Tapak Kaki Merekah Bukan Sebab Lantai Semata Mata Ada Kaitan Dengan Kesihatan Mama Kena Ambil Tahu


“Aduh tak selesanya kaki ni asyik merekah” biasanya keadaan tapak kaki yang merekah banyak dialami oleh golongan ibu-ibu. Banyak faktor yang menyebabkan tapak kaki merekah antaranya faktor kesihatan dan juga kekurangan air. Ikuti perkongsian ini.

PUNCA TAPAK KAKI MEREKAH
Biasanya jenis lantai yang dipijak sering dipersalahkan apabila seseorang itu mengalami masalah tumit merekah. Malah, ada juga yang menganggap masalah tumit merekah hanya berlaku kepada individu yang sudah berusia dan apabila dialami oleh golongan muda, mereka dilihat tua sebelum waktunya.

Namun, adakah rekahan pada tumit itu perkara biasa? Apakah ada penyakit yang menyebabkannya? Adakah ia boleh memberi kesan buruk atau sekadar menjejaskan penampilan?
Kulit di tapak kaki terutama di tumit boleh berlaku kepada lelaki dan wanita tanpa mengira usia.
Bagi mereka yang tidak mempunyai penyakit kronik seperti diabetes atau ekzema, punca utama berlaku tumit merekah disebabkan kekurangan air dalam badan.

Antara fungsi air dalam badan manusia adalah untuk melembapkan permukaan kulit. Kulit kaki yang kering memudahkan terjadinya rekahan di tapak kaki terutama tumit.
Lantai bukan punca utama terjadinya masalah tumit merekah namun bekerja terlalu lama di permukaan lantai yang panas tanpa sebarang alas kaki, stoking atau kasut boleh mendorong berlaku rekahan pada tumit.
Ini kerana permukaan lantai yang panas boleh menyebabkan kulit kaki menjadi kering dan mudah merekah. Rekahan pada tapak kaki bukanlah petanda atau ciri khas kepada mana-mana penyakit kronik. Cuma bagi mereka yang menghidap penyakit diabetes masalah rekahan ini boleh menjadi lebih serius.
Rekahan tapak kaki termasuk tumit pada pesakit diabetes harus dirawat dengan serius kerana boleh menyebabkan komplikasi atau tanda awal kepada ulser kaki.
Walaupun masalah ini secara dasarnya tidak membahayakan, namun ia harus diberikan perhatian serius khususnya dalam beberapa kes apatah lagi pada pesakit diabetes yang tidak terkawal.
Faktor umur juga menjadi antara sebab mudahnya terjadi masalah tapak kaki merekah. Peningkatan umur menyebabkan kulit kaki kehilangan keupayaan mengekalkan kelembapannya.
Bagaimanapun masalah ini tetap boleh juga terjadi kepada golongan muda jika badan mereka juga mengalami dehidrasi atau kekurangan air. Kulit kaki yang normal mempunyai satu lapisan yang mengawal kelembapan kulit. Lapisan ini penting untuk menjadikan kulit kaki lembut dan cantik.
Sekiranya mengalami masalah tumit merekah, langkah pencegahan yang berkesan adalah memakai atau menyapu losen pelembap pada permukaan kulit yang kering. Mungkin kerana kedudukannya yang selalu terlindung, maka kulit kaki jarang diberi perhatian. Namun, hakikatnya ia juga perlu sentiasa dijaga kebersihannya dan diberikan rawatan kecantikan dengan menyapukan losen pelembap.
Selain itu, cuba elakkan memakai kasut yang terlalu ketat atau yang tidak selesa. Memakai kasut yang terbuka juga akan mendedahkan kaki kita kepada cuaca yang panas juga menyebabkan kaki mudah kering dan merekah.

Gunakan sabun yang sesuai dan bersifat lembut untuk membersihkan kaki. Menggunakan sabun yang mengeringkan kulit akan menyebabkan masalah ini semakin susah untuk dirawat.
Paling penting adalah memastikan badan kita mendapat air secukupnya supaya ia boleh berfungsi dengan baik sekali gus menjaga kelembapan kulit termasuk di tapak kaki.
Antara makanan asas untuk amalan diet seharian bagi menambahkan khasiat dan mengurangkan rekahan pada tumit kaki ialah:
Makanan yang kaya dengan vitamin E seperti minyak sayuran, sayuran hijau, bijiran, gandum dan kekacang. Makanan yang kaya dengan mineral termasuk:
1. Kalsium: Susu, keju, yogurt, susu kambing, susu kacang soya, air mineral, ais krim, ikan, jus, bijiran dan brokoli

2. Zat besi: Daging, ayam dan ikan, telur, sayur, kacang legum
3. Zat zink: Tiram, ayam, ketam, kacang merah, yogurt, beras perang, spageti
4. Asid lemak Omega-3: Ikan salmon dan bijirin.
#HealthDrZubaidi
Kredit:Dr Zubaidi Hj Ahmad

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Tapak Kaki Merekah Bukan Sebab Lantai Semata-Mata, Ada Kaitan Dengan Kesihatan. Mama Kena Ambil Tahu! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tapak-kaki-merekah-bukan-sebab-lantai-semata-mata-ada-kaitan-dengan-kesihatan-mama-kena-ambil-tahu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Negara Islam Perlu Action Oriented Bukan Lagi Rhetoric Semata Mata

Negara Islam Perlu Action Oriented Bukan Lagi Rhetoric Semata Mata

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 339 hits
Licik Israel sengaja cipta konflik mahu jarah tanah PalestinAcap kali serangan atau konflik diwujudkan pengganas Israel terhadap rakyat Palestin akan ada tanah tanah milik Palestin yang akan ditakluki Bagi Pensyarah Kajian Strategik dan Kes...
Tak Hiraukan Keselamatan Semata Mata Ootd Pemandu Kereta Api Tegur Penceroboh Landasan

Tak Hiraukan Keselamatan Semata Mata Ootd Pemandu Kereta Api Tegur Penceroboh Landasan

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 320 hits
Tidak dinafikan trend merakam gambar sendiri outif of the day sudah menjadi kegilaan ramai anak muda di Malaysia Justeru dalam menghasilkan shot terbaik ramai yang sanggup mencari kawasan yang cantik atau unik demi kepuasan bergambar Namun ...
Suami Minta Jahitan Extra Lepas Isteri Bersalin Semata Mata Untuk Kepuasan Semasa Bersama Doktor Ini Tinggal Pesanan

Suami Minta Jahitan Extra Lepas Isteri Bersalin Semata Mata Untuk Kepuasan Semasa Bersama Doktor Ini Tinggal Pesanan

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 366 hits
3 398 total views 3 398 views today Pengorbanan seorang isteri dan ibu memang tidak boleh disangkal lagi Membawa kandungan selama sembilan bulan serta bertarung nyawa untuk melahirkan anak sudah cukup menggambarkan betapa kuatnya seorang ib...
Menyamar Sebagai Bekas Acp Bergelar Datuk Semata Mata Untuk Rentas Negeri Warga Emas Ditahan Polis

Menyamar Sebagai Bekas Acp Bergelar Datuk Semata Mata Untuk Rentas Negeri Warga Emas Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 410 hits
3 423 total views 3 423 views today KUALA LUMPUR 9 Mei Seorang lelaki warga emas ditahan selepas didapati menyamar sebagai bekas pegawai kanan polis berpangkat ACP bergelar Datuk ketika membuat permohonan rentas negeri di Ibu Pejabat Polis ...
Hiburan Kepala Terkehel Ditarik Isteri Tajul Timang Cahaya Mata Kedua Anak Lelaki

Hiburan Kepala Terkehel Ditarik Isteri Tajul Timang Cahaya Mata Kedua Anak Lelaki

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 396 hits
Penyanyi Tajul berkongsikan sebuah berita gembira apabila isterinya Nurul Shamieza Eddie dilaporkan telah selamat melahirkan anak kedua mereka pada petang Khamis lalu bertempat di sebuah pusat perubatan di Kajang Selangor Tajul atau nama se...
Pasangan Mata Wang Eur Usd Menunggu Laporan Gaji Bukan Pertanian As Pada 7 Mei Laporan Cot

Pasangan Mata Wang Eur Usd Menunggu Laporan Gaji Bukan Pertanian As Pada 7 Mei Laporan Cot

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 282 hits
Pasangan Mata Wang EUR USD Carta 1 JamPedagang yang dikasihi Semalam pasangan mata wang EUR USD melantun dari tahap Fibonacci 100 0 iaitu 1 1990 Oleh kerana mata wang tunggal Eropah mengukuh pasangan mata wang EUR USD ini telah melonjak nai...
Kematian Haziq Akibat Jantung Tiada Bukti Kaitan Vaksin Kkm

Kematian Haziq Akibat Jantung Tiada Bukti Kaitan Vaksin Kkm

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 626 hits
Oleh Kematian Haziq akibat masalah saluran jantung seperti dimaklumkan pakar forensik KKM Gambar FB KBS MASALAH besar di Malaysia adalah penyebaran cerita yang bukan bukan sampai mendahului pihak berkuasa Ini seperti berita kematian mengeju...
Sri Pahang Fc Dan Selangor Fc Kongsi Mata Selepas Seri 2 2 Di Stadium Darul Makmur

Sri Pahang Fc Dan Selangor Fc Kongsi Mata Selepas Seri 2 2 Di Stadium Darul Makmur

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 275 hits
KUANTAN Penyerang Sri Pahang FC Abdul Malik Mat Ariff muncul penyelamat pasukan itu apabila jaringan pada minit minit akhir perlawanan berjaya mengikat Selangor FC 2 2 di Stadium Darul Makmur sebentar tadi Pada perlawanan itu tuan rumah men...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation