Tapau Sepanjang Minggu
Assalamualaikum WBT
PAGI ni malas nak sarapan. Mengopi pun tidak. Kadang, kalau rasa malas nak makan tu, ada jugaklah bancuh kopi. Alaa.. bukan bancuh sangat pun. Cuma masukkan uncang kopi dalam mug dan tuang air panas mendidih 🤭.
Tapi, sekarang ni tengah tunggu nasi kering. Sambil masak nasi, panaskan Daging Paprik baki hari tu, kukus sambil masak nasi. Nanti, gorenglah telur dadar sebiji. Sebenarnya sepatutnya, Sk kena berpantang makan. Eczema datang kembali, tak tahulah apa yang tersalah. Sk memang ada alahan kulit sejak kecik, dah dewasa perlahan-lahan hilang dan hilang terus. Tapi ada jugak nanti tiba-tiba kena balik, macam sekarang ni la. Masa tu barulah nak pakai balik sabun dan losyen khas untuk eczema. Bukan apa, benda untuk eczema ni mahal, kan.. huhu.
Saja nak share makana tengahari yang Sk tapau sepanjang minggu ni. Selalu jugak ambil gambar tapi selalunya delete cam tu je, kali ni kita tepek sini. Gambar pertama ni, Nasi Putih, Asam Pedas Ikan Kembung dan Sayur Kubis + Kacang Panjang + Carrot, tapau dari kantin, RM7
Hari Isnin, tapau lauk Kari Ayam dan sayur Kacang Panjang + Carrot, RM7 jugak. Biasa Sk dah siap-siap duit kecik RM7, hulur jer pada cashier
Hari selasa, tak ada lauk berkuah, Sk ambil Ayam Goreng Berempah dan sayur. Sayur standard kat kantin, kubis goreng + kacang panjang dan carrot
Ni hari rabu, tak ada kereta nak pergi ke kantin. Nak menapak, memang idok lerrrr 🤭. Sk tapau nasi goreng di kantin asrama, belakang pejabat aje. Kantin asrama ni cuma sediakan masakan bergoreng panas-panas aje, tak ada nasi campur. Nasi goreng + Ayam Goreng ni, RM6. Minta cili padi dua batang, sambil makan sambil gigit cili padi
Ni hari khamis, Sk beli sarapan, Meehun Goreng Singapore & Karipap Kentang sebijik, RM3. Tengahari tu, Sk makan roti lepa margerin yang sepatutnya Sk makan sarapan, tapi pergi beli sarapan lain 😆. Hari khamis balik 3.30, jadi nanti sampai rumah masaklah maggi ke.. berangan.
Walaupun di pejabat ada air minuman bertapis sejuk dan panas, tapi Sk bawa sendiri air minuman dari rumah. Tiga jenis ya, kopi o panas, air masak kosong dan teh hijau. Macam nak pergi berkelah 🤭
Suruh Iman datang ambil balik kerja hari khamis tu, sekali Iman datang bawa kereta yang berlumuran dengan sambal tumis 😭. Iman kata, sebelah kereta tu ada tong sampah. Monyet bongkar tong sampah lepas tu pergi makan atas kereta la tu. Sk syak, dia makan nasi lemak, kat atas boot belakang siap ada serpihan kacang tanah ya. Dia punya sisa makanan tu dari boot depan sampai belakang, tak tahulah berapa ramai monyet buat kenduri atas kereta
Pergi bawa kereta ke Spa.. haaaa.. kereta pun dah pergi spa jaman now 🤭. Depan tu ada kafe, Sk makan Nasi Ayam Penyet, Iman pun belum makan, dia makan Nasi Goreng Tomyam. Nasi Goreng Tomyam sedap tapi tapi tak ada rasa tomyam. Sambal Ayam Penyet dia sedap betul ya
Nasi Goreng TomyamNasi Ayam PenyetAis LimauSirap BandungRM23
Ngam-ngam siap makan, kereta pun dah siap 😍. Lega tengok dah berkilat tak ada sambal melekat 🤣
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2023/10/tapau-sepanjang-minggu.html