Tapi Kkerajaan Negeri Kamu Kata Kelantan Sebuah Negeri Yang Makmur


 


‘Bukan pilih kerja, nak hidup glamor, kami keluar niat cari rezeki’, kata perantau dari Kelantan



Yasmin Abdul Latif -August 12, 2022 
Pelbagai faktor termasuk keadaan ekonomi dan kepelbagaian kerja menjadi faktor membuatkan anak Kelantan merantau untuk mengubah taraf hidup.PETALING JAYA: Tidak semua rakyat Kelantan merantau kerana ‘tradisi’ suka mengembara atau memilih kerja, sebaliknya keadaan ekonomi, gaji dan kepelbagaian bidang yang terhad antara faktor mereka berhijrah ke tempat lain.
Pekerja swasta, Norshamimi, 28, berasal dari Kelantan yang kini bekerja di Johor berkata, meskipun tidak dinafikan Kelantan tidak “kekeringan” pekerjaan, namun bidangnya tidak meluas dan tidak setara dengan kemahiran dan kelulusan yang ada.
“Jangan pukul rata kata anak Kelantan pilih kerja, rasa kerja dekat Kelantan tak glamor, atau tradisi orang Kelantan suka merantau, walhal sebenarnya nak merantau dan berjauhan dengan keluarga bukan keputusan mudah, tetapi keadaan memaksa kita.
“Kerja banyak tapi kalau bidang terhad macam perhotelan? Takkan nak jangka semua anak muda Kelantan ini nak kerja dekat hotel? Kita belajar susah payah mesti nak cari peluang yang sesuai dengan kemahiran dan kelulusan kita,” katanya ketika dihubungi FMT.
-ADVERTISEMENT-Ads by 
Turut sependapat, Ahmad Fakhruddin Che Adib, 28, berasal dari Machang pula berkata, industri perkilangan dan kejuruteraan agak terhad di negerinya membuatkannya mengambil keputusan untuk merantau.
“Secara umumnya di luar Kelantan lagi senang nak cari kerja sebab lagi banyak peluang. Kalau rasa tak sesuai senang nak tukar kerja sebab kita ada pilihan lain,” katanya yang sudah hampir tiga tahun bekerja sebagai jurutera di sebuah kilang di Pulau Pinang.
Sajjad Saimi, 31, dari Pasir Putih dan bekerja dalam bahagian peruncitan di Selangor, menyifatkan ramai anak muda Kelantan merantau tidak seharusnya dipandang sebagai “tradisi” semata-mata.
“Ini bukan tradisi semata-mata, realitinya gaji rendah dan kos sara hidup tinggi. Tak akan kita nak sia-siakan masa muda tanpa keluar cari pengalaman kerja dengan bayaran yang lebih baik…kita ada keluarga yang nak ditanggung,” katanya kepada FMT.
Sementara itu, Ismail Ibrahim, 57, dari Jeli, yang merantau sejak seawal usia 20-an berkata, semenjak dulu lagi ramai anak muda Kelantan keluar merantau untuk mencari rezeki kerana ketika itu peluang pekerjaan sangat terhad dengan gaji yang murah.
Ujarnya, dulu peluang yang banyak adalah kerja-kerja kampung seperti bercucuk tanam, menternak lembu, menoreh dan sebagainya. Justeru keadaan itu membuatkan mereka merantau untuk mengubah taraf hidup.
“Kita keluar merantau sebab tiada kerja dekat Kelantan. Masa itu peluang kurang dan yang banyak kerja kampung, orang muda takkan nak kerja kampung dengan gaji murah, dulu nak kerja buruh pun susah kalau ada pun setakat kerja kontrak gali parit.
“Saya tidak menyesal berhijrah, kerana kalau saya tidak keluar mencari pengalaman dan pekerjaan lain saya mungkin tidak dapat mengubah taraf hidup saya, ” katanya yang kini menetap di Johor.
Terdahulu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah dilaporkan berkata, anak muda Kelantan lebih memilih merantau kerana ia merupakan tradisi mereka, selain ada segelintir bersikap memilih kerja.
“Ada banyak peluang pekerjaan tetapi anak Kelantan lebih suka berada di luar (Kelantan) mungkin rasa tidak glamor, ada juga yang memilih kerja,” katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/08/tapi-kkerajaan-negeri-kamu-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kau Bayarlah Rm20 000 Aku Geleklah Kata Saripah Tapi Ditegur Ustaz Ahmad Dusuki

Kau Bayarlah Rm20 000 Aku Geleklah Kata Saripah Tapi Ditegur Ustaz Ahmad Dusuki

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 200 hits
Beberapa hari lalu selebriti Ifa Raziah atau nama sebenar Saripah Raziah Mustapha dikecam netizen kerana menari bergelek di sebuah majlis akikah bersama dengan beberapa selebriti lain Bagi netizen perbuatan Ifa dan yang lain itu adalah tida...
Kerajaan Kelantan Hantar Rombongan Besar Ke Mesir Tapi Hutang Anak Syarikat Bila Nak Selesai

Kerajaan Kelantan Hantar Rombongan Besar Ke Mesir Tapi Hutang Anak Syarikat Bila Nak Selesai

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 184 hits
HUSAM MUSADiberitakan Kerajaan Kelantan membawa rombongan besar melawat Mesir Lenakah MB Kelantan tidur di Mesir ketika dua anak syarikat kerajaan negeri berdepan masalah kewangan sepeninggalan beliau Air Kelantan Sdn Bhd dikatakan mempunya...
Keunikan Perahu Kolek Berwarna Warni Hanya Ada Di Negeri Kelantan

Keunikan Perahu Kolek Berwarna Warni Hanya Ada Di Negeri Kelantan

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 580 hits
Keunikan Perahu Kolek Berwarna Warni Hanya Ada Di Negeri Kelantan Mungkin ramai yang tak tahu akan kewujudan yang bercorak penuh berwarna warni dan terang Ini tidak mustahil kerana perahu kolek ini sudah tidak banyak dan hanya terdapat di K...
Nak Tegur Boleh Tapi Janganlah Sampai Hina Kerjaya Kami Kata Ani Maiyuni

Nak Tegur Boleh Tapi Janganlah Sampai Hina Kerjaya Kami Kata Ani Maiyuni

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 209 hits
Penyanyi dangdut Ani Maiyuni 44 berpendapat golongan selebriti sentiasa terbuka menerima teguran namun jangan keterlaluan sehingga sanggup memandang rendah dan menghina kerjaya pilihan mereka Peserta program Gegar Vaganza musim kelapan
Ibu Mengandung Suka Makan Beras Bunyi Kruk Kruk Crunchy Mengunyah Bikin Ramai Nak Cuba Tapi Nanti Mak Kata Apa Pula

Ibu Mengandung Suka Makan Beras Bunyi Kruk Kruk Crunchy Mengunyah Bikin Ramai Nak Cuba Tapi Nanti Mak Kata Apa Pula

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 202 hits
MENGIDAM cukup sinonim dengan ibu mengandung yang diterjemahkan sebagai keinginan tinggi terhadap sesuatu jenis makanan yang dirasai ketika hamil Di media sosial macam macam kisah dapat dibaca tentang ibu mengidam yang adakalanya tak tercap...
Tak Salah Pihak Luar Bantu Orang Miskin Di Kelantan Tapi Janganlah Masyarakat Hentam Kerajaan Pemimpin Kelantan Timb Mb

Tak Salah Pihak Luar Bantu Orang Miskin Di Kelantan Tapi Janganlah Masyarakat Hentam Kerajaan Pemimpin Kelantan Timb Mb

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 431 hits
Tak salah pihak luar bantu orang miskin di Kelantan tapi janganlah masyarakat hentam kerajaan pemimpin Kelantan Timb MBKerajaan Kelantan tidak menghalang mana mana pihak menyalurkan bantuan kepada masyarakat daif dan miskin di negeri itu te...
Zahid Kata Tak Terlibat Dengan Skandal Lcs Tu Tapi

Zahid Kata Tak Terlibat Dengan Skandal Lcs Tu Tapi

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 254 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap Menteri Pertahanan pada 8 Julai 2010 telah menyatakan sokongan beliau kepada surat niat daripada Boustead Naval Shipyard untuk membina enam kapal peronda generasi kedua kapal tempur pe...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti