Tanah Melayu


blogtunm.blogspot.com Tun M 1. Jika kita teliti sejarah orang Melayu, kita terpaksa akui bahawa sepanjang zaman tanah air orang Melayu merosot kawasannya.
2. Demikian apabila British mengada perjanjian dengan Siam di Bangkok pada tahun 1909, empat buah negeri Melayu, iaitu Patani, Singgora, Menara dan Yala di selatan Siam, diserah kepada Siam.
3. Pihak British mendakwa bahawa Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu diletak di bawah naungan British.
4. Perjanjian ini dibuat oleh British tanpa rundingan dengan raja-raja Melayu di negeri-negeri berkenaan. Tidak ada laporan berkenaan pandangan Raja-Raja Melayu terhadap perjanjian ini.
5. Maka terhilanglah sebahagian dari Tanah Melayu.
6. Di selatan pula terdapat Kepulauan Riau yang menjadi sebahagian dari negeri Johor. Apabila Belanda menyerang dan menjajah kepulauan yang sekarang dikenali sebagai Indonesia, mereka menawan juga Kepulauan Riau.
7. Johor tidak membantah kerana Belanda terlalu kuat. Maka kepulauan Riau menjadi wilayah Indonesia apabila negara itu merdeka dan semua wilayah yang ditawan oleh Belanda diiktiraf sebagai sebahagian dari Indonesia.
8. Maka terhilanglah Kepulauan Riau sebagai sebahagian dari Tanah Melayu.
9. Pada 1819 British membeli pulau Singapura atau Temasek dari Temenggung Johor, dengan harga dolar Sepanyol sebanyak 60,000. Menjadi amalan biasa apabila kuasa Eropah menamatkan penaklukan wilayah takluk mereka selepas perang dunia kedua wilayah berkenaan dikembalikan kepada negara asalnya. Dengan perkataan lain Singapura hendaklah dikembali kepada Johor, satu daripada negeri Tanah Melayu.
10. Semasa British menjajah Singapura, ramai orang bangsa Cina dan India diterima masuk sebagai pemastautin tetap. Akhirnya hampir seluruh pulau Singapura diduduki dan dimiliki oleh orang Cina.
11. Pentadbiran kolonial British akui bahawa Singapura adalah sebahagian dari Tanah Melayu. Seperti yang disebut di atas apabila penaklukan British tamat, wilayah yang dijajah oleh mereka, diserah balik kepada negara asal wilayah berkenaan.
12. Itulah niat British dan itulah juga kehendak Malaysia. Oleh itu apabila penjajahan tamat, Singapura kembali menjadi sebahagian dari Tanah Melayu.
13. Malangnya penduduk Cina Singapura menimbulkan masalah politik dalam negara Malaysia yang baru didirikan. Mereka tidak bersetuju dengan syarat-syarat kemerdekaan Malaysia, iaitu keistimewaan bagi penduduk asal Tanah Melayu, iaitu orang Melayu. Mereka tuntut hak sama rata dengan orang Melayu.
14. Berhadapan dengan masalah ini, pemerintah Malaysia yang merdeka memutus untuk pisahkan Singapura dari Malaysia dan mengiktiraf Singapura sebagai negara bebas.
15. Dengan itu hilanglah sebahagian lagi dari Tanah Melayu. Semua kehilangan kawasan Tanah Melayu berlaku tanpa apa-apa bantahan oleh orang Melayu atau raja-raja mereka.
16. Sekarang Tanah Melayu sudah jadi amat kecil. Ia terhad kepada semenanjung ini sahaja. Negeri-negeri yang masih ada ialah Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Johor.
17. Wilayah yang dahulu ditakluk oleh British iaitu Melaka dan Pulau Pinang kembali menjadi sebahagian dari Tanah Melayu.
18. Ini sahajalah yang tinggal sebagai Tanah Melayu sekarang. Tetapi walaupun masih dikenali sebagai Tanah Melayu, sebenarnya tidak banyak lagi tanah Melayu yang dimiliki oleh orang Melayu.
19. Sebabnya di zaman British terutamanya, ramai orang asing berhijrah ke Tanah Melayu. Orang Melayu tidak bantah walaupun pada satu masa jumlah orang asing lebih ramai dari orang Melayu. Mereka yang datang dari negara China dan India, meringankan beban orang Melayu kerana mereka bersedia membuat kerja-kerja yang berat, kotor dan merbahaya yang tidak sanggup dibuat oleh orang Melayu sendiri.
20. Pendatang asing ini juga mengadakan perniagaan dan perusahaan yang memperkayakan Tanah Melayu. Tumpuan orang Melayu ialah kepada jawatan bergaji Kerajaan. Jawatan-jawatan tinggi dalam Kerajaan dipegang oleh orang Melayu.
21. Setelah pendatang asing tinggal lama di Tanah Melayu maka mereka pun diberi kerakyatan. Sebagai rakyat Tanah Melayu kuasa politik pun diperolehi oleh mereka.
22. Tetapi orang asing ini tidak dapat taraf kerakyatan sama rata dengan orang Melayu kerana mereka kekalkan kaitan mereka dengan negara asal mereka. Namun mereka menguasai ekonomi dan kekayaan yang dapat mempengaruhi politik negara.
23. Di Tanah Melayu tidak ada sekatan terhadap siapa sahaja dalam pemilikan tanah. Setelah menjadi kaya banyaklah tanah yang dibeli oleh puak pendatang dan keturunan mereka.
24. Menjual tanah menjadi punca pendapatan orang Melayu. Tanah, jika tidak dijual akan kekal selama-lamanya. Tetapi jika dijual, duit yang didapati tidak kekal. Duit akan habis apabila dibelanja.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://blogtunm.blogspot.com/2023/06/tanah-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Orang Melayu Bertambah Fed Up Dengan Dr Mahathir

Orang Melayu Bertambah Fed Up Dengan Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 15/11/2023 - jumlah : 262 hits
My Comments I knew Dr Mahathir for about 18 years And in all those years I have heard him repeat numerous times often hearing from him directly that in the famous 1969 General Elections he lost in the Alor Setar Parliamentary seat because t...
Negara Melayu

Negara Melayu

papar berkaitan - pada 13/11/2023 - jumlah : 206 hits
blogtunm blogspot com Tun M 1 Kata Ramkarpal Singh dakwaan saya bahawa mempromosi Malaysia sebagai negara berbilang bangsa tidak menepati Perlembagaan adalah salah 2 Dari segi kebebasan bersuara demokratik memang tidak salah 3 Tetapi Perlem...
Art Fazil Melayu Di Kota Inggeris Chord

Art Fazil Melayu Di Kota Inggeris Chord

papar berkaitan - pada 12/11/2023 - jumlah : 280 hits
F B F Maaflah jika aku kurang fasih F B Bertutur bahasa Mat Salleh B Mungkin lidah ku kelu mungkin F bibir ku kaku C B F Sebab tak biasa makan keju F Mungkin tingkah ku ini aneh F B Mungkin kerana aku ini masih B Lagi kuat bertaut F Bagai a...
Melayu Angkuh

Melayu Angkuh

papar berkaitan - pada 11/11/2023 - jumlah : 183 hits
blogtunm blogspot com Tun M 1 Saya terbaca bahawa Datuk Seri Anwar mengingatkan orang Melayu supaya tidak berasa terlalu selesa dan angkuh sehingga menganggap kelompok lain tidak boleh diraikan 2 Saya juga dapat tahu dia membuat kenyataan i...
Paksa Orang Ikut Tekak Kau Orang Melayu Over Rakam Orang Lain Yang Tak Boikot Michael Ang Panas Hati

Paksa Orang Ikut Tekak Kau Orang Melayu Over Rakam Orang Lain Yang Tak Boikot Michael Ang Panas Hati

papar berkaitan - pada 15/11/2023 - jumlah : 258 hits
Baru baru ini penerbit dan pengarah sensasi Michael Ang telah terpanggil untuk menyatakan rasa tidak puas hatinya apabila mendapati semakin ramai netizen yang merakam video orang lain kerana tidak boikot kedai makan tertentu Oleh kerana isu...
Jangan Sampai Melayu Senasib Red Indian

Jangan Sampai Melayu Senasib Red Indian

papar berkaitan - pada 19/11/2023 - jumlah : 444 hits
Orang Melayu mesti mengukuhkan kedudukan sebagai kuasa dominan di Malaysia atau berisiko menjadi orang asal negara maju seperti di Amerika Syarikat dan New Zealand Jangan Melayu jadi macam Red Indian yang cuma tinggal sejarah atau Maori yan...
Viral Nestapa Jemaah Umrah Travel Zamzam Terlantar Di Tanah Suci Diberi Makanan Tak Layak

Viral Nestapa Jemaah Umrah Travel Zamzam Terlantar Di Tanah Suci Diberi Makanan Tak Layak

papar berkaitan - pada 1/11/2023 - jumlah : 263 hits
Selama di 2 hari 3 malam menunggu di Malaysia para jemaah umrah PT Zam Zam itu harus menginap di hotel kelas murah dengan nasi kotak seadanya
New Realities Melayu Keturunan Nabi Ibrahim Dna 60 000 Tahun Rula Awards Ijrula Di Youtube Wikipedia Membuktikan

New Realities Melayu Keturunan Nabi Ibrahim Dna 60 000 Tahun Rula Awards Ijrula Di Youtube Wikipedia Membuktikan

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 212 hits
seorang profesor dari Universiti Islam Antarabangsa Prof mengaitkan Nabi Ibrahim dengan bangsa Melayu Kenyataan kenyataannya berbunyi kontroversikitab kitab agama samawi dan buku buku Arab klasiksumber sejarah daripada kitab kitab purba Ban...
Buat Kecoh Cakap Melayu Malas Usahawan Kemboja Minta Maaf Nafi Diri Koyak

Buat Kecoh Cakap Melayu Malas Usahawan Kemboja Minta Maaf Nafi Diri Koyak

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 256 hits
Usahawan berketurunan Kemboja yang dikenali Madame Mariyah membuat permohonan maaf secara terbuka apabila kata katanya menerusi video tular baru baru ini membuatkan hati ramai terguris Usahawan Kemboja gurau orang Melayu pemalas Ia susulan ...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco