Tangisan Ahli Neraka Amat Dahsyat


Assalamualaikum w.b.t

Tangisan Ahli Neraka Amat Dahsyat | salam Jumaat yang penuh barakah semua. Alhamdulillah masih kita diberi kesempatan untuk kembali mempersiapkan diri sebelum pergi meghadap pencipta. Terpanggil untuk kongsi sebuah teladan untuk kita semua. Tangisan Ahli Neraka Amat Dahsyat.
Jurang neraka terlalu curam, setiap penderhaka akan merasai seksa dihumbankan ke dalamnya. Pernahkah kita membayangkan jatuh dari ketinggian sejauh 70 tahun perjalanan baru sampai ke dasar lantainya? Jika kejadian itu di dunia ini, bagaimana pula keadaan orang yang jatuh ke dasar jurang neraka itu nanti?

"Pada suatu hari kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba terdengar suara benda yang jatuh. Lalu Baginda bertanya: "Tahukah kamu semua suara apakah itu?" Kami menjawab: "Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui." Baginda bersabda yang maksudnya: "Itu adalah suara batu yang dilemparkan ke dalam neraka jahanam sejak 70 tahun yang lalu dan sekarang baru sampai ke dasarnya." Hadis riwayat Imam Muslim

Sesungguhnya mereka yang berada dalam neraka itu hidup dan merasai setiap kesakitan itu sedikit demi sedikit. Diganti setiap kulit yang hangus dengan kulit yang baru. Sehari di sana sama seperti seribu tahun di dunia ini.

Mengapakah mereka memilih kesenangan haram yang sebentar saja di dunia ini? Pada hal mereka pandai mengira, tahu membezakan makna sengsara dan bahagia, berakal tajam dalam menganalisis segala sesuatu. Allah mengingatkan kita bahawa azab dan sengsara yang akan diderita itu bukan sebentar. Firman-Nya bermaksud; "Sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu seperti seribu tahun daripada apa yang kamu hitung." (Surah al-Hajj, ayat 47)

Bagaimanakah suara tangisan ahli neraka? Pernahkah anda mendengar tangisan orang yang dipisahkan daripada keluarganya? Tangisan orang yang menderita sakit dan terpaksa disuntikkan ubat penahan sakit? Tangisan orang yang kematian anak yang disayang? Tangisan orang yang gagal dalam kerjaya? Tangisan perempuan yang disakiti suaminya? Tangisan orang kaya yang muflis? Tangisan ibu dan bapa yang disakiti anaknya?

Semua jenis tangisan di atas dunia ini tidak sehebat tangisan ahli neraka. Tangisan yang mengalirkan penyesalan tidak berhujung. Tiada harapan dan peluang.

Mereka merayu kepada Tuhan: "Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami daripadanya (kembalikanlah kami ke dunia) maka jika kami kembali kepada kekufuran, sesungguhnya kami adalah orang yang zalim." (Surah al-Mukminun, ayat 107)

Allah menjawab rayuan mereka itu dengan firman-Nya bermaksud: "Tinggallah kamu dengan hina di dalamnya dan janganlah kalian bercakap dengan Aku." (Surah al-Mukminun, ayat 108)

Oleh itu, jika anda menangis di dunia ini, pastikan tangisan itu adalah tangisan penyesalan dan taubat kepada Allah .

Barang siapa yang banyak menangis di sini, nescaya tiada air mata lagi yang akan jatuh menitis di Padang Mahsyar nanti.

Balasan Allah sangat adil. Saksi yang dipanggil adalah anggota badan kita sendiri. Menunduklah wajah yang dulunya terngadah sombong, kecutlah hati yang dulunya bongkak dan bengkak serta menggigil sekujur badan bagai hendak melepaskan kulit.

Lalu kita bertanya, layakkah aku mendapat perlindungan Allah ? Jawapannya payung Allah itu hanya untuk tujuh golongan saja.

Pemimpin yang adil. 
Pemuda yang sentiasa beribadah kepada Allah semasa hidupnya. 
Seseorang yang hatinya sentiasa terpaut dengan Masjid. 
Dua orang yang saling mencintai kerana Allah , keduanya berkumpul & berpisah kerana Allah . 
Seorang lelaki yang diajak oleh seorang perempuan cantik & berkedudukan untuk berzina tetapi dia berkata, "Aku takut kepada Allah ". 
Seorang yang memberi sedekah tetapi dia merahsiakannya seolah-olah tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya. 
Seseorang yang mengingat Allah di waktu sunyi sehingga bercucuran air matanya

SUMBER : http://jaipk.perak.gov.my/kisah-dan-tauladan/113-tangisan-ahli-neraka-amat-dahsyat

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://duniakita94.blogspot.com/2019/02/tangisan-ahli-neraka-amat-dahsyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketika Ahli Neraka Membaca Bismillah Sebelum Masuk Ke Neraka

Ketika Ahli Neraka Membaca Bismillah Sebelum Masuk Ke Neraka

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 328 hits
Dalam ilmu tauhid orang yang masuk surga tidak boleh berkeyakinan bahwa yang menyebabkan dirinya masuk surga adalah amal perbuatan waktu di dunia Sebaik apapun amal seorang hamba di dunia tidak boleh dijadikan dalil ia masuk surga Dia masuk...
Informasi Filipina Neraka Perokok M Sia Masih Syurga Perokok Merangkap Pembunuh

Informasi Filipina Neraka Perokok M Sia Masih Syurga Perokok Merangkap Pembunuh

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 416 hits
Secara asasnya tidak ada sebarang tempat awam yang boleh terlihat dengan kepulan asap rokok melainkan di DSA juga ruang merokok yang tidak kelihatan Foto Aiman AriffFilipina neraka perokok MANILA BERKESEMPATAN berkelana di Manila sempena cu...
Korang Tahu Tak Neraka Saqar Ada 19 Malaikat Yang Tidak Ada Perasaan Kesian

Korang Tahu Tak Neraka Saqar Ada 19 Malaikat Yang Tidak Ada Perasaan Kesian

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 587 hits
Korang tahu tak Dalam neraka saqar ada 19 malaikat yang tidak ada perasaan kesian Dibantai sampai sakit kemudian dia akan tetap bantai lagi dan lagi dan lagi Kita kalau masyuk syurga akan tinggi seperti Nabi Adam iaitu 60 hasta Sebab syurga...
Video Semoga Engkau Meminum Api Dari Neraka Doa Wanita Kehilangan Suami Anak

Video Semoga Engkau Meminum Api Dari Neraka Doa Wanita Kehilangan Suami Anak

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 378 hits
Semoga engkau meminum api dari neraka Doa wanita kehilangan suami anak Dicium gambar suami dan anak anaknya satu persatu sambil memberitahu kesemua mereka telah terbu nuh Dalam susun kata yang teratur wanita ini redha menerima apa yang berl...
Makin Seksi Dandananmu Makin Berat Siksaanmu Di Neraka

Makin Seksi Dandananmu Makin Berat Siksaanmu Di Neraka

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 219 hits
Berseksi seksi di dunia dan tersiksa siksa di akhirat menyakitkan sekali bukan Maka tutuplah auratmu wahai muslimah jangan kau tampakkan keindahan yang menjadi kelebihanmu sebagai makhluq terindah Allah hanya untuk mengejar kata SEKSI Keing...
Awas Sifat Lalai Bisa Menyeretmu Ke Api Neraka

Awas Sifat Lalai Bisa Menyeretmu Ke Api Neraka

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 196 hits
Kata lalai dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia berarti kurang hati hati atau tidak mengindahkan kewajiban pekerjaan dan sebagainya Namun tahukah anda jika Al Quran mempunyai definisinya sendiri soal lalai Di dalam surat Yunus ayat 7 disebutk...
Bar Council Sibuk Berpolitik Ahli Tipu Klien

Bar Council Sibuk Berpolitik Ahli Tipu Klien

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 375 hits
Majlis Peguam Malaysia Bar Council ialah sebuah badan bebas yang ditubuhkan di bawah Ordinan Peguam Bela dan Peguam Cara 1947 Sangat memalukan bila orang luar terpaksa betulkan kerosakan di rumah sendiri sedangkan tuan rumah sibuk dengan ha...
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Resipi Cheese Tart

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu