Tanjung Piai Dr Mahathir Perlu Buat Kejutan


Suasana di satu simpang jalan ke Serkat Tanjung Piai. PIRAKE TANJUNG PIAI

KEPUTUSAN Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memanggil Najib Razak untuk membela diri ke atas ketujuh dakwaan menyeleweng dalam perbicaraan syarikat SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta tidak banyak mempengaruhi mood pengundi di Tanjung Piai. 
Pun begitu keputusan mahkamah itu tidak begitu menggegarkan Tanjung Piai.
Mereka yang menganggap kes Najib itu terasing daripada suasana pilihan raya itu, melihat bahana diterima Najib itu tidak memberi apa-apa kesan pun. 
Selagi Najib berada di luar penjara dan bebas bergerak dengan memakai baju "T" tertulis boosku malu apa,  (memang orang Umno tak tahu malu) maka bekas PM itu tidak dilihat bersalah. Apa lagi ada anasir yang membuat psywar bahawa Najib difitnah dan dianiaya dengan segala pertuduhan itu.

Bagaimana pun ia ada sedikit kesan kepada mereka yang terbuka akalnya dan sebelum ini menanti penuh minat perbicaraan Najib dalam kes itu. Terutamanya mereka menanti apakah perbicaraan awal itu yang bakal menentukan nasib Najib ada bukti atau tidak. 
Apabila perbicaraan itu membawa natijah Najib perlu membela diri, bermakna pertuduhan ke atas Najib ada kebenaran dan asas-asas yang kuat untuk beliau dijatuhi hukuman dan dikirimkan ke penjara. Menurut Anwar Ibrahim biliknya di Sungai Buloh dahulu sudah dibersihkan dan masih kosong.

Bukan dianiaya.
Pemanggilan membela diri itu bermakna Najib bukan sengaja dianiayakan dengan bukti-buktikan dan hujah-hujah tidak bertanggungjawab. Begitu juga saksi dikemukakan bukan saksi-saksi yang direkayasa. Jauh sekali ia adalah campur tangan Dr Mahathir Mohamad seperti mana didakwa Lokman Noor Adam. 
Mereka yang waras akan mula mengatakan Najib perlu bertanggungjawab ke atas setiap apa yang dilakukan kerana ia membabitkan wang rakyat berbillion ringgit.

Anak-anak muda dan juga mereka yang celik politik sudah dapat membuat perkiraan dan menghitung akan kesalahan Najib itu serta apakah implikasinya dihujung perbicaraan nanti. Bahana dan angkara Najib yang bersekongkol dengan pengkhianat Jho Low itu menyebabkan negara jadi porak peranda. 
Tidak dapat dinafikan sebahagian besar beban negara dipikul kerajaan kini adalah angkara perbuatan Najib dan Jho Low.

Tidak mengubah minda Umno tegar.
Pun begitu kes mahkamah ke atas Najib itu tidak kuat untuk mengubah minda politik bangsa Umno di Johor terutamanya dalam kawasan pilihan raya Tanjung Piai. Kes Najib itu belum cukup mengubah suasana di Tanjung Piai atau boleh merombak simpulan terhadap tuduhan buruk ke atas kerajaan PH. 
Kalau ia boleh merubah sudah tentu ceramah BN di Tanjung Piai yang masih mengangungkan Najib akan dipulaukan rakyat.

Orang Melayu, bangsa Johor yang masih yakin dengan adu domba pemimpin Umno yang berminat untuk mengundi calon MCA atas prinsip tertentu dan juga bagi mengajar kerajaan PH. Fatwa baharu dikeluarkan oleh Pam yang menghalalkan orang Muslim yang selama ini didoktrinkan sebagai najis mengundi kafir sebelum ini juga menjadikan mereka tidak melihat dan apa diterima Najib itu mengesankan kepada mereka. 
Serangkai pantun yang dijual oleh Abdul Hadi Awang ada yang menelan dan mengelusnya di Tanjung Piai.

