Tangan Di Atas Lebih Baik Daripada Tangan Di Bawah


Ramai dalam kalangan kita beranggapan bahawa harta yang dimiliki adalah hak mutlak tuan empunya harta. Namun sebenarnya harta tersebut bukanlah seratus peratus hak milik seseorang. Hakikatnya dalam setiap harta yang dimiliki itu terdapat hak milik orang lain.
Hal yang demikian dirakamkan dalam firman Allah dalam surah Az-zariyat ayat 19: Maksudnya: “Dan pada harta benda mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak meminta.” 
Kita perlu yakin bahawa berinfaq atau bersedekah tidak akan menjadikan seseorang itu miskin malahan rezeki akan semakin bertambah dengan izin Allah SWT. 
Hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: “Dari Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kemuliaannya. Dan tidak ada orang yang merendahkan diri kerana Allah, melainkan Allah akan mengangkat darjatnya.” (Muslim: 4689)
Di samping itu, bersedekah akan melipatgandakan lagi harta yang dimiliki. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 261: Maksudnya: "Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha mengetahui."
Justeru Islam amat menyarankan umatnya agar terus menjadi sebahagian daripada golongan yang bersedekah atau berinfaq.
Hal yang demikian dinyatakan dengan jelas dalam sebuah hadis berikut: Maksudnya: “Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah, maka mulailah untuk orang-orang yang menjadi tanggunganmu dan sedekah yang paling baik adalah dari orang yang sudah cukup (untuk keperluan dirinya). Maka barangsiapa yang berusaha memelihara dirinya, Allah akan memeliharanya dan barangsiapa yang berusaha mencukupkan dirinya maka Allah akan mencukupkannya”. (Bukhari: 1338)
Hadis ini mengajak serta menyeru kita menghidupkan amalan bersedekah terutamanya kepada ahli keluarga yang menjadi tanggungan kita. Ia juga memberi suatu gambaran jelas tentang kelebihan orang yang memberi sedekah dengan ikhlas berbanding si penerima yang amat memerlukan. Secara tersiratnya si penerima memberikan ruang amal pahala kepada si pemberi.
Jika kita mempunyai lebihan daripada keperluan asas, hulurkanlah bantuan kepada mereka yang memerlukan. Semoga apa yang kita berikan itu menjadi bekalan kita di akhirat kelak.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya." (Muslim:1631, al-Nasa’i: 3651, al-Tirmizi: 1376 dan Abu Daud: 2880) 
Hadis ini menunjukkan bahawa amalan si mati akan terputus dengan sebab kematiannya. Pahala turut terhenti kecuali melalui tiga amalan tersebut. Sesungguhnya sedekah jariah bersifat kekal dan manfaat yang diperolehi daripada amalan bersedekah tersebut dapat digunakan secara berterusan walaupun penyumbangnya sudah meninggal dunia.
Islam amat menggalakkan sifat bantu membantu antara satu sama lain terutamanya kepada golongan yang memerlukan. Atas kesedaran itu, marilah kita membiasakan amalan bersedekah dalam kehidupan seharian. Walaupun sebesar zarah, amalan bersedekah ini cukup bermakna kepada si penerima yang hidup dalam serba kekurangan dan mendatangkan pahala yang besar kepada si pemberi yang benar-benar ikhlas. 
Sinar Rohani

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2024/09/tangan-di-atas-lebih-baik-daripada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Madani Satu Ikhtiar Ke Arah Lebih Baik

Madani Satu Ikhtiar Ke Arah Lebih Baik

papar berkaitan - pada 15/9/2024 - jumlah : 123 hits
Malaysia Madani merupakan suatu ikhtiar secara bersepadu dan holistik untuk menjadikan segala dasar dan pelaksanaan di Malaysia lebih manusiawi yang sentiasa ditambah baik menerusi musyawarah dan maklum balas rakyat Definisi madani maju dar...
Lebih Baik Buat Kerja Dari Dok Gadoh

Lebih Baik Buat Kerja Dari Dok Gadoh

papar berkaitan - pada 14/9/2024 - jumlah : 110 hits
Abu Mishkat Saya perhati dan nampak kelibat pihak yg nak rebut kredit dlm isu GISB ni Urusan nak jaga akidah agama dicampur dgn game politik agamawan sejak lama dah sebab nak berebut kedudukan Pasal tindakan utk jaga akidah umat tu semua pi...
Fadli Saari Dari Selak Kain Orang Lebih Baik Selak Kain Sendiri

Fadli Saari Dari Selak Kain Orang Lebih Baik Selak Kain Sendiri

papar berkaitan - pada 25/9/2024 - jumlah : 101 hits
Pst by Zainuddin Omar3rd Force Pasir Mas ANAK PENOREH PERLU BANTUAN KE UPSIKg Tok Pelandok 21hb Sept 2024Kunjungan kami hari ini membawa kami ke sebuah pondok usang di Kg Tok Pelandok Pondok usang ini didiami oleh pasangan suami isteri Mohd...
Zulin Aziz Ditegur Berisi Lebih Baik Cakap Saya Mengandung Daripada Kata Saya Gemuk

Zulin Aziz Ditegur Berisi Lebih Baik Cakap Saya Mengandung Daripada Kata Saya Gemuk

papar berkaitan - pada 16/9/2024 - jumlah : 135 hits
ditegur berisi Lebih baik cakap saya mengandung daripada kata saya gemuk Demikian luahan hati artis versatil tentang dirinya yang sering kali disangka berbadan dua Zulin Aziz Ditegur Berisi Lebih Baik Cakap Saya Mengandung Daripada Kata Say...
Elakkan Body Shaming Jadilah Lebih Baik Bukan Menyakiti

Elakkan Body Shaming Jadilah Lebih Baik Bukan Menyakiti

papar berkaitan - pada 21/9/2024 - jumlah : 155 hits
Body shaming atau mempersendakan bentuk badan seseorang adalah bukanlah isu lama Ia bukan saja menyebabkan bebanan emosi pada mangsa malah boleh mengakibatkan masalah kesihatan mental seperti kemurungan dan rendah diri Jadi mari kita sama s...
Manfaat Minyak Zaitun Lebih Dari Sekadar Ramuan Dapur

Manfaat Minyak Zaitun Lebih Dari Sekadar Ramuan Dapur

papar berkaitan - pada 12/9/2024 - jumlah : 148 hits
Minyak zaitun atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai olive oil sering kali dianggap sebagai bintang dalam dapur Namun tahukah korang bahawa minyak ini mempunyai lebih banyak manfaat daripada sekadar memanjakan pasta korang haha Jom bac...
Akmal Nasrullah Kerajaan Persekutuan Lulus 40 Projek Di Pahang Bernilai Lebih Rm5 9 Bilion

Akmal Nasrullah Kerajaan Persekutuan Lulus 40 Projek Di Pahang Bernilai Lebih Rm5 9 Bilion

papar berkaitan - pada 12/9/2024 - jumlah : 148 hits
KUANTAN Kerajaan Persekutuan meluluskan 40 projek di Pahang melibatkan kos lebih RM5 9 bilion menerusi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air dalam Rancangan Malaysia Ke 12 Timbalan Menteri PETRA Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkat...
Viral Akmal Lebih Pas Dari Pemimpin Pas Hipokrit Pilih Bulu Kenapa

Viral Akmal Lebih Pas Dari Pemimpin Pas Hipokrit Pilih Bulu Kenapa

papar berkaitan - pada 11/9/2024 - jumlah : 98 hits
Beberapa jam sebelum Naib Pengerusi DAP Teresa Kok membantah cadangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk mempertimbangkan mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menghidangkan daging babi dan alkohol rak...
Jang Gunjoo Sedang Bercinta Dengan Youtuber 8 Tahun Lebih Muda

Jang Gunjoo Sedang Bercinta Dengan Youtuber 8 Tahun Lebih Muda

papar berkaitan - pada 9/9/2024 - jumlah : 96 hits
Betul ke Jang Gun joo sedang bercinta dengan YouTuber terkenal Artikel Berkaitan Baru baru ini khabar angin tersebar di komuniti dalam talian bahawa Jung Gun joo sedang menjalin hubungan dengan Nam Seo yeon seorang YouTuber yang 8 tahun leb...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Umur Berkurang Setiap Masa

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Wanita Berhati Angkasa Buku Motivasi Untuk Wanita Dan Inspirasi Untuk Suri Rumah