Tanpa Kutipan Hutang Felda Tidak Boleh Hidup Pmx Beri Rm1 Bilion Setahun










 Kenyataan pemimpin pembangkang PN dan bekas Perdana Menteri (PM) ke 8, Mahiaddin Yassin bahawa hutang peneroka Felda telah dilupuskira sejak 2021 adalah tidak tepat.

Hal itu didedahkan oleh Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (gambar, kanan) dalam program bertajuk: "PM 8 Atau PM10 Selesaikan Hutang Peneroka Felda", malam tadi.

Menurut Shabery, Felda sebelum ini telah pun meminjam dalam pasaran kewangan secara menerbitkan sukuk (bon) bernilai hampir RM10 bilion untuk mengambilalih FGV Holding Berhad yang bermasalah.

Oleh itu, katanya, tanpa bayaran hutang bulanan daripada peneroka yang dilupus kira dan tanpa bantuan kerajaan sehingga RM1 bilion setahun, Felda tidak mungkin boleh meneruskan operasinya kerana terpaksa membayar sukuk.

"Sebenarnya PM ke 8 tu cerita tak habis. Betul tahun 2021 dia umum hutang peneroka kepada Felda dilupuskan. Tak payah kutip hutang lama. Felda serap hutang. Tetapi Felda terbeban.

"Perkara yang besar lagi berlaku sebelum itu, Felda ambil alih FGV dengan membeli saham dalam pasaran. Untuk ambil alih dia memerlukan dana RM9.9 bilion.

"Macam mana nak dapat dana, terbitkan sukuk. Iaitu dari KWSP dan Maybank pada waktu itu. (Masalahnya) macam mana Felda nak bayar sukuk ini selepas dapat saham dan miliki sepenuhnya FGV (tanpa mengutip hutang dari peneroka)?" tanyanya.

Kata beliau, kerajaan PN pada era Muhiaddin Yassin berjanji untuk memberi sumbangan kepada Felda hampir RM1 bilion setahun bagi tujuan membayar sukuk.

Malangnya, menurut Shabery janji itu tidak mempunyai jaminan bertulis daripada kerajaan.

Pada 2022, katanya, Kementerian Kewangan tidak memindah sebarang dana kepada Felda kerana tiada apa apa dokumen perjanjian.

Hanya selepas Datuk Seri Anwar sebagai Menteri Kewangan menandatangani dokumen perjanjian, katanya, baharulah dana RM1 bilion tersebut diberikan kepada Felda

"Betul pada waktu itu dibuat janji, kerajaan (PN) akan bayar. Tetapi sampai waktunya duit tidak sampai.

"Bila kita periksa sebenarnya tak ada perjanjian hitam putih antara pihak Felda dan kerajaan. Dia sebut sahaja. Jaminan kerajaan mesti ada (secara bertulis) bahawa kerajaan akan bayar. Oleh kerana tak ada perjanjian maka tidak ada pembayaran dibuat.

"Alhamdulillah PM Datuk Seri Anwar sebelum Hari Peneroka lalu dia buat perjanjian (jaminan kerajaan bayar RM1 bilion)

"Sekarang perjanjian dibuat dan membolehkan kerajaan membayar RM1 bilion setahun supaya boleh bayar sukuk," katanya lagi.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/07/tanpa-kutipan-hutang-felda-tidak-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Silap Silap Dia Pun Tak Tahu Apa Dia Tandatangan Annuar Bidas Pmx Isu Hutang Felda

Silap Silap Dia Pun Tak Tahu Apa Dia Tandatangan Annuar Bidas Pmx Isu Hutang Felda

papar berkaitan - pada 12/7/2023 - jumlah : 235 hits
Tan Sri Annuar Musa membidas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak tahu apa sebenarnya yang ditandatangannya sehingga membuat dakwaan kononnya hutang peneroka tidak dihapuskan sebelum ini Bekas menteri tersebut berkata PMX yang jug...
Anwar Bohong Tentang Pelupusan Hutang Peneroka Felda Kata Muhyiddin

Anwar Bohong Tentang Pelupusan Hutang Peneroka Felda Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 9/7/2023 - jumlah : 346 hits
freemalaysiatoday com 08 Jul 2023 2 30pmSebelum ini perdana menteri dilaporkan berkata pentadbiran Muhyiddin Yassin gagal melaksanakan inisiatif melupuskan hutang peneroka Felda Muhyiddin Yassin menegaskan dengan pembohongan yang terbaru in...
Mansuh 80 Hutang Peneroka Felda Tarik Nafas Lega

Mansuh 80 Hutang Peneroka Felda Tarik Nafas Lega

papar berkaitan - pada 30/6/2023 - jumlah : 195 hits
MalaysiakiniLangkah kerajaan menstruktur semula pinjaman Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan dilihat mampu memperbaiki aliran tunai agensi itu sekali gus memberi manfaat besar kepada kebajikan dan kesejahteraan terhadap golongan peneroka Ket...
Hiburan Tular Video Wanita Halau Jemaah Lelaki Dari Surau Ahli Jawatankuasa Tampil Beri Penjelasan Si Perakam Bukan Ajk

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Lynas Rare Earths Production S Role In Global Order

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

Autoimmune Disease

American Airlines Flights Snarled By Computer Glitch

Berdengkur Kuat Bukan Perkara Biasa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dari Kreativitas Ke Cuan Pelatihan Literasi Digital Yang Mendorong Munculnya Konten Kreator Kalbar Profesional

Iklan Jawatan Kosong Perpustakaan Desa Perpustakaan Negara Malaysia

Our Real Boss Sebenarnya Bank Ya Bank

Pengalaman Tukar Skrin Retak Samsung S23 Ultra

Anak Sulung Daddy Rasa Macam Daddy Dah Tak Sayang Dia Lagi Luahan Anak Fizo Omar Raih Perhatian Netizen

Bayi Lelaki Dijumpai Tepi Jalan Berhampiran Masjid