Taqabbalallahu Minna Wa Minkum Maksud Cara Jawab Contoh


Taqabbalallahu minna wa minkum (تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ): Maksud, Cara Jawab & Contoh 
Hari Raya adalah merupakan ‘Hari Kemenangan’ umat Islam setelah berpuasa selama sebulan di bulan Ramadan. Ia disambut dengan penuh sukacita dan penuh kesyukuran. 
Selain ucapan ‘Selamat Hari Raya’ atau ‘Maaf Zahir Batin’, ucapan ‘Taqabbalallahu minna wa minkum’ juga merupakan ucapan yang sering diucapkan bagi meraikan hari istimewa tersebut. 
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 
Maksud ‘Taqabbalallahu minna wa minkum’  ‘Taqabbalallahu minna wa minkum’ adalah merupakan satu ucapan yang sering digunakan semasa hari raya. Ia bermaksud: “Semoga Allah menerima amalanku dan amalanmu”. 
“Taqabbal” berasal daripada akar kata “qabila”, yang berarti menerima atau menerima dengan baik. “Allahu minna” ertinya “Allah menerima dari kami”. “Wa minkum” artinya “dan dari kamu”  Keseluruhannya, maksud dari ucapan tersebut adalah harapan agar Allah menerima ibadah kita dan ibadah orang yang kita ucapkan ucapan tersebut kepada mereka.
Cara Jawab 1. Apabila anda menerima ucapan ‘Taqabbalallahu minna wa minkum’, anda boleh menjawab dengan jawapan yang sama. 
Contohnya:
A: Selamat Hari Raya, Taqabbalallahu minna wa minkum. 
B: Ya, Selamat Hari Raya juga. Taqabbalallahu minna wa minkum.
2. Anda juga boleh menjawabnya dengan ucapan; Jazakallahu Khairan yang bermaksud “Semoga Allah memberikan balasan yang baik kepada Anda”. 
Hukum Mengucapkan تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ Menurut laman web Mufti Wilayah Persekutuan, riwayat yang menyandarkan ucapan: “Semoga Allah menerima amalanku dan amalanmu” merupakan riwayat yang daif jiddan. 
Pendapat yang lebih kuat riwayat ini hanyalah riwayat berbentuk mauquf (terhenti kepada sahabat). 
Walau bagaimanapun diharuskan untuk mengucapkannya berdasarkan riwayat-riwayat lain yang menunjukan para sahabat saling mengucapkan ucapan tahniah tersebut pada hari raya dan riwayat ini berstatus hasan.
30 Contoh Ucapan Taqabbalallahu Minna Wa Minkum (تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ) 1. Taqabbalallahu minna wa minkum. Semoga Ramadan kita diterima oleh Allah. Selamat Hari Raya!
2. Selamat Hari Raya Aidil Fitri! Taqabbalallahu minna wa minkum. Semoga Allah menerima semua ibadah kita. Amin. 
3. Taqabbalallahu minna wa minkum. Semoga Allah memberkati dan mengampuni kita semua di hari yang mulia ini. Selamat Hari Raya!
4. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ. Mohon maaf zahir batin ya!
5. Terima kasih atas doa dan ucapan selamat, Taqabbal Allahu minna wa minkum. Semoga Allah juga menerima amalan baik anda. 
6. Selamat Hari Raya, Minal ‘aidin wal faizin. وَكُلُّ عَامْ وَأَنْتُمْ بِخَيْر, تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ.
7.  Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf zahir batin. تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ.
8. Mari kita bersama-sama merayakan hari kemenangan ini, Taqabbalallahu minna wa minkum. Amin. 
9. Selamat Hari Raya, Taqabbalallahu minna wa minkum. Semoga keluarga kita selalu diberkati dan dilindungi oleh Allah.
10. Selamat Hari Raya, Taqabbalallahu minna wa minkum. Mohon maaf zahir dan batin. Semoga kasih sayang di antara anggota keluarga kita semakin erat. 
11. تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ. Semoga Allah memberkati dan menerima amalan kita di bulan Ramadan. Marilah sambut Syawal ini dengan penuh kasih sayang dan kesyukuran. 
12. Semoga Aidilfitri kali ini menjadi kesempatan untuk kita mengeratkan lagi silaturahim antara kita. Taqabbalallahu Minna Wa Minkum, Taqabal ya Kareem. Semoga kita selalu bersama dalam kebaikan.
13. تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ, semoga Allah menerima segala amal ibadah kita dan mengampuni dosa-dosa kita. Selamat Hari Raya Aidilfitri!
14. Dengan penuh rendah hati, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir batin. Taqabbalallahu Minna Wa Minkum. Semoga bergembira di hari raya ini!