Justeru itu untuk melihat perubahan mood di Tanjung Piai sebelum tiba hari mengundi 16 November ini, PH perlu melakukan sesuatu untuk mengubah simpulan dan tanggapan itu. Dalam hal ini ada dua perkara yang saya lihat boleh merombak simpulan politik kolok dan usang yang diikat oleh Umno dengan Pam terhadap bangsa Melayu Umno di Tanjung Piai khasnya itu. 
Anwar menjinjing tangan Tok Imam
Karmaine calon pilihannya.Pertama ialah mengumumkan calon PH, Karmanie Sardini sebagai bakal diangkat jadi timbalan menteri apabila menang kelak

Pengumuman ini akan memberi kejutan dan membawa impak besar. Pengumuman ini boleh dilakukan oleh Dr Mahathir semasa datang berceramah di Tanjung Piai nanti, esok. 
Walaupun sudah ada bayangan yang Karmaine akan diberi perananan dalam kerajaan sebagai mengganti Allahyarham Md Farid Md Rafik, tetapi ia akan jadi sahih dan diyakini apabila diumumkan  sendiri oleh Dr Mahathir.

Sebenarnya tanpa menyebut perkara itu secara berterus terang itulah juga apa yang diingini oleh rakyat Tanjung Piai khasnya dan amnya rakyat Johor. Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub yang juga merupakan warga asal Tanjung Piai sudah pasti bersetuju dengan pandangan ini. Namun tidak sesuai untuk beliau mengutarakannya. Saya yakin hal ini akan dibisikkan Salahuddin kepada Dr Mahathir nanti

Satu hal perlu difahami rakyat Tanjung Piai sangat terasa dengan kehilangan bekas wakil rakyat mereka Allahyarham Md Farid Md Rafik. Allahyarham yang dilantik menjadi Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri sangat bermakna buat mereka. 
Salahuddin antara pemimpin PH yang rajin
menemui rakyat tanpa mengira masa. Kenapa tidak, baharu menjadi wakil rakyat dan dilantik menjadi timbalan menteri, dalam tempoh 15 bulan Allahyarham Md Farid telah berjasa dan menjaga rakyat membawa pelbagai projek pembangunan untuk Tanjung Piai bernilai lebih RM7 juta.

Paling dirasai oleh penduduk Tanjung Piai yang kebanyakan hidup sebagai nelayan adalah pembinaan dan penambah baik pulih tiga buah jeti pendaratan ikan di Tanjung Piai. Sudah pasti khidmat dan perjuangan Allahyarham Farid sangat didambakan oleh penduduk Tanjung Piai dan ia perlu diteruskan oleh penggantinya yang setanding kedudukan dengannya.

Manakala satu lagi tarikan untuk pengundi khasnya yang melihat kerajaan PH masih terkial-kial melaksanakan pembaharuan serta mengubahkan stail pentadbiran PH yang tidak banyak beza dengan kerajaan BN sebelum ini, Dr Mahathir mengumumkan tarikh pengundurannya untuk beri laluan kepada Anwar. \
Dr Mahathir wajar untuk memegang jawatan sehingga tamat tempoh dua tahun, tetapi beliau perlu ikhlas untuk menentukan tarikh pengunduran agar ia tidak menjadi teka teki dan dijadikan isu oleh pihak lawan.

Kalau beliau membuat dua "kejutan" itu; umum Karmanie sebagai bakal timbalan menteri dan tarikh pengundurannya, ia memberi impak besar yang boleh mengubah mood dan sikap pengundi Tanjung Piai. Sekaligus juga pengumuman itu akan merombak simpulan bida'ah yang dibuat oleh Umno dan juga Pam di Pirake itu. Pengumuman tarikh pengunduran itu memberi keyakinan kepada pengundi terutamanya dari kalangan pengundi muda dan bukan Melayu. 
Waktu ini PH masih memerlukan kira-kira 5% hingga 10% undi Melayu, sementara kekalkan undi Cina yang dimiliki PH waktu ini sekitar 75% hingga 80% undi Cina. Pengumuman dua perkara itu kelak akan dapat menambahkan lagi lonjakan undi untuk PH. Saya yakin dan pasti mood dan senario pengundian di Tanjung Piai akan berubah 360 darjah kalau Dr Mahathir lakukan itu.

Apakah Dr Mahathir sedia melakukanya? Dengan mengenali Dr Mahathir seorang bukan mudah untuk mendengar bisikan dalam situasi terdesak sebegitu, ia agak sukar. Dr Mahathir juga bukan seorang yang sanggup memancing rakyat dengan sesuatu berunsur bodek. 
Bagaimana pun ditegaskan kalau PH mahu mengekalkan kemenangan di Tanjung Piai sekaligus mengganggu momentum BN untuk pulih kembali setelah meraih kemenangan di Cameron Highlands dan Semenyih itulah yang perlu dilakukan Dr Mahathir Mohamad walaupun ia tetap masih dianggap sebagai bermuka-muka dengan politik. Faham ke.

Harap-harap Dr Mahathir mendengar ini. [wm.kl.9:44 am 12/11/19]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2019/11/tanjung-piai-dr-mahathir-perlu-buat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peringatan Mahathir Kepada Pengundi Tanjung Piai Macam Bercakap Dengan Cermin

Peringatan Mahathir Kepada Pengundi Tanjung Piai Macam Bercakap Dengan Cermin

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 554 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpesan kepada pengundi Tanjung Piai supaya tidak terpedaya dengan janji pembangkang kerana kerajaan sahaja yang mampu membantu rakyat dikawasan pilihan raya kecil itu Pesanan Dr Mahathir yang juga P...
Syed Husin Says Tanjung Piai Defeat A Referendum Against Mahathir

Syed Husin Says Tanjung Piai Defeat A Referendum Against Mahathir

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 321 hits
The Tanjung Piai by election which witnessed BN trouncing Pakatan Harapan is a referendum on Prime Minister Dr Mahathir Mohamad s leadership said Syed Husin Ali According to the former PKR deputy president the message is loud and clear The ...
Kempen Prk Tanjung Piai Dihadiri Tun Mahathir

Kempen Prk Tanjung Piai Dihadiri Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 653 hits
PONTIAN Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai dengan mengadakan perjumpaan dengan semua 27 ketua Pusat Daerah Mengundi Pakatan Harapan hari ini Perdana Menteri yang juga Pengerusi Parti Pribumi Be...
Is The Tanjung Piai By Election Mahathir S Demise

Is The Tanjung Piai By Election Mahathir S Demise

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 345 hits
But now Otai Reformasi is going to use the Tanjung Piai defeat as the excuse to force Mahathir to resign and hand power to Anwar They are going to say the Tanjung Piai defeat is a referendum against Mahathir If Mahathir does not go and stay...
Kejutan Bn Menang Besar Tanjung Piai Kekalahan Terburuk Ph

Kejutan Bn Menang Besar Tanjung Piai Kekalahan Terburuk Ph

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 1178 hits
Ramai penyelidik pemerhati dan think thank kerajaan PH terpaku dengan kemenangan besar Barisan Nasional di PRK Tanjung Piai iaitu sebanyak 15 086 undi yang mana peratusan keluar mengundi hanya 70 sahaja Tan Sri Muhyiddin Yassin PH menjangka...
Mahathir Sakit Kenapa Diam Membisu Setelah Kalah Di Tanjung Piai

Mahathir Sakit Kenapa Diam Membisu Setelah Kalah Di Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 443 hits
3 hari lepas Siti Nurhaliza terharu apabila Dr Mahathir sanggup hadir ke konsert beliau Ketika itu minggu berkempen di PRK Tanjung Piai Zuraida Kamaruddin juga hadir bersama Kelmarin tsunami rakyat berlaku di Tanjung Piai Rakyat telah bersu...
Tanjung Piai Permainan Halus Untuk Jatuhkan Mahathir

Tanjung Piai Permainan Halus Untuk Jatuhkan Mahathir

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 306 hits
KEKALAHAN di Tanjung Piai nampaknya bukan sahaja sukar ditelan oleh pemimpin Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sahaja bahkan para penyokong mereka Syed Saddiq kini bukan sahaja perlu belajar menerima kekalahan itu tetapi perlu bersedia ...
Game Of Throne Anwar Ibrahim Dan Mahathir Bertanding Siapa Yang Boleh Tarik Lebih Ramai Crowd Di Tanjung Piai

Game Of Throne Anwar Ibrahim Dan Mahathir Bertanding Siapa Yang Boleh Tarik Lebih Ramai Crowd Di Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 490 hits
Anwar Ibrahim semakin kelam kabut untuk memastikan dia dapat menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia sepertimana yang dijanjikan oleh Dr Mahathir Pelbagai usaha dan taktik telah digunakan Namun nampaknya Dr Mahathir yang memenangi semua p...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Sanusi Told To Name Those Sabotaging Kedah S Investments