Hyatt Alila Bangsar Kuala Lumpur Best Hotel Ever


 3 Feb 2024-4 Feb 2024(throwback) Sabtu & Ahad. 


Bulan Aug/Sept ni, makcik sibuk dengan pelbagai urusan. Salah satunya, urusan pindah rumah. Sejujurnya, berpindah diusia sebegini sangat  memenatkan fizikal dan mental. Tapi nak buat macam mana? pindah tetap kena pindah jadi terus pandang ke depan tak nak  banyak fikir. Go go chaiyok makcik. Ha ha ha
Cerita throwback comeback. Date throwback makcik  highlightkan di atas. Sebenarnya makcik dah lama teringin nak menginap di Alila  Bangsar tapi setiap kali tengok Agoda, full, kalau ada pun bilik  yang  boleh dikatakan mahal lah jugak. Mahal ni subjektif. Kadang tu bukan mahal tapi tak mampu atau tak perlu. He he he
Salah satu hotel kegemaran makcik. Reka bentuk yang cantik dengan gaya moden minimalis, bilik-bilik hotel semua berada di tingkat tinggi, dan lokasinya sangat strategik di Bangsar. Kakitangan hotel mesra dan peramah.  Yang penting boleh ke pusat membeli-belah dengan cepat menggunakan public transport



Dari  rumah ke LRT  Subang, makcik naik Grab. Sampai LRT Subang, makcik ambil   LRT menuju ke LRT   Bangsar Bank Rakyat.  Dari  situ makcik berjalan kaki ke Alila Bangsar. Jauhnya 2 -3 minit  jarak berjalan kaki  dari LRT Bangsa ke Alila



Masa ni  LRT  tak berapa sesak,  ada 2 3 tempat duduk  kosong

Syukur Alhamdulillah, masih sudi menemani makcik kemana-mana .he he he


Melangkah masuk LRT, semerbak bau aroma kopi
Owh lupa sebelum pergi Alila, kami  pergi Aquaria KLCC. Makcik beli tiket  dekat Agoda.Selepas menghabiskan masa lebih kurang 2 jam di Aquaria, makcik ajak Daus makan  dekat cafe dalam KLCC, lupa nama cafe tu. 

Kalau tak silap makcik, kami order nasi tomato ayam masak merah. 


Tiber nak makan roti canai . Sedap jugak roti canai dengan kuah dal dia. 
Selesai makan, makcik ambil grab pergi Alila Bangsar

Lokasi Alila Bangsar, sangat mudah diakses, berdekatan dengan bandar Kuala Lumpur dan terletak di kawasan KL Sentral yg popular dengan tempat menarik seperti Taman burung KL, Mid Valley Megamall, Muzium Seni Islam . Alila Bangsar di hubungkan terus dengan Stesen LRT Bangsar, ia juga terletak 1.2 batu dari NU Sentral dan stesen kereta api KL Sentral.



Permandangan Alila dari laluan pejalan kaki LRT  Bangsar Bank Rakyat



Permandangan dari bilik kami 







Bilik  kat sini  terletak di tingkat tinggi (tingkat 35-40) dengan pemandangan yang indah ke sekitar Bangsar.  Dihiasi dengan suasana elegan dan berkelas dengan campuran logam kuningan, batu, dan kayu.
Satu-satunya kelemahan adalah lif, bingung dibuatnya,  lobi terletak di tingkat 41 dan bilik-bilik di bawahnya. Kita  perlu menukar dua kali lif untuk sampai ke bilik. Ok je janji  permandangan cantik






Permandangan dari bilik makcik  tingkat 35


Di tengah2 lobi tingkat 41


Laluan pejalan kaki

Lokasi sangat mudah;   boleh berjalan kaki terus dari Bangsar LRT Bank Rakyat ke Hotel  melalui  laluan beratap



Bilik-biliknya sgt sunyi dan selesa














Makcik suka reka bentuk bilik di Alila, sangat moden. 

King bed studio, 1  king bed dan 1 sofa bed 




Alila guna botol kaca yang boleh diisi semula di bilik-biliknya, bukan botol plastik


Bilik  mandi dan tandas berasingan




Bilik mandi  sangat luas dengan sinki dua bahagian di bilik mandi







Pool   bersih, senyap, permandangan   cantik. 

Tepi pool di sediakan  tempat rehat boleh baring2 sambil menikmati permandangan dari tempat tinggi gitu











Pemandangan yang menarik dari tingkat 40/41. Boleh melihat seluruh bandaraya KL dari dek kolam renang di tingkat 40. Suasana yang tenang dan menenangkan



Gym dan hotel berpisah tiada. He he he

Beria2 Daus

 Mesin kopi serta makanan ringan disediakan di setiap tingkat hotel

Heaven sangat, kalau dekat rumah ada mesin kopi layan diri, macam ni


Lepas check out  dari  Alila Bangsar, makcik naik lrt Bangsar pergi LRT KL Sentral. Daus cakap dia nak cuba naik beam scooter dekat KL Sentral
Daus dah daftar dalam app sewa beam scooter, tapi  bila sampai lokasi beam, ada masalah dengan beam Hurmm tak tahu lah, samada beam bermasalah atau Daus tak tahu cara betul guna beam scooter. Kasihan Daus, tak dapat naik .Takde rezeki, lain kali pergi KL, naik ya






Alila Bangsar58, Jalan Ang SengBrickfield50470 Kuala LumpurWilayah Perseketuan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://iniblogcikinadodocheng.blogspot.com/2024/09/hyatt-alila-bangsar-kuala-lumpur-best.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kanna Curry House Nasi Daun Pisang Best Ever

Kanna Curry House Nasi Daun Pisang Best Ever

papar berkaitan - pada 3/9/2024 - jumlah : 125 hits
26 August 2024 Throwback Syukur Alhamdulillah selesai urusan pindah barang rumah Masa pindah barang rumah Daus sekolah Makcik tak bagi dia cuti cik yuyi datang temankan makcik Selepas semua barang rumah sampai makcik ajak cik yuyi jemput Da...
Dakwaan Bahawa Terdapat Sebuah Gua Kosong Di Bawah Bandar Raya Kuala Lumpur Adalah Tidak Benar

Dakwaan Bahawa Terdapat Sebuah Gua Kosong Di Bawah Bandar Raya Kuala Lumpur Adalah Tidak Benar

papar berkaitan - pada 27/8/2024 - jumlah : 104 hits
SEBENARNYA Menurut Jabatan Geologi Universiti Malaya Jabatan dimaklumkan bahawa telah tular satu artikel di media sosial yang menyatakan bahawa terdapat gua kosong yang amat besar di bawah bandar raya Kuala Lumpur Ar
Kuala Lumpur Sinkhole Search Divers Brave Zero Visibility Dangerous Conditions

Kuala Lumpur Sinkhole Search Divers Brave Zero Visibility Dangerous Conditions

papar berkaitan - pada 26/8/2024 - jumlah : 113 hits
KUALA LUMPUR Kuala Lumpur firefighters are calmly searching for a woman who fell into a sinkhole on August 23 even as they venture into the murky depths of the sewage network beneath the city According to fire operation officer Alimaddia Bu...
Savour The Past Kuala Lumpur S Tiffin Revolution At Santa Grand Signature

Savour The Past Kuala Lumpur S Tiffin Revolution At Santa Grand Signature

papar berkaitan - pada 6/9/2024 - jumlah : 145 hits
PROMOTION EXTENDED UNTIL 16 SEPTEMBER 2024A culinary renaissance is taking place in the heart of Malaysia s bustling capital The Kuala Lumpur is turning heads with its innovative dining concept which is both a blast from the past and a feas...
Nikmati Sajian Pedas Membakar Selera Di Table Talk Dorsett Hartamas Kuala Lumpur

Nikmati Sajian Pedas Membakar Selera Di Table Talk Dorsett Hartamas Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 28/8/2024 - jumlah : 131 hits
Nikmati Sajian PEDAS Membakar Selera Di Table Talk Dorsett Hartamas Kuala Lumpur Assalamualaikum semua Fuhhh nikmat apa yang perlu didustakan apabila dapat menikmati hidangan yang pedas dan cukup rasa Yeah sis baru sahaja dapat merasai hida...
Lubang Besar Terbentuk Di Sepanjang Ruang Pejalan Kaki Di Kuala Lumpur Selepas Saluran Perpaipan Runtuh

Lubang Besar Terbentuk Di Sepanjang Ruang Pejalan Kaki Di Kuala Lumpur Selepas Saluran Perpaipan Runtuh

papar berkaitan - pada 27/8/2024 - jumlah : 141 hits
Pita keselamatan penghalang air dan kon telah diletakkan di lokasi rongga besar di sepanjang Jalan Pantai Permai di Kuala Lumpur FOTO DBKLKuala Lumpur Lubang besar terbentuk di sepanjang ruang pejalan kaki di Kuala Lumpur selepas saluran pe...
New Zealand Prime Minister Christopher Luxon Visits Skyline Luge Kuala Lumpur To Celebrate 1 Million Riders Milestone

New Zealand Prime Minister Christopher Luxon Visits Skyline Luge Kuala Lumpur To Celebrate 1 Million Riders Milestone

papar berkaitan - pada 6/9/2024 - jumlah : 140 hits
The Visit Highlighted the Strength of New Zealand Malaysia Relations Through Tourism and Shared Success New Zealand Prime Minister Christopher Luxon made a special visit to Skyline Luge Kuala Lumpur yesterday marking a significant milestone...
Kuala Lumpur Berada Dalam Keadaan Selamat Zaliha Mustafa Umum Operasi Sar Tanah Jerlus Dihentikan Hari Ini

Kuala Lumpur Berada Dalam Keadaan Selamat Zaliha Mustafa Umum Operasi Sar Tanah Jerlus Dihentikan Hari Ini

papar berkaitan - pada 1/9/2024 - jumlah : 85 hits
Kuala Lumpur berada dalam keadaan selamat tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Zaliha Mustafa dalam sidang akhbar hari ini Zaliha berkata orang ramai juga diminta tidak percaya sebarang ilustrasi yang dimuat naik di me
Kfc Malaysia Meluaskan Perkongsian Untuk Golongan Memerlukan

When Are The New 2025 Cars Coming Out Check Out The Upcoming Models

Panduan Cara Pengiraan Faraid Wang Tunai Yang Betul

Ada Anai Anai Di Rumah Apa Yang Anda Perlu Lakukan Langkah Demi Langkah

Children S Day Festival 2024 At Royale Chulan Seremban Grand Events Curated For The Young Ones

Jom Sertai Ensany Global Peace Dalam Penganjuran Majlis Makan Malam Amal Bagi Membantu Insan Insan Yang Memerlukan

Where Do I Save Money Safely

Resepi Lala Masak Tumis Tomyam


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Telekinesis 2024 Arahan Syafiq Yusof Kini Di Astro First

Resepi Cheese Tart Paling Gebu dan Kemas Senang Dimakan Bila Separuh Montok

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Calar Cinta Slot Samarinda TV3

ABPBH 2024 Tarikh Kategori Calon Undian Hadiah Persembahan Penyampai Trofi Tiket Dan Segala Info Anugerah Bintang Popular Berita Harian 36

Mr Hiiragi s Homeroom Info Dan Sinopsis Siri Jepun Kini Diadaptasi Sebagai Drama Berepisod Malaysia Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Di Astro Ria Sooka


Bursa Jyprx Meluncurkan Sistem Keuangan Digital Menciptakan Pengalaman Trading Yang Unik

Pulut Kuning

Gambar Anggota Polis Merokok Di Restoran Tular

Kanak Kanak Perempuan Berusia 12 Tahun Hilang Selepas Turun Ambil Makanan Dari Kereta

Kongsi Foto Di Mahkamah Syariah Idzham Ismail Hanya Minta Doa Buat Keluarganya

Sultan Selangor Titah Segera Bentuk Jawatankuasa Pemulihan Kanak Kanak Gisbh