Jangan Sampai Melayu Senasib Red Indian



 Orang Melayu mesti mengukuhkan kedudukan sebagai kuasa dominan di Malaysia atau berisiko menjadi orang asal negara maju seperti di Amerika Syarikat dan New Zealand.
 

Jangan Melayu jadi macam ‘Red Indian’ yang cuma tinggal sejarah, atau Maori yang ada muzium dan nama, tapi tidak ada kuasa.
 

Ini tanah Melayu. Betul, Melayu kena kongsi tetapi induk akar umbi kita mesti menjadi tonggak kuasa.
 

Orang Melayu kini berpecah-belah menyebabkan mereka terus dihina dan dipermainkan oleh kaum lain.
 

Melayu menghormati bangsa dan agama lain, tetapi bagaimana kalau bukan Melayu tidak menghormati Melayu?
 

Itu salah Melayu sendiri, kelemahan Melayu. Melayu tidak bersatu dan tidak menghormati sesama Melayu sendiri. Menjadi tanggungjawab setiap orang Melayu bangun dan mempertahankan agama dan bangsa daripada cubaan menghapuskan hak mereka.
 

Melayu tidak mahu nasib Melayu di Singapura, hilang kuasa dan lemah kedudukan ekonomi. Biarpun ada orang Melayu Singapura cuba menafikan keadaan ini dengan menyebut taraf kehidupan mereka lebih tinggi berbanding saudara sebangsa seagama di Malaysia. Hakikatnya Melayu Singapura yang pernah berkuasa kini menjadi minoriti.
 

Dalam perlembagaan Singapura ada menyebut tentang kedudukan Melayu yang dilindungi, namun sekadar satu ilusi. Hakikat sebenarnya berlaku sebaliknya.
 

Perhatikan Artikel 152 bahagian (2) yang menyebut “The Government shall exercise its functions in such manner as to recognise the special position of the Malays, who are the indigenous people of Singapore, and accordingly it shall be the responsibility of the Government to protect, safeguard, foster and promote their political, education, religious, economic, social and cultural interest and the Malay language.”
Terjemahan penulis: “Kerajaan akan menjalankan fungsi-fungsinya dengan cara yang sepatutnya untuk mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu, yang merupakan penduduk asal Singapura, maka dengan itu adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk melindungi, menjaga keselamatan, menggalakkan dan mempromosi kepentingan politik, pendidikan, keagamaan, ekonomi, sosial dan kebudayaan mereka dan bahasa Melayu.”
 

Perhatikan juga Artikel 153 bahagian (2) yang menyebut “The national language shall be the Malay language and shall be in the Roman script.”
Walaupun bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris turut diiktiraf sebagai antara empat bahasa rasmi di Singapura, bukankah ini cukup untuk menunjukkan keutamaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan walaupun cuma dipakai dalam tulisan Rumi, bukannya Jawi? 
 

Isi Artikel 152 dan 153 perlembagaan Singapura ini hampir membayangkan aspirasi yang termuat dalam Artikel atau Perkara 152 dan 153 perlembagaan Malaysia, mungkin akibat Singapura pernah berada di dalam Malaysia 1963-1965.
 

Perbezaan besar cuma terletak pada kedudukan orang Melayu sebagai minoriti di Singapura berbanding saudara-mara mereka yang merupakan majoriti di Malaysia.
Selain itu Melayu Singapura juga tidak memiliki satu institusi pelindung tertinggi seperti jabatan Yang dipertuan Agong dan Raja-raja Melayu yang kedudukan mereka turut diperuntukkan di dalam perlembagaan Malaysia sebagai memiliki hak penuh dalam menjaga hal-ehwal agama Islam dan adat-istiadat Melayu. 
 

Namun isi perlembagaan Singapura itu cukup jelas. Orang Melayu di pulau itu sepatutnya turut mendapat keistimewaan serupa seperti di Malaysia.
Menarik juga difikirkan apabila ada puak chauvinis di Malaysia sibuk cuba menjatuhkan kedudukan orang Melayu dengan menuduh Melayu sebagai pendatang konon, bukan penduduk asal Tanah Melayu.
Walhal pada perlembagaan Singapura sendiri, sebuah negara yang sudah lama dipimpin puak chauvinis terdapat kenyataan yang menyebut bahawa orang Melayu adalah penduduk asal pulau Singapura.
 

Artikel 152 Perlembagaan Singapura mungkin bercakap tentang melindungi hak orang Melayu. Tetapi hakikatnya Melayu cuma satu minoriti dari pelbagai bangsa yang didominasi bangsa Cina.
Keadaan orang Melayu di Singapura hampir sama dengan kaum Red Indian di Amerika Syarikat, kawasan tempat tinggal utama mereka dahulukala misalnya di Kampung Gelam dan sekitar Masjid Sultan dipertontonkan sebagai satu warisan untuk tarikan pelancong.
 

Perlindungan apa jika bekas istana Sultan dijadikan muzium? Kenapa tidak dipertahankan sebagai satu pusat kepimpinan orang Melayu? 
 

Mungkin pemerintah Singapura mahu mengambil contoh dari keadaan di seberang Tambak Johor di mana Istana Besar Johor yang mula dibina 1864 sebelum siap 1866 dijadikan Muzium Diraja Abu Bakar 1982. Tapi itu dengan perkenan Sultan Johor yang memiliki beberapa istana lain. Istana Kampung Gelam di Singapura yang kini menjadi muzium adalah satu-satunya warisan kepimpinan orang Melayu yang tinggal di pulau itu.
 

Jika pusat kepimpinan yang merupakan istana milik Sultan Hussain Shah pada zaman kedatangan Raffles 1820-an telah dijadikan bahan tontonan umum tanpa diberikan ganti serupa taraf yang dapat menyatukan orang Melayu, apakah yang dipraktikkan dari Artikel 152?
Gambar - Istana Kampung Gelam yang kini dijadikan muzium


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://biroteguhnegara.blogspot.com/2023/11/frg.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ponteng Dewan Pembangkang Bantah Speaker Jangan Hanya Makan Gaji Buta

Ponteng Dewan Pembangkang Bantah Speaker Jangan Hanya Makan Gaji Buta

papar berkaitan - pada 6/11/2023 - jumlah : 139 hits
Seorang pemimpin pembangkang menyarankan agar Yang di Pertua Dewan Rakyat Johari Abdul melihat isu ketidakhadiran ahli parlimen secara teliti dan tidak terburu buru mendedahkan mereka kepada umum Kata Ronald Kiandee sebelum mengambil tindak...
Jangan Risau Tampil Yakin G Dragon Sukarela Hadiri Siasatan Atas Tuduhan Mengambil Dadah

Jangan Risau Tampil Yakin G Dragon Sukarela Hadiri Siasatan Atas Tuduhan Mengambil Dadah

papar berkaitan - pada 6/11/2023 - jumlah : 278 hits
Betul la orang cakap kalau tak salah kenapa nak kena takut kan ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pada 6 November G Dragon yang menghadapi dakwaan penggunaan dadah telah secara sukarela hadir di balai polis untuk melakukan siasatan lanjut Sebelum ma...
Jangan Bawa Emosi Agus Pertahan J Kom

Jangan Bawa Emosi Agus Pertahan J Kom

papar berkaitan - pada 6/11/2023 - jumlah : 146 hits
Mohammad Agus Yusoff menafikan J Kom berperanan sebagai ejen propaganda kerajaan kerana mereka sendiri tidak mempunyai laskar siber PETALING JAYA Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti mempertahankan fungsi agensi itu dalam menerangkan dasar ...
12 Peribahasa Melayu Bergambar Hiasan Ai Yang Indah Sungguh Bagai Dikata

12 Peribahasa Melayu Bergambar Hiasan Ai Yang Indah Sungguh Bagai Dikata

papar berkaitan - pada 23/11/2023 - jumlah : 322 hits
Sungguh indah peribahasa orang orang dahulu kala Bernasihat dan berbicara dalam bentuk peribahasa dan berlapik bagi menyampaikan sesuatu maksud Sesuatu peribahasa itu selalunya sangat mendalam dan sesuatu yang sukar digambarkan tetapi denga...
Melayu Malas Mariah Kemboja Yang Meleis Sejati

Melayu Malas Mariah Kemboja Yang Meleis Sejati

papar berkaitan - pada 22/11/2023 - jumlah : 122 hits
Kepoh satu malaysia kerana wanita kemboja yang dulunya dilindungi malaysia dna berasimilasi dengan melayu Mendapat sokongan untuk berniaga daripada melayu mendapat perlindungan perang daripada melayu Sehingga lupa warna kulit juga adalah me...
New Realities Melayu Keturunan Nabi Ibrahim Dna 60 000 Tahun Rula Awards Ijrula Di Youtube Wikipedia Membuktikan

New Realities Melayu Keturunan Nabi Ibrahim Dna 60 000 Tahun Rula Awards Ijrula Di Youtube Wikipedia Membuktikan

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 212 hits
seorang profesor dari Universiti Islam Antarabangsa Prof mengaitkan Nabi Ibrahim dengan bangsa Melayu Kenyataan kenyataannya berbunyi kontroversikitab kitab agama samawi dan buku buku Arab klasiksumber sejarah daripada kitab kitab purba Ban...
Kenyataan Rasis Komuniti Melayu Champa Kemboja Lapor Polis Kenyataan Wanita Hina Melayu

Kenyataan Rasis Komuniti Melayu Champa Kemboja Lapor Polis Kenyataan Wanita Hina Melayu

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 168 hits
Baru baru ini tular satu klip video seorang peniaga wanita kelahiran Kemboja yang telah mencetuskan kontroversi selepas mengeluarkan kenyataan berbaur rasis menghina orang melayu di negara ini yang didakwanya malas Perkara itu telah menyeba...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco