Tampil Minta Maaf The Story Of Park S Marriage Contract Plagiat Usaha Orang Lain
Betul ke ni?
ARTIKEL BERKAITAN
"Kami Buka Baju.." - Lee Seyoung & Bae Inhyuk Kongsi Ada Babak 'Panas' Dalam 'The Story Of Park’s Marriage Contract'
Untuk pengetahuan, “The Story Of Park’s Marriage Contract” mengisahkan tentang perkahwinan kontrak antara Park Yeon-woo (Lee Se-young), seorang wanita dari abad ke-19 yang muncul di tahun 2023 dan seorang lelaki yang bernama Kang Tae-ha (Bae In-hyuk).
Pada 11 Disember 2023, Hwang Yi-seol, Ketua Pegawai Eksekutif Hanbok Leesle, menyiarkan video yang menunjukkan dakwaan plagiat daripada “The Story Of Park’s Marriage Contract”. Melalui video itu, ia menunjukkan pelbagai klip reka bentuk hanbok yang dipaparkan dalam K-Drama terbabit. Dia menunjukkan perbandingan sebelah menyebelah antara reka bentuk asal dan hasil plagiat.
Dalam video itu, Hwang Yi-seol berkata walaupun reka bentuk itu muncul untuk seketika, tetapi dia dapat mengenalinya hanya dengan satu pandangan. Dia menambah bahawa walaupun dia sepatutnya berasa gembira kerana reka bentuknya ditayangkan dalam drama itu sebagai karya pereka yang genius, hakikatnya ia adalah penggunaan tanpa kebenaran.
Pihak produksi K-Drama ” The Story Of Park’s Marriage Contract” ada mengeluarkan kenyataan rasmi dan meminta maaf di atas perkara ini. Tambah mereka lagi, isu ini telah diselesaikan dengan cara baik bersama pereka fesyen tersebut.
Jangan ambil mudah berkaitan plagiat ini.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Tampil Minta Maaf, ‘The Story Of Park’s Marriage Contract’ Plagiat Usaha Orang Lain? first appeared on KimchiDaily.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/tampil-minta-maaf-the-story-of-parks-marriage-contract-plagiat-usaha-orang-lain/