Tanah Diceroboh Ketika Muhyiddin Menteri Pertanian Najib Kata
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan bahawa isu penerokaan tanah secara haram di Pahang bermula sejak tahun 1970-an lagi.
Kata Najib, perkara itu berlaku apabila kerajaan melaksanakan Rancangan Buku Hijau untuk menggalakkan pertanian tanah terbiar terutama bagi penghuni Kampung Baru yang ditubuhkan sebagai usaha melawan komunis.
"Durian mula ditanam di sana pada tahun 1990-an. Banyak tanah bertukar menjadi kebun durian.
"Susulan kejayaan penanaman durian, ada pekebun yang mula ceroboh tanah bukan milik mereka pada tahun 2000 an.
"Masa itu, PM8 (Tan Sri Muhyiddin Yassin) merupakan Menteri Pertanian. Jika nak salahkan saya, salahkan dia juga," tulis Najib menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Selasa.
Kata Najib, pada tahun lepas, kerajaan negeri Pahang melancarkan program dengan sebuah syarikat bersama pihak swasta untuk menyelesaikan isu pekebun haram supaya kerajaan berkongsi hasil penanaman durian secara haram.
"Beberapa pekebun durian membantah usaha ini sebab tidak berpuas hati dengan kadar berkongsi hasil.
"Masa itu, saya juga yang dedahkan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) yang membela kumpulan pekebun ini sebenarnya dipimpin oleh orang DAP.
"Entah hilang ke mana pejuang-pejuang PN (Perikatan Nasional) masa itu yang kini sedang beria-ria menjadikannya isu pada ketika ini," ujarnya.
Tambah beliau, isu tersebut kemudian menjadi kes mahkamah pada tahun lepas dan kumpulan pekebun kalah di peringkat Mahkamah Tinggi.
Bagaimanapun katanya, pekebun berjaya mendapat injunksi untuk menangguhkan arahan pengosongan tanah pada Januari tahun ini sementara menunggu perbicaraan Mahkamah Rayuan.
"Insiden yang berlaku beberapa hari lalu di mana beberapa pekebun dihalang untuk mengutip hasil serta tindakan kerajaan Pahang menebang pokok durian di atas tanah yang tidak berkait kes mahkamah.
"18 pekebun telah ditahan reman oleh pihak polis," katanya.
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP pula masuk campur untuk menjadi hero termasuk seorang daripada mereka telah merentas negeri.
"Keduanya telah dihalang pihak polis dan akan disiasat melanggar SOP total lockdown. Pelik pula bahawa ahli Parlimen Raub tak memberi sebarang komen.
"Sekiranya berlakunya pelanggaran SOP maka tindakan perlu diambil oleh pihak berkuasa - sama seperti kes Timbalan Speaker buat pesta durian," ujar beliau.
Menurutnya, kerajaan negeri Pahang juga telah mengeluarkan kenyataan berhubung isu tersebut.
"Tapi saya nak beritahu bahawa walaupun isu Tasik Chini dan pekebun durian haram ini adalah penting, ia telah diselesaikan oleh kerajaan negeri sebab isu tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
"Sudah jadi kes mahkamah, kerajaan negeri sudah ambil tindakan. Pihak polis turut telah bertindak.
"Namun, tiada seorang pun meninggal dunia, bunuh diri, dijangkiti Covid ataupun atau dihalang mencari rezeki selain 18 pekebun haram yang ditahan. Sebaliknya, lebih 13,000 dan sekitar 140 nyawa terkorban dalam tempoh dua hari lepas sejak isu durian Raub bermula," katanya.
Tambah Najib, kini berpuluh juta rakyat juga tetap dihalang mencari makan selama sebulan 25 hari sejak PKP 3.0 bermula.
"Isu paling penting negara hari ini masih kegagalan bersiri kerajaan PN untuk melawan Covid yang membawa kerosakan kepada kehidupan seluruh warga Malaysia dan negara," sindir beliau.
Premium Quality Product From Japan In Malaysia.. buy here
Laporan dipetik dari Sinar Harian
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/07/tanah-diceroboh-ketika-muhyiddin.html