15. Ramadan telah berlalu dengan cepat sekali. Apapun, Selamat Hari Raya. تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ, semoga amalan kita diterima-Nya. Amin. 
16. Ramadan telah mengajar kita untuk bersyukur dan bersabar. Semoga di bulan Syawal ini kita dapat mengekalkan momentum Ramadan dan menjadi lebih baik. Selama Hari Raya, Taqabbalallahu Minna Wa Minkum. Maaf zahir batin ya!
17. Selamat Hari Raya, kosong-kosong ye! Taqabbalallahu Minna Wa Minkum. Semoga Ramadan yang lepas menjadi titik permulaan kebaikan bagi kita semua. 
18. تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ, semoga segala amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Ibu dan Ayah tercinta.
19. Hari yang ditunggu telah tiba. Selamat Hari Raya, Taqabbalallahu Minna Wa Minkum. Duit raya jangan buat-buat lupa hehe. 
20. Dengan penuh rasa syukur dan kebahagiaan, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada ibu dan ayah. Taqabbalallahu Minna Wa Minkum. Semoga segala amal ibadah ibu dan ayah  di bulan suci Ramadan yang telah kita lalui diterima oleh Allah SWT. Jaga kesihatan ye!
21. Taqabbalallahu Minna Wa Minkum, ibu dan ayah.tercinta. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati, melindungi, dan memberkati keluarga kita. Selamat Hari Raya Aidlfitri. Mohon maaf zahir dan batin.
22. Happy Eid, may Allah bless us with joy and prosperity. Taqabbalallahu Minna Wa Minkum!
23. Eid Mubarak! Taqabbalallahu Minna Wa Minkum. 
24. Selamat Hari Raya, semoga Allah merahmati kita semua dan menguatkan iman kita. Taqabbalallahu Minna Wa Minkum!
25. Selamat Hari Raya, semoga keberkatan Allah menyertai kita semua. Taqabbalallahu Minna Wa Minkum!
26. Happy Eid! Semoga Allah memberkati kita dengan rahmat-Nya. Taqabbalallahu Minna Wa Minkum!
27. Eid Mubarak! Semoga segala usaha kita di bulan Ramadan diterima oleh Allah. تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ!
28. Selamat Hari Raya, maaf zahir batin. Jemput datang beraya ke rumah. Macam-macam mak saya masak tau. Taqabbalallahu Minna Wa Minkum!
29. Eid Mubarak! Semoga Allah menerima puasa dan doa kita. Taqabbalallahu Minna Wa Minkum. Jaga diri, jaga kesihatan di hari raya ini. Jangan makan banyak sangat okay!
30. Taqabbalallahu minna wa minkum, taqabbalallahu ya karim. Semoga kita masih diberikan kesempatan untuk bertemu dengan  Ramadan tahun depan. Selamat hari raya, maaf zahir batin!
Sumber:
IRSYAD AL-HADITH SIRI KE 579: STATUS HADIS MENGUCAPKAN TAHNIAH PADA HARI RAYA – Mufti Wilayah Persekutuan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/taqabbalallahu-minna-wa-minkum/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=taqabbalallahu-minna-wa-minkum

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Darah Istihadah Maksud Cara Membezakan Punca Keluar Hukum Ibadah

Darah Istihadah Maksud Cara Membezakan Punca Keluar Hukum Ibadah

papar berkaitan - pada 26/3/2024 - jumlah : 113 hits
Darah istihadah adalah darah yang keluar dari faraj wanita bukan pada tempoh masa haid dan nifas Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan darah istihadah yang boleh anda jadikan panduan bersama Baca juga Apa it...
Peti Ais Tak Sejuk Fahami Penyebab Dan Cara Baikinya

Peti Ais Tak Sejuk Fahami Penyebab Dan Cara Baikinya

papar berkaitan - pada 27/3/2024 - jumlah : 142 hits
Dah nak raya tapi bila peti ais tak sejuk boleh jadi masalah besar sebenarnya Mana tidaknya semua bahan basah macam ayam daging dan sayur sayuran mesti disimpan agar tahan lama sebelum dimasak pagi raya nanti Justeru artikel pada kali ini k...
Cara Munculkan Dan Paparkan Tarikh Hijrah Di Iphone Tahun 2024

Cara Munculkan Dan Paparkan Tarikh Hijrah Di Iphone Tahun 2024

papar berkaitan - pada 27/3/2024 - jumlah : 207 hits
Apabila kita memasuki bulan Ramadan tidak boleh tidak kita akan menghitung hari sudah berapa lama kita berpuasa Berbeza dengan dengan bulan yang lain kadang kita tak tahu sudah hari ke berapa bila dihitung dalam Kalender Hijrah Hitungan ini...
Cara Tambah Duit Sampingan Bagi Sesiapa Yang Mencari Kerja Part Time

Cara Tambah Duit Sampingan Bagi Sesiapa Yang Mencari Kerja Part Time

papar berkaitan - pada 27/3/2024 - jumlah : 158 hits
Ramai yang mencari bagaimana untuk menjana pendapatan sampingan bagi menampung kos perbelanjaan harian sementara menunggu gaji Topik ini sebenarnya lebih pada kemampuan diri kerana setiap insan mempunyai minat dan kepakaran tersendiri Perka...
Hukum Berbuka Puasa Di Bulan Ramadhan Dan Cara Bayar Fidyah

Hukum Berbuka Puasa Di Bulan Ramadhan Dan Cara Bayar Fidyah

papar berkaitan - pada 27/3/2024 - jumlah : 227 hits
Hukum Berbuka Puasa di Bulan Ramadhan dan Cara Bayar Fidyah 4 Apakah hukum berbuka puasa dalam bulan Ramadhan di dalam bulan Ramadhan adalah salah satu daripada rukun Islam yang difardhukan ke atas setiap umat Islam Puasa di bulan Ramadan w...
Cara Banyakkan Susu Badan Cuba 8 Tips Bantu Anda

Cara Banyakkan Susu Badan Cuba 8 Tips Bantu Anda

papar berkaitan - pada 25/3/2024 - jumlah : 181 hits
Bagaimanakah cara banyakkan susu badan ibu untuk diberikan secukupnya kepada bayi anda Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan cara banyakkan susu badan tanpa makan suplimen atau ubat ubatan Baca juga Khasiat ...
Cara Mengatasi Sakit Gout Dengan Berkesan

Cara Mengatasi Sakit Gout Dengan Berkesan

papar berkaitan - pada 25/3/2024 - jumlah : 136 hits
Penyakit gout ini tidak mengenal mangsa dan peringkat usia namun lebih baik kita cegah sebelum terkena Statistik menunjukkan golongan berusia 30an berisiko tinggi untuk mendapat penyakit gout mungkin disebabkan faktor pengambilan makanan ya...
Panduan Dan Cara Solat Witir Di Rumah Serta Rakaat Solat Witir

Panduan Dan Cara Solat Witir Di Rumah Serta Rakaat Solat Witir

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 204 hits
Bagaimana cara solat witir di rumah Bagi umat islam terdapat beberapa solat sunat yang didirikan untuk mendapat fadhilat Terdapat soiat witir yang sinonim dengan masyarakat islam dirikan selepas selesai solat sunat terawih Ada yang solat su...
Cara Hilangkan Gastrik Tanpa Ubat Cuba 8 Tips Berkesan

Cara Hilangkan Gastrik Tanpa Ubat Cuba 8 Tips Berkesan

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 189 hits
Bagaimanakah cara hilangkan gastrik dengan lebih berkesan dan selamat yang boleh anda buat di rumah Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan selamat dan praktikal di rumah Baca juga Apa itu gastrik Gastritis at...
Transforming Malaysia S Healthcare Financing System

Twinboss The Story Of Irwann Cheng S Twin Engine Yamaha Rxz

Bulan Malaysia Sihat Sejahtera 2024 Tarikh Senarai Aktiviti

Legoland Nagoya Travel Guide

Happy168 Happy168 Asia 29 2567 Happy168 168 Top 35 By Princess

Hyatt Alila Bangsar Kuala Lumpur Best Hotel Ever

Linkin Park The Emptiness Machine Chord

Autism Walkathon Melaka 2024


echo '';
Hamba Laut Masalah Perhambaan Asia Tenggara Yang Meruncing

Biodata Bella Khan Bella Khann Personaliti TikTok Founder Produk Vigorous Hair Tonic

Bagaimana Perkongsian Ilmiah Media Sosial Buatkan Kita Semakin Kurang Cerdik

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Pinjaman Syurga Slot Akasia TV3

Kini Kembali Ini Butiran Info Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Mengapa Hadi Tidak Bekerjasama Dengan Anwar

Lunch Spicy Buttermilk Chicken Rice Di Bite N Sip Alor Setar

Sedapnya Makan Pizza Wagyu By Chef Jofliam

Budoxe The Dark Knight

Kedah Air Melimpah Di Kedah Empat Kampung Dilanda Banjir Kilat

Budak Didakwa Bawa Ipad Pada 1941