Proklamasi Melayu Menuju Lesu Bakal Gagal Sebagaimana Tun Mahathir Ditolak Pada Pru15 Lalu




Walau apa jua hujah yang cuba disimpang-siurkan, secara umumnya semua orang sedar Proklamasi Melayu yang merupakan sebuah gerakan tajaan Tun Mahathir Mohamad adalah bertujuan untuk membawa orang-orang Melayu menjauhi dan menolak kepimpinan Anwar Ibrahim.


Meski proklamasi itu dikatakan bertujuan memperjuang dan membela nasib orang Melayu, realitinya orang Melayu yang terancam ketika ini hanyalah mereka yang tidak berada di luar kerajaan lantaran tidak lagi ada kuasa dan ditolak pengundi sehingga hilang deposit pada PRU lalu.


Selebihnya, orang Melayu masih aman dan baik-baik saja kerana kerajaan dan kepimpinan kerajaan masih dipegang secara majoriti oleh pemimpin Melayu.


Lebih daripada itu, sejak Anwar memegang jawatan Perdana Menteri, tiada elemen atau tindakan yang menggugat kedudukan orang Melayu pernah dilakukan.


Jadi, nak perjuangkan nasib Melayu apa lagi?


Menoleh ke belakang pula, Tun Mahathir yang kini memperjuangkan Melayu kononnya, kalau mahu dikira adalah pemimpin yang paling tidak layak bercakap untuk memperjuangkan nasib Melayu.


Ketika berkuasa, beliau memecahkan Melayu dengan menolak kemasukan Tengku Razaleigh Hamzah ke dalam UMNO Baru yang ditubuhkannya selepas pemilihan 1987 sehingga bekas Ahli Parlimen Gua Musang itu terpaksa menubuhkan Semangat 46.


Kemudian pada 1998, lantaran bimbang kepada ancaman Anwar, beliau telah memecat bekas timbalannya itu sehingga tercetusnya gerakan reformasi dan tertubuhnya parti PKR.


Adakah memperjuangkan Melayu sehingga sanggup membuatkan UMNO terpecah demi ingin menyelamatkan kuasa sendiri?


Orang Melayu pasti tidak terpecah dan kekal terangkum jika Semangat 46 dan PKR tidak ditubuhkan atau jika selepas bersara, Tun Mahathir tidak lagi mencampuri urusan politik negara.


Seterusnya dalam usaha untuk kembali berkuasa pada 2018 bagi tujuan untuk menumbangkan Najib Razak, Tun Mahathir telah memilih DAP untuk mencapai cita-citanya itu, selain kembali berbaik semula dengan Anwar.


Kemenangan beliau pada 2018 bukan saja disebabkan oleh sokongan bukan Melayu, malah selepas itu dilantiknya pula Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan.


Lagi pula, kalau mahu menolong dan membela nasib Melayu, Tun Mahathir telah diberikan peluang selama 22 tahun campur 22 bulan untuk berbuat demikian.


Tetapi, apa perjuangan untuk Melayu yang boleh kita ingati dan kenang pernah dilakukannya ketika berkuasa dahulu?


Sebab itu, bak kata Anwar- sudah hilang kuasa baru bicara soal Melayu?


Dalam erti kata yang mudah, Tun Mahathir sebenarnya paling tidak sesuai dan malu sendiri untuk bercakap soal membela dan memperjuangkan nasib Melayu pada ketika ini.


Hakikatnya, beliau pernah ada kesempatan paling terbaik berbanding semua orang Melayu yang lain untuk membela dan memperbaiki nasib orang-orang Melayu.


Dalam usianya di hujung senja ketika, Tun Mahathir tidak lain hanya mahu mencipta satu lagi rekod iaitu menjatuhkan seorang lagi Perdana Menteri melalui gerakan yang Proklamasi Melayu yang digerakkkannya ini.


Itulah sebetulnya motif Proklamasi Melayu dan tiada sebab-sebab lain. Noktah. Titik.


Namun demikian, dengan beliau senakin di hujung usia, kemampuannya dirasakan kian tiada, bukan berkedudukan sebagai Ahli Parlimen, tidak berparti dan anaknya sendiri, Mukhriz tidak lagi bersama dalam perjuangannya, matlamat yang ingin dicapai melalui Proklamasi Melayu itu semakin menuju sendu serta lesu.


Sementara hanya beberapa pemimpin Pas yang sudi menandatangani proklamasi itu, parti Bersatu secara kolektifnya menolak sama sekali untuk bersama.


Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu atau Peja bersama dua pemimpin Bersatu yang lain sekadar menandatangani Proklamasi Melayu itu atas kapasiti peribadi dan tanpa restu Mahiaddin Md Yasin.


Selain Mahiaddin, Hamzah Zainuddin selaku Ketua Pembangkang juga enggan membabitkan diri dalam Proklamasi Melayu, meskipun dilaporkan ada cubaan mengajak Ahli Parlimen Larut itu hadir sama ke rumah Tun Mahathir bersama pimpinan Pas yang berhari raya pada minggu lalu.


Parti Melayu yang lain, bahkan majoriti orang Melayu secara umumnya tidak merasakan Proklamasi Melayu itu sesuatu yang perlu dan penting untuk disertai.


Ada yang turut menandatanganinya sekadar suka-suka dan tidak lebih daripada itu.


Sebagaimana Pejuang telah gagal dan hilang deposit pada PRU15 lalu, Proklamasi Melayu juga semakin hampir menuju destinasi yang sama dan Anwar tidak perlu cemas mendepaninya. – ShahbudinHusin 07/05/2023.


https://shahbudindotcom.net/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/05/proklamasi-melayu-menuju-lesu-bakal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Proklamasi Melayu Boleh Sukses Jika Najib Razak Yang Menerajui Nya

Proklamasi Melayu Boleh Sukses Jika Najib Razak Yang Menerajui Nya

papar berkaitan - pada 10/5/2023 - jumlah : 250 hits
Oleh Adam MalikTindakan Mahathir tiba tiba ujudkan sebuah gerakan dinamakan Proklamasi Melayu mendatangkan syak wasangka bagi pihak pihak yang mengenali tabiat Mahathir Sekian lama memerintah negara sekitar 24 tahun jumlah nya dan sebanyak ...
Pertemuan Annuar Tun M Adakah Bakal Wujud Kerjasama Politik Baharu

Pertemuan Annuar Tun M Adakah Bakal Wujud Kerjasama Politik Baharu

papar berkaitan - pada 1/5/2023 - jumlah : 169 hits
agendaily com01 05 2023Pertemuan Annuar Musa dengan Dr Mahathir Mohamad pada Ahad 30 April 2023 Tan Sri Annuar Musa bertemu dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Ahad dalam satu hantaran yang dikongsi di Facebook semalam...
Rasa Rasanya Jangankan Rm150 Juta Rm1 50 Sen Pun Belum Tentu Tun Mahathir Boleh Dapat

Rasa Rasanya Jangankan Rm150 Juta Rm1 50 Sen Pun Belum Tentu Tun Mahathir Boleh Dapat

papar berkaitan - pada 6/5/2023 - jumlah : 198 hits
Tun Mahathir Mohamad akhirnya mengotakan kata katanya apabila memfailkan saman fitnah RM150 juta terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim kerana menuduhnya memperkayakan diri keluarga dan kroninya ketika berkuasa Menurut pernyataan tuntutan y...
Mahathir Angkat Kaki Tidak Apa Pas Ada Melayan Tun Dun Worry Bebeh

Mahathir Angkat Kaki Tidak Apa Pas Ada Melayan Tun Dun Worry Bebeh

papar berkaitan - pada 12/5/2023 - jumlah : 294 hits
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan beliau kini tidak lagi bersama dengan Gerakan Tanah Air dan memegang apa apa jawatan dalam gerakan berkenaan Menurutnya keputusan berkenaan dibuat selepas menyedari bahawa GTA tidak ...
Mahathir Punca Orang Melayu Mundur

Mahathir Punca Orang Melayu Mundur

papar berkaitan - pada 5/5/2023 - jumlah : 213 hits
PETALING JAYA Seorang pemimpin PKR mendakwa dasar penswastaan Dr Mahathir Mohamad punca utama ramai orang Melayu ketika ini berada dalam kelompok miskin Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim berkata kemunduran orang Melayu dan Bumiputera ...
Dapat Sample Free Pampers Dewasa

Ahli Parlimen Ditahan Selepas Didakwa Lakukan Serangan Seksual

Gopayz Tamat Operasi Pada 31 Mac 2025 Ini Tindakan Yang Perlu Diambil Pengguna

Empat Ditahan Dalangi 11 Kes Ragut

Milo Malaysia Breakfast Day 2025 Meraikan 75 Tahun Kebaikan Khasiat Bersama Lebih 35 000 Rakyat Malaysia Di Putrajaya

Cuti Raya China 2025

Resipi Sos Steamboat Ala Sukiya Mudah Sedap

Majlis Ulama Umno Gesa Menteri Bukan Islam Lebih Berhati Hati


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Tersalah Guna Oxygen Absorber Ini Cara Betul Pilih Ikut Jenis Makanan

Jom Ubah Diri Dalam 30 Hari

Achieve Scalable Growth With Sap Saas Malaysia By Abeam Academy

Dji Osmo Pocket Bike Setting

Tahun Baru Cerita Baru

Huatyou Minuman Zus Coffee Dengan Banana Series Memang Sedap