Barisan Nasional Pahang Tetapkan Manifesto Enam Inisiatif Ikhtiar Makmur


 

KUANTAN – Barisan Nasional (BN) Pahang mengumumkan Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan menetapkan sebanyak enam inisiatif.
Pengerusinya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam siaran langsung malam ini berkata, manifestasi itu dinamakan sebagai Ikhtiar Makmur.
Menurutnya, Ikhtiar Makmur dibuat berlandaskan prestasi kerajaan negeri diterajui BN sebelum ini dan pembentangan Bajet 2023 yang telah diluluskan sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri Pahang baru-baru ini.
“Ini bermaksud Ikhtiar Makmur ini bukanlah sekadar satu janji tapi dengan izin Allah, ia adalah hampir pasti,” kata Menteri Besar Pahang.
1- IKHTIAR KESEJAHTERAAN RAKYAT
Kerajaan BN Pahang akan terus berikhtiar meneruskan bilangan pemberian rumah secara percuma melalui Skim Rumah Rakyat (RRP).
Skim rumah percuma itu bermula sejak 2020 dan akan terus diberikan kepada mereka yang layak.
Memperluaskan Skim Tanah Warisan (STW) yang menawarkan pemilikan tanah yang lengkap dengan infrastruktur asas bagi membolehkan penerima membina rumah atas tanah tanpa risau mengenai infrastruktur.
Komited mengambialih projek baik pulih perumahan generasi baharu FELDA melalui penjenamaan semula kepada Skim Rumah Pahang.
BN Pahang juga akan meneruskan skim-skim bantuan perumahan sedia ada seperti Rumah Prima Pahang, Rumah Makmur Pahang dan Rumah Mesra Pahang.
2- IKHTIAR MEMPERKASA INSTITUSI AGAMA
Kerajan BN Pahang menjamin kemakmuran antara kaum dan agama selain berikhtiar memantapkan fungsi dan peranan institusi agama.
Salah satunya dengan memperkasakan institusi pengajian Islam dengan menjuarai agenda Pahang sebagai negeri paling banyak melahirkan tahfiz profesional di negara ini.
3- IKHTIAR ANAK MUDA MAKMUR
Kerajaan BN Pahang memperkasa keupayaan masa depan anak muda dalam semua bidang termasuk profesional, akademik, sukan dan perniagaan.
Pihaknya juga akan memperkasa ekosistem pendidikan tahfiz sejak kecil iaitu peringkat tadika sehingga pengajian tinggi.
Inisiatif Pahang Pride meliputi Skim Pahang Pride Kid, Pahang Pride Student, Pahang Pride Orang Asli dan Pahang Pride Atlet akan ditambah baik.
Pihaknya juga akan terus berusaha mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk golongan muda.
4- IKHTIAR MEMPERKUKUH TADBIR URUS
Sejak empat tahun lalu, prestasi kerajaan Pahang dipimpin BN dengan kerjasama penjawat awam buat pertama kali memperoleh kutipan hasil melebihi RM1 bilion dan kadar hutang berkurang sebanyak 60 peratus selain peningkatan pelaburan yang memberangsangkan.
Jsuteru BN akan terus mengamalkan pentadbiran berintegriti tinggi, berinovasi dan berdaya maju selain mengawal aspek ketirisan.
5- IKHTIAR KEMAKMURAN EKONOMI
Kerajaan BN berikhtiar memastikan peningkatan hasil tanpa membebankan rakyat seperti sebelum ini.
Pihaknya telah mengenal pasti beberapa sumber baharu yang boleh meningkatkan hasil pendapatan negeri selain industri pelancongan terus dirancakkan.
Isu bekalan makanan juga akan cuba diatasi dengan meningkatkan pengeluaran makanan menerusi program-program pertanian dan penternakan pada tahun depan.
Pelaburan juga diutamakan melalui pemerkasaan kawasan perindustrian sedia ada.
6- IKHTIAR KELESTARIAN BEKALAN AIR
Kerajaan BN akan berusaha menyelesaikan sekurang-kurangnya 90 peratus daripada masalah berkaitan dalam tempoh lima tahun dan perancangan teliti akan dilakukan.
Bagi tujuan itu, sebanyak RM2.3 bilion diperuntuk menerusi 217 projek yang dikenalpasti untuk dilaksanakan. #sumber

http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/11/barisan-nasional-bn-pahang-tetapkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selesai Isu Bekalan Air Antara Intipati Ikhtiar Makmur Manifesto Bn Pahang

Selesai Isu Bekalan Air Antara Intipati Ikhtiar Makmur Manifesto Bn Pahang

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 144 hits
nbsp KUANTAN Menyelesaikan isu bekalan air antara enam perkara utama digariskan dalam manifesto Barisan Nasional Pahang yang dinamakan Ikhtiar Makmur sempena Pilihan Raya Umum ke 15 Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail be
Barisan Nasional Pahang Pertaruh Sayap Pemuda Wanita Puteri Tanding Pru 15

Barisan Nasional Pahang Pertaruh Sayap Pemuda Wanita Puteri Tanding Pru 15

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 248 hits
JERANTUT Barisan Nasional Pahang mempertaruhkan 60 hingga 70 peratus muka baharu bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke 15 pada 19 November ini Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata calon calon itu terdiri kombinasi sayap Wani...
Anak Najib Antara 42 Orang Calon Dun Barisan Nasional Pahang Pru 15

Anak Najib Antara 42 Orang Calon Dun Barisan Nasional Pahang Pru 15

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 258 hits
KUANTAN Anak sulung bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak antara 42 calon BN Pahang yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Umum ke 15 Pengerusi BN negeri Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata Dat...
Barisan Nasional Organisasi Struktur Kepimpinan Ahli Parlimen

Barisan Nasional Organisasi Struktur Kepimpinan Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 311 hits
Terkenal sebagai parti gabungan yang paling lama memerintah di Malaysia kepimpinan Barisan Nasional bukanlah perkara asing bagi masyarakat tempatan Menerusi perkongsian daripada parti ini dijangka akan mengumumkan kesemua 222 calon yang bak...
Sidang Media Tergempar Pendedahan Skandal Balak Calon Barisan Nasional Dun Lanchang Dan Parlimen Temerloh

Sidang Media Tergempar Pendedahan Skandal Balak Calon Barisan Nasional Dun Lanchang Dan Parlimen Temerloh

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 325 hits
SIDANG MEDIA TERGEMPAR PENDEDAHAN SKANDAL BALAK CALON BARISAN NASIONAL DUN LANCHANG DAN PARLIMEN TEMERLOH JEMPUTAN KEPADA PIHAK MEDIA Calon Barisan Nasional RAZMI bersama Yusof telah terlibat dalam skandal balak di Lakum di mana syarikat RA...
Hanya Bn Sahut Aspirasi Digitalisasi Nasional Seperti Diumum Dalam Manifesto Pru

Hanya Bn Sahut Aspirasi Digitalisasi Nasional Seperti Diumum Dalam Manifesto Pru

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 183 hits
PELANCARAN Manifesto Pelan Amal dan Usaha Barisan Nasional semalam tampil membezakan parti itu dengan komponen lain PADU telah menyahut rancangan dan hala tuju pembangunan 5G negara untuk merapatkan jurang digital dan meneroka keupayaan dig...
Perikatan Nasional Bakal Terajui Pahang Hubungan Pas Bersatu Gerakan Baik

Perikatan Nasional Bakal Terajui Pahang Hubungan Pas Bersatu Gerakan Baik

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 343 hits
KUANTAN PAS menghormati kekuatan antara parti dalam gabungan Perikatan Nasional di sesebuah negeri Ini berdasarkan jumlah kerusi yang lebih banyak dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke 14 Di Pahang PAS telah memenangi lapam kerusi pada PRU14 ...
Manifesto Perikatan Nasional

Manifesto Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 226 hits
Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membentangkan manifesto gabungan itu melalui sebuah majlis khas bertempat di Hotel Glenmarie Shah Alam pada jam 8 00 malam 6 November 2022 Antara perkara yang akan diumumkan dalam m...
Manifesto Perikatan Nasional Tawaran Pn Best Pru15

Manifesto Perikatan Nasional Tawaran Pn Best Pru15

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 290 hits
Manifesto Perikatan Nasional Tawaran PN BEST PRU15 menampilkan Manifesto Perikatan Nasional Tawaran PN BEST PRU15 yang telah dilancarkan pada malam tadi juga memberikan ucapan penuh oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilakukan pada majlis d...
Zafrul As Bam President Filling Big Shoes Or A Risky Gamble

Hiburan Mangsa Terjejas Akibat Kebakaran Di Putra Height Akan Terima Bantuan Rm2500 Hingga Rm5000 Pmx

Monoloque Rindu Dendam Hari Raya Chord

What We Know So Far About The Putra Heights Inferno

Wanita Maut Ditikam Suami Di Leher

Berdentum Gegaran Disangka Pesawat Terhempas Mangsa Kebakaran

Perempuan Melawan Lara

What Are The Benefits Of Chiku Fruit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Soodaap Fish Chip Viral Tepi Jalan Je

Gempa Myanmar Penyelamat M Sia Keluarkan Seorang Mangsa Masih Hidup

Apa Yang Perlu Tahu Tentang Masa Depan Tiktok Di As Dan Siapa Yang Berminat Membelinya

Selamat Hari Kesedaran Autisme Sedunia Penting Untuk Kita

Projek Itu Melalui Kelulusan Yang Sewajarnya Termasuk Mendapat Kebenaran Petronas Datuk Bandar Subang Jaya

Makluman Mangsa Insiden Kebakaran Saluran Paip Gas Di Putra Heights Telah Menerima Rawatan Yang Sewajarnya Dari Kkm