Tanggal 9 Mei 2018 Tumbang Seorang Penaung Pondok Naik Nya Pembela Orang Kaya
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al Baqarah: 216).
Dari tangan siapa kah kerajaan 22 bulan yang penuh kezaliman dan penuh bobrok di kuasai pemerintah yang tidak berpaksi agama menjadi kerajaan?Tiada kah pememimpin dari kalangan umat Islam memberi pesan?
Jawap nya ada, saya sebagai petugas media di PWTC mendengar nya sendiri dari mulut pemimpin itu yang berbunyi “ Kakitangan Awam Akan Tempah Kecelakaan Jika Undi Pembangkang”.
Malah saya sendiri yang menulis artikel berkenaan nya dan di petik oleh beberapa media cetak dan portal termasuk portal Beruang Biru dan TV14.
Tapi akhir nya , pengundi terutama nya orang melayu degil juga.
Mereka undi ikut emosi dan sentimen.
Bersama sama undi mereka , ranap dan runtuh institusi milik melayu seperti Tabung Haji dan lain lain.
Tanah tanah di jual dan di gadai oleh kerajaan PH yang tidak berhati perut.
Kerajaan yang di kata kan perompak mengumpul harta dan memberi dividen2 tinggi, tetapi kerajaan pengganti menjual habis semua nya licin dengan alasan tersendiri yang di reka sambil dividen pula di beri sekadar perbodoh dan peranjingkan penerima..
Paling menyedihkan ada lah amaran yang di beri tidak di ambil pusing lansung, dan akhir nya apa yang di takuti dan di beri amaran telah menjadi realiti.
Berpuluh ribu kakitangan awam yang terdiri dari 99% Melayu telah di buang kerja.
Mereka di anggap beban dan menyusah kan.
Kerajaan bergelar perompak mampu tanggung mereka sekian lama , tapi kerajaan yang di katakan maha suci tidak berminat menanggung biawak hidup ini.
Selain itu, pencen pencen juga mahu di hapuskan.
Ini lah dosa tangan yang memangkah.
Tahu tak rakyat apa lagi yang terjejas?
Tanpa rakyat tahu , anak anak pondok dan tahfiz telah kehilangan seorang pemerintah yang menjadikan anak anak ini tanggungan rasmi nya dan bukan sekadar serah pada badan badan tertentu untuk menguruskan nya seperti peminta bantuan Jakiim atau Baitulmal.
Bagaimana saya tahu?
Bersama sama seorang wartawan kanan Noor Hasilah Ismail, Zanuddin Salleh., Khairul Rizal Osman , Daeng Selili serta penulis seperti Effy dan Alif kami sering di jemput ke majlis majlis bantuan dan perasmian pondok2 dan upgrading pondok yang akan di lakukan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.
DSNR menjadikan kerja kerja menjaga institusi pondok sebagai misi peribadi nya.
Bergelumang dalam hal ini cara realiti nya tiada faedah undi secara lansung kerana kanak kanak ini tidak boleh ,mengundi, namun itu lah misi peribadi DSNR yang di warisi dari tebiat ibu nya.
DSNR tidak mahu kanak kanak pondok ketinggalan dalam dunia semakin mencabar dan mahu mereka fasih dengan ilmu dunia dan akhirat.
DSNR juga tidak mahu lagi melihat anak anak berwatak lebai ini berkeliaran bawa minyak urut dan bedak ke sana ke sini di meja makan awam mencari dana.
Tapi, sayang sekali seribu sayang, akibat dengar hasutan dan fitnah , pemimpin berjiwa besar yang mahu menjadi penaung kepada kanak kanak pondok dan tahfiz ini di tumbang kan oleh ibu bapa mereka sendiri dengan menaik kan seorang pembela orang kaya dan billionair yang membenci orang miskin dan mereka yang tagih bantuan.
Salah siapa?
Di bawah antara artikel yang pernah kami tulis berkenaan Insititusi pondok.
https://thechulan.blogspot.com/2015/02/yayasan-pembangunan-pondok-kenal-pasti.html
https://thechulan.blogspot.com/2015/03/yayasan-pembangunan-pondok-buka-lebaran.html
=
Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia - Kearah Pengajian Lebih Cemerlang
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://thechulan.blogspot.com/2020/07/tanggal-9-mei-2018-tumbang-seorang.html