Pakaian Seragam Sekolah Perlu Dikaji Semula


 


ULASAN | Pada 2 Februari 1969, Menteri Pelajaran pada ketika itu Abdul Rahman Yaacob telah mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Pakaian Seragam Sekolah-Sekolah.
Hasil penubuhan jawatankuasa tersebut, pada 29 Jun 1969, beliau telah mengumumkan pakaian seragam sekolah yang berkuatkuasa pada 1970 dan terpakai sehingga ke hari ini.
Pemakaian pakaian seragam sekolah di Malaysia mempunyai beberapa tujuan. Tujuan utamanya adalah bagi menggalakkan rasa kesaksamaan dalam kalangan pelajar dan menyelesaikan masalah yang mungkin timbul daripada pilihan pakaian atau fesyen yang tidak sesuai.
Selain itu, pakaian seragam membantu dalam mengenal pasti pelajar bagi memudahkan kakitangan sekolah memastikan keselamatan di sekolah. Pakaian seragam juga merupakan pilihan yang lebih berpatutan berbanding dengan membeli pakaian harian berjenama dan mahal sebagai pakaian ke sekolah.
Malaysia berada dalam zon iklim panas dan lembap, suhu purata Malaysia meningkat daripada 26.3 °C kepada 27.8 °C dari 1968 hingga 2005. Sesetengah kawasan bandar pula mencatatkan kenaikan ketara 6.7 °C antara tahun 1998 and 2019. Kini suhu maksimum siang hari melebihi 30 °C hampir sepanjang tahun.
Gelombang haba yang melanda Malaysia dari April dijangka sehingga September 2023, telah membuatkan kita lebih sedar tentang kesan suhu udara yang tinggi terhadap kesihatan, kesejahteraan dan produktiviti.
Kadar aktiviti
Suhu udara yang tinggi boleh menyebabkan ketidakselesaan, menyukarkan tugas harian dan dalam kes yang melampau boleh mengakibatkan strok haba. Kanak-kanak sekolah rendah khususnya, yang fisiologinya sedang berkembang adalah yang paling terkesan dengan impak ini.
Kebanyakan bilik darjah sekolah hanya bergantung kepada kipas siling dan pengudaraan semula jadi. Apabila kondisi persekitaran tidak dapat diubah, dua faktor lain yang boleh dikawal adalah kadar aktiviti dan pakaian.
Kadar aktiviti pelajar di dalam bilik darjah adalah paling minimal dengan kebanyakan aktiviti adalah dalam keadaan duduk. Dari segi pakaian, orang dewasa bebas untuk menukar pakaian yang selesa mengikut keadaan cuaca semasa.
Namun bagi pelajar sekolah, pemakaian pakaian seragam selama sekurang-kurangnya lima jam pada waktu siang menjadikannya mencabar untuk kekal selesa.
Justeru, pakaian seragam sekolah yang sesuai dengan iklim tempatan memberi perbezaan yang ketara dalam kesejahteraan pelajar. Pakaian sekolah yang terlalu formal seperti tali leher, blazer dan rompi tidak sesuai dengan cuaca panas di Malaysia kerana pakaian formal ini direka khusus untuk meningkatkan haba pada badan yang sesuai untuk iklim sejuk.
Sebagai contoh, pakaian yang mempunyai pemotongan longgar dan berlengan pendek bagi pelajar lelaki amat membantu dalam meningkatkan pengudaraan. Sebagai cadangan, pemilihan pakaian yang lebih bersahaja seperti t-shirt yang tidak tebal dan seluar yang longgar dan selesa boleh memberi keselesaan kepada pelajar.
Warna pakaian juga memainkan peranan penting dalam penyerapan haba. Pakaian berwarna lembut seperti putih atau pastel boleh membantu mengurangkan penyerapan haba dan menjadikan pelajar lebih selesa.
Walau bagaimanapun, sekiranya pakaian sekolah melibatkan penggunaan warna yang lembut, fabrik perlu dipastikan tidak terlalu jarang terutamanya untuk kegunaan pelajar perempuan muslim agar lebih sopan dan menutupi aurat dengan sempurna. Manakala fabrik berwarna putih juga mungkin agak kurang sesuai kerana mudah kotor.
Jenis fabrik
Selain itu, pemilihan jenis fabrik untuk pakaian sekolah perlu diberi perhatian. Penggunaan kombinasi bahan yang sesuai dengan iklim dan aktiviti pelajar perlu dipertimbangkan. Pemilihan jenis fabrik yang mempunyai keupayaan menyerap kelembapan seperti “polyester blends” (campuran poliester) sesuai digunakan dan lebih murah.
Fabrik jenis ini direka bentuk untuk menarik kelembapan dari badan, memastikan pelajar berasa kering dan selesa walaupun dalam cuasa panas. Selain itu, fabrik jenis ini juga sesuai untuk aktiviti yang agak lasak, selain kurang berkedut.
Sifat antikedut sudah tentu menggembirakan ibu bapa dan anak-anak kerana tidak perlu memperuntukkan masa yang lama untuk tujuan menyeterika.
Gentian semula jadi seperti buluh, yang tinggi penanamannya di Malaysia, mempunyai kualiti unik yang menyumbang kepada keselesaan pemakai. Manfaat gentian ini perlu diperluaskan dalam pengeluaran pakaian khususnya di Malaysia yang beriklim panas dan lembap.
Gentian buluh mempunyai sifat kebolehnafasan yang baik, menyerap lembapan daripada kulit dan menyejatnya dengan cepat, keupayaan gentian buluh untuk mengekalkan badan yang sejuk walaupun dalam cuaca panas, mempunyai tekstur yang lembut, antibakteria dan tahan bau, sifat hipoalergenik selain sifat mampan dan mesra alam berbanding bahan tekstil yang lain.
Pemilihan fabrik daripada sumber gentian (fiber) selulosa yang dijana semula (regenerated cellulose fibre) seperti viscose rayon juga boleh diberi perhatian. Gentian ini dihasilkan sama ada dari sumber pulpa kayu atau sumber berasaskan tumbuhan lain yang telah melalui proses modifikasi yang dipanggil proses viscose atau proses rayon.
Fabrik ini mempunyai tekstur yang lembut dan licin, berkeupayaan menyerap kelembapan serta memberikan keselesaan kerana mempunyai kebolehnafasan yang sangat baik.
Fabrik dari jenis gentian ini juga mempunyai kekuatan yang baik yang membolehkan pengguna menggunakan fabrik ini berulang kali, tahan lusuh serta tahan kepada basuhan.
Selain itu, fabrik ini dapat memberikan kesan penampilan pakaian yang elegan dan versatil kerana mempunyai sifat derap atau kebolehlenturan yang baik.
Gentian dengan struktur mikrofiber juga boleh menjadi pilihan yang baik untuk menghasilkan pakaian seragam sekolah. Mikrofiber merujuk istilah yang digunakan untuk menjelaskan sesuatu gentian yang dihasilkan secara sangat halus.
Kehalusannya adalah 100 kali lebih halus daripada rambut manusia. Kelebihan gentian mikrofiber meliputi kelembutan yang memberi keselesaan, daya serapan peluh yang baik, ketahanan terhadap kekotoran, kekuatan yang baik, cepat kering apabila basah serta ringan.
Selain itu, adalah penting juga untuk kita memanfaatkan teknologi tekstil terkini dalam pemilihan bahan dan reka bentuk pakaian sekolah bagi memberikan keselesaan kepada pelajar.
Antaranya inovasi fabrik penyerap peluh, perlindungan UV, keupayaan menahan kekotoran serta pelbagai lagi inovasi berkaitan tekstil pintar. Inovasi reka bentuk ergonomik pembuatan pakaian yang mampu meningkatkan kadar pengaliran udara yang baik dan mengurangi rasa tidak selesa juga perlu diberi perhatian.
Dalam keadaan cuaca panas di Malaysia, pakaian sekolah yang selesa sangat penting untuk memastikan pelajar dapat memberikan tumpuan yang optimum dalam pembelajaran. Oleh itu, adalah amat penting supaya piawaian seragam sekolah dikaji semula dan menjadikannya lebih mesra iklim untuk memastikan keselesaan terma, kesihatan dan kesejahteraan para pelajar. - Mkini
AZIAN HARIRI merupakan Penyelidik Utama Industrial Hygiene Research Group Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian MMKtT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/06/pakaian-seragam-sekolah-perlu-dikaji.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 164 hits
Cepat masa berlalu Kakak Maira dah nak masuk darjah 1 sesi persekolahan baru akan datang terasa makin tua ibu anak dah makin besar eh tiba sebak huhuu Maka bermulalah rutin baru untuk ibu menyediakan kelengkapan persekolahan formal kakak Te...
Pakaian Nurse Ketat Netizen Setuju Pakaian Seragam Nurse Mengimut Hospit Swasta Yang Longgar Dan Selesa

Pakaian Nurse Ketat Netizen Setuju Pakaian Seragam Nurse Mengimut Hospit Swasta Yang Longgar Dan Selesa

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 183 hits
Persoalan yang patut ditanya ialah adakah masih wajar nurse pakai uniform yang sekarang ni Pernah ke gov buat survey nurse nurae selesa ke pakai baju putih and kain tebal sebagai uniform Seluar iron tajam memberi perkhidmatan kesihatan kepa...
Baca Sebelum Hantar Sekolah Tasha Manshahar Kongsi Amalan Surah Ar Rahman Anak Tak Tantrum

Baca Sebelum Hantar Sekolah Tasha Manshahar Kongsi Amalan Surah Ar Rahman Anak Tak Tantrum

papar berkaitan - pada 12/6/2023 - jumlah : 179 hits
Ibu mana yang tidak bimbang setiap kali menghantar anak ke sekolah Dengan doa dan harapan anak dapat mengaut ilmu sebanyak mungkin dan paling penting lebih terang hati untuk belajar dan enjoy di sekolah Penyanyi Tasha Manshahar juga turut b...
Murid Cedera Jatuh Bangunan Sekolah

Murid Cedera Jatuh Bangunan Sekolah

papar berkaitan - pada 13/6/2023 - jumlah : 317 hits
Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zulkipli SuhailiSIBU Seorang murid berusia 14 tahun terjatuh dari bangunan sekolah pada hari Isnin Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili menyatakan mangsa yang telah dimasukka...
6 832 Pelajar Tercicir Dibawa Kembali Ke Sekolah Tahun Lalu

6 832 Pelajar Tercicir Dibawa Kembali Ke Sekolah Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 13/6/2023 - jumlah : 188 hits
Kuala Lumpur Seramai 6 832 murid berjaya dibawa kembali ke sekolah oleh Kementerian Pendidikan sepanjang tahun lalu sekali gus mengelak risiko berlaku murid cicir Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata ia hasil intervensi berfokus...
Wujudkan Sekolah Lansia Tangguh Dan Produktif Pemkot Pasuruan Beri Pelatihan

Wujudkan Sekolah Lansia Tangguh Dan Produktif Pemkot Pasuruan Beri Pelatihan

papar berkaitan - pada 12/6/2023 - jumlah : 145 hits
Gus Ipul menambahkan bahwa sekolah lansia tangguh ini menjadi salah satu bagian pembangunan di Kota Pasuruan untuk mewujudkan Kota Pasuruan yang harmonis warganya
Rakan2 Sebaya Ambil Keputusan Spm Cleaner Sekolah Hanya Lihat Dari Jauh

Rakan2 Sebaya Ambil Keputusan Spm Cleaner Sekolah Hanya Lihat Dari Jauh

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 147 hits
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia yang baru sahaja diumumkan pada 8 Jun 2023 menghadirkan pelbagai cerita suka duka buat mereka yang mengambil peperiksaan tersebut beberapa bulan yang lalu Kisah mereka yang mendapat keputusan cemerlang sem...
30 Ranking Sekolah Terbaik Keputusan Spm 2022 Mengikut Gred Purata Sekolah

30 Ranking Sekolah Terbaik Keputusan Spm 2022 Mengikut Gred Purata Sekolah

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 276 hits
Ranking dan Senarai Sekolah Terbaik SPM 2022 2023 Keseluruhan SBP MRSM SMKA SABK Rangking Sekolah Terbaik Setiap Negeri di MalaysiaIngin tekankan ini adalah ranking SBP MRSM SMKA SABK Tidak Rasmi yang dikongsikan di Facebook Group Ini adala...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization