Tambadau Intai Kemenangan Sulung
Tambadau intai kemenangan sulung
JELIUS (baju biru) bersama pasukan dalam sesi latihan di padang sintetik Universiti Malaysia Sabah (UMS) petang tadi. - Gambar ihsan Media SAFA.Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Peter Anthony mengharapkan kemenangan pertama dijelmakan di Stadium Likas apabila skuad Tambadau Sabah melayani kunjungan Terengganu FC II dalam saingan Liga Premier. "Kita telah berusaha dan berkerja keras dari pentadbiran persatuan sehinggalah ke pengurusan pasukan. Selepas permulaan kurang baik dalam dua perlawanan pertama, saya berharap kemenangan sulung akan dijelmakan," kata Peter ketika ditemui
Beliau berkata, banyak cabaran yang telah diharungi sejak beliau menerajui SAFA terutamanya masalah-masalah yang ditinggalkan pentadbiran dan pengurusan terdahulu sehingga Sabah hampir tidak dapat meneruskan penyertaan dalam Liga Malaysia tahun ini. "Selepas itu timbul lagi isu-isu yang tidak sepatutnya. Ini telah memberi kesan yang tidak baik kepada persatuan dan seterusnya pasukan
"Semua itu adalah mimpi ngeri buat sukan bola sepak negeri ini. Tetapi kami telah dan akan terus berusaha sebaik mungkin memadamkan mimpi ngeri itu dengan membuka lembaran baharu sukan bola sepak negeri ini. "Sebab itu saya mahu mengajak semua pihak bersatu. Lupakan segala isu negatif...untuk esok (hari ini) kita beri tumpuan sepenuhnya memberi sokongan kepada pasukan Tambadau Sabah menghadapi TFC II," kata Peter
Beliau berharap usaha dan kerja keras persatuan termasuk pengambilan tiga import baharu yang membolehkan Sabah diperkuatkan maksima empat pemain import akan mula membuahkan hasil malam ini. "Selepas hanya mengutip satu mata dari dua perlawanan sebelum ini, kita mengharapkan persembahan yang lebih baik dari pasukan seterusnya meraih mata penuh pada perlawanan ketiga malam ini," katanya
Peter berkata, Sabah perlu mula dapatkan kemenangan demi kemenangan bagi memastikan pasukan berada di landasan yang betul dalam pemburuan ke Liga Super musim depan. Sambil itu ketua jurulatih, Jelius Ating dijangka akan mengekalkan kesebelasan utamanya sebagaimana ketika mengikat Kelantan seri 3-3 di tempat lawan minggu lalu
Baca juga: JDT ll cipta hatrikGandingan pemain import dari Serbia, Rodoljub Paunovic dan Luka Milunovic akan diperkuatkan dengan pemain import dari Brazil, Luiz Carlos Junior serta sokongan dari pemain tempatan Maxsius Musa menjadi sandaran menggempur dari tepi dan hadapan manakala Sabri Sahar dan Mohd Azizan Nordin menjadi penggerak di tengah
Pemain import dari Korea Selatan, Park Taesu akan mengetuai barisan pertahanan bersama Rawilson Batuil, Randy Baruh dan Dendy Lowa manakala Rozaimie Rohim dijangka akan terus dipikulkan tugas sebagai penjaga gol utama.
PENYERANG import baru dari Brazil Luiz Carlos Junior (depan) akan membuat penampilan pertama di Stadium Likas malam esok. Beliau dijangka akan bergandingan dengan Paunovic di serangan.- Gambar ihsan Media SAFA.
"Kami telah terus berusaha dan berkerja keras dalam latihan. Saya juga mengharapkan persembahan lebih baik dari pemain untuk mendapatkan tiga mata penuh malam ini. "Saya tidak tahu kemampuan lawan tetapi menang dua perlawanan pertama sebelum ini menunjukkan mereka adalah pasukan yang bagus. Kita kena berwaspada dan cuba yang terbaik untuk memenangi perlawanan ini," kata Jelius
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://buletinsabahfa.blogspot.com/2019/02/tambadau-intai-kemenangan-sulung.html