Tanah Melayu Sebelum 1957 Selepas 1957 Dan Kini 10157



Benarkah orang Melayu berasal daripada Bani Israel yang hilang
 Kriss Merah  4.11.17 
BANGSA MELAYU BERASAL DARI KETURUNAN BANI ISRAEL YANG HILANG?
Oleh : HambaFakir
Dari apa yang saya baca, Melayu/Mala/Malai bermaksud gunung, jadi Melayu bermaksud bangsa gunung, lagipun bukan ke bangsa Melayu/Malai/Mala dari keturunan Nabi Ibrahim AS, jadi tidak mustahil bangsa Melayu ini berasal dari salah satu kaum bani Israel yang hilang. Nak tahu mengenai sejarah dan rahsia bangsa Melayu/Mala/Malai/Bangsa Gunung yang berasal/dilahirkan dari ibunda Keturah/Qeturah, iaitu isteri Nabi Ibrahim AS yang berasal dari kerajaan Melayu Kemboja purba atau Champa kuno serta hubung kait bangsa Melayu dengan salah satu kaum bani Israel yang hilang dan telah mendapat hidayah Allah SWT serta akan menentang kaum-kaum bani Israel yang sesat atau bangsa Yahudi di negara haram Israel sekarang di Tanah Yang Dijanjikan.
BANGSA YANG HILANG (The Lost Tribe)
Apakah kepentingan mencari bangsa yang hilang bagi Yahudi? Bagi Yahudi Ortodoks tiada apa kepentingan yang amat perlu pun. Jika ada, hanyalah untuk menjejak sejarah mereka sahaja. Tetapi bagi Yahudi Zionis, ianya amat perlu. INI ADALAH KERANA MEREKA AMAT PERCAYA DENGAN RAMALAN DI DALAM KITAB-KITAB AGAMA LEBIH-LEBIH LAGI DI DALAM AL-QURAN. Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi kuno, terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu iaitu:
01. Reuben02. Simeon03. Levi04. Judah05. Issachar06. Zebulun07. Dan08. Naphtali09. Gad10. Asher11. Joseph12. Benjamin
Di dalam 12 puak yang hilang ini, hanya keturunan Nabi Yusuf AS sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi. Keturunan Nabi Yusof AS menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim. Mengikut satu kitab Yahudi, satu ‘lost tribe’ bani Israel (yang mendapat petunjuk ILLAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin. Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula, ada mencatatkan golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf AS) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur. Antaranya, Afghanistan, Pakistan Utara (Patan/Pashtun), sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit China, sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit Western Samoa, sedikit Tonga, sedikit Ecuador, sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii.
Namun begitu, kesemua mereka tahu tentang asal-usul mereka (bercanggahan dengan prinsip ‘lost tribe’). Termasuk di Afghanistan dan Pakistan Utara juga (namun yang beragama Islam cuma di Afghanistan dan Pakistan Utara – sebab itu mereka diserang oleh Yahudi Amerika dan Russia). Dalam pada itu, seorang Professor di Amerika bernama Ralph Olssen telah membuat hipotesis baru. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh ‘the lost tribe’. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Kemudian Profesor Ralph Olssen mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Untuk menguatkan lagi cerita, tidak ada seorang Melayu pun yang tahu mengenai salasilah keturunan bani Israel mereka. MALA ADALAH ‘THE LOST TRIBE’ YANG SEBENAR, LEBIH TERSEMBUNYI DARI ‘THE TRIBE OF DAN’. Jadi, kalau berpandu kepada kitab Yahudi tua bahwa ‘lost tribe’ dari kalangan Manasseh (anak Nabi Yusuf AS) yang bakal berada di barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan bakal menyembelih orang-orang Yahudi di Palestin dan bakal juga memadamkan Israel daripada peta dunia adalah terdiri daripada orang-orang Melayu. Ini tidak bercanggahan dengan mana-mana hadis mengenai Imam Mahdi.
Mengikut manuskrip kuno yang diseleweng menjadi Book of Mormon itu lagi, sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan bani Israel, iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh, iaitu anak kepada Nabi Yusuf AS). Nabi Yusuf AS ada 2 orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim. Mengikut DNA yang dilakukan kepada 86 lelaki Melayu oleh seorang professor perempuan di UKM baru-baru ini, terdapat 27% variant Mediterranean dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus sains, DNA Mediterranean adalah dari bangsa Euro-Semitik termasuk dari bani Israel!
Hipotesis ini terdapat separuh kebenaran di dalam kesamaran. Orang Melayu bukanlah 100% berasal dari keturunan Manasseh (Yahudi kuno) tetapi teori Ralph Olssen mengenai pengembaraan bangsa yang hilang ‘the lost tribe’ ke Bumi Mala adalah sesuatu yang menarik dan amat bertepatan dengan apa yang dibincangkan sebelum ini. Kenapa Ralph Olssen menyebut Tanah Melayu ini ‘Bumi Mala’? Apakah yang diceritakan di dalam manuskrip kuno tentang satu bangsa misteri yang berjalan dan berlayar ke hujung dunia?
Dari mana salasilah “Melayu”? Yahudi memburu saki baki keturunan Nabi Yusuf AS? Kenapa? MAHADI berasal dari darah keturunan Nabi Ibrahim = Ishak+Ismail+ “Q” ?. Apakah itu “3Mim”? Tiada NABI diutus ke Nusantara? Islam bertapak kukuh dikelilingi Hinduism dan Budhism, kenapa?
MELAYU - Jawi
Siapakah Melayu? Dari manakah asalnya Melayu itu? Ketika ramai pengkaji memperdebatkan kaum-kaum yang hilang seperti The Lost Tribe of Israel, Atlantis, Lemuria, Sodom and Gomorrah malah masih mencari-cari siapakah Gog and Magog, rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun. Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini.
Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, ‘di penghujung dunia’. Bangsa yang hilang masih tidur dan ditidurkan. ‘Di hujung dunia’, setelah penat mengembara, bangsa misteri berehat dan berehat… tidur dengan lenanya… senyap sunyi tanpa siapa mengganggu walaupun Hitler telah pergi ke Tibet menjejak bangsa misteri, tetapi dia juga ketinggalan jejak mereka…dimanakah bangsa misteri ini meneruskan perjalanan mereka? Masih adakah masa lagi untuk menjejaki mereka?
KETURAH - IBU MELAYU
Dalam Kitab Perjanjian Lama ada diabadikan perihal Keturah yakni wanita yang dinikahi oleh Nabi Ibrahim AS selepas kewafatan Sarah. Menerusi perkahwinan tersebut, Keturah melahirkan enam orang putera iaitu Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah. Menurut riwayat Ibnu Athir dalam kitabnya, Al-Kamil fil Tarikh, umat Nusantara termasuk Melayu bersalasilah secara terus dengan Ibrahim melalui zuriatnya dengan Keturah ini.
Mengikut catatan Ibnu Yusof dalam kitab Permata Yang Hilang, ada kemungkinan juga bahawa nama Melayu itu berasal dari perkataan Malai-Ur sempena nama kerajaan Chaldea tempat asal Nabi Ibrahim AS. Ada juga pendapat menyatakan bahawa Melayu berasal dari perkataan Malai dan Yunan.
Orang Melayu dikenali sebagai orang Malai oleh beberapa bangsa lain tapi orang Arab cenderung memanggil orang Melayu sebagai bani Jawi. Orang Malai (orang bukit atau gunung) ini mungkin telah mendiami Kemboja sebelum kedatangan Nabi Ibrahim AS ke situ, dan hampir pasti Keturah adalah orang Malai. Apa maknanya semua ini? Maksudnya, Melayu, Arab dan Yahudi itu bersaudara – dari asal yang sama. Tetapi siapakah Keturah?
Menurut satu versi dari sebuah manuskrip kuno, Keturah adalah isteri ketiga Nabi Ibrahim AS. Setelah kewafatan Sarah, Nabi Ishak AS telah merayu Nabi Ibrahim AS untuk berkahwin dengan ibu angkat beliau dari kerajaan Champa Kuno (bukan Champa Baru di era Angkor). Akhirnya Nabi Ibrahim AS bersetuju dan berkahwin dengan Keturah dan telah dikurniakan ALLAH 6 orang anak. Nama anak-anak Keturah adalah Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah. Anak-anak mereka inilah menjadi pengasas kepada bangsa Melayu. Melayu diambil dari perkataan ‘Mala’ (nama bangsa asas Keturah). Lihat, nama ini sama dengan nama yang tertulis dalam manuskrip yang dikaji oleh Ralph Olssen.
Bukan itu sahaja, keturunan Keturah inilah yang ramai tinggal di Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi dan Mindanao. Kesemua tempat ini merupakan tempat yang mempunyai tulisan purba yang diadaptasi dari tulisan Semitik Purba (termasuk di dalamnya tulisan Aramaik Kuno dan Ibrani). Tulisan Rencong adalah tulisan rasmi Melayu. Jawa dan Bugis juga mempunyai tulisan yang hampir serupa.
Agama rasmi Melayu adalah agama Jawi. Agama Jawi adalah agama Nabi Ibrahim AS. Jawi dikatakan ada perkaitan dengan Levi, iaitu anak kepada Nabi Yaakob AS. Levi merupakan ketua Ulama dan ketua Rahib bagi agama Nabi Ibrahim AS di kalangan bani Israel. Sejak penggalian di sebuah daerah di Jordan menemukan kota purba yang bernama Jawi/Jawa (Jevi), minat sarjana Barat untuk mengkaji bangsa Mala semakin kuat.
INGAT, YAHUDI/BANI ISRAEL BUKANLAH MELAYU TETAPI KEDUA BANGSA PURBA INI ADA INTERAKSI ANTARABANGSA PADA MASA SILAM.
Keturah bukanlah Melayu. Walaupun beliau melahirkan bangsa Melayu, Keturah adalah daripada bangsa Mala. MELAYU ADALAH BANGSA MALA + (YANG MEMPUNYAI DARAH KETURUNAN NABI IBRAHIM AS). Sekiranya kita lihat orang-orang asli seperti Mahmeri dan Jakun, bahasa mereka adalah diambil dari bahasa Mala. Semua bangsa seperti Mahmeri, Jakun, Iban, Kadazan, Melanau, Bajau, dan seumpamanya adalah merupakan bangsa asal Mala. DNA bagi bangsa ini adalah 01m-19a.
Ini menerangkan Keturah mungkin berasal dari satu kerajaan purba yang sedia ada di Timur ketika zaman Nabi Ibrahim AS (ada versi yang mengaitkan ‘Mala’ dengan ‘Mon’) tetapi ini bukan kaum Mon pada hari ini kerana pertama kaum Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya dan yang kedua jika terdapat ‘benang-benang merah’ sekalipun antara Mon dan Melayu ia adalah proses asimilasi Mala/Melayu yang kompleks dengan etnik-etnik Indochina. Perlu diingat Melayu juga boleh kehilangan identiti mereka akibat penjajahan, perang atau pemaksaan budaya seperti yang berlaku pada orang Melayu di Cape Town, Filipina, Thailand dan sebagainya.
Jadi orang Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya kerana akibat percampuran etnik yang kompleks walaupun cendekiawan mereka masih mencari-cari kerajaan purba mereka yang dinamakan ‘Suvarnabhumi’- menunjukkan mereka mungkin masih mahu menjejak moyang Mala mereka).
Jika kita lihat DNA Melayu Kedah dan Iban, kedua-dua mereka mempunyai persamaan. Tetapi kenapa Melayu Kedah (mewakili kepada semua Melayu di semenanjung dan Indonesia yang pernah mempunyai peradaban dan kerajaan) lebih bijak dan segak? Ini adalah kerana mereka daripada keturunan Nabi Ibrahim AS dan Keturah. Begitu juga Melayu Selangor, Perak, Johor dan lain-lain serta Mahmeri. Kedua-dua puak ini mempunyai DNA yang serupa. Namun Melayu Selangor jauh lebih bijak dan segak daripada Mahmeri.
Punca perbezaan adalah daripada genetik Nabi Ibrahim AS. Jadi, jika kita menjejak Melayu dari susur galur Mala Kuno (iaitu jurai Keturah dari kerajaan misteri dari Timur Jauh ini), jejak akan menjadi lebih kompleks, merangkumi persoalan Ophir, Tanah Punt (The Land of Gods-nenek moyang Firaun Purba), kerajaan-kerajaan misteri sezaman atau lebih tua dari era Nabi Ibrahim AS dan Akkadia-Babylon hinggalah era sebelum Banjir Besar, Lemuria dan Atlantis.
INI ADALAH KISAH YANG LAIN, MISTERI YANG LAIN
Jawab soalan ini. Bagaimana Ptolemy boleh mengetahui peta lengkap Semenanjung Tanah Melayu pada abad kedua Sebelum Masehi beserta gelaran Golden Chersonese (Semenanjung Emas)? Padahal mengikut sejarah moden orang-orang Barat hanya sampai di dunia sebelah sini selepas ekspedisi penjelajah Sepanyol dan Portugis seperti Magelland. Ada misteri di situ. Sama seperti Piri Reis yang membuat peta paling misteri di dunia berdasarkan manuskrip peta-peta kuno, Ptolemy juga mendapat sumber yang sama, dari manuskrip peta-peta kuno lama sebelum era Yunani. Sebahagiannya dari era Firaun Kuno (ingat, perpustakaan Iskandariah yang terkenal, yang menyimpan sejumlah besar manuskrip purba).
Namun Mala bukanlah bangsa asal. Mala mempunyai ‘benang-benang merah’ dengan bangsa Scythia. Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun sebelum kedatangan kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini), Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi, Filipina, Pasifik, Madagascar dan Amerika Latin.
Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah (ingat Teori Kapak Tua dan bangsa Kambuja?) berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkeologis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi. Maka ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam AS. Ini kerana Nabi Adam AS mempunyai 22 pasang anak, atau bermaksud 22 bangsa asas (kemungkinan dari kajian setakat ini).
KAMBUJA, ARYAN, MALA, MANESSAH, SUKU SAKYA DAN BUDDHA.
Bangsa Mala itu memang bukan dari Yahudi. Perlu diingat Yahudi itu dari lelaki bernama Yehudah (anak Nabi Yaakob AS yang berkomplot dengan abangnya Shimon (Simeon) untuk membunuh Nabi Yusof AS).
Sedangkan hipothesis dari Ralph Olsen mengatakan bangsa Mala ini dari bani Menasseh anak kepada Nabi Yusof AS, ini jelas bila kajian DNA telah dilakukan pada puak ‘bani Menasseh’ di daerah Assam, Burma telah mengesahkan mereka ada DNA bangsa Israel. Daerah Assam adalah laluan Mala-Deutro@bani Menasseh yang lari dari peperangan Assyrian yang membumi-hanguskan Kota Nineveh kerajaan Judah.
Disini adalah ditegaskan sekiranya bangsa Mala ada bloodline dengan bani Menasseh (keturunan Nabi Yusof AS@Joseph), maka layaklah digelar berketurunan bani Israel bukan Yahudi. Kerana bani Israel itu bertebaran luas di bumi ini yang mana ianya lahir dari 12 anak keturunan Nabi Yaakob AS, sedangkan Yahudi hanya salah satu suku kaum dalam ras bani Israel. Samalah dalam kes pendita Yahudi mengatakan bahawa Nabi Ibrahim AS itu Yahudi, lalu Allah SWT tegaskan baginda bukan Yahudi.
Mana tidaknya, Yahudi hanya salah satu suku kaum dari bani Israel yang wujud lama selepas Nabi Ibrahim AS. Seperkara lagi, bangsa Israel bertebaran hingga ke bumi Afrika dan puak Lembah Afrika memang ada genetik Israel dari bani Benjamin@Bunyamin iaitu adik kepada Nabi Yusof AS malahan di China pun ada keturunan Israel yang dah bercampur dengan bangsa Cina iaitu puak Cina Kaifeng.
Jadi ‘Lost Tribe’ Israel memang lari ke sebelah Asia melalui ‘Laluan Sutera’ untuk turun ke Yunan, Mekong dan Indochina hingga terserap dalam bangsa Mala (Hari ini pegang syariat Nabi Muhammad SAW yakni Islam). Ada yang terpisah ke China lalu membentuk komuniti Kaifeng.
Jadi bani Israel merangkumi keturunan Nabi Ibrahim turun kepada Ishak lalu Yaakob dan turun kepada seluruh 12 anak Nabi Yaakob AS, jadi pengkhianatan Yahudi (Perisitwa Samiri dan Sapi) adalah pilihan puak Yahudi itu sendiri tiada kaitan dengan ras Israel lain yang masih memegang syariat mentauhidkan Allah Taala.
Kajian projek genome oleh Rabbai Jacobovici telah dilakukan untuk mengesahkan hipothesis Dr. Ralph Olsen berkenaan Israel DNA variant dalam bangsa Mala (rujuk website beliau, link: mormonslocation). Projek genome itu dijangka lengkap dalam masa 5 hingga 10 tahun akan datang khusus untuk menjejaki ‘lost tribe’ disebelah South East Asia region.
Kajian ini hanyalah satu kajian untuk mencari asal-usul kaum Melayu. Tidak perlu kita percaya bulat-bulat tentang kajian ini, hanya jadikan ianya satu bahan bacaan kerana tiada bukti sahih dari kaum Melayu dan Islam sendiri, hanya berpandukan pada kajian barat dan orang-orang Yahudi. Wallahua’lam.
Tetapi sebagai orang Islam, saya berharap dan berdoa kepada Allah SWT supaya kita adalah Muslimin dan Muslimat yang akan berada di samping Imam Mahadi di Hari Kebangkitan nanti.
Sumber:
Benarkah orang Melayu berasal daripada Bani Israel yang hilang - Kriss Merah

Lakonan Mak Dara bertaraf antarabangsa walaupun dia lemah membaca skrip
 Kriss Merah  9.4.20

Mak Dara
Generasi terdahulu sangat terhad peluang untuk menimba ilmu. Ada yang masuk kelas malam, ada yang merangkak pembacaannya, majoriti masih buta huruf dan mengharapkan orang lain untuk membacakan mereka. Kelemahan Mak Dara membaca, ditutup dengan gerak gayanya sehingga menjadi bintang Bangsawan. Selain daripada berlakon di pentas Mak Dara juga merupakan seorang penari joget dan penyanyi.

Filem PERTAMA lakonan Mak Dara berjudul Ibu Tiri (1941) terbitan Shaw Brothers di Singapura, namun terhenti apabila perang tercetus. Ketika P. Ramlee ingin mencari para pelakon untuk filem IBU MERTUA KU (1962), beliau mahu Mak Dara sendiri yang melakonkan watak Nyonya Mansur. Pada mulanya Mak Dara enggan menerima tawaran itu kerana dia enggan menyusahkan P. Ramlee dan khuatir tidak dapat membawa watak tersebut dengan baik. Namun sebagai pengarah, P. Ramlee tetap berkeras ingin mengambil Mak Dara berlakon di bawah arahannya.

"Tentang keboleh-nya berlakon sebagai ibu mertua itu, Mak Dara nombor wahid, chuma perkara hendak mengapalkan (menghafalkan) senikata2-nya itu sebagai hendak mengasah parang yang berkarat". -P.Ramlee

Inilah gambar esklusif Mak Dara sedang dibacakan dialog oleh Penolong Pengarah S.Sudarmadji yang sabar mengasuh Mak Dara menghafal skrip untuk persiapan watak Nyonya Mansoor.
Lakonan Mak Dara di dalam filem itu boleh dikatakan setaraf dengan mutu lakonan pelakon antarabangsa dan paling dikenang sepanjang zaman. bak kata P.Ramlee  “untuk menghasilkan seni lakonannya itu, lima mangkuk darah saya sudah di-hirupnya, walaubagaimana kesempurnaan lakonan Mak Dara payah diantok oleh lain2 yang sebaya dengan-nya".

Selama 29 tahun pengalaman berlakon filem, Mak Dara telah berlakon sebanyak 26 buah filem kesemuanya walaupun beliau sendiri tidak boleh membaca. Bayangkan jika beliau sempat menulis sendiri memoirnya, suatu 'masterpiece' yang sangat ternilai.

FILEM-FILEM LAKONAN MAK DARA

Ibu Tiri (1941)
Berdosa (1951)
Norma (1951)
Perkahwinan Rahsia (1951)
Penarek Becha (1955)
Anak-Ku Sazali (1956)
Sultan Mahmood Mangkat Di-Julang (1961)
Singapura Dilanggar Todak (1961)
Sri Mersing (1961)
Lela Satria (1961)
Yatim Mustapha (1961)
Puteri Gunong Ledang (1961)
Siti Zubaidah (1961)
Jalak Lenteng (1961)
Ibu Mertua Ku (1962)
Tun Fatimah (1962)
Siti Payong (1962)
Mabok Kepayang (1962)
Tangkap Basah (1963)
Ibu Ayam (1963)
Rumah Itu Dunia Aku (1963)
Darah Muda (1963)
Budi dan Dosa (1963)
Jeritan Batin (1964)
Aksi Kuching (1966)
Mat Toyol (1969)

Rujukan:
Bulanan Gelanggang Filem
Berita Harian, 18 Februari 1970
Berita Harian, 19 Februari 1970
Utusan Malaysia, 19 Disember 1999

Admin : Bosan PKP, main tiktok, itu bodoh namanya.
Sumber:
https://www.krissmerah.com/2020/04/lakonan-mak-dara-bertaraf-antarabangsa.html

tumpang sekole...?
nasi kandaq kedai mamak, anak mami juai pesemboq, lepaih baca jangan dok syiok, kalu-kalu SB jengok kot dapoq...
Menteri Tik Tok pulak dah...
Tindakan Menteri Pengajian Tinggi, YB Datuk Dr Noraini Ahmad yang menganjurkan pertandingan dalam talian menerusi aplikasi TikTok ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah sangat dangkal dan tidak sensitif dengan kesusahan yang sedang dihadapi oleh mahasiswa-mahasiwa di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Isu soal kebajikan mahasiswa yang terkesan daripada langkah PKP sepatutnya perlu diberi perhatian yang serius oleh pihak Menteri dan tidak sewenang-wenangnya melepaskan tanggungjawab tersebut kepada pihak IPT dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Sebagai contoh, bantuan kewangan dan makanan perlu segera disalurkan kepada kumpulan mahasiswa bukan sahaja yang terkandas di asrama tetapi juga rumah-rumah sewa.
Sebaliknya, saya menggesa agar Menteri mengambil peluang ini untuk menganjurkan kempen-kempen yang ada nilai tambah, pembinaan jati diri, diskusi dan sebagainya yang akan menyumbang kepada pembangunan mahasiswa negara.

Ini seterusnya akan menggalakkan mahasiswa kita untuk melakukan perkara-perkara yang lebih bermanfaat sepanjang tempoh PKP ini.

Saya juga ingin menyarankan agar Kemeterian Pengajian Tinggi (KPT) membentangkan langkah-langkah yang akan diambil bersama pihak-pihak universiti bagi menghadapi musim selepas PKP (post PKP) bagi memastikan perjalanan baki semester yang terurus dan teratur.
Misalnya, Menteri harus peka dengan bahan pengajaran secara atas talian (terutamanya yang memerlukan amali atau praktikal) dan juga cabaran capaian internet yang dihadapi khususnya oleh pelajar-pelajar di luar bandar ekoran langkah yang diambil oleh sesetengah universiti untuk menghabiskan baki semester yang tertangguh melalui kelas dalam talian (online lecture).

Pihak Kementerian bersama IPT perlu mengenal pasti pelajar-pelajar yang akan terkesan daripada keputusan ini dan segera menawarkan bantuan yang sewajarnya.

Oleh yang demikian, saya berharap agar pihak Menteri lebih peka dengan keadaan semasa yang dihadapi oleh pelajar-pelajar kita di Univerisiti.

Mahasiswa adalah aset utama negara yang perlu dijaga dan diberi perhatian yang sewajarnya.

Bakat dan kebolehan yang dimiliki perlu dimanfaatkan sedaya mungkin bagi menyumbang kepada masa depan negara yang lebih baik. - Akmal Nasir
Pesakit covid19 meningkat...Malaysia maintain 150-220 pesakit baru setiap hari atau buat selama2nya tanpa mahu turun?? Itu dah cukup baik bukan? Buat MCO, buat EMCO tapi di Hypermarket dan Supermarket malah Mini Market masih biar org berebut2 TANPA SD yg betul.

SD awal hanya ditunjukkan masa beratur di pintu masuk utk check Temperature. SD akhir masa nak byr di kaunter. Tapi in between masa kat tempat brg2 basah..mak aii...berebut2, batuk, bersin di depan org, lintang pukang pakat pilih bawang, ikan, udang mcm2. 
Hanya segelintir yg tak berani dekat dan menunggu. Majoritinya buka mask letak kat dagu..berebut mcm biasa. SD lah sangaaat...haha

Itu belum kira yg bertandang ke rumah org atau berjalan keluar dari negeri masing2 dlm keadaan MCO. Ini KP Kesihatan yg kata bukan aku reka. So hgpa pikiaq tgk le MCO boleh berjaya ke kalau SD diabaikan di mana.2?? 
Aku p Tesco, sama. Aku p NSK, sama, Aku p Segi Fresh, sama juga. Mana2 hypermarket pun sama. HEBAT rakyat Malaysia..!! Lepastu pakat dok heran awat dah dekat sebulan MCO tak nampak jangkitan harian junam, sebaliknya terapung dan flat? - - Zus Din
Kejayaan hari ini kerana perancangan Kjaan PH pd Dis 2019...
Punya terdesaknya kerajaan PNipu khususnya PAS dlm mnghadapi kecaman drp rakyat krn lemah dlm menangani masalah COVID19 ini, mrk mula melaga2kan pegawai kerajaan yg bertungkus lumus sbg frontliners dlm menghadapi masalah yg ada skg.

Mrk mnjadi batuapi melaga2kan Dr Musa dan Dr Noorhisham agar bergaduh sesama sndiri utk dijadikan kambing hitam. Mrk politikkan bencana yg ada ini utk melepaskan tanggungjawab ini kpd pegawai2 kerajaan.

Rupanya PAS jadi batu api melaga-lagakan rakyat dgn Dr Musa dan Dr Noor Hisham. Dr Musa tak lah hentam atau salah kan Datuk DG secara langsung tetapi Dr Musa lebih menegur kepada beberapa Menteri yg agak tidak bijak semasa serangan Covid ini.

Walaunchai sengaja nak mainkan sentimen seolah-olah penyokong PH tak suka Dr Nor Hisham. Padahal, beliau sebagai penjawat awam rela berkhidmat dgn baik sejak di bawah PH lagi. Ada juga yang cuba mengaitkankan isu ini dengan DAP yang kononnya memang anti-penjawat awam.
Para walaunchai yang sudah dijangkiti wabak CoDAP. Antara symptom wabak CoDAP ini ialah mereka akan mengaitkan semua perkara dalam kehidupan mereka dengan DAP. Satu hari tak sebut DAP, terasa seperti tak sempurna iman mereka.Sdgkan Dr Norhisham sndri telah mengakui akan keberkesanan Kerajaan PH dlm mentadbir krn melabur kpd sektor kesihatan sejak dari tahun 2019 lagi.

Npk tak betapa jahat dan busuknya hati parti yg mengaku Islam ini...??? Sila tonton video smpi habis dan sebarkan kejahatan PAS kpd rakyat Malaysia....!!!

Sebagai warga Malaysia tanpa mengira agama, kaum dan darjat utk bersama2 berganding bahu memerangi Covid19 ni  - f/bk
Minister deletes all TikTok Contest postings after getting an online roasting...Higher Education Minister Dr Noraini Ahmad is believed to have deleted all TikTok-related postings from her social media accounts after getting hammered by netizens.

Noraini’s launch of the contest yesterday seemed promising after she kicked it off with a promo video of her making a video call to a pair of youngsters acting as her children, who were informed of the contest on the video-sharing social networking app TikTok.
Selamba dia baling Menteri bawah bas...It featured the current hit remix of Prime Minister Muhyiddin Yassin’s ‘ke sana, ke sini’ announcement, but Noraini’s attempt at capturing the hearts of netizens fell flat and she was on the receiving end of an online roasting since yesterday.

“Air suam, Doraemon, kumbahan and now the TikTok Minister,” read one posting, in reference to the continuous stream of high profile blunders by ministers.
Noraini criticised over the timing of the entertainment-based idea, when her focus should have been on the welfare of students stuck in hostels at universities and institutions of higher learning across the country. 
Solutions were required both for their current situation during this Movement Control Order (MCO) and the resumption of their studies.
Others compared this to how the reaction from Noraini’s far right Malay-Muslim nationalist support base might have been had such an idea been concocted by a Pakatan Harapan minister when they were in power, when, as one netizen described tongue-in-cheek, “Islam was always under threat and Malays were apparently being discriminated against.”

“Very Islamic!,” said another. - talkabout
Hit remix of Prime Minister Muhyiddin Yassin’s ‘ke sana, ke sini’ 
Untuk penyokong tebok atap; macam mana kapal tak karam kalau semua yang bagus kena cantas ganti dengan penyamun?
Inilah padahnya berbuat baik kpd pembangkang dulu. Rakyat dah tak termarah sebab menteri2 PH terlalu baik dgn musuh tak bertempat. Bila kamu jd kerajaan... semua org jahat kamu tak ambil tindakan tapi bila kamu jd pembangkang, org jahat itu sanggup buat jahat kpd kamu kaw2 tanpa belas kasihan walau kamu tak bersalah..- Mur Ni

cheers.
Posted by ali allah ditta at 12:05:00 AM 
tumpang sekole...?: Menteri Tik Tok pulak dah...

SARANAN YANG BOLEH KERAJAAN PERTIMBANGKAN JIKA PKP DILANJUT
Unknown, Taipingmali - 1 hour agoKurang 24 jam daripada sekarang, Kerajaan akan mengumumkan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan lagi atau tamat seperti jadual asal iaitu pada 14 April ini. Sekiranya PKP dilanjutkan, suka untuk saya sarankan beberapa inisiatif kepada Kerajaan untuk dilaksanakan. Inisiatif-inisiatif ini merangkumi beberapa sektor seperti berikut: 1. Sektor Pendidikan Rendah dan Menengah Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia perlu menggalakkan lagi sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP) secara dalam talian. Penggunaan platfom yang interaktif mampu merangsang minat guru dan pelaja...
Adakah ahli PAS masih wala' kepada Presidennya yang terbukti melakukan FitnahSurat Hadi: Anwar nasihat 'ulama semak fakta sebelum fitnah'
Yasmin Ramlan

Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata selepas menyemak tuduhan Abdul Hadi Awang terhadapnya yang mengaitkan MP Port Dickson itu dengan pergerakan Freemason, beliau mendapati rupa-rupanya maklumat yang diperoleh presiden PAS itu tidak sahih. 

Dalam siaran langsung Facebook beliau malam tadi, Anwar menunjukkan laman “Civil Service Lodge No.143” yang mempunyai kakitangan dengan nama yang sama dengannya, “w.bro Anwar Ibrahim.”

Gambar tersebut menunjukkan seorang lelaki warga asing berbadan gempal, berpakain sut hitam bersama tiga orang rakannya, pada tahun 2006.

“Beliau (Hadi) menyebut saya ini, anggota bahkan orang besar, malah orang kanan Freemason.

“Jadi saya pun aneh juga. Ini kalau orang biasa cakap kempen-kempen dan tidak akhlak dan tidak ada asas agama, itu lain.

“Oleh itu, saya dengan demikian minta staff cari (maklumat), rupa-rupanya ada nama Anwar dan mereka tahu kerana ia keluarkan dulu (dalam) lodge officers 2010-2011 - civil service num 143, brother Anwar Ibrahim.

“Ini peluang mereka untuk menyerang saya,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab mengenai surat Hadi yang disifatkan melemparkan fitnah yang berat terhadap dirinya.

Terdahulu, sepucuk surat bertarikh 22 Mac dengan tajuk “Gerakan Islah Secara Aman, Bukan Rampasan Kuasa dan Revolusi,” yang ditulis dalam bahasa Arab itu dikesan tersebar di media sosial sejak 4 April lalu.

Surat yang dikatakan ditulis Hadi kepada pemimpin gerakan Islam seluruh dunia itu mengundang pelbagai kritikan kerana mengandungi pelbagai dakwaan terhadap Pakatan Harapan (PH) serta memburukkan Anwar.

Anggota Parlimen Port Dickson juga secara menyindir menasihatkan supaya Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah itu menyemak fakta sebelum menyebarkan fitnah.

“Ya Allah kalau nak politik pun, nak sokong Umno, janganlah sampai macam tu. Takkanlah saya 2006 boleh sihat segar bugar,” katanya sambil ketawa.

“Kita kalau nak buat tuduhan, semak fakta.

“Kalau dalam tazkirah pandai sekali, kita ambil hadis, kena tahu siapa perawinya, sahih atau tidak.

“Tapi bila nak fitnah orang, tak payah fakta, tak payah perawi,” katanya lagi.

Justeru itu, demi membersihkan namanya, Anwar berkata beliau akan menghantar satu surat balas kepada pemimpin dunia Islam sebagai menjawab dakwaan Hadi.

“Saya akan jawab dan beritahu kepada pemimpin-pemimpin dunia Islam yang menerima surat daripada Haji Hadi Awang dan saya akan sebarkan surat ini kepada khalayak untuk menunjukkan fitnah.

“Ini bukan satu saja, ada hal-hal lain yang dibangkitkan.

“Dalam Islam kita boleh patuh kepada pimpinan, boleh walak kepada perkara apa pun, tapi jangan jadi pak turut sehingga tak boleh fikir, sehingga tak boleh nilai, sehingga sanggup memfitnah kerana musuh politik,” katanya.
\Sumber:
at 4/10/2020 06:00:00 PG 
KERENGGA: Adakah ahli PAS masih wala' kepada Presidennya yang terbukti melakukan Fitnah

Dr Burhanuddin al Helmy : Putera bangsa yang berjasa dan berjiwa kental
 Kriss Merah  26.10.18
DR. BURHANUDDIN AL-HELMY, PEJUANG NASIONAL YANG AGUNG

Dr. Burhanuddin Al-Helmy, pejuang kemerdekaan yang besar dan tokoh nasional yang agung dilahirkan dalam satu keluarga tani di Changkat Tualang, Perak pada 29 Ogos 1911. 

Bapanya, Hj. Muhammad Noor berasal dari Sumatera, dikatakan dari keturunan bangsawan. Dr. Burhanuddin Al-Helmy menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kota Baharu, Perak. Pada 1928, beliau melanjutkan pelajarannya ke Ismailliah Medical Collage New Delhi, India. Kemudian pernah pergi ke Turki dan ditahan kerana terlibat dalam gerakan anti-British di sana.

Beliau adalah seorang pemimpin yang disegani kawan dan lawan. Apabila Ibrahim Yaacob, Mustapha Hussein dan lain-lain menubuhkan KMM, beliau telah menyertai dan bersama-sama memainkan peranan memimpin dalam pertubuhan tersebut. Patut disebutkan bahawa KMM adalah parti politik Melayu yang pertama yang bercita-cita memperjuangkan kemerdekaan di atas dasar perpaduan aliran nasionalis dan agama. Dr. Burhanuddin Al-Helmy kemudiannya bersama-sama Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestamam, Ishak Hj. Muhamad (Pak Sako) dan lain-lain menubuhkan PKMM yang merupakan sebuah parti progresif kesinambungan dari KMM yang juga berpegang pada prinsip nasionalis, agama dan berjuang untuk kemerdekaan tanah air.

Dr. Burhanuddin Al-Helmy adalah seorang pejuang kemerdekaan yang tidak kenal tunduk dan juga seorang ulama besar dan berpandangan jauh. Dengan berpegang teguh pada prinsip nasionalis agama beliau telah menggembleng tenaga nasionalisme dan agama ke dalam wadah perjuangan untuk kemerdekaan ibu pertiwi. Demi perjuangan besar ini, beliau telah membentuk PUTERA pada tahun 1947. Gabungan badan-badan politik Melayu progresif ini telah membentuk front persatuan dengan AMCJA. Gabungan badan progresif Melayu dan bukan-Melayu ini menjadi satu badan front persatuan bersifat nasional yang kuat dan julung-julung kali berlaku dalam sejarah tanah air. Akan tetapi, kerana perkembangan kekuatan patriotik-demokratik ini telah memberi ancaman hebat ke atas kekuasaan penjajah, ia telah diharamkan oleh British dalam Undang-undang Darurat.

Dr. Burhanuddin Al-Helmy merupakan tulang belakang dalam penubuhan Partai Rakyat Malaya pada 1955 dan pada tahun 1956, beliau juga telah dipilih menjadi Yang Dipertua Agung PAS. Beliau telah memimpin PAS mencapai perkembangan yang cemerlang.
Beliau pernah beberapa kali ditangkap kerana kegiatan politiknya yang menginginkan kemerdekaan penuh nusa dan bangsa. Pada tahun 1937, beliau dipenjarakan oleh penjajah British kerana menerbitkan majalah Taman Bahagia yang menyebarkan semangat merdeka; pada tahun 1950-1953 dipenjarakan oleh penjajah British kerana memimpin masyarakat Melayu melancarkan perjuangan menentang keputusan mahkamah kerajaan British di Singapura dalam kes Natrah; dan pada tahun 1965-66 dipenjarakan oleh Kerajaan Tunku Abdul Rahman kerana dituduh melakukan kegiatan anti-Malaysia. Akibat  dipenjara, beliau telah mengidap penyakit dan meninggal dunia pada 10 Oktober 1969.
Pemergian beliau merupakan kerugian besar bagi gerakan patriotik-demokratik. Mengenang sumbangan beliau yang besar kepada kemerdekaan tanah air, saya dan kawan-kawan lain dari Rejimen Ke-10, kader-kader bawah tanah dan bekas anggota PKMM menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Revolusioner (PKMRM) pada tahun 1981. Penubuhan PKMRM bercita-cita menyambung semula perjuangan KMM dan PKMM yang diterajui Allahyarham Dr. Burhanuddin Al-Helmy, agar semangat dan cita-cita beliau sentiasa bersinar-sinar dari generasi ke generasi.
Sumber:
Dr Burhanuddin al Helmy : Putera bangsa yang berjasa dan berjiwa kental - Kriss Merah


