Tanaman Hidroponik Dalam Botol Senang Dan Jimat
Bercucuk tanam ini memang kesukaan aku. Suka tengok pokok tumbuh dan membesar. Bagaikan satu keajaiban bila tengok dari sebiji benih yang kecil menjadi sebuah pokok. jadi aku mula bercucuk tanam di rumah baru. Tanaman hidroponik dalam botol menjadi pilihan aku sebab lebih mudah di kendalikan. Juga cara penanaman tanaman hidroponik dalam botol ini senang dan menjimatkan
Tanaman Hidroponik Dalam Botol, Senang Dan Jimat
Hanya menggunakan botol air mineral sahaja aku sudah boleh bercucuk tanam di sekeliling kaki lima rumah. Botol-botol yang aku gunakan adalah botol air mineral yang besar bersaiz 5.5 liter. Ada juga botol air mineral yang sedikit kecil iaitu bersaiz 1.5 liter. Bahan lain yang di perlukan adalah air baja A dan B, cocopeat dan perca kain. Untuk bercucuk tanam sudah semestinya benih sayur juga di perlukan
Semua bahan-bahan ini boleh di beli di laman shopee saja kecuali perca kain. Aku gunakan kain dari baju sekolah lama anak. Potong panjang dan ikat bunjut untuk di buat sumbu nanti. Puas jugalah aku kumpul dan kitar semula botol air besar itu untuk di buat pasu tanaman hidorponik dalam botol ini. Senang dan jimat, tak payah keluar perbelanjaan untuk membeli pasu hidroponik sebenar.
Tanaman Hidroponik Dalam Botol, Senang Dan Jimat
Bahan:
Botol air mineral 5.5 atau 1.5 literPerca kainCocopeatBaja A dan BBiji benih
Cara-cara:
Belah dan potong botol air kepada 2 bahagian iaitu bahagian penutup dan badan botol. Buang dan keluarkan penutup botol dari permukaan botol
Perca kain di potong besar dan memanjang untuk di buat sumbu pada muncung botol. Pasangkan perca kain pada lubang penutup botol ataupun muncung . Buatkan simpulan perca kain beberapa kali pada muncung botol agar kain kekal utuh di tempatnya
Terbalikkan sumbu pada muncul botol ke bawah dan pasang pada badan botol. Jika perlu tambah perca kain pada badan muncung botol. Tabur cocopeat secukupnya untuk penanaman anak bemih nanti.
Seterusnya bancuh baja AB seperti di tunjukkan pada caranya pada botol baja yang di beli. Masukkan air baja secukupnya hingga menenggelamkan sumbu yang di letakkan pada muncung botol tadi.
Jangan lupa basahkan cocopeat yang di letakkan atau di taburkan pada badan muncung botol yang di tebalikkan tadi. Seterusnya taburkan biji benih yang di kehendaki. Sekiranya botol besar 5.5 liter tabur benih banyak dan botol kecil 1.5 liter memadailah dengan 2 - 3 bii benih saja
Setelah pokok tumbuh, jika ada perosak pada daun tanaman spray dengan racun buatan sendiri iaitu 2 3 ulas bawang putih dan 2 - 3 biji cili api yang di lumatkan campur air sabun dan spray ke atas daun pokok 3 -5 hari sekali. Air baja pula, jika sudah berkurang, boleh tambah. Itu saja yang perlu di lakukan
Seperti gambar pengalaman aku dengan tanaman hidropinik dalam botol, aku menanam, bayam merah, sawi, kailan dan kangkung. Sudahpun merasa makan tanaman hidroponik dalam botol yang aku tanam sendiri. Seronok, mengujakan, menggembirakan dan menghilangkan kebosanan. Apa lagi, jika ada tempat dan kawasan yang sesuai, jomlah menanam... hehe
Nak dapatkan lebih informasi di blog ini, klik SINI
p/s: Badan botol boleh juga di cat untuk menghalang cahaya yang menyebabkan pertumbuhan alga di dalam baja tanaman.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.huhahuhajerr.com/2020/05/tanaman-hidroponik-dalam-botol-senang-dan-jimat.html