Kematian Haziq Akibat Jantung Tiada Bukti Kaitan Vaksin Kkm


Oleh Herman Hamid Kematian Haziq akibat masalah saluran jantung seperti dimaklumkan pakar forensik KKM./ Gambar FB KBS MASALAH besar di Malaysia adalah penyebaran cerita yang bukan-bukan sampai mendahului pihak berkuasa.
Ini seperti berita kematian mengejut pemanah negara, Haziq Kamaruddin awal pagi semalam.
Atlet Olimpik berusia 27 tahun itu rebah selepas selesai subuh dan sepantas kilat juga di media sosial ada yang cuba mengaitkan dengan vaksin yang diterima Allahyarham.
Hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan hingga kini tiada bukti menunjukkan bahawa kematian Haziq berkait langsung dengan vaksinasi COVID-19.
Sebaliknya kenyataan KKM yang memetik Ketua Perkhidmatan Perubatan Forensinya, Datuk Dr Zahari Noor, kematian Haziq adalah disebabkan komplikasi salur darah jantung tersumbat akibat daripada perubahan arterosklerosis.
“Proses bedah siasat selesai dilakukan setelah ujian calitan COVID-19 yang diambil menunjukkan keputusan negatif bagi virus tersebut.
“Hasil bedah siasat menunjukkan kepada kematian disebabkan komplikasi salur darah jantung tersumbat akibat daripada perubahan arterosklerosis.
“Walau bagaimanapun, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk menunggu beberapa keputusan analisis makmal,” kata Pakar Perunding Kanan Perubatan Forensik itu.
Haziq pernah mewakili negara ke Sukan Olimpik London 2012 dan Rio 2016 dan sedang memburu tempat untuk ke Olimpik Tokyo tahun ini.
Allahyarham dilaporkan rebah di rumahnya pada kira-kira jam 8 pagi semalam, sebelum dikejarkan ke Hospital Kajang dan disahkan meninggal dunia pada 9.37 pagi.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Koperasi Serkam Darat, Merlimau, Melaka pada 1.40 pagi tadi selepas selesai dibedah siasat di Hospital Kajang malam tadi.
Haziq antara lebih 200 atlet dan pegawai yang terlibat dalam persediaan ke Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo yang melengkapkan dos suntikan vaksin Pfizer-BioNTech pada 4 Mei lalu.
Sepanjang sedekad mewakili negara, Haziq pernah meraih pingat emas pada Grand Prix Asia 2011 di Laos dan gangsa Piala Asia 2019 di Filipina.
Allahyarham juga meraih empat emas dan dua perak menerusi acara individu dan berpasukan di Sukan SEA sejak edisi 2011 hingga 2019.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/kematian-haziq-akibat-jantung-tiada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Vietnam Lapor Kematian Pertama Penerima Vaksin Astrazeneca Akibat Reaksi Alahan Anafilaksis

Vietnam Lapor Kematian Pertama Penerima Vaksin Astrazeneca Akibat Reaksi Alahan Anafilaksis

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 321 hits
Kementerian Kesihatan melaporkan seorang pekerja kesihatan wanita berusia 35 tahun maut selepas menerima vaksin AstraZeneca kematian pertama dikaitkan dengan vaksin itu di Vietnam Wanita berasal dari wilayah Selatan An Giang itu meninggal d...
Hormati Pemergian Haziq Kamaruddin Jangan Buat Spekulasi Dos Kedua Vaksin Jadi Punca

Hormati Pemergian Haziq Kamaruddin Jangan Buat Spekulasi Dos Kedua Vaksin Jadi Punca

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 466 hits
KAJANG Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menuntut agar masyarakat di luar sana tidak membuat tuduhan melulu mengenai pemergian mengejut atlet memanah negara Haziq Kamaruddin yang menghembuskan nafas terakhir se...
44 Lagi Kematian Akibat Covid 19 Korban Tertinggi Setakat Ini

44 Lagi Kematian Akibat Covid 19 Korban Tertinggi Setakat Ini

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 274 hits
Oleh SEJAK beberapa hari lalu kes kematian akibat COVID 19 lebih tinggi daripada kebiasaan dengan tertinggi direkodkan pada 12 Mei lalu melibatkan 39 kematian Namun jumlah kematian yang dilaporkan hari ini merupakan rekod apabila 44 kematia...
Ketua Armada Kelantan Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Ketua Armada Kelantan Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 388 hits
Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia Kelantan Datuk Muhammad Amiin Ridhuwan Ab Aziz 36 meninggal dunia di rumahnya di Kampung Pohon Buluh di sini pagi hari ini Beliau meninggal dunia pada 6 pagi selepas selesai be...
Sarawak Bakal Terima 500 000 Dos Vaksin Sinovac

Sarawak Bakal Terima 500 000 Dos Vaksin Sinovac

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 340 hits
Sarawak bakal menerima 500 000 dos vaksin COVID 19 Sinovac yang dibeli melalui inisiatif kerajaan negeri dalam tempoh seminggu kata Menteri Muda Kesihatan Awam dan Perumahan Sarawak Dr Annuar Rapaee Dr Annuar berkata tambahan 500 000 dos va...
Nak Ambil Vaksin Pun Tak Terkawal Yang Lain Ke Laut Lah Gamaknya

Nak Ambil Vaksin Pun Tak Terkawal Yang Lain Ke Laut Lah Gamaknya

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 335 hits
Kekeliruan berlaku di luar pusat vaksinasi utama KL May 15 2021 Komunikasi lemah menyebabkan penerima vaksin yang berkumpul di luar Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur keliru bila dan mana perlu dituju serta sama ada mereka perlu beratur KUAL...
Pendaftaran Vaksin Sah Meski Alamat Tak Dipapar Di Mysejahtera

Pendaftaran Vaksin Sah Meski Alamat Tak Dipapar Di Mysejahtera

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 182 hits
MALAYSIAKINI Pendaftaran vaksin Covid 19 masih sah walaupun alamat anda tidak dipaparkan di halaman profil Perkara itu dimaklumkan Jawatankuasa Khas Jaminan Vaksin Vaksin Covid 19 susulan dakwaan di media sosial bahawa pendaftaran gagal ker...
40000 Dos Vaksin Covid 19 Untuk Warga Emas Dan Oku

40000 Dos Vaksin Covid 19 Untuk Warga Emas Dan Oku

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 377 hits
Sebanyak 40 000 dos vaksin Covid 19 akan diasingkan bagi tujuan vaksinasi kumpulan warga emas dan orang kurang upaya yang menjadi kumpulan sasar Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat dalam Program Imunisasi Covid 19 fasa ke...
Agihan Vaksin Mendedahkan Dunia Yang Tidak Adil

Agihan Vaksin Mendedahkan Dunia Yang Tidak Adil

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 178 hits
Malaysia perlu bersuara lantang bersama negara negara miskin lain yang tidak mendapat bekalan vaksin mencukupi Tujuh negara terkaya di dunia Amerika Syarikat United Kingdom Kanada Perancis Jerman Itali dan Jepun memonopoli dan menyorokkan s...
Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Go Small And Deregulate To Spur Economic Growth

Zakir Naik Speaks English At Perlis Sunnah Convention

As Ismail Sabri S Name Re Surfaces As 2nd Term Pm The Macc Swoops In All Too Convenient

Selamat Datang 2025

Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu