Tanjung Piai Peringatan Terbuka Kepada Kepemimpinan Ph



Tanjung Piai mencatat rekod sebagai prestasi terburuk dalam pilihan raya kecil (PRK) untuk mana-mana gabungan parti kerajaan di Malaysia.

Sejak tahun 1959, gabungan parti kerajaan memperoleh purata 56.25 peratus undi dalam 61 PRK yang disertai.

Angka ini tidak mengambil kira PRK yang dimenangi tanpa bertanding.

Iklan Bagi PRK Tanjung Piai, peratus undi diperoleh Pakatan Harapan berada di bawah purata itu, iaitu hanya pada 26.4 peratus.

Rekod terburuk paling hampir bagi gabungan parti pemerintah adalah pada 1988 semasa PRK Johor Bahru, yang menyaksikan BN meraih hanya 29.8 peratus undi.

Bagaimanapun, harus diperhatikan bahawa pada 1988, BN menghadapi perselisihan dalaman selepas Umno dibubarkan dan juga berdepan kritikan susulan Operasi Lalang.

Terdapat 72 parlimen yang menyaksikan PRK sejak parlimen pertama dibentuk pada tahun 1959. BN dan pendahulunya, Perikatan, memenangi 50 daripada PRK itu (69.4 peratus).

Daripada 72 PRK parlimen, 25 berlangsung semasa Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.

Dr Mahathir adalah perdana menteri antara 1982 dan 2003. Dalam tempoh itu, beliau memenangi lima pilihan raya umum.

Sebagai pengerusi PH, Dr Mahathir memenangi satu lagi PRU tahun lalu. Secara keseluruhannya, gabungan parti pemerintah di bawah Dr Mahathir menang 16 PRK dan kalah sembilan PRK.

Pada PRK Lipis 1997 BN menang tanpa bertanding.

Daripada 24 kerusi parlimen yang menyaksikan PRK, gabungan parti pemerintah yang diterajui oleh Dr Mahathir secara purata menguasai 54.37 peratus daripada jumlah undi.

Daripada empat PRK parlimen yang diadakan semasa pemerintahan kedua Dr Mahathir, PH memperoleh purata 53.54 peratus undi.

Ini bermakna peratus undi yang diperoleh PH adalah di bawah purata sepanjang beliau menerajui mana-mana gabungan parti pemerintah.

Untuk perbandingan, rekod Najib Razak sebagai peneraju BN dalam PRK adalah enam menang, dan dua kalah. Abdullah Ahmad badawi pula kalah dalam tiga PRK parlimen.. artikel penuh sila baca di SINI

Sementara itu Berita Harian melaporkan beberapa Pemimpin dari PH menyifatkan kekalahan ini adalah peringatan terbuka buat PH..

KUALA LUMPUR: Pemimpin veteran Pakatan Harapan (PH) memberi peringatan terbuka kepada kepemimpinan PH susulan kekalahan teruk pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Sabtu lalu.

Veteran DAP, Lim Kit Siang, berkata DAP dan PH menerima kekalahan itu, namun mesej cuba disampaikan pengundi di kawasan itu tidak lagi fokus kepada isu serta masalah setempat, sebaliknya negara.

“Pengundi di Tanjung Piai bukan saja menyuarakannya bagi pihak mereka tetapi juga negara atas kekecewaan dan ketidakselesaan mereka dengan fasa pembaharuan (dibawa PH) sejak 9 Mei 2018,” katanya melalui laman sosial Twitter beliau, hari ini.

Bagi Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Sembilan, Tan Sri Dr Rais Yatim, kekalahan teruk PH di Tanjung Piai membawa mesej berbentuk ‘gegaran dan letupan’.

“Jika terus tidak peduli janji Pilihan Raya Umum lalu, kalau terus bermenteri tiga suku dan buta tuli jeritan rakyat, bersedialah untuk berkerajaan tempang dan tumbang pada pilihan raya akan datang.

“Rakyat sudah muak,” katanya dalam Twitter beliau.

Sementara itu, Pengerusi Biro Dasar dan Strategi BERSATU, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff, pula menyifatkan kekalahan berkenaan sebagai isyarat rakyat menuntut kerajaan menunaikan janji.

“Sebenarnya, Allah menghantar peluang untuk belajar dan membetulkan keadaan. PH masih ada baki 3.5 tahun untuk berkhidmat! Masa untuk fokus semula!” katanya dalam Twitter beliau.

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, memenangi PRK Parlimen Tanjung Piai dengan majoriti besar 15,086 undi



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/11/tanjung-piai-peringatan-terbuka-kepada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Tanjung Piai Ph Yakin Menang Besar

Prk Tanjung Piai Ph Yakin Menang Besar

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 644 hits
JOHOR BAHRU 12 Nov Pakatan Harapan yakin boleh memenangi kerusi parlimen Tanjung Piai sekali gus meraih majoriti lebih besar ketika Pilihan Raya Kecil Sabtu ni berbanding kemenangan ketika Pilihan Raya Umum ke 14 Menteri Besar Johor Datuk D...
Game Of Throne Anwar Ibrahim Dan Mahathir Bertanding Siapa Yang Boleh Tarik Lebih Ramai Crowd Di Tanjung Piai

Game Of Throne Anwar Ibrahim Dan Mahathir Bertanding Siapa Yang Boleh Tarik Lebih Ramai Crowd Di Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 550 hits
Anwar Ibrahim semakin kelam kabut untuk memastikan dia dapat menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia sepertimana yang dijanjikan oleh Dr Mahathir Pelbagai usaha dan taktik telah digunakan Namun nampaknya Dr Mahathir yang memenangi semua p...
Dr M S Upcoming Visit To Tanjung Piai Is What Ph Needs To Level The Playing Field

Dr M S Upcoming Visit To Tanjung Piai Is What Ph Needs To Level The Playing Field

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 438 hits
Zainal Epi Malay Mail Online Pakatan Harapan which is fighting to retain the Tanjung Piai parliamentary seat is banking on the the prime minister s visit this Wednesday to give their campaign a bump Dr Mahathir Mohamad s visit is seen by ma...
Ph Hadapi Pirake Tanjung Piai Tidak Secara Profesional

Ph Hadapi Pirake Tanjung Piai Tidak Secara Profesional

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 520 hits
PIRAKE TANJUNG PIAI Ceramah PH di Ulu Pulai 10 November APABILA saya mencadangkan agar Dr Mahathir Mohamad membuat suatu pengumuman mengejutkan di Tanjung Piai sempena lawatan berkempennya esok saya rasa orang dapat memahami kenapa saya mem...
Tanjung Piai Dr Mahathir Perlu Buat Kejutan

Tanjung Piai Dr Mahathir Perlu Buat Kejutan

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 466 hits
Suasana di satu simpang jalan ke Serkat Tanjung Piai PIRAKE TANJUNG PIAIKEPUTUSAN Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memanggil Najib Razak untuk membela diri ke atas ketujuh dakwaan menyeleweng dalam perbicaraan syarikat SRC International Sd...
Blatant Bribery In Tanjung Piai Says Rights Activist

Blatant Bribery In Tanjung Piai Says Rights Activist

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 390 hits
Veteran rights activist Kua Kia Soong has questioned ruling politicians who justify government allocations in Tanjung Piai as the by election campaign for the Johor federal constituency heats up Kua a former MP who is the adviser to Suaram ...
Prk Tanjung Piai Mb Johor Yakin Peluang Cerah

Prk Tanjung Piai Mb Johor Yakin Peluang Cerah

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 400 hits
Menteri Besar Johor Dr Sahruddin Jamal yakin Pakatan Harapan boleh mempertahankan kerusi Parlimen Tanjung Piai berdasarkan culaan undi yang dilakukan petugas kempen Beliau juga mengharapkan mendapat majoriti yang lebih selesa berbanding sek...
Dr Wee Where Are All The Ministers Are They Campaigning In Tanjung Piai

Dr Wee Where Are All The Ministers Are They Campaigning In Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 425 hits
KUALA LUMPUR MCA president Datuk Seri Dr Wee Ka Siong has questioned whether campaigning by ministers during their office hours is permissible This was raised by Dr Wee after noticing that Economic Affairs Minister Datuk Seri Azmin Ali was ...
Keputusan Kes Src Najib Razak Bela Diri Dan Kesannya Di Prk Tanjung Piai

Keputusan Kes Src Najib Razak Bela Diri Dan Kesannya Di Prk Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 601 hits
Kita sedia maklum bahwa Datuk Seri Najib Razak telah diarah membela diri atas 7 tuduhan tentang syarikat SRC International Sdn Bhd oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Keputusan itu tidak mengejutkan Yang mengejutkan ialah apabila kes ba...
Nurul Izzah Marches With Lawyers Moots Tribunal To Probe Jac Leak Claims

How To Choose The Right Insurance Policy In Malaysia For Complete Protection

Top Business Growth Strategies

Pusat Latihan Kenegaraan Balik Pulau

My Moving Journal A Fresh Start

Bookkeepers Near You In Stockton Why Proximity Matters For Personalized Service

Konvokesyen Perdana Ipma Bila Allah Mendengar Rintihan

Police Deny Arresting Suspect In Temple Groping Woman Incident


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lelaki Warga Asing Ditahan Kelar Leher Bekas Teman Wanita

Wartawan Cnn Diserang Pendatang Haram Yahudi Di Tebing Barat

Pemikiran Kusut

Pas Leaders Usually Remain Until Death Takiyuddin

Forming Pakatan Harapan Was Once Mission Impossible Says Nik Nazmi

Unexpected Guest At Lawyers March Nurul Izzah Gets Roasted As Drama Queen Seeking Cheap Publicity