Tanda Tanda Lailatul Qadar
Terdapat beberapa tanda Lailatul Qadar. Tanda yang paling tepat ialah jika berlaku Lailatul Qadar pada malamnya, sinaran cahaya matahari pagi esoknya tidak kuat berdasarkan hadits:
إِنَّ الشَّمْسَ صَبِيحَتَهَا لَيْسَ لَهَا شُعَاعٌ.
“𝑺𝒆𝒔𝒖𝒏𝒈𝒈𝒖𝒉𝒏𝒚𝒂 𝒄𝒂𝒉𝒂𝒚𝒂 𝒎𝒂𝒕𝒂𝒉𝒂𝒓𝒊 𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒑𝒂𝒈𝒊𝒏𝒚𝒂, 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒌𝒖𝒂𝒕 𝒄𝒂𝒉𝒂𝒚𝒂 𝒑𝒂𝒅𝒂𝒏𝒚𝒂 (𝒌𝒆𝒍𝒊𝒉𝒂𝒕𝒂𝒏 𝒑𝒖𝒕𝒊𝒉 𝒄𝒆𝒓𝒂𝒉, 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒃𝒂𝒏𝒚𝒂𝒌 𝒔𝒊𝒏𝒂𝒓𝒂𝒏).”
.
Imam Nawawi dalam Syarh Muslim menukilkan pandangan Imam Qadhi Iyadh yang menukilkan pandangan para ulama lain yang mengatakan kerana cahaya matahari pagi itu dihalang oleh sayap-sayap Malaikat naik semula ke langit setelah turun pada malam Lailatul Qadar.
.
Tanda-tanda lain termasuklah rasa air laut menjadi tawar, sebahagian Salafus Soleh melihat para Malaikat tawaf di Masjidil Haram di atas kepala manusia, pelepah tamar sujud, lelaki lumpuh boleh berjalan selepas berdoa dan lelaki di Bashrah sembuh daripada bisu malamnya tenang (tidak bunyi bising/ hiruk pikuk), tidak panas dan tidak sejuk. (𝐋𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚-𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐢𝐧𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐀𝐥-𝐌𝐚𝐣’𝐦𝐮’, 𝟔/𝟒𝟗𝟎, 𝐋𝐚𝐭𝐡𝐨’𝐢𝐟 𝐚𝐥-𝐌𝐚’𝐚𝐫𝐢𝐟, 𝐦𝐬. 𝟏𝟗𝟒-𝟏𝟗𝟓, 𝐉𝐚𝐦’ 𝐚𝐥-𝐅𝐚𝐰𝐚’𝐢𝐝, 𝐦𝐬. 𝟏𝟏𝟓 𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐢𝐫 𝐚𝐬-𝐒𝐚𝐥𝐢𝐤𝐢𝐧, 𝟏/𝟏𝟑𝟒).
.
Dikatakan malam itu juga anjing tidak menyalak (𝐥𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐉𝐚𝐦’ 𝐚𝐥-𝐅𝐚𝐰𝐚’𝐢𝐝, 𝐦𝐬. 𝟏𝟏𝟓 𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐢𝐫 𝐚𝐬-𝐒𝐚𝐥𝐢𝐤𝐢𝐧, 𝟏/𝟏𝟑𝟒).
.
Imam Syafi’i mengatakan ia berlaku pada malam ke 21 Ramadhan. Di ketika lain, beliau berkata ia berlaku pada malam ke 23. Walau bagaimanapun, pendapat jumhur mengatakan ia berlaku pada malam ke 27 Ramdhan.
.
Dikongsikan jadual kaedah mencari Lailatuqadar yang susun oleh alim ulama melalui pengalaman ibadah mereka memburu malam istimewa ini.
.
Apapun, yang penting, tingkatkanlah amalan kebaikan (hasanat) dan mendekatkan diri kepada Allah (qurubat) pada semua 10 malam terakhir di bulan Ramadhan ini. Itulah yang ditunjukkan oleh Rasulullah seperti yang dinyatakan oleh Sayyidatuna Aisyah:
كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِذَا دَخَلَ اَلْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ، وَأَحْيَا لَيْلَهُ، وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ.
“𝑨𝒅𝒂𝒍𝒂𝒉 𝑹𝒂𝒔𝒖𝒍𝒖𝒍𝒍𝒂𝒉 𝒔𝒆𝒍𝒂𝒍𝒖 𝒌𝒆𝒕𝒊𝒌𝒂 𝒎𝒆𝒎𝒂𝒔𝒖𝒌𝒊 𝟏𝟎 𝑹𝒂𝒎𝒂𝒅𝒉𝒂𝒏 𝒕𝒆𝒓𝒂𝒌𝒉𝒊𝒓, 𝑩𝒂𝒈𝒊𝒏𝒅𝒂 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒊𝒌𝒂𝒕 𝒌𝒂𝒊𝒏𝒏𝒚𝒂 (𝒃𝒆𝒓𝒔𝒖𝒏𝒈𝒈𝒖𝒉-𝒔𝒖𝒏𝒈𝒈𝒖𝒉 𝒅𝒂𝒍𝒂𝒎 𝒊𝒃𝒂𝒅𝒂𝒉 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒊𝒏𝒈𝒈𝒂𝒍𝒌𝒂𝒏 𝒊𝒔𝒕𝒆𝒓𝒊-𝒊𝒔𝒕𝒆𝒓𝒊𝒏𝒚𝒂), 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒉𝒊𝒅𝒖𝒑𝒌𝒂𝒏 𝒎𝒂𝒍𝒂𝒎𝒏𝒚𝒂 (𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒊𝒃𝒂𝒅𝒂𝒉) 𝒅𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒂𝒏𝒈𝒖𝒏𝒌𝒂𝒏 𝒊𝒔𝒕𝒆𝒓𝒊-𝒊𝒔𝒕𝒆𝒓𝒊𝒏𝒚𝒂 (𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒃𝒆𝒓𝒊𝒃𝒂𝒅𝒂𝒉).” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
-----------------------
Petikan dari kitab 𝑴𝒊𝒔𝒃𝒂𝒉𝒖𝒅𝒖𝒋a 𝑺𝒚𝒂𝒓𝒂𝒉 𝑺𝒂𝒇𝒊𝒏𝒂𝒕𝒖𝒏𝒏𝒂𝒋𝒂 muka surat 585, nota kaki 536. Lihat kitab >> https://mylink.la/mediaumj Lihat Sedikit
sumber : Ustaz Muhadir Haji Joll -Penasihat Syariah Galeri Ilmu
( https://www.facebook.com/photo?fbid=520498299452580&set=a.251429613026118 )
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://pemudattbc.blogspot.com/2022/04/tanda-tanda-lailatul-qadar.html