Tanjung Piai Serlah Politik Songsang Kala Pam
SUSUPAN PAGI
PEMIMPIN tertinggi Parti Amanah Negara (Amanah) termasuk dua Naib Presiden, mempertikai dan "bersendakwa hanyir" dengan tindakan Pam yang menyokong calon BN daripada MCA Wee Jeck Seng dalam pilihan raya kecil Tanjung Piai.
Mereka menyifiatkan tindakan Pam itu sebagai membodohkan ahli dan juga menelan ludah sendiri sekaligus menjelaskan parti itu bukan tidak sahaja konsisten dalam kata-katanya tetapi menjurus ke arah bersikap munafik.
Mahfuz Omar yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia, menyifatkan cara Pam berpolitik sebagai memperbodoh-bodohkan rakyat. Tindakan itu juga tidak selari dengan kenyataan dan sikap parti itu sebelum ini yang menolak keras bukan Muslim jadi pemimpin.
Mahfuz mengambil contoh semasa Pirake Cameron Highlands pemimpin Pam termasuk presidennya menyeru pengundi agar mengundi calon Muslim sampai menghukumkan tanggungjawab itu sebagai wajib. Pada pilihan raya kecil Cameron Highlands tempoh hari PH telah meletakkan calon berbangsa India bukan beragama Islam daripada DAP.
Pam tidak meletakkan calon dalam Pirake itu tetapi menumpang kepada calon BN, yang meletakkan Orang Asli.
Alih-alih di Tanjung Piai, Pam "mengongsang kalakkan" diri menyeru agar ahli-ahlinya memberi sokongan kepada calon BN walaupun ia seorang bukan Muslim. Inilah menjadikan Mahfuz gelak kuat.
Dalam pada itu kata Mahfuz juga tindakan Pam itu bukan sahaja memperbodohan rakyat dan ahlinya tetapi turut sama memperbodohkan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.
Kenapa tidak, dakwa Mahfuz, Pam sebelum ini berkali-kali dan berkali kali mengatakan mereka sokong Dr Mahathir, tetapi apabila dalam Pirake Tanjung Piai parti itu menyeru sokong calon MCA-BN merupakan lawan calon daripada parti Dr Mahathir, apakah itu tidak cuba memperbodohkan Mahathir?
Sebenarnya sikap dolak dalih atau macam "ikan keli dalam besen" Pam ini tidak pun perlu dihairankan, ia sudah jadi semacam budaya bagi parti itu. Semasa menjelang Pirake Semenyih, presiden parti itu sendiri mengatakan mereka menyokong calon PH daripada Bersatu, tetapi semasa perarakan calon berduyun-duyun para pemimpinnya berarak di pihak Umno. Apakah itu tidak boleh dikatakan munafik?Jelas cara orang-orang Pam bermain politik seperti cakap malam makna lain, cakap siang bermaksud lain. Adakalanya macam kereta kerosakan gear bila mahu undur ia ke depan, bila ke depan ia ke belakang.
Sementara itu Husam Musa bila ditanya mengenai tindakan Pam itu tidak pun berasa pelik kerana Pam sudah lama dikenali parti yang tidak konsisten (istiqamah) dan tegas dalam pendiriannya. Klu klik.
Sebagai parti menunggangkan agama katanya, tidak hairan kalau Pam sedia menelan air ludahnya sendiri. Mereka yang kehausan yang amat sangat sanggup menelan air liur semula walaupun air liur diluah itu berbolot dengan "tahit ayam monir."
"Pas (Pam) hanya parti politik yang menggunakan agama. Pam tidak pernah rasa malu dan mereka boleh menukar pendirian walaupun boleh memakan diri mereka sendiri," ulas Husam dengan penuh kejengkilan.
Benar sebab itulah saya tidak mengikhtiraf parti gemulah Chek itu sebagai parti Islam seperti nama didaftarkan, sebalik ia adalah layak dipanggil parti agama. Saya menggunakan istilah agama, kerana tidak semua agama itu membawa kebenaran sebaliknya ada agama yang membawa kepada kesesatan.
Jika Pam benar-benar parti berteras dan berprinsipkan Islam, ia tidak kan mudah mengalih kata, menukar hukum seenak rasa serta tergamak mencabuli prinsip-prinsip agama seperti semudah menukar lampin bayi yang sudah kebasahan atau pun digunakan.
Selain Mahfuz dan Husam, Ketua Pengarah Pilihan Raya Amanah Dr Mohd Hatta Ramli turut sama mempertikaikan tindakan Pam dan oposisi itu dengan menyifatkan isu perkauman yang gemar dimainkan Pam memakan diri sendiri apabila meletakkan calonnya daripada MCA.
Tempelak Dr Hatta, segala kempen retorik pembangkang mengenai kaum dan agama berlandaskan al- Quran selama ini hanya dengan tujuan untuk menimbulkan keresahan kaum untuk kepentingan mereka.
"Apabila tiba musim pilihan raya mereka terpaksa menerima realiti bahawa negara kita adalah yang majmuk. Apa yang diputuskan itu (letak calon MCA) tidak senada dengan kempen Umno yang menjuruskan ke arah perkauman," katanya.
Sementara itu pemimpin Pam kini sedang membelek-belek berbagai kitab lama berwarna kuning, hijau dan biru untuk menjustifikasikan tindakan mereka itu.
Sudah ada beberapa pemimpinnya membuat kenyataan awal cuba menenangkan hati ahli dan juga orang ramai terhadap politik "berkadas" dan "songsang kalak" yang sedang dipraktikan itu dengan membuat kenyataan dan memberi pandangan membingungkan. Ada yang berkata kononnya Pam ada sediakan calon standby.
Umum kini sedang menunggu apakah komen "Syaiqul Kelian"nya membuat huraian dan bersilat di sebalik keputusan dibuat Muafakat Nasional (MNBN) itu yang kini sudah sah disertai sama Pam. Kita merindui apakah fatwa politik baru yang bakal dikeluarkan oleh Syaiqul Kelian itu berkaitan dengan Pirake Tanjung Piai. [wm.kl. 7:25am 01/11/19]
Glossori:
Songsang kala = songsang yang amar sukar untuk difahami.
Monir = tahi ayam cair yang sungguh busuk.
Syaiqul Kelian = ketua kepada politik "ikan keli dalam besen."
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://msomelayu.blogspot.com/2019/11/tanjung-piai-serlah-politik-songsang.html