Pasangan Mata Wang Eur Usd Menunggu Laporan Gaji Bukan Pertanian As Pada 7 Mei Laporan Cot


Pasangan Mata Wang EUR/USD - Carta 1 Jam

Pedagang yang dikasihi!
Semalam, pasangan mata wang EUR/USD melantun dari tahap Fibonacci 100.0% iaitu 1.1990. Oleh kerana mata wang tunggal Eropah mengukuh, pasangan mata wang EUR/USD ini telah melonjak naik ke tahap Fibonacci 127.2% iaitu 1.2068. Langkah yang dijangkakan seterusnya adalah penurunan harga dolar AS dengan penurunan kembali ke tahap 1.1990. Sekiranya pasangan mata wang ini ditutup di atas tahap Fibonacci 127.2%, ini akan meningkatkan kemungkinan pertumbuhan harga yang selanjutnya ke arah 1.2117. Latar belakang maklumat lebih penting untuk pound sterling semalam berbanding euro atau dolar AS. Sterling diniagakan mendatar sepanjang hari. Tidak seperti GBP, euro membuat pergerakan tepat dan kuat ke arah yang sama. Semalam, latar belakang maklumat tidak mempunyai berita penting atau data ekonomi yang berpotensi untuk memberi kesan kepada euro.
Menariknya, data penjualan runcit untuk Zon Eropah menyaksikan sedikit kenaikkan lebih tinggi berbanding ramalan pada bulan Mac. Oleh yang demikian, ia bukan pemangkin untuk kenaikan euro. Ucapan Christine Lagarde juga tidak ada kaitan dengan pertumbuhan euro pada hari Khamis. Presiden ECB bercakap mengenai kesatuan yang memfokuskan alam sekitar dalam pasaran modal dengan tujuan menghasilkan pelaburan besar-besaran di masa depan EU yang "hijau". Hari Jumaat akan penuh sesak dengan acara yang mempengaruhi pasaran. Malam ini, Jabatan Tenaga Kerja AS akan mengumumkan laporan pekerjaan dalam ekonomi AS untuk bulan April. Laporan ini dilihat sebagai barometer kesihatan pasaran buruh. Pelabur juga akan memperhatikan kadar pengangguran. Menurut kata sepakat, sektor awam dan swasta AS menambah 950,000 pekerjaan tidak termasuk pekerja ladang. Kadar pengangguran dijangka menurun kepada 5.8%. Sekiranya ramalan ini menjadi kenyataan, mata wang AS boleh mendapat momentum. Baru-baru ini, pedagang tidak banyak memperhatikan data makroekonomi. Mari kita berharap agar fokus pedagang beralih kepada kalendar ekonomi.
Pasangan Mata Wang EUR/USD - Carta 4 Jam

Merujuk kepada carta 4 Jam, pasangan mata wang EUR/USD ini telah membuat pembalikan menaik pada semalam dan ditutup pada tahap 1.2027, yang terletak di atas Fibonacci 161.8%. Harga berpotensi untuk melanjutkan kenaikannya ke arah tahap 1.2223. Hari ini, saya tidak melihat perbezaan yang berlaku. Carta 1 jam menunjukkan gambaran yang lebih tepat dan komprehensif.
Pasangan Mata Wang EUR/USD - Carta Harian

Dalam carta harian, pasangan mata wang EUR/USD menutup di atas tahap 1.2027 iaitu tahap Fibonacci 161.8%. Walaupun dengan penutupan harga ini, gambaran berterusan tidak menjadi lebih mudah. Oleh itu, anda disyorkan untuk memantau carta 4 Jam untuk sementara waktu atau bahkan carta 1 Jam yang memaparkan perincian penting.

Pasangan Mata Wang EUR/USD - Carta Mingguan

Menurut carta mingguan, pasangan mata wang EUR/USD menetapkan harga di atas corak segitiga yang mengekalkan prospek pertumbuhan jangka panjang untuk pasangan mata wang EUR/USD.

Kalendar ekonomi
Pada 6 Mei, EU dan AS mengeluarkan beberapa laporan yang tidak memberi kesan terhadap sentimen pasaran.
Pada 7 Mei, berikut adalah berita dalam perhatian pelabur:
EU - ramalan ekonomi oleh Suruhanjaya Eropah (09-00 UTC)
Presiden EU - ECB Christine Lagarde berucap (10-00 UTC)
AS - kadar pengangguran (12-30 UTC)
AS - gaji bukan perladangan (12-30 UTC)
Titik fokus pada 7 Mei tentunya adalah gaji bukan perladangan AS. Selain itu, pedagang mementingkan data pengangguran di AS, ucapan oleh Christine Lagarde, dan ramalan ekonomi oleh Suruhanjaya Eropah. Secara keseluruhan, latar belakang maklumat akan menjadi perhatian para peserta pasaran.
COT (Komitmen Pedagang):

Laporan COT yang diterbitkan pada hari Jumaat lalu sekali lagi mengungkapkan bahawa pelaku pasaran besar menyokong sentimen menaik yang memberi peluang baru kepada EUR untuk pertumbuhan harga yang selanjutnya. Jumlah kontrak pembelian yang sedia ada dibuka oleh pedagang bukan komersial berjumlah 5,568 sedangkan jumlah kontrak penjualan adalah 2,938. Oleh itu, sentimen menaik pedagang bukan komersial meningkat secara sederhana. Untuk makluman anda, jurang antara kontrak pembelian dan penjualan keseluruhan yang dibuka oleh spekulator runcit semakin sempit sejak awal tahun ini. Walau bagaimanapun, jurang ini semakin meningkat sejak tiga minggu terakhir.
Tinjauan dan tips dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD:
Saya akan mengesyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan menjual pasangan mata wang EUR/USD sekiranya harga ditutup di bawah tahap 1.1990. Perkara ini tidak berlaku semalam. Hari ini, saya akan menasihatkan anda untuk membuka pesanan menjual pasangan mata wang EUR/USD dengan sasaran ditetapkan pada tahap 1.1990 jika harga turun dari 1.2068 menurut carta 1 Jam. Sebagai alternatif, pembelian pasangan mata wang EUR/USD disarankan hari ini jika harga ditutup di atas tahap 1.2086 mengikut carta 1 Jam dengan sasaran berada pada tahap 1.2117.
Istilah
Kategori Bukan komersial merangkumi pelaku pasaran utama: bank, dana lindung nilai, dana pelaburan, swasta, dan pelabur besar.
Kategori Komersial merangkumi perusahaan komersial, firma, bank, syarikat, syarikat yang membeli mata wang bukan untuk memperoleh keuntungan spekulatif, tetapi untuk memastikan aktiviti semasa atau operasi eksport-import.
Kategori kedudukan yang tidak boleh dilapor bermaksud pedagang kecil yang tidak mempunyai kesan yang signifikan terhadap harga.
The material has been provided by InstaForex Company - www.instaforex.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jomforex2u.blogspot.com/2021/05/pasangan-mata-wang-eurusd-menunggu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ramalan Dagangan Pasangan Mata Wang Gbp Usd Pada 11 Mei Laporan Cot Nicola Sturgeon Scotland Akan Mencapai Kemerdekaan

Ramalan Dagangan Pasangan Mata Wang Gbp Usd Pada 11 Mei Laporan Cot Nicola Sturgeon Scotland Akan Mencapai Kemerdekaan

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 267 hits
Pasangan Mata Wang GBP USD Carta 1 Jam Menurut carta 1 Jam harga bagi pasangan mata wang GBP USD melonjak ke tahap pembetulan 161 8 dan berhenti di sekitarnya Oleh itu harga kini cenderung untuk jatuh sekurang kurangnya ke tahap 127 2 Saya ...
Ramalan Untuk Pasangan Eur Usd Pada 11 Mei Laporan Cot Joe Biden Kami Mewujudkan 1 5 Juta Pekerjaan Dalam 100 Hari

Ramalan Untuk Pasangan Eur Usd Pada 11 Mei Laporan Cot Joe Biden Kami Mewujudkan 1 5 Juta Pekerjaan Dalam 100 Hari

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 263 hits
Pasangan mata wang EUR USD 1H Pada hari perdagangan terakhir pasangan mata wang EUR USD melantun semula dari tahap pembetulan 161 8 memihak kepada dolar AS dan memulakan proses jatuh ke tahap 1 2117 dan 1 2068 Oleh demikian pedagang dengan ...
Analisis Gelombang Elliott Pasangan Mata Wang Eur Jpy Untuk 11 Mei 2021

Analisis Gelombang Elliott Pasangan Mata Wang Eur Jpy Untuk 11 Mei 2021

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 264 hits
Pasangan mata wang EUR JPY terus meningkat tinggi seperti yang diharapkan dengan sasaran kenaikan seterusnya dilihat pada tahap 133 66 sebagai sasaran kenaikan ideal seterusnya Peningkatan ini harus menyelesaikan gelombang 3 dan menetapkan ...
Momentum Menaik Baru Untuk Pasangan Mata Wang Eur Usd

Momentum Menaik Baru Untuk Pasangan Mata Wang Eur Usd

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 276 hits
Pasangan mata wang EUR USD ini diniagakan menaik dan cuba pulih setelah penurunan terakhir Harganya entah bagaimana dijangkakan setelah mencatatkan rali yang luar biasa Secara teknikalnya pasangan mata wang ini kembali untuk menguji dan men...
Eur Usd Laporan Cot Pada 4 Mei 2021 Pmi Pembuatan Ism As Yang Lemah Menyeret Usd Turun Pada Hari Isnin

Eur Usd Laporan Cot Pada 4 Mei 2021 Pmi Pembuatan Ism As Yang Lemah Menyeret Usd Turun Pada Hari Isnin

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 248 hits
EUR USD 1H Semalam EUR USD menaikkan tahap pembetulan 127 2 1 2068 melantun daripadanya membuat pembalikan menyokong dolar AS dan memulakan penurunan ke tahap pembetulan 100 0 1 1990 Pergerakan semalam mudah diramalkan kerana pasangan itu h...
Isyarat Perdagangan Pasangan Mata Wang Eur Usd Untuk 29 30 April 2021 Buka Pesanan Membeli Jika Harga Melantun Semula

Isyarat Perdagangan Pasangan Mata Wang Eur Usd Untuk 29 30 April 2021 Buka Pesanan Membeli Jika Harga Melantun Semula

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 310 hits
Pada pembukaan sesi dagangan Asia dalam carta 4 Jam pasangan mata wang EUR USD ini dilihat berdagang di atas SMA 21 dan bersamaan dengan 7 8 Murray Ini adalah tahap pembalikan harga Pembetulan mungkin berlaku dalam beberapa jam yang akan da...
Pasangan Mata Wang Usd Chf Meneruskan Corak Penembusan

Pasangan Mata Wang Usd Chf Meneruskan Corak Penembusan

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 256 hits
Pasangan mata wang USD CHF telah membuat lantunan semula harga ketika Indeks Dolar AS pulih Ia diniagakan pada tahap 0 9135 di atas titik pangsi mingguan 0 9130 dan ia harus meneruskan pertumbuhannya jika USDX melonjak lebih tinggi Pasangan...
Pasangan Mata Wang Gbp Usd Tetapkan Untuk Perdagangan

Pasangan Mata Wang Gbp Usd Tetapkan Untuk Perdagangan

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 244 hits
Peningkatan pasangan mata wang GBP USD dan ia boleh mendekati dan mencapai tahap tertinggi baru jika Indeks Dolar AS turun lebih jauh Pasangan ini telah meneruskan pertumbuhannya seperti yang diharapkan setelah data NFP yang buruk dilaporka...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation