Jualan Kereta Terpakai Naik Akibat Bimbang Guna Pengangkutan Awam Kata Peniaga


Pengecualian cukai jualan 100% sehingga 31 Dis untuk kereta buatan tempatan dan 50% bagi kereta import mendorong peningkatan jualan kereta terpakai.KUALA LUMPUR: Jualan kereta terpakai meningkat selepas 3 bulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bagi membendung penularan Covid-19 kerana ramai pembeli bimbang menggunakan pengangkutan awam
Tony Khor, presiden Persekutuan Syarikat Motor dan Kredit Malaysia, berkata kebanyakan pembeli tidak lagi selesa menggunakan pengangkutan awam
“Pelanggan kami kata mereka lebih suka memandu kereta mereka sendiri selepas Covid-19. Mereka rasa lebih selamat,” katanya kepada FMT
Beliau berkata, peniaga kereta terpakai tidak menjangkakan trend ini akan berlaku selepas bergelut dengan tempoh sukar
Tetapi, pengumuman kerajaan baru-baru ini mengecualikan cukai jualan 100% sehingga 31 Dis untuk kereta buatan tempatan dan 50% bagi kereta import mendorong peningkatan jualan
Permintaan meningkat untuk kereta Jepun berusia kira-kira 5 tahun dan berharga bawah RM30,000. Jualan tertinggi dicatatkan di Perak, Johor dan Kedah: kebanyakan pelanggan menggunakan bas ekspres untuk perjalanan antara negeri
Bagaimanapun, jualan kereta terpakai yang berharga lebih RM110,000 “masih sangat rendah”
Di sekitar Kuala Lumpur, pemilik kereta lama mengambil kesempatan daripada pengecualian cukai jualan untuk menukar kereta mereka
“Tetapi, mereka tidak menyasarkan kereta mahal, (pilihan) masih di bawah RM150,000,” katanya
Bagaimanapun, beliau berkata, peniaga tidak puas hati dengan pusat pemeriksaan kenderaan berkomputer (Puspakom) kerana penukaran hak milik dan pemeriksaan mandatori kenderaan mengambil masa lebih lama
“Ia memerlukan lebih 7 hari dan ia mungkin lebih lama kerana kami mendapat banyak tempahan,” kata Khor
Dahulu, prosesnya hanya memerlukan sehari, tetapi Puspakom tidak lagi membenarkan pelanggan datang tanpa pendaftaran dalam talian dan mereka perlu menunggu giliran
Seorang lagi peniaga kereta terpakai di Jalan Klang Lama memberitahu FMT, pelanggannya bimbang menggunakan pengangkutan awam selepas krisis Covid-19
“Kebanyakan mereka membeli kereta berharga RM30,000 hingga RM40,000 untuk kegunaan sendiri,” kata peniaga itu yang hanya mahu dikenali sebagai Tan
Katanya, seorang pelanggannya membeli sebuah kereta untuk dijadikan tempat perlindungan kecemasan untuk tinggal sementara
“Beliau beritahu saya, beliau tidak pasti jika masih mempunyai kerja dan sedang mencari sebuah kereta murah,” katanya sambil menambah pembelian itu belum selesai
April lalu, negara mula menghentikan semua aktiviti awam untuk membendung penularan Covid-19 menyebabkan hanya 141 kenderaan dijual, iaitu 0.3% daripada jualan bulanan 49,935 unit kenderaan yang dicatatkan pada April tahun lalu

Jualan dari Januari ke April berjumlah 106,601 unit berbanding 192,971 unit pada tempoh sama tahun lalu. - FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/07/jualan-kereta-terpakai-naik-akibat.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jawatan Exco Selangor Ditamatkan Akibat Tekanan Pkr Kata Haniza

Jawatan Exco Selangor Ditamatkan Akibat Tekanan Pkr Kata Haniza

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 296 hits
Haniza Talha berkata beliau menerima dengan tenang jawatan exco Selangornya ditamatkan dan berharap perancangan dan kerjanya selama ini dapat diteruskan penggantinya PETALING JAYA Haniza Talha yang ditamatkan perkhidmatannya sebagai exco Se...
Anak Anak Teruju Kembali Ke Sekolah Ada Naik Bot Kereta Api

Anak Anak Teruju Kembali Ke Sekolah Ada Naik Bot Kereta Api

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 666 hits
Akhirnya hari ini telah bermula sesi persekolahan bagi pelajar Tingakatan satu hingga tingkatan empat dan ini termasuk sekolah rendah yang bermula dari murid darjah lima hingga darjah enam Ohmedia tertarik melihat semangat adik adik ini ke ...
Portal Muat Naik Hantaran Berbaur Hasutan Bukan Hannah Yeoh Kata Kpn

Portal Muat Naik Hantaran Berbaur Hasutan Bukan Hannah Yeoh Kata Kpn

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 427 hits
207 total views 11 views today KUALA LUMPUR 11 Julai Polis telah mengenal pasti dalang yang memuat naik hantaran berbaur hasutan yang dikaitkan dengan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh kata Ketua ...
Usia 0 7 Tahun Gantikan Marah Guna Ayat Ni Baru Nampak Hebatnya Kata Kata Ibu Ayah

Usia 0 7 Tahun Gantikan Marah Guna Ayat Ni Baru Nampak Hebatnya Kata Kata Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 317 hits
Ibu bapa harus selalu memuji dan memberi dorongan kepada anak Mengikut kajian terdapat jenis ayat yang kita gunakan ketika memberi pujian yang membuatkan anak kita lebih bermotivasi Apabila kita puji anak berumur 0 7 tahun cuba cara ini Bag...
Cara Memohon Pas Bulanan My30 Pengangkutan Awam Tanpa Had

Cara Memohon Pas Bulanan My30 Pengangkutan Awam Tanpa Had

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 485 hits
Last updated Jun 22 2020 Pas bulanan My30 adakah anda sudah memohon Untuk pengetahuan anda belanjawan 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Malaysia pada 2 November 2018 telah memperkenalkan Pas Bulanan Pengangkutan Awam RapidKL bagi...
Buat Bising Berlumba Kumpulan Konvoi Motosikal Atau Kereta Tak Dibenar Naik Genting

Buat Bising Berlumba Kumpulan Konvoi Motosikal Atau Kereta Tak Dibenar Naik Genting

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 331 hits
Jom konvoi naik Genting Ajakan dari member macam ni mesti pernah berlaku dekat diri korang dan selalunya terus set time ramai ramai naik Genting Highland sama ada naik motosikal mahupun kereta Tapi ada maklumat mengatakan yang sekarang kita...
Cuba Kaut Untung Lebih Banyak Peniaga Jual Durian Ikut Jenis Kereta

Cuba Kaut Untung Lebih Banyak Peniaga Jual Durian Ikut Jenis Kereta

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 399 hits
Tak dinafikan bahawa buah durian sememangnya mahal dipasaran bergantung kepada jenis buah durian berkenaan Tapi ada yang cuba memanipulasikan harga raja buah berkenaan dengan cara yang tak masuk akal Menurut Ketua Pegawai Penguat Kuasa Keme...
Tanpa Kenal Penat Lelah Artis Ini Mampu Guna Kereta Import Selepas 10 Tahun Rupa Rupanya Ini Yang Beliau Buat

Tanpa Kenal Penat Lelah Artis Ini Mampu Guna Kereta Import Selepas 10 Tahun Rupa Rupanya Ini Yang Beliau Buat

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 350 hits
Sesuatu yang diperoleh dari hasil kerja keras sendiri merupakan salah satu kebahagiaan untuk diri sendiri Tambahan pula apa yang diperoleh itu mampu memberi impak yang baik kepada insan terdekat Pelakon Shakilla Khoriri berkongsi berita gem...
Jangan Guna Aplikasi Faceapp Kata Mufti Wp

Jangan Guna Aplikasi Faceapp Kata Mufti Wp

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 266 hits
Umat Islam dilarang menggunakan aplikasi yang menukar gambar wajah seseorang seperti FaceApp kerana beberapa sebab kata Mufti Wilayah Persekutuan Dr Luqman Abdullah Menjelaskan hal itu hari ini beliau berkata aplikasi berkenaan mempunyai un...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Harga Netflix Malaysia Terkini 2025

Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal