Tapak Pelupusan Sampah Terbakar 400 Penduduk Pindah Ke Dua Pps


AGENDA DAILY
Gambar yang dirakam pada Sabtu menunjukkan Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung dekat Nibong Tebal terbakar sejak Rabu lalu. - Gambar FB Zikrullah Ismail
Kira-kira 400 penduduk daripada 86 keluarga yang tinggal di sekitar Ladang Byram dan Kampung Kebun Baru di Nibung Tebal, Pulau Pinang, dinasihat berpindah buat sementara susulan kebakaran di Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung dekat Nibong Tebal pada Rabu lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan negeri Phee Boon Poh berkata dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu Sekolah Kebangsaan Saujana Indah dan Sekolah Kebangsaan Bakap Indah akan dibuka untuk penduduk terbabit setelah berbincang dengan agensi berkaitan pada 2 petang tadi, lapor Bernama.
“Ketua Menteri dan Setiausaha Kerajaan Negeri telah melakukan lawatan di tapak kebakaran seterusnya memberi taklimat kepada agensi terlibat termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM), Angkatan Pertahanan Awam, Kementerian Kesihatan (KKM), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Pejabat Daerah Seberang Perai Selatan untuk melaksanakan urusan pemindahan penduduk terjejas dan bantuan lain,” katanya.
Beliau berkata pihaknya sedang meneliti dan mengenal pasti bilangan penduduk terjejas untuk dimasukkan ke dalam senarai bagi memudahkan urusan pemindahan dan bantuan.
“Kita ambil kira segala prosedur operasi standard agar dapat dilaksana dengan teratur supaya semua penduduk terlibat termasuk tempat tinggal mereka kekal selamat dan pihak KKM juga akan membuat saringan terlebih dahulu sebelum penduduk memasuki PPS bagi mengelak sebarang penularan COVID-19 dalam kalangan mereka.
“Kita juga hanya benarkan satu atau dua orang lelaki dewasa (bagi sebuah keluarga) yang ingin menjaga rumah kerana khuatir akan keselamatan rumah dan mereka perlu buat laporan kepada pihak polis setiap kali keluar masuk di kawasan rumah yang diklasifikasikan sebagai kawasan larangan,” katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Seberang Perai Selatan Marlia Mohd Belia pula berkata JAS telah melakukan pemantauan kualiti udara di tiga lokasi iaitu Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Changkat dan Dewan MPKK Kampung Kebun Baru selain menempatkan stesen pengawasan kualiti mudah alih di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Byram.
“JAS akan terus membuat pemantauan kualiti udara dari semasa ke semasa dan orang ramai diingatkan untuk terus mematuhi nasihat kesihatan antaranya mengurangkan aktiviti luar, mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berhampiran sekiranya mengalami gejala seperti sesak nafas serta tidak sihat dan sentiasa memakai pelitup muka jika berada di luar,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Tapak pelupusan sampah itu dilaporkan terbakar pada kira-kira 5 petang Rabu lepas dan tindakan awal JBPM dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela telah membuat penghalang kebakaran bagi mengelakkan api terus merebak.
Tapak pelupusan yang terjejas adalah seluas 6.5 hektar daripada 16.2 hektar dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/tapak-pelupusan-sampah-terbakar-400.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Askar Israel Maut Ditembak Pasukan Sendiri

Dua Askar Israel Maut Ditembak Pasukan Sendiri

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 331 hits
Dua askar Israel maut ditembak pasukan sendiri BAITULMUQADDIS Dua pegawai tentera Israel terbunuh selepas terlibat dalam satu insiden tembakan ketika mereka melakukan rondaan pada waktu malam lapor agensi berita United Press International s...
Polisi Sebut Dua Rumah Terbakar Di Elelim Diduga Dilakukan Sekelompok Orang

Polisi Sebut Dua Rumah Terbakar Di Elelim Diduga Dilakukan Sekelompok Orang

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 288 hits
Peristiwa terjadi jelang pelaksanaan pemungutan suara ulang di Kabupaten Yalimo Papua Pelaku masih diselidiki
Hiburan Rumah Bagai Lubuk Sampah Pemilik Lega Penyewa Dari Neraka Sudah Pindah

Hiburan Rumah Bagai Lubuk Sampah Pemilik Lega Penyewa Dari Neraka Sudah Pindah

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 236 hits
Baru baru ini tular di platform media sosial berkisahkan tentang mimpi ngeri buat pemilik rumah yang menyewakan rumahnya kepada penyewa dari neraka Bayangkan kita membeli rumah untuk dijadikan sebagai pelaburan akan tetapi penyewa pula sesu...
Dewan Pers Soroti Tak Ditahannya Dua Polisi Penganiaya Jurnalis Tempo

Dewan Pers Soroti Tak Ditahannya Dua Polisi Penganiaya Jurnalis Tempo

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 150 hits
Dewan Pers sebenarnya berharap agar dua terdakwa ditahan dalam putusan itu Sebab dengan ditahannya terdakwa hal itu merupakan bentuk keadilan untuk Nurhadi yang jadi korban dalam kasus ini
Banjir Rendam Dua Desa Di Kabupaten Garut Ketinggian Air Capai 50 Cm

Banjir Rendam Dua Desa Di Kabupaten Garut Ketinggian Air Capai 50 Cm

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 199 hits
Dua desa di Kabupaten Garut Jawa Barat terendam banjir Kamis Ketinggian banjir mencapai 50 sentimeter Kedua desa tersebut adalah Mekarsari dan Putra Jaya di Kecamatan Selaawi
Dua Kali Berlakon Bersama Lee Junki Moon Chaewon Hantar Trak Kopi Di Set Again My Life

Dua Kali Berlakon Bersama Lee Junki Moon Chaewon Hantar Trak Kopi Di Set Again My Life

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 222 hits
Selepas dua kali berlakon bersama nampaknya Moon Chae won dan Lee Jun ki terus mengekalkan hubungan yang baik Terbaru pelakon wanita itu menghantar trak kopi di set penggambaran Again My Life di mana ia merupakan drama comeback Lee Jun ki s...
Who Syor Dua Rawatan Baharu Untuk Covid 19

Who Syor Dua Rawatan Baharu Untuk Covid 19

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 193 hits
PARIS Pertubuhan Kesihatan Sedunia meluluskan dua rawatan baharu untuk Covid 19 pada Jumaat untuk mencegah penyakit teruk serta kematian akibat pandemik itu Berita tersebut muncul ketika kes Omicron memenuhi hospital di seluruh dunia dengan...
Dua Keping Saja Tiap Bulan Konsep Simpan Ikut Warna Macam Ni Paling Menjadi

Dua Keping Saja Tiap Bulan Konsep Simpan Ikut Warna Macam Ni Paling Menjadi

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 202 hits
Selalu terbabas kalau menyimpan Ini selalu terjadi pada kita Awal awal tahun mulalah kita semangat bila sesak kita korek tabung tanpa rasa bersalah Apa kata tahun baru ini kita mulakan semangat kembali untuk menyimpan dengan cara sendiri Ca...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Startups Vs Established Industries

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Nasi Lemak Lobster Jb

Snowy Trails Cozy Inns Skiing Town To Town In Quebec


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Senarai Barang Mykasih 2025

Permohonan Mykasih Rm100 Online 2025

Kemaskini Ekasih Online 2025

Emina Tone Up Cream Affordable Tone Up Cream For Combination Skin

Rahsia Keberkatan Ramadan Rebut 7 Waktu Mustajab Untuk Berdoa

Kenali Anak Usia 2 Tahun Suka Ikut Kepala Sendiri Perangai Berubah Ubah