Tanggungjawab Anak Terhadap Ibu Bapa



SOALAN:
Apakah di antara tanggungjawab anak terhadap kedua ibubapa mereka menurut perspektif Islam?

JAWAPAN:
Kewajipan menjaga dan berbuat baik terhadap kedua ibu bapa adalah kewajipan dan tanggungjawab anak-anak. Terdapat banyak ayat al-Quran yang menyentuh berkenaan kewajipan anak-anak kepada ibubapa serta adab-adab yang mesti dijaga ketika bersama mereka. Firman Allah SWT:

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا
“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” (Al-Isra’:23)

Syeikh al-Maraghi berkata: “Allah SWT benar-benar mewasiatkan tentang tanggungjawab terhadap kedua-dua ibubapa secara serius, sehingga sesiapa sahaja yang derhaka terhadap mereka akan meremang bulu romanya serta ngeri mendengarnya. Ini disebabkan wasiat itu dimuliakan oleh Allah SWT dengan perintah supaya manusia bertauhid dan beribadah kepada-Nya. Kemudian kewajipan tersebut digenapkan dengan kewajipan supaya berbuat baik kepada kedua-dua ibubapa.” [Lihat: Tafsir al-Maraghi, 8/3932]

Tambahan pula, seseorang yang sempat bersama atau berbakti kepada kedua ibubapanya merupakan orang yang sangat bertuah dan beruntung. Ini kerana, Nabi SAW pernah menyatakan orang yang hina adalah orang yang sempat bersama ibubapanya tetapi kesempatan yang ada itu tidak membolehkan dia untuk dimasukkan ke dalam syurga.

Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

رَغِمَ أَنْفُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُ.‏ قِيلَ مَنْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ: ‏‏مَنْ أَدْرَكَ أَبَوَيْهِ عِنْدَ الْكِبَرِ أَحَدَهُمَا أَوْ كِلَيْهِمَا فَلَمْ يَدْخُلِ الْجَنَّةَ ‏‏
“Kehinaan, kehinaan, kehinaan.” Baginda ditanya: “Siapa (yang engkau maksudkan) wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Siapa sahaja yang mempunyai orang tuanya ketika sudah lanjut usia, salah satu atau keduanya namun tidak (menjadikannya sebab) masuk syurga.” [Riwayat Muslim (2551)]

Berdasarkan soalan di atas, suka bagi kami untuk membahagikan tanggungjawab tersebut kepada dua, iaitu:

A) Semasa kedua ibubapa masih hidup

1. Berlaku baik kepada mereka dan tidak meninggikan suara di hadapan mereka. Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah Al-Isra’ ayat 23, sebagaimana yang telah dinyatakan di atas.

2. Membantu mereka dari sudut kemampuan setakat yang mampu. Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW:

إِنَّ أَطْيَبَ مَا أَكَلَ الرَّجُلُ مِنْ كَسْبِهِ، وَإِنَّ وَلَدَ الرَّجُلِ مِنْ كَسْبِهِ
“Sesungguhnya sebaik-baik apa yang dimakan oleh seseorang adalah berasal daripada usahanya dan sesungguhnya anak seseorang adalah berasal daripada usahanya.” [Riwayat al-Nasa’ie (4449)]

Di dalam hadith yang lain pula, Nabi SAW bersabda:

إِذَا أَعْطَى اللهُ أَحَدَكُمْ خَيْرًا فَلْيَبْدَأْ بِنَفْسِهِ وَأَهْلِ بَيْتِهِ
“Apabila Allah SWT memberikan seseorang kebaikan (kelebihan dari sudut harta) maka mulakanlah dengan dirinya dan juga ahli keluarganya.” [Riwayat Muslim (1822)]

Imam Ibn al-Munzir telah menyatakan bahawa telah berlaku ijma’ di atas kewajipan diambil sebahagian daripada harta atau pendapatan anak untuk dinafkahkan kepada ibubapa yang tidak mempunyai pendapatan atau harta. [Lihat: al-Mawsu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 74/41]

3. Taat kepada mereka dan tidak sesekali menderhakai mereka. Adapun berkaitan perintah taat dan tidak sesekali menderhakai ibubapa boleh dilihat pada firman Allah SWT di dalam surah al-Isra’ di atas.

4. Sentiasa berdoa kepada mereka. Perkara ini juga jelas berdasarkan sebuah hadith yang sahih daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
“Apabila matinya seseorang insan itu, maka akan terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh sentiasa mendoakan kedua ibubapanya.” [Riwayat Muslim (1631)]

B) Selepas kematian kedua ibubapa

1. Tunaikan hutang-hutang yang wajib iaitu hutang dengan Allah SWT seperti puasa, haji, nazar dan sebagainya. Di antara dalilnya adalah, daripada Ibn Abbas R.anhuma:

جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أُمِّي مَاتَتْ وَعَلَيْهَا صَوْمُ شَهْرٍ، أَفَأَقْضِيهِ عَنْهَا؟ قَالَ: نَعَمْ، قَالَ: فَدَيْنُ اللَّهِ أَحَقُّ أَنْ يُقْضَى
Telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki, lalu berkata: “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia dan ke atasnya puasa Ramadhan (meninggalkan puasa). Adakah aku perlu qadha’ puasa bagi pihaknya?” Rasulullah SAW bersabda: “Ya, kerana hutang dengan Allah lebih berhak untuk tunaikan.” [Riwayat al-Bukhari (1953)]

2. Langsaikan hutang-hutang ibubapa yang telah pergi kepada manusia setakat yang mampu.

3. Sentiasa berdoa kepada mereka. Ini kerana, doa seorang anak yang soleh kepada ibubapanya yang telah pergi merupakan amalan yang tidak terputus berdasarkan kepada hadith yang kami nyatakan di atas. Tambahan pula, al-Quran menuntut agar seorang anak itu sentiasa mendoakan kerahmatan dan keampunan buat kedua ibubapanya melalui firman Allah SWT:

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
Dan hendaklah kamu merendahkan diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Al-Isra’:24)

4. Menziarahi sahabat-sahabat kepada kedua ibubapa. Agama kita amat menganjurkan setiap umatnya untuk menyambung pertalian silaturrahim dengan sesiapa sahaja dan bukan sahaja sesama ahli keluarga sahaja. Ini berdasarkan kepada umum nas, daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ، وَيُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ
“Barangsiapa yang ingin diluaskan rezekinya serta dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung pertalian silaturrahim.” [Riwayat al-Bukhari (5986)]

5. Bersedekah untuk mereka walaupun selepas ketiadaan mereka. Hal ini juga ada dinyatakan di dalam sebuah hadith. Daripada Ibn Abbas RA bahawa Sa’ad pernah bertanya Rasulullah SAW:

إِنَّ أُمِّي مَاتَتْ وَلَمْ تُوصِ، أَفَأَتَصَدَّقُ عَنْهَا؟ قَالَ: نَعَمْ
“Sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia dan belum sempat dia berwasiat. Maka bolehkah aku bersedekah untuknya?” Baginda SAW menjawab: “Ya.” [Riwayat al-Nasa’ie (3654)]

6. Tunaikan dan penuhi wasiat-wasiat ibubapa yang telah pergi dengan baik.

Penutup

Kesimpulannya, ibubapa merupakan anugerah yang istimewa buat setiap insan. Justeru itu, menjadi kewajipan setiap anak untuk menjaga kedua ibubapa mereka dan memberi khidmat yang terbaik. Ini kerana, dosa orang yang menderhakai kedua ibubapa akan dipercepatkan oleh Allah SWT di dunia lagi. Rasulullah SAW pernah bersabda:

كُلُّ الذُّنُوبِ يُؤَخِّرُ اللَّهُ مَا شَاءَ مِنْهَا إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ إِلاَّ عُقُوقَ الْوَالِدَيْنِ فَإِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يُعَجِّلُهُ لِصَاحِبِهِ فِي الْحَيَاةِ قَبْلَ الْمَمَاتِ
“Setiap dosa akan dilewatkan oleh Allah hukumannya mengikut kehendak-Nya sehingga hari kiamat kecuali derhaka kepada ibubapa. Maka sesungguhnya Allah akan menghukumkan kepada pelakunya semasa hidup sebelum kematian lagi.” [Riwayat al-Hakim (7263)]

Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita anak-anak yang soleh dan solehah serta anak-anak yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya sama ada semasa hayat mereka atau selepas ketiadaan mereka. Amin.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/02/tanggungjawab-anak-terhadap-ibu-bapa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Berkahwin Anak Perempuan Masih Ada Tanggungjawab Pada Ibu Bapa

Selepas Berkahwin Anak Perempuan Masih Ada Tanggungjawab Pada Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 853 hits
DALAM satu keputusan kes perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah di Seremban hakim telah memerintahkan seorang wanita yang juga seorang pensyarah bersama suaminya mem beri nafkah kepada ibu bapanya sepanjang hayat Pasangan itu juga diperinta...
These Parent Are Indeed Made In China Ibu Bapa Tinggalkan 2 Anak Mereka Yang Disyaki Positif Koronavirus Di Airport

These Parent Are Indeed Made In China Ibu Bapa Tinggalkan 2 Anak Mereka Yang Disyaki Positif Koronavirus Di Airport

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 454 hits
Dalam perkembangan terkini mengenai wabak koronavirus di China yang dikatakan berpunca dari makanan eksotik 26 kes kematian telah direkodkan dan lebih 900 orang yang disahkan positif virus tersebut Penularan virus itu dilaporkan bermula di ...
Ibu Bapa Jangan Membeza Bezakan Anak Kesannya Berbekas Sampai Ke Tua

Ibu Bapa Jangan Membeza Bezakan Anak Kesannya Berbekas Sampai Ke Tua

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 553 hits
Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang berat dalam mendidik dan memberi kasih sayang sepenuhnya pada anak anak Namun lumrah setiap anak pastinya mempunyai karakter dan pencapaian yang berbeza Inilah sebenarnya ujian terbesar buat para ibu ba...
Polis Sahkan Terima Laporan Ibu Bapa Bawa Keluar Anak Hidap Simptom Koronavirus Dari Wad

Polis Sahkan Terima Laporan Ibu Bapa Bawa Keluar Anak Hidap Simptom Koronavirus Dari Wad

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 538 hits
Bapa kanak kanak itu berdegil tidak mahu kuarantin anak dan meninggalkan hospital tersebut Ekoran daripada tularnya laporan polis mengenai seorang kanak kanak lelaki warga China berusia dua tahun yang dibawa keluar dari sebuah hospital di J...
Tak Sempat Bawa Anak Jumpa Ibu Bapa Maut Dua Anak Cedera Selepas Motosikal Terbabas

Tak Sempat Bawa Anak Jumpa Ibu Bapa Maut Dua Anak Cedera Selepas Motosikal Terbabas

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 352 hits
BINTANGOR 23 Jan Hasrat seorang bapa untuk membawa dua orang anaknya untuk berjumpa ibu mereka yang bekerja di Bandar Sibu sempena cuti Tahun Baru Cina tidak kesampaian apabila beliau maut dalam satu nahas jalan raya dekat sini malam tadi S...
Majlis Kahwin Anak Bulan Depan Ibu Dengan Bapa Pengantin Dipercayai Hilang Larikan Diri

Majlis Kahwin Anak Bulan Depan Ibu Dengan Bapa Pengantin Dipercayai Hilang Larikan Diri

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 464 hits
Bagaikan filem Hindustan sepasang kekasih terpaksa membatalkan perkahwinan mereka selepas bapa pengantin lelaki melarikan diri bersama ibu pengantin perempuan untuk menghidupkan kembali percintaan lama mereka Pasangan yang telah setahun leb...
Sebagai Anak Kita Patut Tahu Bahagiakan Hati Ibu Bapa Jika Ingin Berjaya

Sebagai Anak Kita Patut Tahu Bahagiakan Hati Ibu Bapa Jika Ingin Berjaya

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 487 hits
Sebagai Anak Kita Patut Tahu Bahagiakan Hati Ibu Bapa Jika Kita Berjaya Rupanya belum habis isu tentang anak perempuan kena bertanggung jawab pada ibu sekali pun tak bekerja kita patut tahu bahagiakan hati orang tua Itulah yang cuba disampa...
Ibu Bapa Wajib Tahu Cara Monitor Kegunaan Telefon Anak Secara Online Dengan Aplikasi Ini

Ibu Bapa Wajib Tahu Cara Monitor Kegunaan Telefon Anak Secara Online Dengan Aplikasi Ini

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 2287 hits
Ibu bapa tolonglah install Penting sangat aplikasi ini small Cover image via Iluminasi small Kejadian tersebut berlaku di rumah pengasuh yang dikatakan telah menjaga mangsa sejak bulan Oktober 2017 Namun anak pengasuh yang baru berusia 12 t...
Ibu Bapa Warga China Tak Benar Anak Dikuarantin

Ibu Bapa Warga China Tak Benar Anak Dikuarantin

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 315 hits
JOHOR BAHRU Seorang kanak kanak berusia dua tahun yang juga suspek coronavirus telah dibawa keluar ibu bapanya daripada dikuarantinkan di Hospital Sultanah Aminah di sini semalam Tindakan yang mewujudkan kebimbangan di kalangan masyarakat i...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii