Tanda Tanda Kelahiran Sudah Dekat
Assalamualaikum wbt..
Bila dah dekat nak bersalin, kita pasti akan merasai sakit kontraksi dan kesakitan ini tak berkesinambungan, gejala ini akan bermula dengan rasa sakit yang ringan pada punggung, kemudian kesakitan tue akan menjalar ke seluruh tubuh. Ibu hamil perlu ambik berat tentang tahap kontraksi yang dialami supaya senang untuk menjangka masa nak bersalin.. Saya ingin berkongsi dengan awak tanda-tanda kelahiran yang semakin dekat dan semoga ianya memberi manfaat terutamanya pada bakal ibu anak sulung..
Perubahan bentuk tubuh - Perubahan pada hormon akan berubah bentuk pada ibu hamil, bermula daripada bahagian punggung akan melebar supaya dipermudahkan jalan lahir si comel, payudara juga akan nampak semakin membesar untuk proses penghasilan susu.
Sakit punggung - Ini merupakan gejala paling umum akan dirasakan sebelum melahirkan atau melalui proses bersalin. Oleh kerana itu, ibu hamil perlu dapat membezakan antara sakit pada bahagian punggung yang normal ataupun ianya merupakan salah satu tanda nak melahirkan anak.
Perut terasa mengeras - Perut ibu hamil akan terasa mengeras disebabkan bayi mulai turun ke bawah rahim. Selain itu, rasa memulas itu akan membuat perut terasa semakin keras.
Kontraksi - Dinding rahim akan semakin mengeras sebelum proses bersalin berlaku. Kontraksi ini terkadang tak terasa menyakitkan dan sebahagian wanita tak sedar akan perkara ini. Jadi ibu hamil perlu kenal sakit yang dirasai itu kontraksi ataupun bukan, sebab mungkin ianya adalah tanda-tanda untuk melahirkan bayi semakin dekat.
Keluar lendir daripada Miss V - Perkara ini merupakan tanda yang ibu hamil nak melahirkan semakin dekat. Lendir ini akan keluar daripada Miss V dan kemudian lendir ini akan bertukar menjadi air, maka ianya akan mengalir keluar sebaik tibanya saat ibu hamil akan bersalin.
Ada cairan darah - Jika terdapat cairan darah pada Miss V, awak perlu dapatkan rawatan dengan segera kerana ianya adalah tanda-tanda kelahiran semakin dekat.
Tak tahan buang air kecil - Walaupun gejala ini sering dialami pada trimester ketiga kehamilan, tapi kali nie sangat berbeza. Awak boleh merasakan yang sebuah dorongan hebat yang akan membuatkan awak benar-benar ingin buang air kecil. Hal tersebut disebabkan bayi mulai makin turun ke arah bawah.
Gerakan bayi perlahan - Sebelum awak merasa kesakitan untuk bersalin, pergerakan bayi akan terasa lambat bergerak. Perkara ini terjadi kerana pada masa tue bayi awak sedang mengatur posisi kelahirannya.
Pecah air ketuban - Setelah merasakan adanya kontraksi, Miss V akan mengeluarkan air atau lebih dikenali sebagai pecah air ketuban. Jika ini berlaku pada awak, segeralah pergi ke hospital.
Kondisi psikologi tak stabil - Seorang ibu yang dah dekat waktunya untuk bersalin, kadangkala emosinya berubah yang begitu sukar untuk diandaikan. Gelojak tenaga berlebihan atau ada keinginan untuk menyendiri. Perkara ini adalah wajar berlaku kerana fasa untuk melahirkan memerlukan persiapan daripada segi mental dan fizikal.
Pembukaan - Tanda akan melahirkan yang terakhir adalah kepala bayi berada di bahagian pintu rahim, pembukaan jalan berlaku secara perlahan-lahan. Umumnya rahim akan terbuka satu persatu iaitu sekitar dua jam sekali.
#shikinrazalidotcom #bloggerterengganu #bloggersepang
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.shikinrazali.com/2019/02/tanda-tanda-kelahiran-sudah-dekat.html