Informasi MalaysiaMustajab doa dengan selawat nabiMERAIH MUSTAJAB DOA DENGAN SELAWAT NABIAl-Qadhi Muhammad bin Ahmad bin Muhammad bin Abdullah Al-Husaini رضى الله عنه berkata,” Ibnu ‘Atha’ رضى الله عن... Baca SelanjutnyaKalam SufiJangan sampai ada rasa "terseksa" dengan musibahMUSIBAH"Jika seseorang merasa tersiksa dari musibah yang Tuhannya timpakan, maka dia telah jauh dari Tuhannya (Kufur).""Jika dia merasakan sebagai uji... Baca SelanjutnyaSejarahKisah Kapten Chandran : Bukan hanya orang Melayu sahaja melawan KomunisMungkin kita lupa atau tidak perasan, sepanjang kekejaman Komunis, terdapat juga orang bukan Melayu yang turut serta menjadi benteng mempertahankan ne... Baca SelanjutnyaSejarahBuya Hamka, reformis Islam NusantaraKEMBALI kita membicarakan Prof Hamka dan perjuangannya. Selain tuduhan sesat, Wahabi, keluar mazhab, tidak hormat ulama seperti kita bincangkan d... Baca SelanjutnyaSejarahSyeikhul Islam Ibn Taimiyyah...pejuang ilmuSYEIKH al-Islam Imam Ibnu Taimiyyah adalah ilmuwan Islam yang diperakui keilmuannya dunia Islam sama ada zaman silam mahupun zaman kontemporari i... Baca SelanjutnyaKesihatan6 Khasiat buah kurma/tamarKurma (Phonex dactylifera) atau tamar ialah sejenis tumbuhan yang berbuah dan boleh dimakan sama ada ketika sudah masak atau masih mentah. Kurma dikat... Baca SelanjutnyaInfo UstazSolat sunat gerhanadilakukan pada waktu sehingga tamat gerhanadilakukan 2 rakaat, setiap rakaat 2 kali baca al fatihahrakaat pertama baca alfatihah kemudian surah alkafi... Baca SelanjutnyaNostalgiaNostalgia bulatan Masjid Shah Alam 90anmungkin Rider motor merah dah jadi kaki masjid Baca Selanjutnya

https://googleads.g.doubleclick.net/aclk?sa=L&ai=CdKUt3WaPXu-TFtDJoAOAzrDQDqXVnbEFjdzCup8Cpp6tjWsQBiDins1NKAhgy6uAhZgXyAEBqAMByAMCqgTNAU_Q3C8aVMpriWf4KXHseoqOz1mqNU4EL3FGEApaIQHiGHobDOpjeq-fWVMT_fcWHTV-NjXO2PNi60bbXVQSGButYk9tPKQ_iPvgW0XYY81WuDWE1L11CfAK63PG2wMoR9y5qigWJF8Ne6Qst58AnDpkjF8h-8sKvgAESGDhRc-4cnnA9OxV2U_-LsOqm_sRS4pxhb9q27beoPXAdu6yNjEP_JxSxO4naouQbZ5_mNvpWEU49NsFSk0tCOQ1ijju8hdfM3S9UGGorWE1PLTABKXAy4o0oAZFwAYLgAfl9-I1qAeOzhuoB9XJG6gHk9gbqAe6BqgH8NkbqAfy2RuoB6a-G6gH7NUbqAfz0RuoB-zVG6gHwtob2AcB0ggHCIxjEAEYHoAKAZgLAcgLAQ&ae=1&num=6&sig=AOD64_2lRwNjiARqDNA2pe7BLijZlCQYbQ&adurl=https://www.krissmerah.com/2018/07/sultan-pertama-yang-terpaksa-turun.html


Daftar Isi Al-Quran dan Terjemahan - Silakan Klik untuk membacanya:Surat Al Fatihah (Pembukaan)Surat Al Baqarah (Sapi Betina)Surat Ali 'Imran (Keluarga 'Imran)Surat An Nisa' (Wanita)Surat Al Ma'idah (Hidangan)Surat Al An'am (Binatang Ternak)Surat Al A'raf  (Tempat Tertinggi)Surat Al Anfal (Rampasan Perang)Surat At Taubah (Pengampunan)Surat Yunus (Nabi Yunus A.S.)Surat Hud (Nabi Huud A.S.)Surat Yusuf (Nabi Yusuf A.S.)Surat Ar Ra'd (Guruh)Surat Ibrahim (Nabi Ibrahim A.S.)Surat Al Hijr (Daerah Pegunungan)Surat An Nahl (Lebah)Surat Al Israa' (Memperjalankan Di Malam Hari)Surat Al Kahfi (Gua)Surat Maryam (Maryam)Surat Thaha (Thaahaa)Surat Al Anbiya' (Kisah Para Nabi)Surat Al Hajj (Ibadah Haji)Surat Al Mu'minun (Orang Mukmin)Surat An Nur (Cahaya)Surat Al Furqaan (Pembeda)Surat Asy Syu'ara' (Penyair)Surat An Naml (Semut)Surat Al Qashash (Cerita)Surat Al 'Ankabuut (Laba-Laba)Surat Ar Ruum (Bangsa Rumawi)Surat Luqman (Luqman)Surat As Sajdah ((Sujud)Surat Al Ahzab (Golongan Yang Bersekutu)Surat Saba' (Kaum Saba')Surat Fathir (Pencipta)Surat YaasiinSurat Ash Shaffat (Yang Bershaf-Shaf)Surat ShaadSurat Az Zumar (Rombongan-Rombongan)Surat Al Mu'min (Orang Yang Beriman)Surat Fushshilat (Yang Dijelaskan)Surat Asy Syuura (Musyawarah)Surat Az Zukhruf (Perhiasan)Surat Ad Dukhaan (Kabut)Surat Al Jaatsiyah (Yang Berlutut)Surat Al Ahqaaf (Bukit Pasir)Surat Muhammad (Nabi Muhammad SAW)Surat Al Fath (Kemenangan)Surat Al Hujuraat (Kamar-Kamar)Surat QaafSurat Adz Dzaariyaat (Angin Yang Menerbangkan)Surat Ath Thuur (Bukit)Surat An Najm (Bintang)Surat Al Qamar (Bulan)Surat Ar Rahmaan (Yang Maha Pemurah)Surat Al Waaqi'ah (Hari Kiamat)Surat Al Hadid (Besi)Surat Al Mujadilah (Wanita Yang Mengajukan Gugatan)Surat Al Hasyr (Pengusiran)Surat Al Mumtahanah (Wanita Yang Diuji)Surat Ash Shaff (Barisan)Surat Al Jumu'ah (Hari Jum'at)Surat Al-Munafiqun (Orang-Orang Munafik)Surat At Taghabun (Hari Ditampakkan Kesalahan-Kesalahan)Surat Ath Thalaaq (Talak)Surat At Tahrim (Mengharamkan)Surat Al Mulk (Kerajaan)Surat Al Qalam (Pena)Surat Al Haqqah (Kiamat)Surat Al Ma'arij (Tempat-Tempat Naik)Surat Nuh (Nabi Nuh A.S)Surat Al Jin (Jin)Surat Al Muzzammil (Orang Yang Berselimut)Surat Al Muddatstsir (Orang Yang Berselimut)Surat Al Qiyamah (Hari Kiamat)Surat Al Insaan (Manusia)Surat Al Mursalat (Malaikat-Malaikat Yang Diutus)Surat An Naba´ (Berita Besar)Surat An Naazi´ (Malaikat-Malaikat Yang Mencabut)Surat 'Abasa (Bermuka Masam)Surat At Takwir (Menggulung)Surat Al Infithar (Terbelah)Surat Al Muthaffifiin (Orang-Orang Yang Curang)Surat Al Insyiqaaq (Terbelah)Surat Al Buruuj (Gugusan Bintang)Surat Ath Thaariq (Yang Datang Di Malam Hari)Surat Al A´Laa (Yang Paling Tinggi)Surat Al Ghaasyiyah (Hari Kiamat)Surat Al Fajr (Fajar)Surat Al Balad (Negeri)Surat Asy Syams (Matahari)Surat Al Lail (Malam)Surat Adh Dhuhaa (Waktu Dhuha)Surat Alam Nasyrah /Al Insyirah (Bukankah Kami Telah Melapangkan)Surat At Tiin (Buah Tin)Surat Al 'Alaq (Segumpal Darah)Surat Al Qadr (Kemuliaan)Surat Al Bayyinah (Bukti Yang Nyata)Surat Al Zalzalah (Goncangan)Surat Al 'Adiyat (Kuda Perang Yang Berlari Kencang)Surat Al Qari'ah (Hari Kiamat)Surat At Takatsur (Bermegah-Megahan)Surat Al 'Ashr (Masa)Surat Al Humazah (Pengumpat)Surat Al Fiil (Gajah)Surat Quraisy (Suku Quraisy)Surat Al Ma'un (Barang-Barang Yang Berguna)Surat Al Kautsar (Nikmat Yang Banyak)Surat Al Kafirun (Orang-Orang Kafir)Surat An Nashr (Pertolongan)Surat Al Lahab (Gejolak Api)Surat Al Ikhlas (Memurnikan Keesaan Allah)Surat Al Falaq (Waktu Subuh)Surat An Naas (Manusia)









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2020/04/tanah-melayu-sebelum-1957-selepas-1957.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doa Sebelum Dan Selepas Membaca Al Quran Rumi Jawi

Doa Sebelum Dan Selepas Membaca Al Quran Rumi Jawi

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 7075 hits
Membaca Al Quran juga adalah ibadah yang amat baik walaupun dengan hanya membaca satu ayat sahaja tetapi sangat banyak kebaikannya malahan dilipatgandakan pahala jika kita membacanya dengan ikhlas dan khusyuk sepenuh hati Walau bagaimanapun...
Selepas Rinaremon Kini Kita Ada Rainitiktok

Selepas Rinaremon Kini Kita Ada Rainitiktok

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 191 hits
Ali Baba pula menulis Selepas menteri Rinaremon kita ada sekarang Menteri Rainitiktok apa lagi yang rakyat boleh harapkan dari mereka Selepas Rinaremon kini kita ada Rainitiktok Selepas Persatuan Pelajar Universiti Sains Malaysia menganjurk...
Sebelum Tanah Suci Ditutup Ini 5 Potret Cantik Bella Saphira Saat Umroh

Sebelum Tanah Suci Ditutup Ini 5 Potret Cantik Bella Saphira Saat Umroh

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 196 hits
Seperti kita ketahui bersama Mekkah menutup akses masuk untuk pelaksanaan umrah dalam beberapa waktu ke depan Namun Bella Saphira terbilang beruntung Bella Saphira melangsungkan ibadah umrah ke Tanah Suci sesaat sebelum Mekkah dan Madinah d...
7 Perkara Perlu Diketahui Sebelum Beli Tanah Untuk Kediaman

7 Perkara Perlu Diketahui Sebelum Beli Tanah Untuk Kediaman

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 282 hits
7 Perkara Perlu Diketahui Sebelum Beli Tanah Untuk Kediaman Pejam celik pejam celik dah 15 tahun mama bekerja di Shah Alam dan sudah 13 tahun mama menjadi warga Shah Alam Walaupun mula mula duduk di sini mama agak culture shock tapi lama ke...
Selepas Tomok Mohon Maaf Kini Giliran Black Pula

Selepas Tomok Mohon Maaf Kini Giliran Black Pula

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 243 hits
Ohmedia baru je post tentang Tomok buat permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas isu permintaan bantuan khas dari pihak kerajaan kepada golongan artis kali ini giliran Black Hanifah pula gais Alhamdulillah Kenyataan daripada Blac...
Kepada Siapa Kita Mengharap Indahnya Suria Panorama Tanah Melayu 10143

Kepada Siapa Kita Mengharap Indahnya Suria Panorama Tanah Melayu 10143

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 327 hits
Sudah tentu pada Allah kita berharap semua tuu Untuk kebaikan Tanah Melayu Malaysia dan dunia seluruhnya Orang yang sebenar benar bertakwa dan beriman Allah jadikan jiwanya tidak takut mati dan bukan pula bermakna saja saja cari pasal supay...
Kp Kesihatan Saran Cuci Tangan Sebelum Selepas Sentuh Haiwan Peliharaan Bimbang Penularan Virus Covid 19

Kp Kesihatan Saran Cuci Tangan Sebelum Selepas Sentuh Haiwan Peliharaan Bimbang Penularan Virus Covid 19

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 430 hits
Penularan pandemik Covid 19 kini lebih meluas apabila satu laporan mengenai jangkitan wabak ini terhadap haiwan telah direkodkan Seekor harimau di Zoo Bronx New York disahkan positif wabak itu selepas mengalami batuk dan kurang selera makan...
Honor 30 Pro 30 Pro Dan 30 Kini Rasmi Dijana Cip Kirin 990 Dan Kamera Zum Periskop

Honor 30 Pro 30 Pro Dan 30 Kini Rasmi Dijana Cip Kirin 990 Dan Kamera Zum Periskop

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 331 hits
Tiga peranti Honor 30 Pro Honor 30 Pro dan Honor 30 telah dilancarkan secara rasmi di China hari ini Seperti beberapa maklumat yang tertiris sebelum ini siri Honor 30 bolehlah dilihat sebagai peranti versi mampu milik kepada siri Huawei P40...
Dulu Kritik Ph Kini Menteri Mahu Majukan Tanaman Buluh

Dulu Kritik Ph Kini Menteri Mahu Majukan Tanaman Buluh

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 291 hits
Khamis 16 Apr 202011 15 AM MYTBekas menteri Teresa Kok gembira kerajaan Perikatan Nasional meneruskan usaha untuk memajukan industri buluh Foto oleh Hari AnggaraKUALA LUMPUR 16 April Pendirian kerajaan Perikatan Nasional mahu memajukan tana...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut