Cara Banyakkan Susu Badan Cuba 8 Tips Bantu Anda


Bagaimanakah cara banyakkan susu badan ibu untuk diberikan secukupnya kepada bayi anda?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan cara banyakkan susu badan tanpa makan suplimen atau ubat-ubatan.
Baca juga:
Cara Membesarkan Payudara Susu Ibu Mengandung Bengkak Susu Khasiat susu ibu Motherhood Hospital Penyusuan susu ibu mempunyai manfaat kesihatan yang baik untuk kedua-duanya iaitu bayi dan ibu. Berikut adalah khasiat susu ibu yang boleh anda dapatkan:
1. Sumber nutrisi terbaik untuk kebanyakan bayi
Apabila bayi membesar, susu ibu akan berubah untuk memenuhi keperluan nutrisi bayi.
2. Membantu melindungi bayi daripada beberapa penyakit
Bayi yang menyusu badan mempunyai risiko asma, obesiti, diabetes jenis 1, dan sindrom kematian bayi mengejut (SIDS) yang lebih rendah/
Bayi anda juga akan kurang berkemungkinan mendapat jangkitan telinga dan masalah penghadaman lainnya.
3. Ibu berkongsi antibodi daripada ibu dengan bayinya
Antibodi ini membantu bayi membina sistem imun yang kuat dan melindungi mereka daripada penyakit.
4. Boleh menyusukan bayi pada bila-bila masa dan di mana sahaja
Ibu boleh menyusukan bayi semasa dalam perjalanan tanpa risau untuk membancuh susu formula atau menyediakan botol.
Bahkan ibu pastikan tidak akan mempunyai masalah untuk membawa bayi yang masih menyusu badan melancong sekali.
Hanya cari tempat yang sedikit tersorok untuk memberikan keselesaan semasa anda menyusukan bayi anda.
5. Mengurangkan risiko ibu mendapat masalah penyakit serius
Penyusuan susu ibu mempunyai manfaat kesihatan untuk ibu juga. Sesetengah kanser, diabetes jenis 2, dan tekanan darah tinggi akan sangat jarang berlaku di kalangan wanita yang menyusu.
*American Academy of Pediatrics menygesyorkan penyusuan susu ibu secara eksklusif selama kira-kira 6 bulan. Dan kemudiannya meneryskan penyusuan susu ibu sambil memperkenalkan makanan pelengkap sehingga kanak-kanak berumur 2 tahun atau lebih.
Beza susu ibu dan susu formula Berikut adalah perbandingan beza antara susu yang dihasilkan oleh ibu dengan susu lembu dan susu formula.
NutrisiSusu IbuSusu LembuSusu FormulaPencemaranTiadaKemungkinanKemungkinanProteinMencukupi dan mudah dihadamTerlalu tinggi dan sukr dihadamDiubah tapi masih sukar dihadamLemakMencukupi dari segi jenis dan kuantiti. Mengandungi enzim untuk penghadamanJenis tidak mencukupi. Tiada enzimJenis tidak mencukupi. Tiada enzimZat besiMencukupi dan mudah diserapTidak mencukupi dan sukar diserapDitambah tetapi sukar diserapVitaminMencukupiTidak mencukupiDitambahAirMencukupiTidak mencukupi dan perlukan penambahanTidak mencukupi dan perlukan penambahan Punca kekurangan susu Banyak faktor yang boleh menyebabkan ibu mengalami kekurangan susu. Antara alasannya termasuklah seperti:
Lewat memberikan susu ibu selepas kelahiran bayi. Contohnya, jika anda dan bayi anda dipisahkan kerana bayi anda perlu dimasukkan ke taska penjagaan khas atau jika anda tidak sihat selepas melahirkan. Pelekatan yang lemah pada payudara. Jika anda mempunyai puting yang rata atau terbalik, bayi anda mempunyai lidah atau pengikat bibir, mengantuk kerana jaundis, atau kerana proses kelahiran yang sukar atau berpanjangan. Jika anda tidak sihat disebabkan masalah seperti mastitis, tisu plasenta yang tertahan atau kehilangan darah yang banyak selepas bayi dilahirkan. Masalah perubatan seperti sindrom ovari polikistik (PCOS), hipotirodisme, diabetes. Kesan ubat-ubatan tertentu. Pembedahan payudara atau puting sebelum ini. Bayi anda makan mengikut permintaan (apabila mereka mahu) Mengambil pil perancang oral yang mengandungi estrogen Menggabungkan penyusuan susu formula dengan penyusuan susu ibu. Melangkau penyusuan, tanpa memerah susu apabila bayi anda ingin menyusu. Gunakan puting susu untuk jangka masa panjang. Merokok Cara banyakkan susu badan Terdapat beberapa cara banyakkan susu badan secara semulajadi yang boleh anda praktikkan. Berikut adalah antara cara terbaik yang disarankan:
1. Amalkan pemakanan yang berkhasiat
Kebanyakan orang yang menyusu menyasarkan kira-kira 2,000 hingga 2,800 kalori setiap hari.
Justeru, pilihlah makanan yang berkhasiat yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran, bijirin penuh seperti beras perang, makanan yang kaya dengan omega-3 seperti salmon dan biji rami, dan protein sayuran
2. Minum banyak air
Badan anda tidak boleh menghasilkan lebih banyak susu ibu jika anda mengalami dehidrasi. 
Bahkan faktanya mengatakan bahawa seorang ibu yang menyusu memerlukan lebih banyak air daripada biasa.
Orang yang menyusu harus minum lapan cawan air tambahan sehari, sebagai tambahan kepada lapan gelas 8 auns yang disyorkan setiap hari untuk orang dewasa.
Anda juga boleh minum segelas air setiap kali makan dan ketika sesi menyusu.
3. Tidur yang cukup
Pastikan anda mendapat waktu tidur yang cukup. Rehat yang cukup membantu tubuh anda pulih daripada kehamilan dan melahirkan anak serta mendorong badan anda menghasilkan lebih banyak susu badan.
4. Kerap menyusukan bayi
Susu badan tidak terhasil dengan banyak jika anda tidak kerap menyusukan bayi anda.
Ini kerana, lebih kerap dan lebih lama bayi anda menghisap, lebih banyak susu yang akan terhasil.
5. Hadkan pengambilan kafein
Cara banyakkan susu badan yang seterusnya adalah hadkan pengambilan minuman berkafein.
Hal ini kerana, kafein adalah sejenis diuretik semulajadi yang boleh menyebabkan dehidrasi jika anda minum terlalu banyak.
Kesannya, ia akan menyebabkan tidur anda terjejas dan memgurangakn pengeluaran susu badan.
6. Urut payudara
Melakukan urutan kepada payudara boleh dijadikan sebagai cara banyakkan susu badan.
Bahkan kajian mendapati bahawa dengan melakukan urutan ini, ia mampu untuk meningkatkan jumlah susu ibu yang dihasilkan hampir 23% selain mengurangkan sakit payudara dan bengkak.
Untuk mengurut payudara, anda boleh mulakan dengan meletakkan kain lap hangat pada payudara anda.
Kemudian letakkan sebelah tangan di atas payudara dan letakkan sebelah lagi di bawah payudara.
Urut perlahan-lahan ke dapan dan ke belakang, gerakkan tangan anda ke arah yang bertentangan.
7. Gunakan pam susu
Mengepam atau memerah susu dengan kerap antara sesi menyusu boleh meningkatkan bekalan susu badan anda.
Ramai ibu bapa menyangka dengan mengepam susu ini, susu akan habis dengan lebih cepat. Sebaliknya badan anda akan menghasilkan susu dengan lebih banyak dan kerap.
8. Bincang dengan perunding laktasi
Perunding laktasi adalah individu yang pakar tentang penyusuan susu ibu. Mereka ini boleh membantu ibu yang menghadapi pelbagai cabaran atau kesukaran untuk menyusukan n bayi.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan cara banyakkan susu badan dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
Natural Ways to Produce More Breast Milk. Parents The Benefits of Breastfeeding for Both Mother and Baby. WebMD

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/cara-banyakkan-susu-badan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=cara-banyakkan-susu-badan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Hilangkan Gastrik Tanpa Ubat Cuba 8 Tips Berkesan

Cara Hilangkan Gastrik Tanpa Ubat Cuba 8 Tips Berkesan

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 253 hits
Bagaimanakah cara hilangkan gastrik dengan lebih berkesan dan selamat yang boleh anda buat di rumah Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan selamat dan praktikal di rumah Baca juga Apa itu gastrik Gastritis at...
Beli Macam Macam Tapi Akhirnya Masuk Tong Sampah Cuba 4 Tips Strict Ini Kalau Nak Jimat Di Bazar Ramadan

Beli Macam Macam Tapi Akhirnya Masuk Tong Sampah Cuba 4 Tips Strict Ini Kalau Nak Jimat Di Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 216 hits
Selain beribadah dan menambah pahala bazar Ramadan adalah antara yang dinanti nantikan oleh masyarakat kita apabila tibanya bulan yang mulia ini Setiap orang mempunyai makanan kegemaran yang pasti akan dibeli setiap kali berkunjung di bazar...
Dia Minta Beri Masa Kita Tunggu Sajalah Abby Abadi Enggan Paksa Marissa Cuba Selesaikan Masalah Dengan Cara Lembut

Dia Minta Beri Masa Kita Tunggu Sajalah Abby Abadi Enggan Paksa Marissa Cuba Selesaikan Masalah Dengan Cara Lembut

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 102 hits
Baru baru ini aktres Abby Abadi mengakui masih belum menjumpai jalan penyelesaian mengenai isu anaknya Marissa Dania yang telah bernikah di Thailand tanpa pengetahuan keluarga Tak paksa berbincang Menurut Abby dia tidak mahu memaksa anaknya...
Saya Cuba Bantu Apa Yang Boleh Datuk Red Diisytihar Muflis Adira Suhaimi Hanya Mampu Tolong Beri Sokongan

Saya Cuba Bantu Apa Yang Boleh Datuk Red Diisytihar Muflis Adira Suhaimi Hanya Mampu Tolong Beri Sokongan

papar berkaitan - pada 27/3/2024 - jumlah : 125 hits
Penyanyi Adira Suhaimi masih memberi semangat dan dorongan kepada suaminya Datuk Seri Adnan Abu atau digelar Datuk Red itu meskipun sudah diumumkan muflis sejak 2019 Beri sokongan selagi boleh Walaupun dilanda masalah keluarga dan di ambang...
Cuba Teknik Power Pumping Bila Susu Makin Kurang Doktor Kongsikan Tipnya

Cuba Teknik Power Pumping Bila Susu Makin Kurang Doktor Kongsikan Tipnya

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 118 hits
Selalu kita mendengar istilah power pumping lebih lebih lagi bila mana susu makin berkurang Power pumping turut disarankan untuk meningkatkan semula kuantiti susu yang semakin berkurang sebagai pilihan untuk ibu Adakah power pumping ini ben...
Wanita Muda Ini Beri Tips Cara Mudah Menghafal Alqur An Cocok Buat Anda Yang Sibuk

Wanita Muda Ini Beri Tips Cara Mudah Menghafal Alqur An Cocok Buat Anda Yang Sibuk

papar berkaitan - pada 13/3/2024 - jumlah : 153 hits
Diah tercatat sebagai salah satu mahasiswa aktif di Universitas Islam Negeri Maulana Malik Ibrahim Malang
Kpu Segera Bentuk Badan Ad Hoc Begini Cara Pendaftaran Calon Peserta Pilkada

Kpu Segera Bentuk Badan Ad Hoc Begini Cara Pendaftaran Calon Peserta Pilkada

papar berkaitan - pada 1/4/2024 - jumlah : 146 hits
Pembentukan badan ad hoc untuk Pilkada Serentak 2024 terdiri dari PPK PPS di tingkat desa dan kelurahan serta KPPS
Pmx Cuba Kenderaan Hidrogen

Pmx Cuba Kenderaan Hidrogen

papar berkaitan - pada 1/4/2024 - jumlah : 197 hits
Hari ini saya berpeluang menyaksikan demonstrasi pengisian semula hidrogen ke kenderaan berkuasa hidrogen Usai saya menaiki kenderaan yang menggunakan sel bahan api hidrogen itu dari Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi ke bangunan Perda...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri