Tandatangan Proklamasi Orang Melayu Tak Bermakna Rasis Zaid



(Malaysia Gazette) – Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak rasis dalam menandatangani Proklamasi Orang Melayu.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim sebaliknya menjelaskan, dua pemimpin negara itu berbuat demikian kerana sayangkan bangsa Melayu serta Islam.
Katanya, apabila seseorang menyatakan rasa sayang dan kasihnya kepada bangsa sendiri tidak bermakna rasis.
“Selepas Dr. Mahathir dan Abdul Hadi tandatangan Proklamasi Orang Melayu baru-baru ini, ada sesetengah pihak mengatakan mereka berdua rasis dan perkauman.
“Kalau kita sayangkan bangsa kita tidak berertinya kita rasis. Saya yakin dua pemimpin ini sayangkan bangsa Melayu dan Islam. Mereka bukanlah rasis.
“Samalah DAP sayangkan kepentingan orang Cina, tidak semua orang DAP rasis. Ada benda yang kita setuju dengan pandangan mereka dan ada benda yang kita tidak setuju,” katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini.
Rabu lalu, media melaporkan beberapa pemimpin Pas termasuk Abdul Hadi menandatangani Proklamasi Orang Melayu yang dicetuskan oleh Dr. Mahathir.
Perkara tersebut dikongsi pembantu Mahathir, Abu Bakar Yahya di Facebooknya yang turut menularkan video pertemuan itu dengan komen ringkas daripada Abdul Hadi.
Zaid mengingatkan pihak tertentu agar tidak mudah melabelkan orang lain sebagai rasis.
Beliau memberi contoh, Pas memerintah Kelantan selama 33 tahun, tidak nampak berlaku pilih kasih atau amalan perkauman di negeri itu.
“Jangan mudah kita labelkan orang itu rasis. Pas memerintah Kelantan selama lebih 33 tahun, saya tak nampak mereka itu rasis kepada bangsa lain.
“Yang saya dan sesetengah orang lain kritik Pas ini ialah dasar mereka yang sempit. Kita kritik mereka supaya mengubah dasarnya kalau nakkan sokongan lebih meluas.
“Tapi, dari segi dasar Pas, saya tidak anggap mereka itu rasis atau bencikan orang Cina dan sebagainya. Mereka cuma mempunyai pandangan yang agak unik dan pelik. Itulah masalah Pas,” kata beliau.
Justeru, beliau meminta orang ramai tidak memandang serong terhadap Dr. Mahathir yang banyak berbuat jasa kepada rakyat dan negara.
Katanya, beliau tidak nafikan Dr. Mahathir ada juga buat silap, tetapi jasanya kepada negara dan orang Melayu khususnya tidak boleh dilupakan begitu sahaja.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/05/06/tandatangan-proklamasi-orang-melayu-tak-bermakna-rasis-zaid/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Proklamasi Melayu Boleh Sukses Jika Najib Razak Yang Menerajui Nya

Proklamasi Melayu Boleh Sukses Jika Najib Razak Yang Menerajui Nya

papar berkaitan - pada 10/5/2023 - jumlah : 349 hits
Oleh Adam MalikTindakan Mahathir tiba tiba ujudkan sebuah gerakan dinamakan Proklamasi Melayu mendatangkan syak wasangka bagi pihak pihak yang mengenali tabiat Mahathir Sekian lama memerintah negara sekitar 24 tahun jumlah nya dan sebanyak ...
Dr M Himpun Kumpulan Anti Anwar Melalui Proklamasi Melayu Kata Penganalisis

Dr M Himpun Kumpulan Anti Anwar Melalui Proklamasi Melayu Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 4/5/2023 - jumlah : 314 hits
freemalaysiatoday com04 May 2023 8 30amBagaimanapun penandatanganan proklamasi oleh beberapa pemimpin pembangkang itu juga boleh membawa kepada percubaan untuk menggulingkan kerajaan perpaduan Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan beberapa pemi...
Pemimpin Pas Tandatangani Proklamasi Orang Melayu

Pemimpin Pas Tandatangani Proklamasi Orang Melayu

papar berkaitan - pada 4/5/2023 - jumlah : 275 hits
ismaweb netPemimpin PAS tandatangani Proklamasi Orang MelayuKembali pada prinsip asal perjuangan Islam tonggaknya bangsa dan kaumKUALA LUMPUR 12 Syawal 1444H Rabu Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang bersama beberapa pemimpin parti itu men...
Proklamasi Melayu Menuju Lesu Bakal Gagal Sebagaimana Tun Mahathir Ditolak Pada Pru15 Lalu

Proklamasi Melayu Menuju Lesu Bakal Gagal Sebagaimana Tun Mahathir Ditolak Pada Pru15 Lalu

papar berkaitan - pada 7/5/2023 - jumlah : 334 hits
Walau apa jua hujah yang cuba disimpang siurkan secara umumnya semua orang sedar Proklamasi Melayu yang merupakan sebuah gerakan tajaan Tun Mahathir Mohamad adalah bertujuan untuk membawa orang orang Melayu menjauhi dan menolak kepimpinan A...
Mahathir Punca Orang Melayu Mundur

Mahathir Punca Orang Melayu Mundur

papar berkaitan - pada 5/5/2023 - jumlah : 298 hits
PETALING JAYA Seorang pemimpin PKR mendakwa dasar penswastaan Dr Mahathir Mohamad punca utama ramai orang Melayu ketika ini berada dalam kelompok miskin Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim berkata kemunduran orang Melayu dan Bumiputera ...
Kampung Melayu Majidee Teruk Dilanda Ribut

Kampung Melayu Majidee Teruk Dilanda Ribut

papar berkaitan - pada 4/5/2023 - jumlah : 217 hits
KUALA LUMPUR Hujan lebat dan ribut petir yang melanda beberapa kawasan di Johor Bahru semalam menyebabkan banyak rumah serta kenderaan rosak
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Anugerah Rekod Nilam

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya