluruhan kos subsidi bahan ...
Lebih 500 Kawasan Di Ukraine Terputus Bekalan Elektrik

Lebih 500 Kawasan Di Ukraine Terputus Bekalan Elektrik

papar berkaitan - pada 4/12/2022 - jumlah : 156 hits
Lebih 500 kawasan di Ukraine terputus bekalan elektrik Dikemas kini 33 saat yang lalu Diterbitkan pada 4 Dec 2022 11 00PM
Bantulah Kakitangan Awam Yang Dah Hampir 15 Tahun Tak Dinaikkan Gaji

Bantulah Kakitangan Awam Yang Dah Hampir 15 Tahun Tak Dinaikkan Gaji

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 153 hits
Belanjawan baharu sedang dirumus kata Rafizi December 6 2022 Menteri Hal Ehwal Ekonomi Rafizi Ramli berkata beliau sedang sibuk merumuskan belanjawan baharu PUTRAJAYA Pentadbiran Anwar Ibrahim sedang merumuskan suatu belanjawan mampan untuk...
Polis Potong Bekalan Elektrik 9 Premis Judi Dan Pelacuran

Polis Potong Bekalan Elektrik 9 Premis Judi Dan Pelacuran

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 148 hits
BEKALAN elektrik di nbsp sembilan buah premis disyaki menjalankan kegiatan pelacuran dan perjudian di sekitar Daerah Sentul dipotong Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata pemotongan elektrik itu dilakukan dengan kerjasama Tenaga...
Isteri Pm Lawat Keluarga Mangsa Renjatan Elektrik

Isteri Pm Lawat Keluarga Mangsa Renjatan Elektrik

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 227 hits
Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang ikut serta rombongan melawat mangsa banjir di Kelantan semalam menziarahi keluarga tiga beradik perempuan yang maut akibat renjatan elektrik dalam kejadian di Tumpat Kelantan b...
Jiran Saksi 3 Beradik Kena Renjatan Elektrik Ibu Dedah Sebelum Kejadian Seorang Anaknya Ada Bercakap Tentang Mati

Jiran Saksi 3 Beradik Kena Renjatan Elektrik Ibu Dedah Sebelum Kejadian Seorang Anaknya Ada Bercakap Tentang Mati

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 131 hits
Jiran saksi 3 beradik kena renjatan elektrik ibu dedah sebelum kejadian seorang anaknya ada bercakap tentang matiKematian tiga beradik itu bukan sahaja diratapi ahli keluarga malah turut mengundang sebak netizen TATKALA banjir di Kelantan m...
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Resepi Spicy Salted Egg Cornflakes

Bertha Benz Cipta Sistem Brek Kenderaan

Hilux Vios Main Langgar Orang Tepi Jalan Di Jalan Klang Lama

Belajar Trading Bagi Pemula Gratis Bergaransi Sampai Bisa Di Pontianak

3 Cara Memaksa Penipu Online Mengembalikan Uang Anda

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Fries With Your Mcbaguette For Some Travelers Mcdonald S Is A Destination


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Funny18 Funny18 Top 62 By Xavier Funny18 Xyz 23 67

188betth Cc 28 68 Website 188betth Top 73 By Dominic

Pelaburan Emas Bank Islam Biga I

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Why Not Indian Cm In Penang Mipp Leader Asks