Tambah Pendapatan Melalui Dropship
Assalamualaikum, Salam Sejahtera semua.
Tambah Pendapatan Melalui Dropship
Siapa dekat sini buntu, di masa PKPB ni, dia tak tahu nak buat kerja apa dari rumah?Tak semua diantara kita bernasib baik kan?Ada yang dapat bekerja seperti biasa.Ada yang tak dapat bekerja. Malahan gaji pun terpaksa dipotong.
Kalau tanya cik mimi sendiri, kehidupan tu macam biasa.Cuma jadual hantar ambil anak sekolah je la yang berubah. Sebab budak-budak dicutikan, hanya belajar melalui kelas online sahaja.
Tapi kan, tahu tak kengkawan semua, sebenarnya walaupun kita tak dapat bekerja seperti biasa, kita masih boleh menambah pendapatan kita.
Contohnya pada yang mempunyai kelapangan masa, apa kata cuba selidik tentang Dropship.Mungkin ramai yang tak tahu kan, apa itu dropship?
Dropship adalah sistem bisnes yang membolehkan anda menjual tanpa perlu menyimpan atau membeli stok terlebih dahulu.
Cara sistem dropship berfungsi adalah seperti berikut:1. Ejen dropship buat promosi kepada pelanggan2. Pelanggan buat bayaran & beri info penghantaran kepada ejen dropship3. Ejen dropship buat order menerusi sistem order syarikat dropship4. Syarikat dropship buat penghantaran kepada pelangganDengan sistem dropship, anda boleh fokus kepada promosi & menjual, iaitu fokus untuk buat duit sahaja. Ejen dropship akan menerima diskaun istimewa dan harga yang lebih murah berbanding harga pasaran.
Kelebihan Dropship
Ejen dropship boleh jual barang pada diskaun tertentu atau pada harga penuh kepada pelanggan masing-masing. Keuntungan untuk ejen dropship adalah daripada harga jual kepada pelanggan ditolak dengan harga diskaun dropship.
Contoh:
Harga pasaran = RM100
Harga & diskaun dropship = RM70 (Selepas diskaun 30%)
Margin untung = RM30
Harga jual ejen dropship kepada pelanggan = RM90
Ejen dropship beri diskaun 10% kepada pelanggan = RM10
Harga Jual - Harga Dropship = Untung
RM90 - RM70 = RM20
Nak dapatkan maklumat lanjut tentang cara dropship? Nantikan ye..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.syamimisaad.com/2020/11/tambah-pendapatan-melalui-dropship.html