Tanpa Ku Sedar Aku Menangis Doa Yang Terjawab Anugerah Paling Istimewa Di Hari Pertama Ramadan 2022




Bismillahirrahmanirrahim, Aku tak tahu nak mula dari mana. Aku tak tahu nak umum macam mana. Sama ada aku diamkan dulu atau kongsi dengan kalian tentang keesaan Allah. 
Aku sendiri kelu, aku sendiri tak tahu nak susun kata. Benarlah doa itu senjata mukmin, sabar itu tersangat indah, ada kala sangat sakit untuk di harungi, sangat tak terkata untuk diucapkan.
Bila teringat balik tahun-tahun dulu.Diri ini selalu sahaja di uji dengan orang sekeliling hatta keluarga sendiri pun. Soalan demi soalan sehingga soalan berkenaan tenggelam sepi bertahun jua. 
Aku pun bahagia, tanpa ada soalan dan pertanyaan yang menyakitkan hati, malah jawapan aku cuma satu...
Doakan saya, mana tahu dalam banyak doa, doa anda terjawab.
Ya, aku tak boleh tahan apa sangkaan orang, apatah lagi bicara bab rezeki & usaha.
Oh ya, baru-baru ini juju rajin berkongsi di klik👉 IG story dan di blog👉 kisah turun berat badan dan juju sendiri menyuarakan hasrat hati untuk tarik ramai rakan-rakan dan follower untuk ambil kesempatan Ramadan 2022 untuk sama-sama sahut cabaran misi turun berat badan 2 ke 3 kilogram untuk tahun ini.
Siapa yang rajin follow rapat IG mrsjuliajohari pasti tahu, terutama di hightlight IG story 3x to be...
Tapi... aku cuma merancang, selebihnya Allah sudah tentukan perancangan aku tu perlu ditunda ke suatu tarikh dan tahun akan datang.
Dia tunjuk kekuasaan Dia.Dua minggu lepas, kami ke Port Dickson atas urusan kerja sebagai blogger. Keluarga kecil aku pun ikut sama, selesai tugasan di PD kami merancang untuk ke Melaka menginap sehari semalam. 
20 Mac 22 (Ahad)Hari terakhir di Melaka, anak julia si Abg Qi tu tiba-tiba muntah hijau, keluar air banyak sangat di bilik air hotel. Aku syak dia kena keracunan makanan. 
Lembik habis badan dia, kami dua cuak dah, terus check out awal jam 11 pagi pi cari farmasi beli ubat semua. 
Setiap kali ubat dimasukkan, Abg Qi tetap muntah non stop. Aku pelik, kalau kena keracunan makanan kenapa kami berdua tak kena juga. 
Sebab apa dia makan, mesti kami berkongsi makan sama. Check Covid test, keputusan negatif. 
Terus pecut balik KLPi klinik dan Abg Qi melepek sepanjang hari. Sepatutnya esoknya Isnin hari pertama penggal persekolahan bermula. Dia dapat surat MC sehari. 
Cirit pula berlabuh... muntah semakin teruk. Aku buat sup ketam, suami beli air jus guava, hanya makanan jenis sup dan air sahaja dia makan.
Hari kedua nampak tanda sembuh.Aku terus kepelikan, hari kedua nampak dia nak sembuh dah. Cepat betul kesan ubat doktor beri tu. 
Cuma aku pelik, kalau kena keracunan makanan sudah mestinya makan berhari-hari, ini cuma sehari lebih je kesan teruk...
Hari ketiga... 23 Mac 22Kami laki bini di serang demam panas dan sakit urat mengejut serta merta. Anak sihat, mak ayah pula di serang sakit yang nak bangun atau duduk pun teruk sangat. Macam orang tak makan sebulan gayanya...
Memang berdenyut kepala, berpusing kepala, perut kram dan cirit sederhana mulai hinggap pada kami berdua. Aaaa sudah, ni mesti lepas uruskan Abg Qi masa sakit, kami mendapat tempiasnya. 
Baru kami tau sakit Abg Qi memang sebenar-benar sakit sampaikan nak makan pun tak lalu sungguh, makan pun nak muntah balik.
Kes yang sama... sakit sehari lebih jeYa, kami laki bini sakit sehari lebih, lawak tak lawak memang itulah penangan demam viral. Pelik tapi benar. Macam hinggap dan pergi. 
Waktu ini aku baru perasan, sepatutnya period aku patut datang 25 Mac 2022... tapi tak kunjung tiba sehinggalah hari ke 10 hari masih delay.
Aku syak ubat antibiotik dah ganggu hormon kewanitaan aku. Maka aku abaikan sehingga hari pertama Ramadan 2022. 
Perut kram, sesekali bekas cirit angin bertalu-talu di perut dan keluar. Kadang tu tak henti-henti kentut, aihh pelik benor sakit kali ini. Kesan cirit dan sakit badan tu berbekas macam bisa-bisa. 
Mujur suami dah sembuh, dia je melayan kerenah aku yang sesekali waktu malam lembik semacam, asyik lepas Isyak aku tak sabar dah nak tidur.
Kepenatan teramat sangat.Aku sendiri pun tak pasti kenapa, aku suka berjalan ke sana sini, jenis orangnya aktif ke gym dan berenang. Aku syak cuaca panas yang menyebabkan kami jadi begini. 
Maka layan je lah sehingga ke suatu hari aku terdetik...
3 April 2022 hari pertama RamadanAku dah lama tak beli UPT test. Bertahun lama tak test UPT, aku memang dah muhasabah diri lama dah. Sebab aku tak mau ulang rasa sedih tu lagi dan lagi. Penat kot menangis. 
Jadi aku nak layan setiap hari adalah hari yang membahagiakan. Sebab aku sedang enjoy untuk misi dreamboard turunkan berat badan hanya untuk kesihatan baik dan kelangsungan hidup. Tiada apa-apa niat dan target selain itu tau. 
Tarikh hari pertama Ramadan kami ke Melawati, KL. Nak singgah kedai hari-hari beli kelengkapan sekolah Abg Qi yang tertangguh. Setelah selesai beli belah, aku ternampak satu cawangan Watson.
Aku suarakan hasrat pada suami untuk ke farmasi sebentar, nak beli satu benda yang dah lama aku tinggalkan bertahun lamanya. Yelah anak dah 10 tahun, bayangkan 6 ke 7 tahun aku dah tak sentuh test tu.
Balik rumah, aku terus test, apa nak jadi, jadilah. Aku niatkan dalam hati untuk tidak rasa apa-apa. Ya aku cakap macam tu masa dalam bilik air. 
Selingan...
Aku perasan, sejak nak masuk setahun aku fokus turunkan berat badan...Period cycle aku mulai normal. Kalau tahun-tahun sudah, 2 ke 3 bulan tak datang period. Ting tong habis lah, masa tu berat juju 115 kg, pernah cecah 119 kg ya kawan-kawan. 
Berat mata memandang, berat lagi aku memikul badan sendiri. Macam mana aku dapat hidayah untuk turun berat tu aku tak tau, apa yang aku tau aku tekad nak turunkan berat sebelum umur 40 tahun. Kalau aku tak usaha sekarang, apa akan jadi pada kesihatan juju nanti bila dah masuk alam 40. 
Itu yang aku pulun buat, aktifkan diri, pi gym, berenang, jaga pemakanan. Dalam beberapa bulan aku amal, terus period juju kembali normal. Itu yang aku dapat detect kenapa kali ini period aku lewat, masuk 10 hari dah lewat !
Tepat jam 3 petang, hari pertama Ramadan 2022Sepatutnya kalau nak buat ujian kit UPT tu seeloknya waktu pagi. Tapi ini tak ya, aku langgar rules tu, waktu petang terus aku test, tak ingat dah berapa kali aku buang air kecil. Aku perasan yang aku kerap kencing, tengah malam pun bangun banyak kali tak tahan nak kencing. 
Aku koyak plastik UPT tu, aku tiba-tiba terkeluar satu perkataan "Dah lama aku tak jumpa kau UPT, apa-apa jadi aku serah semuanya pada Allah, amin".
Aku kumpul urine aku dalam satu bekas, keruh betul warna urine tu, macam teh kelat, aku ambil satu tiub untuk titiskan di kit.
Tik...Tik...Masuk tik titisan ketiga nampak lajuuuuuuuuuuuu line pertama muncul. Aku syak tu line C (control line)
Aku tak perasan lagi... line kedua muncul lajuuuuu seperti line kedua.
Haaa sudah! Ni test Covid-19 kah! Haa sudah aku positive Covid ke ni? Cuak gilerrrr !Aku banyak kali termenung tengok kit tu dengan plastik urine test tu, aku baca betul-betul ayat di plastik tu...
Memang dia tulis pregnacy urine test (HSG test), bukan Covid-19 test. Aku lepuk dahi hahaha. Kelakar, dalam bilik air aku ingat aku positif Covid 19 wak, apa ke pemikiran aku jauh ke gitu. Yelah takut tersalah ambil kit. Tapi betullah aku beli kit tu...
Allah, Allah, Allah.Line pertama laju yang naik tu bukan control line tau, tu line test ! Line T, Line C tu muncul nombor 2. 
Subhanallah aku ucap!Terus aku jerit panggil, pa ! pa ! paaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!Aku panggil husband aku, mengelepar aku keluar dari bilik air.
"Papa ! POSITIF !"
1 Ramadan 3 April 20223 petangAllahuakbar ! 😭
Kalau aku boleh rakam mimik wajah suami dan anak sulongku yang berumur 10 tahun tu, mesti korang rasa sebak.
Tak sudah-sudah suami dan anak ucap di lidah mereka alhamdulilah. Terus suami bangun dari lepak di katil dia bingkas pakai baju. Aku tanya ehh nak ke mana?
Jawabnya nak beli kuih muih nak sedekah dekat jiran dan rakan-rakannya. 
Allah.... sayu rasa, sebak, gembira dan campur menangis semua ada. Perasaan yang aku tak tau nak gambarkan bagaimana... terlalu mendalam. 
Yang melalui sahaja tahu bagaimana rasanya itu... doa yang terjawab.
Alhamdulilah, terima kasih Allah. 
Masih terlalu awal untuk aku berharap apa-apa. Apa pun boleh jadi, cuma aku minta satu doa dari kalian. Doakan anugerah ini selamat membesar dan selamat di lahirkan di dunia. Kerana anda lah salah seorang penyumbang doa dalam diam anugerah ini di beri, aku tak sangka. Sungguh tak sangka. 😭😭😭
Rupanya Abg Qi & suami terkena alahan...Aku syak, Abg Qi dan suami terkena alahan ibu mengandung, aku tak sedar masa itu aku dah mengandung.
Sebab cara Abg Qi muntah tu, muntah kosong, air semata yang keluar, lembik dan penat macam orang mengandung. Suami pun sama, rupa macam alahan ibu mengandung diorang berdua alami.
Paling ketara dan teruk Abg Qi lah... adakah anak terkena alahan orang mengandung eh? Tapi kisah aku ni jujur ya real. Memang anak juju kena tanda tu semua. Orang kata kalau alahan tu terkenan pada orang terdekat iaitu suami tanda dia sayangkan kita lebih, bila anak yang kena tu tanda mesti esok besar dia rapat dengan adiknya dan sayang adiknya sangat.
Berubah wajah Abg Qi bila dapat tahu dia bakal dapat adik tak lama lagi, ada kisah episod kelakar Abg Qi tau... later aku cerita. 
Buat macam ini di telinga sedang mendengar surah-surah ini, aku ss dari sumber Google. Selebihnya harap kalian dapat beri panduan pada juju ya. 
Tanggal 4 April 2022, hari Isnin.Semalam juju ke sini buat pertama kalinya... kalau dulu pengalaman 10 tahun sudah ke hospital swasta, kali ini, buat pertama kalinya pilihan juju ke KK kerajaan, nampak berbeza sungguh perasaan pertama kali jejak kaki ke sini... apa yang terjadi?To be continue. (Terima kasih atas ucapan dan doa, anda sebaik-baik sahabat dan pembaca setia. Juju doakan kembali buat anda semua dikurniakan kemurahan rezeki, kesihatan baik dan doa anda terjawab bila sampai masanya, amin)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.juliajohari.com/2022/04/tanpa-ku-sedar-aku-menangis-doa-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Juadah Berbuka Hari Pertama Ramadan 2022

Juadah Berbuka Hari Pertama Ramadan 2022

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 243 hits
Juadah Berbuka Hari Pertama Ramadan 2022 Alhamdulillah selesai berbuka pada harini Tahun 2022 pasang niat nak berbuka puasa simple dan tidak terlebih lebih Macam biasa bulan puasa memang jarang masak untuk berbuka So beli yang nak dimakan a...
Nanti Nak Lalu Raya Pertama Kali Kekuatan Anak Luar Biasa Shuib Ulas Lalui Hari Istimewa Tanpa Isteri Di Sisi

Nanti Nak Lalu Raya Pertama Kali Kekuatan Anak Luar Biasa Shuib Ulas Lalui Hari Istimewa Tanpa Isteri Di Sisi

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 351 hits
Usahawan dan pelawak Shuib menjelaskan keutamaan Ramadan kali ini adalah terhadap empat cahaya mata Suami kepada Allahy4rhamah Siti Sarah itu berkongsi mengenai perkara tersebut ketika diundang sebagai tetamu jemputan program MeleTOP Bulan ...
Utbk Sbmptn 2022 Buka Hari Ini Begini Cara Daftarnya

Utbk Sbmptn 2022 Buka Hari Ini Begini Cara Daftarnya

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 256 hits
UTBK SBMPTN 2022 sudah buka nih Untuk waktu pendaftarannya akan berlangsung dari tanggal 23 Maret 15 April 2022
Syahadah Musim Ke 16 Di Rtm Sepanjang Bulan Ramadan 2022 Bertemakan Hijrah

Syahadah Musim Ke 16 Di Rtm Sepanjang Bulan Ramadan 2022 Bertemakan Hijrah

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 271 hits
SYAHADAH MUSIM KE 16 DI RTM SEPANJANG BULAN RAMADAN 2022 BERTEMAKAN HIJRAH Assalammualaikum semua Ramadan semakin dekat dengan kita Banyak rancangan ilmiah akan kita tonton Tahniah buat RTM kerana berjaya meneruskan legasi rancangan Syahada...
Buffet Ramadan 2022 Riang Ria Ramadan Di The Venue Shah Alam

Buffet Ramadan 2022 Riang Ria Ramadan Di The Venue Shah Alam

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 226 hits
Buffet Ramadan 2022 Riang Ria Ramadan di The Venue Shah Alam Assalamualaikum semua Alhamdulillah setelah 2 tahun berdepan dengan pandemik akhirnya kita akan beralih ke Fasa Endemik Kebetulan pula dah masuk bulan Ramadan Walaupun masih perlu...
Bufet Ramadan 2022 Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

Bufet Ramadan 2022 Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 315 hits
Bufet Ramadan 2022 Seri Pacific Hotel Kuala LumpurBufet Ramadan 2022 Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Bulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi pastinya ramai yang sedang mencari tempat makan best untuk be...
Ramadan Mubarak Iftar Platter Mubarak Iftar Nate Box Di Seluruh Cawangan Me Nate Steak Hub 2022

Ramadan Mubarak Iftar Platter Mubarak Iftar Nate Box Di Seluruh Cawangan Me Nate Steak Hub 2022

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 282 hits
Hi Korang Tanpa kita sedari tidak lama lagi kita bakal menyambut Ramadan 2022 Sudah semestinya industri F B kita bakal meriah dengan promosi yang di tawarkan Entry kali ni aku nak share dengan korang promosi dari Me nate Steak Hub Shah Alam...
Buffet Ramadan 2022 Di I Dahlia Corner Persiaran Stonor Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2022 Di I Dahlia Corner Persiaran Stonor Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 331 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar pembaca dan rakan rakan sekalian Alhamdulillah kali ini macam biasa aku nak ceritakan lagi tentang sebuah lokasi menarik untuk anda jadikan sebagai pilihan bagi berbuka puasa Aku pun tak pasti i...
Buffet Ramadan 2022 Restoran Rebung Chef Ismail Bertema Selera Warisan Bonda

Buffet Ramadan 2022 Restoran Rebung Chef Ismail Bertema Selera Warisan Bonda

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 500 hits
Selera Warisan Bonda by Chef Ismail Tema Buffet Ramadan 2022 Restoran Rebung Kemeriahan menyambut bulan Ramadan 2022 makin terasa bila kebanyakkan hotel hotel dan juga restoran restoran telah mula mempromosikan pakej Buffet Ramadan mengikut...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord