Pengeluaran Kwsp Akaun 1 Maksimum Rm60 000 Layak Bagi Individu Hilang Kerja Cuti Tanpa Gaji Dan Pendapatan Terjejas


Pengeluaran KWSP Akaun 1 Maksimum RM60,000 Layak Bagi Individu Hilang Kerja, Cuti Tanpa Gaji dan Pendapatan Terjejas  : Sepertimana yang kita sedia maklum, ramai individu terjejas pendapatan sejak Mac lepas. Ini terjadi kerana terdapat sektor pekerjaan ditutup akibat COVID-19. 
Terbaru isu pengeluaran KWSP akaun 1 hangat diperkatakan di media. Dan ramai menanti berita gembira. 
Semalam KWSP telah mengumumkan bahawa Pengeluaran KWSP Akaun 1 Maksimum RM60,000. Ianya  Layak Bagi Individu Hilang Kerja, Cuti Tanpa Gaji dan Pendapatan Terjejas. 



Berikut info terkini dari KWSP untuk Pengeluaran Akaun 1
KUALA LUMPUR, 16 November 2020: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan perincian dan kelayakan akses ke Akaun 1 bagi kemudahan i-Sinar.

Setelah meneliti dan menilai keadaan semasa, KWSP telah mengambil langkah untuk memperluaskan skop i-Sinar yang merangkumi ahli yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan. i-Sinar akan memberi manfaat kepada 2 juta ahli yang layak dan dianggarkan sejumlah RM14 bilion akan tersedia untuk ahli yang layak.

Ahli yang layak boleh membuat permohonan bermula Disember 2020. Amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat. Pengkreditan pertama akan bermula pada Januari 2021. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan.

Secara umum, ahli yang layak boleh mengakses 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100.

Ahli yang mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah (Akaun 1), akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.

Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 (Akaun 1), akan mempunyai akses 10%. Walau bagaimanapun, amaun maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.


Sebagai contoh  :


Aminah mempunyai baki akaun 1 sebanyak RM5000 sahaja. Kelayakan pengeluaran adalah sebanyak RM4900 sahaja. 


Baki RM100 perlu kekal dalam akaun 1 anda.


Bagaimana Pula Dengan Individu Yang Mempunyai RM100, 000 dan Ke Atas?


Mereka hanya layak pengeluaran Maksimum sebanyak RM60,000 sahaja. 


Contohnya : 


Ali mempunyai baki akaun 1 sebanyak RM800, 000 ribu. Untuk pengeluaran Ali layak sebanyak RM60,000 dan dibayar secara berperingkat sebanyak RM10,000 sebulan. 





Ahli yang memilih untuk memohon kemudahan i-Sinar perlu menggantikan amaun yang telah didahulukan. Caruman baharu akan dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan yang diterima telah digantikan semula. Selepas itu, caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70% bagi Akaun 1 dan 30% bagi Akaun 2.

Untuk menentukan amaun yang diperlukan untuk permohonan di bawah i-Sinar dan memastikan kelangsungan hidup semasa krisis, ahli digalakkan untuk mendapatkan nasihat kewangan melalui Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP dan/atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Maklumat lebih lanjut serta butiran terperinci mengenai kelayakan i-Sinar serta terma dan syarat akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Dikeluarkan oleh EPF Media Desk
Jabatan Hal Ehwal Korporat
16 November 2020


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2020/11/pengeluaran-kwsp-akaun-1-maksimum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berita Baik Terkini Individu Yang Layak Boleh Mula Mohon Pengeluaran Kwsp Akaun 1 Pada Tarikh Ini

Berita Baik Terkini Individu Yang Layak Boleh Mula Mohon Pengeluaran Kwsp Akaun 1 Pada Tarikh Ini

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 424 hits
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dijangka akan mengumumkan perincian bagi kemudahan akses ke Akaun 1 oleh ahli ahlinya yang dikenali sebagai i Sinar pada 18 November nanti
Pengeluaran Akaun 1 Kwsp Membenarkan Pendahuluan Maksimum Pertama Antara Rm4 000 Hingga Rm10 000

Pengeluaran Akaun 1 Kwsp Membenarkan Pendahuluan Maksimum Pertama Antara Rm4 000 Hingga Rm10 000

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 450 hits
Pengeluaran Akaun 1 KWSP adalah antara perkara yang dinanti nantikan oleh ramai orang Update terkini yang Tok baru dapat hari ini adalah KWSP membenarkan pengeluaran pendahuluan maksimum pertama antara RM4 000 hingga RM10 000 Jemput baca ar...
Hanya 600 000 Pencarum Layak Keluar Akaun Satu Kwsp Syed Saddiq Soal Kerajaan

Hanya 600 000 Pencarum Layak Keluar Akaun Satu Kwsp Syed Saddiq Soal Kerajaan

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 342 hits
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersoalkan kewajaran kelulusan pengeluaran akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Foto oleh Shafwan ZaidonKUALA LUMPUR 6 Nov Keputusan kerajaan membenarkan pengeluaran RM500 setiap bula...
Exco Lebih 9 000 Individu Hilang Kerja Setakat September

Exco Lebih 9 000 Individu Hilang Kerja Setakat September

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 280 hits
SHAH ALAM 6 NOV Seramai 9 423 individu di negeri ini diberhentikan kerja antara 1 Januari hingga 30 September lalu kata EXCO pembangunan modal insan Mohd Khairuddin Othman berkata laporan oleh Jabatan Tenaga Kerja Selangor melibatkan 8 165 ...
Wajar Ataupun Tidak Pengeluaran Kwsp Akaun 1 Rm10 000

Wajar Ataupun Tidak Pengeluaran Kwsp Akaun 1 Rm10 000

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 410 hits
Tok ada baca berita daripada Kosmo tentang cadangan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tentang membenarkan pengeluaran KWSP Akaun 1 RM10 000 Berikut adalah intipati daripada berita tersebut Kerajaan perlu pertimbangkan cadanga...
Rasmi Permohonan Pengeluaran Akaun 1 Sehingga Rm60 000 Kini Dibenarkan

Rasmi Permohonan Pengeluaran Akaun 1 Sehingga Rm60 000 Kini Dibenarkan

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 624 hits
Permohonan boleh dibuat bermula Disember 2020 RASMI Permohonan Pengeluaran Akaun 1 sehingga RM60 000 Kini Dibenarkan Terjejas COVID 19 boleh keluar pendahuluan KWSP hingga RM60 000 K UALA LUMPUR 16 Nov Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ya...
Permohonan Skim I Sinar Kwsp Benarkan Pengeluaran Sehingga Rm60 000 Bermula Disember

Permohonan Skim I Sinar Kwsp Benarkan Pengeluaran Sehingga Rm60 000 Bermula Disember

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 468 hits
Permohonan Skim I Sinar KWSP Benarkan Pengeluaran Sehingga RM60 000 Bermula Disember Berita baik buat para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang telah mengumumkan skim i Sinar pengeluaran wang dalam akaun 1 untuk pencarum yang terjej...
Cadangan Pengeluaran Rm10 000 Dari Akaun 1 Kwsp Adalah Kehendak Rakyat Apakah Muhyiddin Berani Menongkah Arus

Cadangan Pengeluaran Rm10 000 Dari Akaun 1 Kwsp Adalah Kehendak Rakyat Apakah Muhyiddin Berani Menongkah Arus

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 480 hits
Dalam satu lapuran yang dibuat oleh portal Free Malaysia Today atau FMT PERKESO melapurkan sehingga akhir Oktober 2020 hampir 90 000 orang perkerja yang telah akibat dari Perintah Kawalan Pergerakan yang mula dikuatkuasakan oleh Perikatan N...
2 Juta Ahli Kwsp Layak Keluar 10 Peratus Daripada Akaun 1

2 Juta Ahli Kwsp Layak Keluar 10 Peratus Daripada Akaun 1

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 244 hits
Ahli yang memilih untuk memohon kemudahan i Sinar perlu menggantikan amaun yang telah didahulukan di mana caruman baharu akan dikreditkan 100 peratus ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan yang diterima telah digantikan semula Kira kir...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn